RAKYAT akan menilai sikap sebenar pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah mahu memikirkan ruang privasi orang lain.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, dalam hal ini rakyat perlu membuka mata seluas-luasnya terhadap individu yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian kepada para peniaga pada 28 April lalu.
Katanya, banyak pihak lain turut terjejas ekoran penganjuran demonstrasi jalanan itu antaranya pemandu teksi yang sukar mendapatkan penumpang kerana kesesakan lalu lintas.
"Apabila ada yang berhimpun di hadapan rumahnya, tahu pula dia (Ambiga) erti privasi setelah berlakunya pencerobohan privasi terhadap keluarga dan jiran-jirannya.
"Ketika penganjuran Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0 pernah dia terfikir mengenai perasaan semua pihak yang terlibat pada ketika itu termasuklah polis," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Selangor, Kuan Chee Heng berkata, tindakan peserta perhimpunan melanggar perintah mahkamah dengan merempuh dan merusuh di kawasan Dataran Merdeka dilihat tidak menghormati sistem kehakiman negara.
"Malah, tindakan tersebut bercanggah dengan kenyataan Ambiga yang hanya mahu meminta maaf serta menjelaskan kerugian peniaga-peniaga yang terjejas sekiranya diarah mahkamah untuk berbuat demikian.
"Kenyataan Ambiga itu memakan dirinya sendiri. Kenapa tunggu hakim arahkan baru nak minta maaf. Tak kan jika anak buat salah nak tunggu hakim suruh baru nak minta maaf," katanya.(sumber:UM,12/05/12)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan