KITA disogokkan saban hari iklan di kaca TV tempatan tentang kempen membeli barangan buatan tempatan;maksudnya barangan buatan dalam negara sendiri bagi menunjukkan adanya elemen patriotisme dan nasionalisme dalam diri individu termasuk kita semua
Iklan yang menunjukkan seorang gadis ke pasar raya atau ke butik pakaian membelek-belek pakaian sedang memikirkan sesuatu.Tidak dipastikan sama ada gadis tersebut sedang memilih jenama pakaian yang diimport atau buatan tempatan,membelek-belek kualiti atau harga barangan dan lalu terkenangkan zaman remaja di sekolah yang telah dididik agar menghargai barangan buatan tempatan bagi menunjukkan kecintaan kepada Negara sendiri.
Dan lantas gadis itu memilih pakaian yang diminatinya (tanpa ditunjukkan jenama atau kualiti)tetapi sepasang baju yang diplihnya bertanda harga lebih daripada RM3xx.00 (ratusan RM).Soalnya apakah ini menunjukkan sifat dan sikap kepenggunaan/konsumerisme yang baik sebagai sebuah iklan visual yang berfungsi mendidik?Apakah ini menunjukkan sikap tidak berhemah berbelanja?Apakah ini menunjukkan sikap lebih memandang dan mementing harga barangan daripada mutu sesuatu barangan?
Antara Jenama, Kualiti atau Harga ? ( Gambar Hiasan ) |
Dan persoalan terbaru apakah status barangan itu; sama ada barangan tempatan atau luar negara jika nama barangan tersebut berjenama sama atau berbau Paris , ltali, England , Jerman dan sebagainya tetapi dibuat di Seri Kembangan,Jinjang,Semenyih,Shah Alam dalam negeri Selangor atau di mana-mana Bandar dalam Malaysia ? Begitu juga barangan yang dihasilkan di Malaysia atas dasar francais atau usaha sama?
Justeru,Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan Perdagangan Dalam Negeri (KHEP&PDN) haruslah bijak dan cerdik berkempen dalam usaha menyedarkan orang ramai agar membeli barangan buatan tempatan.TB tidak mahu iklan yang mendungukan dan memperlekehkan minda orang ramai dan audien merasakan tertipu dan diperbodohkan!Apa yang diharapkan mestilah ada kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan