LCCT (Terminal Tambang Murah) yang terletak di KLIA Sepang, Selangor kini berubah wajah. Jika suatu ketika dahulu keadaan kelam-kabut bagai tidak terurus sering mengundang pelbagai masalah kepada pengunjung terutamanya para penumpang perkhidmatan Air Asia yang kini telah mendapat kepercayaan selruh dunia. Walaupun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Air Asia dan Malaysia Airport Berhad (MAB) namun TB percaya tentulah peneraju LCCT ini mahu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna.
Di ruang legar lobi pelepasan didapati banyak kiost, kedai serbaguna dan restoran yang selesa memberi kemudahan kepada pengunjung. Kemudahan tempat duduk yang bersantai kini banyak disediakan.Kemudahan perbankan, surau, tandas dan sebagainya agar teratur dan bersistematik. Kini ada sebuah klinik terdapat dalam bangunan tersebut yang bersedia 24 jam untuk memberi kemudahan dan rawatan hatta dalam kecemasan.
Namun apa yang diharapkan agar para petugas keselamatan atau polis bantuan yang bertugas di setiap pelosok bangunan LCCT itu biarlah tampak serius,tegas,segak dan bersiap sedia sepanjang masa menghadapi sebarang kemungkinan atau kejadian yang tidak diingini. Tidak salah menunjukkan ketegasan kepada orang ramai khususnya kepada para pelanong agar biar ada rasa 'digeruni' tetapi dilindungi keselamatannya.Kita sedia maklum, kini,LCCT menjadi pintu utama kemasukan para pelancong khususnya dari luar negara.
Walaupun bukan tuduhan, tetapi tidak dinafikan bahawa para pelancong luar kini bukan semuanya berniat baik. Bahkan seperti mana laporan PDRM baru-baru ini, kini LCCT menjadi pintu masuk utama keldai-keldai dadah, pengedar dadah, para penyeludup dan GRO serta pelacur-pelacur asing yang mengambil kesempatan menggunakan pas lawatan sosial untuk datang ke Malaysia bagi tujuan yang tidak baik; khususnya mengancam ketenteraman awam.
Justeru TB berharap; selaku warganegara Malaysia yang sayangkan negara ini, pihak KDRM (Kastam) dan lmigresen hendaklah memantau,memeriksa rapi tanpa kompromi. Pegawai kastam dan imigresen harus menyedari zaman 'tersenyum-senyum' kepada pelancong asing sudah berakhir. Jikalau mahu ramah dan tersenyum biarlah kepada rakyat tempatan.
Kad ketibaan (Arrival Card) yang tercatat berapa lama tinggal, hotel nama menginap, berapa banyak wang dibawa dan sebagainya hendaklah serius diteliti dan diambil tindakan pemantauan dari semasa ke semasa. Kita tidak mahu ada pelancong asing yang melencong datang atas nama pelancong atau pelajar yang berkunjung ke Malaysia tetapi tidak memberi sebarang faedah; sebaliknya mengundang banyak malapetaka dan bahaya sama ada pada jangka pendek mahupun pada jangka panjang kepada rakyat dan negara. Awasilah! (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan