Salam Perjuangan

12 Februari 2016

DELEGASI MANSUHKAN DASAR DWIBAHASA MENGADAP SULTAN PERAK

Delegasi Mansuhkan DLP Bergambar Bersama KeBawah Duli Tuanku Sultan Perak (foto semalam)

Pelancaran Kempen Mansuhkan Dasar Dwibahasa, 15 Februari 2016,di Sogo,KL 12 Tengah Hari.


TB sungguh terharu sehingga mengalir air mata gembira yang mana Allah jua Yang Maha Mengetahui apabila Delegasi Mansuhkan Dasar Dwibahasa, dengan izin-Nya berjaya jua mengadap dan mempersembahkan KeBawah Duli Tuanku Sultan Perak Darul Ridhwan kelmarin (semalam).


Walaupun TB tidak dapat turut serta seperti masa-masa lalu kerana beberapa faktor namun berasa amat gembira lantaran semangat juang berterusan para sahabat pecinta Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara kita tercinta. Para sahabat rakan seperjuangan seperti Sdr Kamal Shukri (rakan sekuliah dan rakan perjuangan dalam kesatuan guru masa lalu), Dato Haji Rauf Hussin (mantan TKPKPM, bekas Pengetua TB di SMSS,KL), rakan-rakan penulis seperti SN Dato' Dr Baharuddin Zainal (Baha Zain), rakan-rakan akademik seperti P.E.Dr Abdullah Hassan, Dr Mohd.Shahrir Md.Zain dan lain-lain lagi yang turut serta dalam delegasi tersebut.


Menurut Kamal Shukri, "DYMM Sultan Perak Tuanku Dr Raja Nazrin Shah menyambut kehadiran para delegasi dengan begitu mesra dan mudah dibawa bertukar-tukar fikiran dan pendapat.Baginda berkenan dan sudi menerima delegasi mengadap dan sependapat dengan pandangan anggota delegasi yang menolak Dasar Dwibahasa/DLP.


Dipendekkan cerita, Tuanku Sultan Perak komited dan berjanji akan sampaikan tuntutan dan kekecewaan para delegasi untuk batalkan dan mansuhkan dasar Dwibahasa itu kepada Menteri Pendidikan.Dan baginda juga sudi menerima dan akan membacanya  'buku merah' Kajian Keberkesanan Pengajaran-Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa lnggeris (PPSMI) oleh PEMBINA.



 TB:  Sepertimana yang dilaporkan dalam Berita TV malam tadi, "Menteri Pendidikan berkata, 'Program Dwibahasa di sekolah tiada paksaan dalam pelaksanaannya." Terkejut TB dan mahu bertanya kepada Menteri Pendidikan, "Adakah sesuatu dasar itu boleh dibuat atau dilakukan sesuka hati?" Pelbagai perasaan dan emosi berbaur dalam jiwa TB.

Tiada ulasan: