TB ucapkan syabas kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang kini
diterajui oleh menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kini kian mengorak
langkah dengan misi dan visi mahu memacu KPT dan IPTA ke arah tranformasi
pendidikan tinggi yang lebih dinamik,progresif dan maju ke hadapan serta
berdaya saing.
Pemandangan Salah Sebuah Politeknik di Malaysia (Gambar Hiasan). |
Justeru, kini institusi politeknik yang pernah bersama KPM seiring
dengan maktab-maktab perguruan dahulu (kini telah dinaikkan taraf IPGM setaraf
lPTA) sekarang pula di bawah naungan KPT yang dikelompokkan bersama-sama semua
IPTA dan IPTS. Tidak secara langsung masyarakat di luar memandang tinggi dan
hebat kepada institusi politeknik!.
0leh kerana itulah kini politeknik-politeknik bersiap sedia
menghadapi hari-hari mendatang dengan segala persediaan termasuklah kelayakan
akademik para pensyarahnya (walaupun masih ada pengarahnya yang berijazah
pertama!), infrastruktur dan prasananya, segala aspek inovasi, R&D dan
profesionalismenya.
Namun demikian, TB pernah terima rungutan daripada tenaga pengajar
atau para pensyarahnya tentang aspek kebajikan dan struktur gaji dan elaun
serta gred pangkat bagi pensyarah yang telah memiliki ijazah lanjutan baik
sarjana (master) mahupun doktor falsafah (PhD). Sayugia diingat, isu seperti
ini janganlah memalukan status politeknik yang dikatakan IPTA. Apatah lagi ada
politeknik yang bergelar atau berstatus 'Premier'.
Justeru, kini sudah tiba masanya pihak pengurusan Jabatan
Politeknik KPT dan mana-mana politeknik menggalakkan dan sedia memahami serta
menyokong para pensyarahnya yang sedang atau mahu melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi (ijazah lanjutan) sama ada di dalam mahpun di luar
negara.lni selari dengan seruan YB Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd
Khaled Nordin yang mahukan matlamat peratusan tinggi pensyarah IPTA memiliki
ijazah PhD!
Oleh itu kerja-kerja penyelidikan dan pembentangan kertas kerja
wajib disokong dan digalakkan dengan memberi keutamaan bantuan dalam bentuk
geran dan pembiayaan perbelanjaan untuk pembentangan baik di dalam mahupun di
luar negara selaras hak-hak mereka sebagai pegawai kerajaan atau penjawat awam.
Dengan sokongan daripada pentadbir politeknik dan Jabatan Pengurusan
Politeknik, TB percaya impian dan harapan KPT menjadi kenyataan. Bahkan bukan
dogma atau bukan impian kosong! (TB)
2 ulasan:
Saya tidak memandang satu satu cadangan menaik kedudukan sebagai satu pencapaian yang perlu diagung agngkan. Pihak swasta tidak memerlukan nama, PhD, Masters, Bachelors, diploma, certificate dan sebagainya. Kepakaran dan kemahiran yang diperlukan. Menaikkan Maktab Guru kepada Institute, dari diploma kepada ijazah tidak memberi erti selagi kemasukan dan kepakaran tenaga pengajar masih tak banyak berubah. Sudahnya, semua meminta naik gaji.
Apa pentingnya ITM yang amat berjaya dinamakan UITM, Kusza di Terengganu dua kali diubah nama dan lain lain? Di Amerika MIT masih gah , School of Oriental Study, Imperial College, London School of economics dan lain lain terus maju antara terbaik didunia.Mereka tak perlu digahkan dengan UNIVERSITI. Kita sudah menurun ditahap antara bangsa. Apa ertinya?
Saya ingin melihat hasil pengajian yang boleh disanjung masyarakat swasta. Sekarang masih jauh ketinggalan. Banyak yang menganggur kerana kursus yang tak diperlukan atau pun pemegang ijazah yang tidak dapat memampilkan diri.
Kita merancang dan megagungkan rancangan lebih dari bersungguh sungguh mengeluarkan hasil.
Maaf kalau saya memberi pandangan yang berbiza. Seperti yang kita diajar dalam Islam perbizaan pendapat diantara ulama adalah satu rahmat.
Saya pensyarah politeknik yang tahu masalah di dalam. Sebenarnya tukar nama di negara kita melibatkan peruntukan dan naik taraf. Sebab itu nama-nama institusi ditukar kepada universiti atau IPTA.
Catat Ulasan