Salam Perjuangan

30 Mei 2012

BRUNEI: ANAK MALAYSIA DI PERANTAUAN

'TB masih ingat apabila setiap sambutan Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah, Yang DiPertuan Sultan Negara Brunei Darussalam maka sambutan gilang-gemilang disambut meriah oleh setiap lapisan rakyat tanpa mengira keturunan dan struktur sosial.

Penulis berada di pantai Jerudong  NBD



Di sana sini kain pemidang yang tertera gambar Tuanku Sultan terpapar di mana-mana termasuk kata-kata iringan seperti ' Selamat Hari Keputeraan Tuan Patik'. Ah, sungguh meriah sekali. Sambutan bermula dari Bandar Seri Begawan hinggalah ke setiap daerah seluruh Negara Brunei Darussalam.

Yang menarik, kebiasaannya wakil-wakil agensi, masyarakat dan persatuan atau pertubuhan akan mengadakan 'pesembah' untuk Sultan sebagai lambang kasih sayang,ketaatan dan peringatan daripada rakyat yang tidak kunjung padam ke atas Duli Tuanku Sultan yang bersifat pengasih dan berjiwa rakyat.'Pesembah' ini termasuklah daripada wakil-wakil kedutaan dan juga pertubuhan-pertubuhan warga asing yang bermastautin di Brunei termasuk Persatuan Rakyat Malaysia di Brunei.Sehubungan ini KeBawah Dulu Tuanku pernah bertitah agar pemimpin dan rakyat usahlah membazir berhubung hal 'persembah' ini. Baginda mahukan kesederhanaan.

 Apa yang TB perhatikan persatuan ini kebanyakannnya dianggotai oleh mereka yang terbabit dalam urusan perniagaan yang majoritinya terdiri daripada keturunan Cina Malaysia. Soalnya, di manakah rakyat Malaysia keturunan Melayu di Brunei? Kemungkinan anak-anak Malaysia bangsa Melayu merasakan Brunei bukanlah seperti negara asing. Mereka beranggapan apabila berada di NBD bagaikan berada kampung halaman atau dalam rumah sendiri.Mereka mudah dapat menyesuaikan diri dengan alam dan budaya Melayu setempat.

Walau bagaimanapun ada baiknya warga Malaysia yang berhijrah di Brunei terutamanya yang berkhidmat sebagai penjawat awam sebagai pensyarah,guru,pegawai agama  dan sebagainya; termasuk pegawai-pegawai di kedutaan Malaysia di Bandar Seri Begawan bergabung dan bersatu menubuhkan sebuah persatuan untuk saling berinteraksi dan silatrulrahim.Apa kata TB cadangkan  warga Malaysia sberganding bahu tubuhkan persatuan yang diberi nama "Persatuan Anak Malaysia Penjawat  Awam NBD (PAMPA). Baiklah, sama-sama kalian fikir dan usahakan cadangan ini untuk kebaikan. 'Daulat Tuan Patik'(TB)

27 Mei 2012

A. SAMAD SAID & AWANG SELAMAT


PERUBAHAN ketara sikap Sasterawan Negara, A. Samad Said menjadi bahan perbualan. Lebih-lebih lagi beliau secara terbuka memperlihatkan kecenderungan politiknya menyokong pembangkang.

Samad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad, kelihatan asyik bersama para pemimpin pembangkang dan terlibat aktif dalam penganjuran perhimpunan haram Bersih 3.0.

Ketika wakil peniaga dan penjaja menghantar memorandum bantahan kepada Pengerusi Bersih, S. Ambiga kelmarin, Pak Samad bersama di kediaman wanita itu. Ramai yang kecewa dan tidak kurang yang marah terhadap Pak Samad.

Awang difahamkan, sebahagian teman rapat beliau dari kalangan dunia sastera, merasa malu. Mereka yakin Pak Samad dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda serong. Sasterawan adalah manusia biasa, yang tidak terlepas daripada membuat salah pertimbangan dan terperangkap dengan ego sendiri. Khabarnya, beliau bertindak demikian kerana mempunyai kekecewaan peribadi dan hal tertentu yang tidak tertunai. Maka ia menjadi titik tolak bermula era segala-galanya tidak betul dan asyik menyalahkan kerajaan. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kritikan beliau.

Sayang sekali, seorang Sasterawan Negara menghabiskan sisa-sisa usia dengan kegagalan memahami agama, bangsa dan negaranya dari sudut pemikiran strategik. Tetapi maafkanlah Pak Samad. Seperti kata pujangga, bukan semua pejuang akan sampai kepada destinasi perjuangan sebenar. Akan ada yang tersasar dan melencong di pertengahan jalan.

Apa pun, Awang belum tergamak untuk menghentam Pak Samad. Masih terpahat rasa hormat dan kasih kepada beliau dengan doa moga dibuka pintu hati untuk melihat kebenaran. Cuma Awang ingin siarkan sedutan puisi Pak Samad bertajuk Dirgahayu Mahathir yang dihasilkan pada September 2003. Seorang tokoh mengirimkan salinan puisi itu dengan komennya: ‘‘ciptaan Pak Samad sebelum beliau tercemar.’’ Tajuk baru yang tokoh itu cadangkan pula ialah Kasihnya Samad Pada Mahathir kerana nadanya ketika itu berbeza. Walaupun Samad mudah berubah, puisi tetap puisi. (sumber:MM, 27/05/12)

25 Mei 2012

MAHATHIR OH MAHATHIR


KALAU  tidak silap saya pada hari Isnin yang lepas, Mahathir telah mengingatkan ahli-ahli UMNO di Kedah yang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO ditewaskan dalam pilihan raya yang akan datang ini. Kata beliau yang Melayu akan hilang kuasa politik mereka jika UMNO tidak lagi memegang tampuk kuasa setelah ditolak oleh orang Melayu.

Tetapi Mahathir tidak langsung menyentuh kenapa orang Melayu sudah ramai yang menolak UMNO itu. Setiap perkara yang berlaku mesti bersebab dan perubahan kepada sikap orang Melayu terhadap UMNO itu pun bersebab. Perubahan tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab-sebab yang besar. Orang Melayu bukan mudah untuk berubah, tetapi kenapa mereka kini berubah? UMNO sepatutnya memandang ke dalam diri mereka untuk mencari masalah dan penyebabnya.

Kalau kali ini Mahathir berubah pun tentu bersebab. Kalau dalam pilihan raya yang lepas Mahathir membelakangkan UMNO dengan keluar dari parti itu, mesti ada sebab yang tersendiri. Semasa itu Mahathir menyeru rakyat memilih calon, jangan memilih parti. Kali ini beliau menyeru orang ramai memilih sesiapa juga yang diturunkan oleh parti.

Jadi kita berhak untuk memilih nasihat yang mana satu yang kita mahu ikut: nasihat beliau semasa pilihan raya yang lalu atau nasihat beliau yang sekarang ini? Jika rakyat tidak mahu mendengar nasihat beliau lagi pun semestinya ada sebab. Hanya Mahathir tidak sedar yang rakyat sudah terlalu keliru dengan sikap beliau yang sentiasa bertukar-tukar (flip-flop) arah pandangannya setiap kali pilihan raya umum tiba. Tiada ‘consistency’ dan tiada perjuangan dan itu juga bersebab.

Ramai yang berjumpa dengan saya meminta saya memberikan komen tentang sikap Mahathir pada hari ini, tetapi saya hanya menjawab saya tidak faham kerana Mahathir hanya berjuang untuk apa yang beliau ingin untuk berlaku dan tidak ada kena mengena dengan perjuangan Melayu dan rakyat yang ramai.

Kalau beliau keluar dari UMNO dahulu kononnya untuk memprotes kepimpinan Abdullah Badawi kita tidak nampak sekarang ini kenapa beliau tidak keluar kerana kekalutan UMNO di bawah Najib sekarang adalah jauh lebih teruk daripada Abdullah Badawi.

Tetapi hakikatnya ramai yang tahu sebabnya. Mahathir akan mengamuk jika mana-mana PM selepasnya tidak melayan kehendak politik peribadi beliau. Beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang mesti diikuti oleh pemimpin selepas beliau kerana beliau merasakan seorang yang hebat dan mampu ‘berjalan di atas air’ dan perlu disembah dan dipuja.

Oleh kerana Abdullah Badawi itu degil orangnya walaupun apabila berjalan pijak semut pun tidak mati. Beliau tidak melayan kehendak Mahathir…itu sebab Mahathir keluar dari UMNO dan terus mensabotaj UMNO dalam pilihanraya yang lalu. Beliau berkata, “jangan pilih parti, kita mesti pilih calon”.

Tetapi di Alor Setar Isnin lalu, beliau mahukan semua pemimpin dan ahli UMNO melakukan seperti ‘aku janji’ supaya jangan mensabotaj calon-calon UMNO dan beliau seolah-olah telah mengugut ahli-ahli UMNO dengan tekanan yang kuat ke atas ahli-ahli parti itu yang mereka akan menghadapi tindakan jika melakukan sabotaj terhadap parti.

Apa yang UMNO boleh lakukan jika ahli-ahlinya melakukan sabotaj terhadapnya dalam pilihanraya nanti? Jika UMNO ingin mengambil tindakan terhadap ahli-ahli UMNO yang mensabotaj parti dalam pilihan raya yang lalu ia terpaksa mengambil tindakan terhadap 1.5 juta ahlinya yang telah mengundi pembangkang di dalam pilihanraya itu. Inilah masalahnya jika sesebuah parti itu mengumpulkan keahlian yang berjuta-juta orang.

Seorang pemimpin UMNO selalu berkata kepada saya, “The huge number of memberships in UMNO will sink the party as it has to accept the scum and the useless members in it altogether.” Apabila keahlian begitu ramai maka ia mewujudkan banyak cawangan dan di cawangan-cawangan dan peti-peti undi yang banyak inilah bermulanya perpecahan parti. Di peti-peti undi inilah ahli-ahli UMNO keluar parti semasa memilih parti-parti alternatif yang menawarkan pencalonan mereka.

Jika Mahathir meminta ahli-ahli UMNO tidak mensabotaj parti itu merupakan nasihat yang sudah pasti tidak akan dituruti oleh mereka di peti-peti undi. Keluarga yang besar dan anak yang terlalu ramai selalunya akan menghadapi masalah mentadbir mereka kerana kehendak dan ragam anak-anak itu berbagai-bagai macam.

Kata-kata Mahathir di Kedah itu membayangkan yang UMNO sudah tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri. Kalau dahulu mereka membesarkan keahlian parti kerana tidak yakin dengan sokongan orang ramai, sekarang UMNO sudah tidak yakin kepada ahli-ahlinya sendiri.

Nampaknya budaya bai’ah dan bersumpah sudah menjadi perkara biasa dalam UMNO kerana parti itu sedang menghadapi krisis keyakinan di antara pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli mereka. Jika perasaan curiga terhadap ahli mereka sendiri ini begitu tebal, bagaimanalah orang ramai hendak meningkatkan keyakinan terhadap UMNO yang sudah terlalu uzur dan tempang itu.

Saling tidak mempercayai di antara mereka itulah yang menjadi ‘immediate cause’ yang akan menjatuhkan parti itu dalam PRU yang akan datang. Saya agak hairan kenapa Mahathir tidak berdaya untuk menyatukan kembali orang Melayu sekarang ini. Lazimnya jika seseorang itu mahir memecahkan Melayu dalam sesuatu masa dia akan mampu menyatukannya kembali.

Kalau dahulu Mahathir boleh memecahkan ahli-ahli UMNO dan pada bila-bila masa sahaja beliau boleh menyatukan mereka kembali, kenapa sekarang beliau tidak lagi boleh melakukannya? Kenapa sekarang beliau terpaksa mengeluarkan kata-kata ugutan pula?

Pendeknya, UMNO tidak percaya yang ahli-ahlinya akan memberikan sokongan kepada parti itu. Oleh itu kita sekarang sedar bahawa keahlian yang ramai itu diharapkan akan mengundi UMNO kerana parti ini tidak percaya kepada pengundi yang bukan ahli. Tetapi sekarang Melayu telah sedar yang bukan ahli tidak diyakini oleh UMNO, tetapi yang lebih merunsingkan UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri pun turut tidak dipercayai oleh pimpinan tertinggi mereka.

Mungkin jawapannya ialah Melayu sekarang sudah pandai berfikir dan tidak mahu lagi menjadi burung balam yang kerjanya hanyalah untuk menganggukkan kepala dan bertepuk tangan apabila Mahathir berucap.

Orang Melayu sedar bahawa ‘Melayu itu tidak akan hilang di dunia’ seperti sorakan pemimpin UMNO, tetapi yang mereka lupa ‘Melayu itu akan hilang dunianya’ jika UMNO terus menerus dalam keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan perubahan minda dalam barisan kepimpinannya.

Tetapi memang ‘conclusive’, UMNO tidak akan berubah lagi. Maka UMNO itu akan diubah dari saat ini. Pemimpin-pemimpin mereka sendiri pun tidak berkeyakinan tentang sokongan orang Melayu.

Kalau tidak masakan UMNO telah memilih untuk menggunakan ‘gangster’ untuk mengganggu program-program anjuran Pakatan Rakyat di mana-mana. -(sumber:  http://aspanaliasnet.blogspot.com)

TB: Walau apapun ada segelintir pemerhati dan orang ramai yang berasa 'pelik' dengan sikap Tun Dr Mahathir mantan PM mengenai sikapnya terhadap senario politik dewasa ini namun TB tetap tabik dan amat menghormati negarawan ini.TB pandang daripada aspek beliau menjaga kesihatan, kekuatan mental dan ketajaman minda beliau walaupun usianya kini kian meniti ke-90. TB bersyukur kerana pernah punya bapa kandung (arwah) yang lahir sekitar tahun 1910 dan banyak ilmu dan pengalaman yang TB perolehi. Daripada arwah bapa TB, TB belajar memahami jiwa,hati dan perasaan 'orang tua' yang telah melepasi usia 80-an. Berhubung pandangan Dr Mahathir; setelah membaca 'A Doctor ln The House' memoir Dr Mahathir TB kagum namun ada juga rasa terkilannya. Dr Mahathir dalam memoirnya sangat bimbang dengan 'kemasukan pendatang asing' yang mana beliau sering gusar tanah air orang Melayu ini akan dikuasai oleh orang asing dan nasib orang Melayu akan datang dikhuatiri seperti nasib orang Palestin.Namun apakah yang terjadi kini akibat beberapa dasar beliau seperti Dasar Penswastaan bmenyebabkan kini Melayu lebih bersikap materialistik dan individulistik. Dan paling membimbangkan dari Perlis hingga ke Sabah, dari Rantau Panjang ke Masai hingga ke Tawau kini Malaysia kini dibanjiri warga asing dari Bangladesh, lndia, Myanmar, Vietnam, China, lndonesia, Filipina, Thailand, Afrika, Pakistan dan lain-lain lagi. Bahkan kebanjiran rakyat asing kini kian mengancam penduduk tempatan. Apakah Dr Mahathir menutup matanya? (TB).



24 Mei 2012

PERDANA MENTERI WAJIB ISLAM, MELAYU DAN PERKENAN AGONG


BERDASARKAN  realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu, kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.
Anggota Parlimen Ipoh Timor itu bagaimanapun berkata, perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan kediamannya.

NONEBeliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai menegaskan, selagi hidup beliau akan berjuang memastikan bukan Melayu menyandang jawatan perdana menteri.

Laporan itu menyebut, Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh bukan Melayu.

Akhbar Umno itu juga melaporkan Karpal mengaku tersilap menyebut Lim sebagai bakal perdana menteri tetapi menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan itu suatu hari nanti.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim secara sinis mengulangi kenyataannya bahawa:

"Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka."

Lim berkata, Karpal hanya merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Justeru, kata Lim lagi, Utusan bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dengan mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik.

Lim berkata, ia sebahagian kempen menakut-nakutkan orang ramai terhadap DAP, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.(sumber:MK,24/05/12)

AMBIGA KENA SAMAN?


 KERAJAAN  Malaysia memfailkan saman terhadap 10 penganjur bersama perhimpunan Bersih 3.0 termasuk pengerusinya, Datuk S. Ambiga (gambar) untuk menuntut ganti rugi khas RM122,000 atas dakwaan gagal mengawal perhimpunan haram pada 28 April lalu.


Kerugian tersebut terpaksa ditanggung oleh kerajaan ekoran kerosakan yang dialami ke atas 15 kenderaan hak milik kerajaan.

Saman itu difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Mei lalu dan diperoleh oleh pihak media hari ini.Selain Ambiga, kerajaan Malaysia selaku plaintif turut menamakan Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K. Arumugam, S. Arul Prakash, Wong Chin Huat, Dr. Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo sebagai pihak defendan.


Kerajaan Malaysia dalam pernyataan tuntutan menyatakan, pihak penganjur pada 28 April lalu telah berhimpun di Dataran Merdeka yang telah diletakkan halangan dan sekatan polis.

Namun begitu, akibat rempuhan peserta perhimpunan telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda.
Berdasarkan Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, plaintif menyatakan, pihak defendan mempunyai tanggungjawab bagi memastikan perhimpunan itu tidak menyebabkan kerosakan harta benda.

Menurut plaintif, pihak defendan gagal melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka kerana perhimpunan itu menjadi tidak terkawal dan bertukar rusuhan sehingga menyebabkan kerosakan kepada kenderaan miliknya.
Plaintif selain itu menyatakan, pihak defendan juga cuai kerana membawa peserta yang ramai namun gagal mengadakan kawalan secukupnya selain gagal mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan ia berjalan dengan aman.
Disebabkan kecuaian pihak defendan, kerajaan menyatakan, sebanyak 15 buah kenderaan miliknya telah mengalami kerosakan dan terpaksa menanggung kerugian seperti yang ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kos pembaikan antara RM2,000 dan RM20,000 setiap satu yang jumlah keseluruhannya RM122,000.

Selain menuntut ganti rugi khas RM122,000, kerajaan menuntut satu perisytiharan bahawa defendan telah melanggar Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, faedah dan kos.

Mahkamah menetapkan 13 Jun depan bagi pengurusan kes itu di hadapan Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham.
(sumber:UM, 24/05/12)
e Sharing Services

21 Mei 2012

FAUZI SHAARI MASUK PAS


BEKAS Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari sebagaimana yang dijangkakan sebelum ini telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi.
Borang tersebut telah diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dalam satu majlis pengisytiharan rasmi malam tadi di Larut, Perak.
Dipetik Harakahdaily, Fauzi  dalam ucapannya berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya, sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.
Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.
Semasa menjadi Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya berkenaan.
Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.
Penyerahan borang keahlian itu turut disaksikan lebih kurang 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Penyertaan Fauzi itu dilihat adalah antara nama besar yang menganggotai parti Islam tersebut yang memulakan kempen merekrut tokoh ternama untuk meningkatkan undi dalam pilihan raya akan datang.
Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut, telah di katakan akan menyertai PAS sebulan lalu bersama bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff dan bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Ramli dan Abdul Kadir, yang merupakan timbalan presiden Amanah, NGO yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, menafikan mereka menyertai PAS walaupun telah mengumumkan keluar Umno setelah mengatakan parti itu dibelenggu politik wang.
Fauzi, bersara dua tahun daripada pasukan keselamatan berkenaan tanpa sebarang hebahan.
The Malaysian Insider sebelum ini turut melaporkan PAS mahukan Ramli dan Abdul Kadir untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Ramli dilihat sering memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk tribunal menyiasat dakwaan salah guna kuasa Peguam Negara.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua mereka akan memberikan maklumat jenayah yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini.
“Mereka dari sistem. Ini adalah orang-orang yang berkelayakan untuk itu. Mereka telah melihat banyak penyelewengan, dan berani tampil menentang sistem tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Abdul Kadir turut mengesahkan kedua-dua PAS dan PKR telah “mencadangkan” untuk menyertai mana-mana antara dua perti itu, sebelum pilihan raya, namun beliau masih lagi tidak membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjelaskan beliau menyertai program ceramah PAS sebagai tetamu jemputan, dan akan terus menghadiri program  Pakatan Rakyat (PR).(sumber:HD,21/05/12)

20 Mei 2012

ANWAR,ANWAR,ANWAR LAGIKAH?


Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab apakah hubungan beliau dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga dipercayai meminta pelajar lelaki itu mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya.

Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron yang mendedahkan perkara itu berkata, gambar dimaksudkan Ketua Pembangkang berkenaan adalah gambar lelaki itu tanpa berpakaian.

Berdasarkan maklumat kukuh yang didapati, katanya, Anwar tidak pernah mengenali lelaki berusia 20-an itu, malah, tidak juga mempunyai sebarang urusan berkaitan pekerjaan mahupun kekeluargaan, sebaliknya, sekadar mengenalinya menerusi laman sosial.

"Justeru, apakah tujuan beliau meminta gambar seperti itu? Mungkin hanya Anwar yang tahu kerana tanpa segan-silu beliau meminta lelaki itu mengirimkan gambar tidak pakai baju dan meminta supaya bekas pelajar universiti itu jangan segan-segan dengannya.(sumber: UM,20/05/12)

19 Mei 2012

WANG DAN HARTA NEGARA KE MANA? FIKIR-FIKIRKANLAH...


BERIKUT  hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion ringgit wang milik rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN.  Sebagai anak muda Malaysia, sangat gembira dengan keupayaan kerajaan BN.

Para pembaca fikir-fikirkanlah dan berilah pendapat atau ulasan. TB tidak ada kaitan sama ada pro atau kontra.TB menyerahkan kebijaksanaan pembaca mengemudikan kemahiran berfikir masing-masing:


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilionitu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.


  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian Pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.


  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.



4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.


  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.




7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.


  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta(Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)



8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyakRM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian PelanconganRM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baik pulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP)yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion(antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.


Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.


34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyakRM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000(*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan hargaRM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan hargaRM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.


61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyakRM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanjaRM1.4 juta.



65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlahRM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 jutauntuk tempoh TIGA hari.


73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.



74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.


(by @tiewnama on twitter daripada sumber sekunder: Harakahdaily: 19/5/12)

18 Mei 2012

GENDANG PILIHAN RAYA MULA DIPALU ?


PROJEK memberi duit daripada kerajaan Barisan Nasional telah dan sedang berjalan lancar. Ketika sekolah baru dibuka awal tahun ini ibu, ayah dan anak telah diberi 200 ringgit untuk membeli buku. Ini diikuti dengan pemberian 500 ringgit untuk keluarga yang berpendapatan d bawah 3000 ringgit sebulan. Ini 'sedekah jariah' yang tidak berulang.
Orang ramai sedia maklum bahawa tahun ini ialah tahun pilihan raya. Justeru, duit ini juga adalah duit untuk membeli sokongan mereka. Kesampaian duit-duit ini menjadikan orang ramai dan para pengundi sedar tentang hikmah PRU12 yang lalu.
Akibat daripada melesetnya sokongan orang ramai terhadap Barisan Nasional dan United Malays National Organisation, maka duit ringgit ini mula menyusur masuk. Para pengundi tahu bahawa dengan tindakan mereka menafikan Barisan Nasional kuasa dua pertiga dalam Parlimen, maka ' duit sogok'  ini mula mencurah datang.
Dalam bahasa rakyat — dalam bahasa yang senang difahami ramai, duit-duit yang masuk ke saku mereka kerana mereka memangkah Pakatan Rakyat. Para pengundi telah mendapat pengajaran politik - jika memangkah Pakatan Rakyat maka mereka akan mendapat pujuk rayu. Jika pujuk rayu tidak dilayan maka duit ringgit akan mencurah masuk.
Perkara ini amat jelas sekali dilihat di kalangan masyarakat India. Kita lihat hari ini bagaimana masyarakat India telah ditatang dan dibodek. Pada November 2007 komuniti India yang dipimpin oleh Hindraf telah bangun berdemo menentang Barisan Nasional.
Kemudian pengundi India telah berbondong-bondong meninggalkan Barisan Nasional. Hasilnya - sesudah 8 March 2008 - pekan Brickfields - kini Little India - bukan sahaja tersergam dengan Dataran Gajah, malah wilayah Brickfields kini memiliki lebih banyak lampu jalan daripada jumlah penduduk.
Ini agak berbeza dengan pengundi Cina. Masyarakat Cina yang memiliki punca ekonomi telah membolehkan mereka membebaskan diri dari pujuk rayu dan bodekan daripada pemimpin Malaysian Chinese Association.
Malah, masyarakat Cina langsung tidak 'ambil pot' terhadap para pemimpin United Malays National Organisation. Kemarahan masyarakat Cina terhadap kerenah United Malays National Organisation ini telah sampai  ke tahap 'no return'.
Justeru, pengundi Cina telah sepakat untuk meninggalkan MCA. Mereka juga telah sepakat meninggalkan Parti Gerakan. Pada PRU13 yang akan datang ini, hanya dengan munculnya seekor Naga dalam Sungai Klang dan meminta masyarakat Cina mengundi Barisan Nasional - mungkin masyarakat Cina akan befikir sekali lagi.
Masyarakat Cina di Kepong atau di Jinjang tidak mungkin dapat dibodek dengan Dataran Naga atau dengan lampu jalan. Ini bukan tuntutan fundamental mereka. Apa yang mereka mahu ialah sebuah kerajaan yang adil dan tidak menindas rakyat. Lampu jalan dan Dataran Naga bukan agenda orang Cina.
Justeru, projek pemberian duit ringgit ini wajib menjadi kuliah politik yang terbaik untuk para pengundi. Di mata para pengundi apabila kerajaan Barisan Nasional menjadi lemah, maka projek 'duit ringgit' mula melimpah sampai. Jika kerajaan Barisan Nasional kuat maka mereka akan menjadi sombong dan angkuh. Inilah kuliah politik yang dibawa oleh PRU12 yang lalu.
Kepada pelajar dan pengkaji politik - apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini ialah contoh terbaik realpolitik dalam negara Dunia Ketiga. Projek kebajikan untuk rakyat telah dijadikan agenda membeli undi dalam pilihan raya. Dana dan bajet negara telah digunakan secara lucah untuk meraih sokongan dan undi. Politik wang, rasuah dan pengunaan dana negara untuk membeli undi menjadi lumrah dan tidak dilihat salah.
Orang ramai telah mula memahami bagaimana masyarakat India yang kompak tersusun bersepadu di bawah Hindraf pada satu ketika dahulu kini telah terbarai. Masyarakat India yang minoriti ini semakin menjadi kecil - pecah dengan pelbagai parti politik.
Suara minoriti ini tidak lagi menjadi satu ombak yang berupaya untuk membuat perubahan. Sebahagian besar pengundi India pasti akan mengundi Pakatan Rakyat. Manakala satu kumpulan kecil mungkin kembali untuk menyokong Malaysian Indian Congress.
Setelah memahami semua ini maka muncul soalan cepu emas - Bila pilihan raya akan diadakan? Jawabnya - tarikh ini masih lagi satu tanda tanya.
Perdana Menteri Najib Razak sendiri pun kelihatan kluk klek. Najib Razak yang telah dinobatkan sebagai Bapa Pengumuman kini masih belum berani membuat pengumuman tarikhnya. Khabar angin tentang tarikh PRU13  dari pelbagai sumber telah beberapa kali terbukti meleset.
Pak Nujum politik terus memberikan pandangan. Pak Nujum Kampong masih menelik ayat dalam pinggan untuk mencari tarikh yang sesuai.
Minggu ini warga Felda telah dilanggar oleh 'durian runtuh'. Kedatangan 'durian runtuh' ini telah berbulan-bulan di heboh hebohkan. Pada mulanya telah dibocorkan berita dimana setiap peneroka Felda akan mendapat 32 ribu ringgit. Manakala dari kajian Parti Keadilan Rakyat jumlah 'durian runtuh' yang sepatutnya diterima oleh peneroka ialah 50 ribu ringgit.
Sayang seribu kali sayang - guruh yang berdentam dentum itu hanya berkeupayaan membawa 15 ribu ringgit untuk satu keluarga peneroka.  Tidak ada 32 ribu ringgit dan mustahil 50 ribu ringgit. Jumlah 'durian runtuh' ini telah meleset. Tetapi  ini tidak memberhentikan media milik United Malays National Organisation untuk 'berheboh' siang dan malam tentang 'durian runtuh' ini.
Lalu timbul pertanyaan - apa maknanya berita 'durian runtuh' 15 ribu ringgit ini? Sekali pandang orang ramai akan membaca bahawa ini juga adalah 'duit sogok' untuk membeli undi peneroka. Pandangan ini tidak salah. Tetapi disebalik 'durian runtuh' ini ada satu lagi yang tersirat dan wajib kita semua fahami.
Kita wajib memahami kenapa cara pemberian 'durian runtuh' ini  berperingkat-peringkat. 15 ribu ringgit akan diberikan pada minggu pertama bulan hadapan untuk kepala keluarga. Beberapa bulan kemudian untuk ibu keluarga. Dan pada satu masa yang sesuai baki 5 ribu ringgit akan diberikan kepada anak peneroka. Ada tiga kali pemberian dan tidak 15 ribu ringgit sekaligus.
Kenapa berperingkat-peringkat 'durian runtuh' ini diberi?
Untuk memahaminya mari kita buat kaji selidik tentang masyarakat Felda. Pada ketika ini ada 54 buah kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN bergantung kepada sokongan undi peneroka Felda. Kesemua negeri ada rancangan Felda kecuali Pulau Pinang dan Sarawak. Justeru, undi peneroka Felda ini adalah talian hayat untuk United Malays  National Organisation.
Satu ketika dahulu diheboh-hebahkan tentang Sabah dan Sarawak sebagai bank simpanan Barisan Nasional. Anggapan ini telah meleset. Nasionalisme Dayak dan undi warga kota di Sarawak telah terbukti tidak lagi menyokong Barisan Nasional. Pilihan raya Sarawak bulan April tahun lepas membuktikan bank simpanan ini telah bocor. 
Manakala di Sabah, Nasionalisme Kadazan - Sabah Untuk Sabahan - tidak lagi menjamin hegemoni United Malays National Organisation. Warga di negeri bawah bayu ini telah lama naik angin dengan kemasukan pendatang haram. Para pendatang haram ini telah diberi kad pengenalan segera untuk mematahkan semangat Nasionalisme Kadazan.
Justeru, slogan Sabah Untuk Sabahan ini cukup ampuh dan sedang merebak. Semangat nasionalisme Kadazan ini akan meruntuhkan hegemoni kuasa United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Kemarahan penduduk asal Sabah telah memaksa kerajaan Persekutuan minggu lalu menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat tentang kemasukan pendatang haram sebagai pengundi di Sabah.
Lanskap politik Malaysia telah berubah semenjak 8 Mac 2008. Pengundi China sudah cabut. Pengundi India sudah lari. Dayak dan Kadazan tidak mahu lagi kena tindas dibawah hegemoni Semenanjung. Maka yang tinggal secara tersusun hanyalah peneroka Felda.
Warga Felda ini adalah kumpulan komuniti Melayu yang tersusun. Ianya bukan kampung Melayu tradisional. Mereka ini dalam analisis ekonomi moden jatuh ke dalam kategori buruh pertanian. Peneroka Felda ini sama seperti buruh India di lang getah milik British pada zaman penjajah dulu.
Kesetiaan mereka bukan kesetiaan Melayu feudal. Bukan kesetiaan kepada Raja dan struktur feudal. Sebagai buruh pertanian, watak mereka ditentukan oleh ekonomi.
Justeru watak dan kelas peneroka Felda ini adalah bom jangka yang berkeupayaan untuk meledakkan United Malays National Organisation. Beberapa kumpulan peneroka telah menyaman Felda kerana mereka telah ditipu dalam soal jual beli sawit mentah. Beratus-ratus peneroka telah menang di mahkamah dan akan mendapat ganti rugi yang lumayan.
Ketika ini peneroka Felda telah mula berani menjemput Pakatan Rakyat untuk membuat program dalam perkampongan mereka, ini samalah seperti di zaman British, para buruh Estate Dunlop secara terbuka menjemput Front Sosialis untuk membuat program dalam ladang.
Amat jelas, hari ini suasana di ladang Felda tegang dan terpecah. Maka disinilah Perdana Menteri Najib Razak masuk untuk menghamburkan 'durian runtuh'.
Tetapi kenapa Najib Razak tidak memberi 'durian runtuh' ini sekaligus - 15 ribu ringgit?
Jawapannya cukup senang. Ini kerana Najib Razak masih kluk klek. Najib juga tidak pasti bila pilihan raya akan dijalankan. Jika Najib Razak tahu dan yakin akan tarikhnya pasti dia akan memberi 'durian runtuh' ini sekaligus. Kerana Najib sendiri masih takut-takut dan kurang yakin akan sokongan orang ramai, maka 'durian runtuh' ini akan menjadi tempoyak.(sumber:Hishamuddin Rais)

TB: Tulisan di atas adalah pendapat penulis Hishamuddin Rais. Segala pendapatnya sama ada pro atau kontra tidak ada kaitan sama sekali dengan TB. TB tidak bertanggung jawab mana-mana pendapatnya yang bertentangan dengan pihak lain. Tujuan TB adalah semata-mata mahu pembaca berfikiran kritis dan dinamik dan tahu menilainya daripada sudut akal,budi dan pemikiran sendiri. (TB)

17 Mei 2012

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI : ISU DAN REAKSI



PENSYARAH POLITEKNIK KPT  DALAM DILEMA?



SEBELUM politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti berpindah 'rumah' ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), institusi pendidikan yang berorientasikan teknikal dan vokasional ini 'duduk sebumbung' di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia  (KPM)di Bahagian Teknik dan Vokasional KPM.

Sebelum penulis menyentuh mengenai nasib,hala tuju dan masa hadapan para pensyarah Politeknik-Politeknik KPT (PKPT), penulis sukalah menyingkap senario sejarah tercetusnya mengenai cuti tahunan para Ketua Pejabat  (Guru Besar, Pengetua, Pengarah) yang mengepalai sekolah rendah,sekolah menengah, maktab/politeknik KPM ketika itu.

Penulis  ketika itu turut menganggotai sebagai Ahli Majlis Permuafakatan Pengurusan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada masa itu dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat.Ahli majlis ini di samping dianggotai oleh pengarah-pengarah pelajaran negeri (pendidikan), ketua-ketua bahagian KPM, ianya turut dianggotai oleh presiden-presiden dan setia-setia usaha persatuan/kesatuan perguruan kebangsaan.

Seingat penulis, isu cuti tahunan timbul ketika membahaskan beban kerja ketua-ketua pejabat atau pentabiran di institusi pendidikan khususnya di sekolah-sekolah dan tuntutan elaun beban kerja atau kerja lebih masa yang turut dibangkitkan oleh Majlis Guru-Guru Besar dan PKPSM (badan mewakili pengetua-pengetua sekolah menengah; termasuk pengetua maktab, politeknik dan kolej komuniti sebelum dinaik taraf kepada 'pengarah').

Dipendekkan cerita, isu tersebut dipanjangkan dengan menyediakan kertas kerja /proposal ke JPA. Alhamdulillah, JPA meluluskan tuntutan elaun kerja masa (penulis tidak pasti mungkin termasuk elaun tanggung kerja atau pangku kerja dan seumpamanya) yang mana ketua-ketua pejabat ini (termasuklah semua guru besar, pengetua dan pengarah maktab/politeknik ketika itu) mendapat nikmat faedah dengan syarat cuti persekolahan yang selama ini dinikmati oleh guru-guru/pensyarah di KPM diganti dengan CUTI TAHUNAN sama seperti penjawat awam yang bukan guru/pensyarah KPM. Senario inilah yang banyak tidak diketahui oleh kebanyakan warga KPM dan KPT.

Apabila politeknik/kolej komunti 'berpindah' ke KPT, rata-rata para pensyarahnya menjangkakan prospek mereka juga dinaiktarafkan seperti para pensyarah di IPTA yang bernaung di bawah KPT. penulis dimaklumkan pada mulanya para pensyarahnya juga turut menjangkakan  budaya kerja seperti semasa di bawah KPM. Bahkan mereka juga menjangkakan peluang kenaikan pangkat dan elaun-elaun sama seperti di IPTA khususnya para pensyarah yang telah memiliki ijazah lanjutan sarjana dan PhD seperti mana rombakan yang dilakukan kepada lPSI/MPSI yang bertukar UPSI dahulu.

Namun ironinya dan amat menyedihkan para pensyarah politeknik (yang kononnya setaraf IPTA) diberitakan mengikut kerja waktu pejabat (punch card 8.00 pagi- 5 petang; ada juga mengikut waktu anjal). Mereka juga bukan hanya tertumpu kepada kerja-kerja akademik (p & p) tetapi dibebankan juga dengan kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran.

Namun demikian yang menyedihkan ketika teman-teman sejawat mereka yang berada di KPM menikmati peluang prospek kenaikan pangkat yang lebih baik seperti mana yang diumumkan baru-baru ini oleh Tan Sri Mahyuddin Yassin TPM merangkap Menteri Pelajaran Malaysia , nasib para pensyarah politeknik terumbang-ambing dan seakan 'samar dan kelabu' tidak menentu. Bahkan mereka yang memiliki ijazah lanjutan bagaikan tidak dipedulikan; tidak seperti teman-teman sejawat mereka di maktab-maktab perguruan yang kini telah dinaiktarafkan sebagai IPGM yang setaraf IPTA.

Justeru, penulis tidak pasti adakah nasib para pensyarah politeknik ini dibela dan mendapat perhatian daripada kepemimpinan atasan khususnya YB Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohd Khaled Nordin? Adakah  para pensyarahnya masih menjadi ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan beberapa persatuan/kesatuan perguruan/pendidikan kebangsaan yang lain?Adakah ahli-ahli yang telah 'berpindah' ke KPT ini masih boleh mendapat pembelaan?

 Jika ada para pembaca budiman khususnya para pensyarah politeknik yang berstatuskan ahli mana-mana persatuan/kesatuan pendidikan sila ajukan atau laporkan kepada persatuan/kesatuan masing-masing.


Cadangan penulis adalah baik juga para pensyarah politeknik sendiri menubuhkan kesatuan kakitangan akademiknya seperti mana yang telah sedia wujud di IPTA bagi menjamin hak-hak mereka selaku kakitangan akademik. lngatlah 'zaman pecah dan perintah' sudah berlalu. Bersatu itu teguh.

Keprihatianan pihak KPT meninjau dan mengambil perhatian kebajikan para pensyarah KPT amatlah dialu-alukan dan disanjung tinggi demi mencapai matlamat KPT ke arah pendidikan teknikal di peringkat global. (oleh Dr. Rajiee Hadi, Harakah: 05 May 2012)


REAKSI TIMBALAN PERDANA MENTERI


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sedia menimbang untuk memberi imbuhan kepada pensyarah di institusi pengajian tinggi di seluruh negara. 

Bagi tujuan itu, katanya, beliau akan menyemak semula situasi dan masalah yang dihadapi oleh pensyarah dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Saya akan semak apakah kes gaji dan gred jawatan pensyarah sudah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). (Jika ada) apa respons JPA, saya tidak tahu.
"Tapi kalau dianggap perkara ini penting dan perlu diberi perhatian, kita percaya kita akan beri pertimbangan yang sewajarnya," katanya dalam sesi soal jawab dengan peserta pada majlis Wacana Intelek dan Acara (Wira) anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia di sini, hari ini. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau menyedari keluhan ramai pensyarah bahawa mereka tidak menerima imbuhan seperti yang dinikmati guru. 

"Ada yang kata lebih baik jadi guru biasa sebab skim tidak setara. Kalau betul dan ada asasnya, kita harap kementerian (Pengajian Tinggi) boleh bawa dan kerajaan akan beri pertimbangan," katanya. 

Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan ucaptama yang menerangkan perjalanan semua program transformasi negara dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada 2020 serta pencapaian program tersebut sehingga kini. 

(Baca lanjut : sumber: BERNAMA , 17/05/12)