Salam Perjuangan

04 Mei 2012

JANGAN MUDAH BERI KEWARGANEGARAAN!

MASALAH masyarakat India tanpa kewarganegaraan yang didakwa melibatkan angka ratusan ribu melibatkan banyak perkara dan kadang-kala mengambil masa lama untuk diselesaikan, kata jawatankuasa kabinet berkenaan orang India.

Merujuk kes Reshina Bathumanathan, 17, yang dibangkitkan PKR baru-baru ini, penasihat khas jawatankuasa itu Datuk N Siva Subramaniam berkata, pelajar itu bermasalah mendapatkan kad pengenalan kerana dokumen kewarganegaraan ibu tidak lengkap akibat "perkahwinan yang tidak teratur".

"Kemungkinan besar ibunya tiada dokumen," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang masalah 'perkahwinan yang tidak teratur' yang dimaksudkan.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan pula yakin masalah masyarakat India tanpa kewarganegaraan tidak melibatkan jumlah sebesar yang didakwa Naib Presiden PKR N Surendran.

"Saya cabar dia untuk bawa 300,000 orang India dengan masalah kad pengenalan ke Jabatan Pendaftaran Negara.

"Kalau dia gagal, dia kena letak jawatan sebagai naib presiden PKR. Kalau dia berjaya, saya akan letak jawatan," katanya.(sumber: MK, 04/05/12)


TB: Hairan bin Ajaib apabila negara kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 kelak masih kedapatan isu basi binti lapuk tiada KAD PENGENALAN, tiada taraf kewarganegaraan yang sering dilaung-laungkan oleh parti-parti politik seperti MIC. Kita pun tidak kenal yang mana satu lndia Malaysia atau lndia negara lndia. Begitu juga Cina Malaysia atau China negara China. Bagi pendatang lndonesia, Bangladesh, Myanmar,Nepal dan sebagainya kita agak mudah mengenalinya kerana mereka hidup dalam kelompok terpisah dan bertutur dalam gaya dialek yang mudah dikenali. Apapun setiap warganegara Malaysia yang berdaulat, berlakulah jujur kepada Malaysia tanah air kita semua. Negara kita sudah sedia wujud seribu macam masalah, janganlah ditambah masalah. Kita mesti bertegas! Hanya SURAT BERANAK atau SURAT KELAHIRAN PERSEKUTUAN MALAYSIA yang asli  sahaja BUKTI utama untuk melayakkan status kewaganegaraan. Apa jua alasan; usahlah percaya dengan taktik dan tipu muslihat yang tersirat. Adalah udang di sebalik batu!



Tiada ulasan: