Salam Perjuangan

02 Mei 2012

PAS SEMAKIN BURUK DAN KALUT?



Tindakan ganas itu dikatakan mengejutkan banyak pihak termasuk kalangan penyokong parti itu sendiri kerana unit berkenaan dikatakan ditugaskan untuk menjaga keselamatan peserta dan bukannya melakukan perbuatan provokasi.
Bagaimanapun ternyata emosi sudah menguasai anggota unit tersebut apatah lagi sebelum itu difahamkan, ada kalangan pemimpin-pemimpin Pas menegaskan, Dataran Merdeka perlu ditawan dengan apa cara sekali pun. Sekali lagi, kita menyaksikan bagaimana sebuah parti yang melaungkan kalimah suci Allahuakhbar semakin hilang punca dalam mencari keuntungan politik.

Perhimpunan Bersih yang ditentang oleh banyak pihak dijadikan oleh Pas sebagai 'platform' untuk menunjukkan kesetiaan parti itu kepada pakatan pembangkang.Justeru seperti juga perhimpunan pada tahun lalu, pada tahun ini Pas sekali lagi menjadi 'pak turut setia' dengan mengarahkan ahli-ahlinya membanjiri jalan raya di sekitar ibu negara.
Kita tidak pasti berapa ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menyertai perhimpunan berkenaan tetapi apa yang pasti menurut laporan keselamatan jumlah penyokong Pas lebih ramai.

Semua ini terjadi kerana penyokong-penyokong tersebut mendengar seruan Datuk Nik Abdul Nik Mat. Untuk rekod Mursyidul Am Pas itu telah menjadi Menteri Besar di Kelantan selama lebih 20 tahun melalui kemenangan Pas dalam pilihan raya.Jika pilihan raya tidak dijalankan secara adil dan bersih mana mungkin beliau boleh berada di kerusi Menteri Besar Kelantan sehingga ke hari ini. Tetapi Mursyidul Am Pas itu menyatakan wajib bagi penyokong parti tersebut menyertai perhimpunan Bersih bagi menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

Lanjutan itu semangat perhimpunan Bersih bukan sahaja menyerapi penyokong parti tersebut di Malaysia tetapi juga sehingga dibawa ke Masjid Nabawi di Madinah. 'Sekalung tahniah' kepada Pas kerana menjadi penyumbang kepada segala kekecohan dan keganasan yang berlaku. Unit Amal yang diharapkan menjadi benteng untuk mengelak peserta menjadi ganas sebaliknya bertindak sebagai provokator! Apa yang berlaku hakikatnya tidak akan menguntungkan Pas, sebaliknya memburukkan lagi imej parti itu yang sememangnya ketika ini berada di tahap yang buruk.

Pas tidak boleh berbangga apa-apa terhadap perhimpunan Bersih yang berlangsung, memandangkan perhimpunan yang dikatakan akan berjalan dengan aman berakhir dengan keganasan. Seperti biasa Pas akan bersekongkol dengan sekutu-sekutu politiknya untuk menyalahkan polis terhadap apa yang berlaku. Tetapi seluruh rakyat Malaysia sudah menyaksikan bagaimana ganasnya tindakan peserta demonstrasi berkenaan termasuk penyokong Pas.

Mereka merempuh sekatan polis, membelasah anggota pasukan itu dan merosakkan harta awam, apakah ini dikatakan jihad? Apakah ini hendak dikatakan syahid jika berlaku kematian?Adalah jelas Pas semakin hilang pertimbangan politiknya apabila sanggup menjadi 'pak turut' mengerahkan penyokong-penyokong parti itu untuk menyokong perhimpunan Bersih.Kalau Pas benar-benar berhemah berpolitik sudah pasti Pas tidak akan berbuat demikian sebaliknya akan menasihatkan pemimpin-pemimpin pembangkang lain supaya menerima tawaran pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan berkenaan di stadium-stadium yang ditawarkan.

Tetapi Pas tidak berbuat demikian kerana selain tidak mempunyai apa-apa kekuatan untuk mempengaruhi PKR dan DAP, Pas juga boleh dianggap suka melihat kekecohan berlaku.Sebab itulah, Pas bersedia menjadikan Unit Amalnya sebagai 'orang suruhan' untuk menjadi benteng pertama kepada peserta- peserta Bersih.

Apa yang lebih mengecewakan, ada kalangan pemimpin Pas sendiri yang melakukan provokasi membakar perasaan penyokong-penyokong parti itu untuk melawan pihak berkuasa.Pas amat memahami bahawa apa yang hendak dituntut oleh Bersih sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan. Malahan kerajaan juga khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuka ruang seluas-luasnya kepada mereka untuk berunding. Namun Pas tidak mempertimbangkan itu semua, sebab itulah ramai yang mempertikaikan apa perlunya Pas terlibat dalam Bersih, kenapakah parti itu tidak mengkaji fakta benarkah selama ini pilihan raya di Malaysia tidak bersih dan adil.

Kalau tidak bersih dan adil, bagaimana mungkin Nik Abdul Aziz masih kekal menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990? Mana mungkin terjadi Datuk Seri Azizan Abdul Razak berupaya menjadi Menteri Besar Kedah.Ini belum lagi mengambil kira bagaimana Pas pernah menawan Terengganu pada tahun 1999 dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menjadi ketua pembangkang di Parlimen.

Ternyata sekali, ketaksuban berpolitik terutamanya impian menawan Putrajaya sudah menguasai kepimpinan Pas.
Atas sebab itulah segala keikhlasan dan ketelusan kerajaan dalam memperbaiki sistem pilihan raya tidak pernah dihargai oleh Pas.Sebaliknya Pas hanya mengangguk dan menyokong sahaja terhadap segala apa yang dikatakan oleh Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga yang kini seolah-olah menjadi idola baru kepada parti itu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, Pas boleh berhujah apa sahaja bagi menghalalkan penyertaan mereka dalam demonstrasi berkenaan termasuklah memberi kalungan 'pingat keberanian' kepada Unit Amal parti itu.Tetapi hakikatnya orang Melayu terutamanya golongan atas pagar semakin memahami betapa Pas sudah kehilangan jati diri sebagai sebuah parti Islam. Jika Pas masih lagi memperjuangkan Islam sudah pasti parti itu akan mengelak daripada terlibat dalam sebarang perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara. Kini Pas boleh mengkaji apa sumbangan besar mereka kepada perhimpunan Bersih. Perhimpunan itu bukan sahaja tiada kaitan dengan pilihan raya sebaliknya lebih kepada agenda politik semata-mata.

Mungkin Pas boleh tersenyum bangga kerana matlamat pembangkang untuk menarik perhatian dunia melalui kekecohan dan keganasan sudah tercapai.Namun ia sama sekali tidak akan menguntungkan politik parti itu kerana sebesar mana pun sumbangan Pas dalam demonstrasi anjuran pakatan pembangkang, percayalah mereka tidak akan dihargai.

Oleh itu adalah wajar untuk Pas membersihkan segala kekotoran politik yang semakin melumuri parti tersebut. Perhimpunan Bersih tidak memberi apa-apa manfaat politik kepada Pas. Sebaliknya, sejarah politik negara akan mencatatkan bagaimana sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup membiarkan penyokong-penyokong bertindak ganas semata-mata demi mencapai agenda politik pihak lain. 'Tahniah Pas'! (Sumber : Zulkiflee Bakar )

TB: Seringkali TB tegaskan baik UMNO, PAS, PKR,KITA,DAP,Gerakan dan sebagainya bukanlah 'parti para ambiah' .Apatah lagi meletakkan para pemimpinnya seperti Najib Razak, Abdul Hadi Awang, Anwar lbrahim; apatah lagi Lim Guan Eng,Lim Kit Siang dan lain-lain lagi sebagai orang-orang yang 'maksum'. Justeru, misalnya TB tidaklah bersetuju dan tetap membantah kenyataan Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang menyatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang majoriti PRU ke-13 dan memerintah negara maka akan diubahkan salah satu perkara dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu 'membuang' frasa 'lslam sebagai agama rasmi' kepada lslam sebagai Addin (way of life). TB bersetuju jika lslam sebagai Addin (way of life) iaitu pokok perkara yang lebih praktikal iaitu cara hidup berpaksikan lslam. Itu betu dan benar. Tetapi apa yang TB mahukan dan frasa yang telah ada wajib dikekalkan.Cuma ditambahkan kepada 'lslam sebagai Addin'.Dengan ini ternampak lebih diperkukuhkan. Dalam ayat lain ini bermaksuf perkara berkaitan dengan lslam hendaklah berbunyi begini: ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA YANG MANA ISLAM ITU SEBAGAI ADDIN (way of life) CARA HIDUP YANG BERPAKSIKAN ISLAM.

Tiada ulasan: