Salam Perjuangan

11 Februari 2016

SHUIB BIN ARSHAD: DI MANAKAH TUAN?

TB ingin sangat bertemu, berjumpa, bersembang dan berbicara dari hati ke hati dengan Ustaz Haji Shuib bin Arshad mantan Pengarah Maktab Perguruan lslam (MPI ketika itu), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Kali terakhir TB bertemu beliau pada tahun 2005. Seelepas itu TB meninggalkan  MPI  berkhidmat di luar negara dan beliau juga keluar dari MPI lalu berkhidmat di KPM Bahagian JAPIM sehinggalah beliau bersara.

TB tidak dapat dan gagal mengesaninya kerana nama beliau tidak dapat dikesan oleh Google atau Yahoo atau sesiapa yang pernah mengenalinya. Tidak dipastikan di manakah dia berada. Ada sumber mengatakan beliau pulang ke kampung halamannya sama ada di Kedah atau Pulau Pinang.

Jikalau Ustaz Shuib masih terbaca atau sesiapa yang mengetahui; sila hubungan "admin" blog TB ini. Kerjasama tersebut amat TB alu-alukan. Wassalam. (TB)

Tiada ulasan: