Di tengah-tengah kepemimpinannya sedang dipertikaikan rakyat jelata dan berita mengenainya juga meniti diperkatakan di seluruh dunia, Najib Razak tiba-tiba ingin merendah diri dengan meminta perbelajaan sambutan untuknya dikurangkan dengan segera.
Aspek yang disentuhnya untuk dikurangkan itu ialah penggunaan karpet merah dan hidangan istimewa dalam setiap program yang dihadirinya.
Menurut beliau, dengan berbuat demikian bermakna perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan dan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada rakyat.
Fokus utama kita ialah rakyat, bukan protokol, kata Najib lagi.
Hahaha....ketawalah semua orang, termasuk makcik-makcik Felda dan budak-budak sekolah rendah dengan lakonan terbarunya kali ini.
Kenapalah dalam banyak-banyak aspek yang boleh dilakukan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan, karpet merah yang lebih menjadi perhatian Najib?
Apa yang ingin ditonjolkannya? Kalau ingin menunjukkan beliau kononnya berjiwa seperti rakyat biasa, ingatlah bahawa ramai belum lupa tentang perbelanjaan mewah dan keseronokannya membeli belah bersama keluarga di berbagai negara sebelum ini.
Lagi pula, bukankah menggunakan karpet merah tidak mengeluarkan belanja yang besar kerana ia tidaklah terlalu mahal serta karpet itu pula biasanya boleh diulang-ulang pakai kegunaannya?
Apa yang sebenarnya dapat dijimatkan dengan tidak menggunakan karpet merah?
Apakah selama ini penggunaan karpet merah yang menyebabkan kewangan negara jadi tenat?
Adakah dengan tidak menggunakannya lagi, ekonomi negara akan segera melonjak dan hutang yang bertimbun dapat dikurangkan?
Mengapa tidak diumumkan penjimatan yang lebih besar maknanya seperti mengurangkan saiz kabinet, pemotongan gaji dan elaun menteri, membuang penasihat dan duta khas bertaraf menteri yang tidak memberi faedah sama sekali, menghadkan majlis jamuan sempena hari perayaan kepada menteri-menteri dan timbalan menteri dan memotong sebahagian peruntukan Jabatan Perdana Menteri yang berjumlah lebih RM20 bilion untuk tahun 2016?
Program lawatan Perdana Menteri dan menteri-menteri, kenapa masih menikmati kemudahan perjalanan dan penginapan bertaraf lima bintang?
Dalam hal ini, seorang rakan yang biasa dengan Najib sejak sekian lama, tetapi sudah beralih arah mulai beberapa bulan lalu, menyifatkan Perdana Menteri semakin memperlihatkan dirinya tidak tahu apa keutamaan yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negara.
Tanpa karpet merah pun, kata beliau, jika sikap dan perangai Najib masih tidak berubah, tiada apa-apa yang berbeza yang dapat dirasakan oleh rakyat. (petikan daripada shahbuddin.blogspot.com/11/2/16).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan