TB tidak mahu mengulas
sama ada wujud atau tidak Hang Tuah atau Hang Li Po itu seperti mana yang
diperkatakan oleh Prof.Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (Gilbert Khoo?) dalam
senuah portal berita baru-baru ini.Jika tidak wujud Hang Li Po mahukah
komuniti Cina Malaysia meruntuhkan dan meratakan sahaja Bukit Cina, Melaka yang
kononnya menjadi penempatan rombongan dari China bersama Puteri Hang Li Po
sewaktu bersemenda pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah Melaka dahulu?
Kita sedia maklum kini
Bukit Cina mempunyai nilai hartanah tinggi di kawasan komersial
Bandar Raya Melaka. Justeru, mahukah penduduk Cina Melaka meruntuhkan sahaja
Perigi Hang Li Poh atau Perigi Puteri yang kononnya sebagai peninggalan bukti sejarah? Apa
pula akan jadi dengan makam Tun Teja di Merlimau Melaka? Tun Teja adalah
salah seorang isteri Sultan Mansur Shah yang ada kaitan dengan sejarah hidup
Hang Tuah.
Apa jadi dengan makam Hang Tuah di Tanjung Keling? Perigi Hang Tuah di kampung Sungai Duyung dan sejarah kampung tersebut? Makam Hang Jebat di Jonker Street? Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Pagoh Muar? Makam Sultan Mahmud Shah yang lari ke Kampar? Dan segala nama kesultanan Melaka bermula Parameswara (Sultan Muhammad Shah) dan seterusnya?
Adakah tempat-tempat
yang TB sebutkan di atas semuanya legenda,mitos dan tidak berfakta? Apakah
jadi dengan buku yang bersifat histrografi 'Sejarah Melayu' yang
menjadi sumber rujukan salasilah peradaban Melayu?
Makam/Kubur Hang Tuah apakah bukan bukti kewujudannya? |
Apakah Khoo Kay Kim
memperlekehkan sumber sastera sejarah sebagai fakta rujukan dalam menyusur
galur peradaban dan ketamadunan Melayu di Nusantara? Apakah Khoo tidak memahami
apa itu sastera lisan, sastera sejarah,sastera lslam yang mana ada hubung kait
dalam memperkatakan sejarah bangsa Melayu di Kepulauan Melayu ini sejak zaman
berzaman dahulu?
Mengapakah kita terlalu
mudah melekatkan label 'mitos dan legenda' dalam banyak hal dan isu ke atas apa
jua sejarah yang berkaitan dengan tamadun Melayu? Lihat, tidak sesiapapun
mempertikaikan Maharaja Ming, Shih Huang Ti atau mana-mana tokoh silam dunia di
benua Eropah hatta di Asia seperti peninggalan lstana Larangan,Tembok Besar
China, Ayuthia, dan sebagainya, sebagai legenda atau
mitos? Sepatutnya di pundak pakar-pakar sejarah kajian dan penelitian
dilakukan secara berterusan walaupun memakan masa dan merentasi zaman.
Dengan mengambil sikap
menyatakan Hang Tuah , Hang Li Poh dan seumpamanya sebagai legenda dan mitos;
itu adalah pendekatan jalan mudah yang tidak sihat. Mengapakah
ada double standard dalam hal ini?
?
1 ulasan:
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
Catat Ulasan