Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar dihukum penjara enam tahun dan denda RM620,000 setelah didapati bersalah atas 14 pertuduhan menerima rasuah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China, dua tahun lalu.
Bangunan Pentadbiran Kerajaan Putrajaya ( Gambar Hiasan ) |
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Abu Bakar Katar yang memutuskan demikian hari ini, memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa mulai 16 Disember lalu iaitu tarikh Yusof disabitkan dengan pertuduhan itu.
Hakim tersebut menjatuhkan hukuman penjara antara dua tahun dan enam tahun serta denda antara RM10,000 dan RM92,000 bagi setiap pertuduhan.
Hukuman bagi kesemua pertuduhan tersebut diperintahkan berjalan serentak. (Baca Penuh UM 21/12/2010)
Jabatan-jabatan di bawah KDN seperti PDRM, Jabatan lmigresen,JPN,Kastam dan lain-lain lagi amat penting bagi keselamatan negara.lntegriti dan amanah yang dipikul oleh setiap kakitangan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh.Justeru amatlah mendukacitakan sekiranya mereka yang diberi amanah terutama para pegawai tertinggi gred jusa atau seumpamanya seperti Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan para timbalannya yang bertindak pengkhianat negara,bangsa dan agama, menikam dari belakang.
Mereka umpama musuh dalam selimut, api dalam sekam.Anehnya sebelum sampai ke jawatan tersebut merekalah yang dianugerahkan pegawai cemerlang, berprestasi tinggi, memperoleh 2 atau 3 kali kenaikan gaji melintang semasa zaman SSB,SSM; bahkan dianugerahi pula pingat-pingat kebesaran negara dan negeri dan bahkan bergelar Dato, Datuk Seri,Tan Sri dan sebagainya.Akibat ketamakan,kerakusan dan materialistik, mereka gelap mata mudah dibeli dengan wang ringgit.Yang terlepas, yang sedang dibicara, yang bebas kerana kelicikan peguam bela sekiranya anda tidak berakhlak maka anda tetap seorang yang tidak berakhlak.Kes TKP 1 Jabatan lmigresen yang dijatuhi hukuman kerana sabitan dengan kes rasuah sepatutnya menjadi renungan kita semua.
Pegawai ini bukan setakat hilang segala imbuhan dan ganjaran sebagai bakal pesara kerajaan kelak tetapi maruah diri,agama,bangsa dan keluarga! Sekiranya diadili dengan hukum lslam, pengkhianat seperti ini sudah dijatuhi hukuman mati.Atau dalam bahasa yang lebih keras dan tegas: dipancung sampai mati! Sepatutnya penjawat inilah yang diharapkan mengawal pintu penting negara daripada segala ancaman musuh dan anasir negara.Amatlah malang tentera/perajurit/askar kita mengawal sempadan negara meninggalkan sanak saudara tetapi pegawai tertinggi imigresen seperti ini bersifat bacul dan penderhaka kepada tanah air!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan