SAYA ingin menarik perhatian ramai mengenai sikap orang Melayu sekarang yang sudah tidak peduli, tidak mahu ambil tahu, tidak kesah, tidak ambil 'pot' sehingga menyebabkan mereka ketinggalan dalam banyak hal.
Apa yang berlaku amat menyedihkan kerana ini akan membuat kita akan terus ketinggalan ke belakang. Banyak contoh depan mata dapat kita lihat, malah tabiat ini lebih terserlah diamalkan generasi muda kita:
* Sebagai warganegara mereka tidak peduli mendaftar untuk mengundi, tidak kesah dengan hala tuju negara.
* Tidak peduli dan ambil tahu apa yang berlaku, malah ramai tidak membaca untuk mengetahui apa berlaku di sekeliling, banyak masa dibuang di talian internet, malah mudah untuk mempercayai apa terdapat dalam pengisiannya, tidak kesah dan ramai percaya serta menerima isi kandungnya bulat-bulat.
* Tidak peka dengan persekitaran di mana mereka berada dengan membuang sampah merata-rata selepas ada sesuatu majlis, pesta dan ceramah.
* Tidak peduli dengan peraturan dan undang-undang ketika memandu, menunggang motosikal, contohnya apabila sampai persimpangan lampu isyarat, ramai melanggar lampu merah, malas hendak tunggu hingga hijau. Kejadian ini terjadi di merata-rata tempat di Malaysia.
* Tidak peduli anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen di kampung dan ke sekolah, malah tidak peduli memakai topi keledar untuk menjaga keselamatan diri.
* Ramai yang tidak peduli dengan penjualan tanah milik orang Melayu di kampung dan juga di pekan kecil kepada bukan bumiputera. Orang Melayu di pejabat tanah tidak peduli tanah tergadai. Ini berlaku di seluruh Malaysia.
* Tidak peduli membiarkan anak-anak yang sepatutnya bersekolah mengutip derma atas nama masjid, madrasah dan sekolah tahfiz. Mereka sekarang ini terdapat di R & R, stesen minyak, depan bank, pintu pasar raya, malah sekarang ini disediakan resit. Mereka ini mengutip derma hingga tengah malam.
* Tidak peduli dengan iklan haram jual ubat kuat, pinjaman wang ah long dan iklan jual rumah oleh ejen haram, iklan urut juga sekarang ini terdapat merata-rata, tidak ada tindakan, siapa kesah?
* Tidak peduli dengan kedatangan ramai warga Afrika atas alasan belajar dan melancong, siapa peduli mereka sudah mula berniaga di jalanan dan malah membuka salon rambut dan barangan keperluan mereka di pasar raya.
* Tidak peduli berpolitik sehingga sanggup mengadai agama Islam yang suci demi untuk berkuasa di dunia ini.
* Tidak peduli, sanggup memberi sokongan kepada Israel kerana untuk kuasa.
* Bangsaku tidak peduli hingga sanggup menjual Islam dan maruah untuk kuasa dan wang. Bangsaku tidak kesah apa yang dia kata dulu hingga mengkafirkan orang.
* Tidak peduli dulu Negara Islam sekarang Negara Kebajikan, apa kesah kalau boleh ke Putrajaya bersama-sama pihak terang-terang anti Islam.
* Tidak peduli dangan fitnah, caci mencaci bangsa sendiri di hadapan bukan Islam asalkan dapat sokongan mereka untuk menang.
* Ada mahasiswa universiti yang tidak bersyukur dengan sumbangan yang diberikan untuk menimba ilmu, malah ada yang tidak peduli sanggup baring di atas jalan dan berdemonstrasi.
* Tidak peduli tanah di bandar dan pinggiran pekan dijual dan tidak kesah bangsaku terus hilang dan tinggal jauh dihujung kampung.
Ramai bangsaku yang masih tidak peduli, mereka terlupa apa yang terjadi hari ini akan dihadapi oleh anak cucu kita nanti. Pandanglah jauh ke depan demi agama, bangsa dan negara. (sumber :YHussin, Bangi ,23/02/12)
TB: Walaupun ada pandangan Negara lslam dan Negara Kebajikan itu berbeza dari sudut politik namun lebih baik letakkan konsep 'NEGARA ISLAM BERKEBAJIKAN.' Melayu juga harus renung-renungkanlah apa untungnya bangsa Melayu yang melampau-lampau melaung-laungkan slogan SATU MALAYSIA? Melayu juga kena fikir-fikirkan apa untungnya Melayu sama Melayu bergaduh,beriri hati dan berhasad dengki?Melayu sama Melayu kena ingat juga apa faedahnya menekan orang Melayu dalam satu pejabat atau jabatan sedangkan kaum lain sesama mereka di sebaliknya?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan