MENURUT Akta lnstitusi Pendidikan Swasta (IPTS) 1996 mata pelajaran Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia) merupakan mata pelajaran wajib yang diajarkan di IPTS yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kelulusan dalam subjek ini menjadi prasyarat untuk penganugerahan sijil,diploma dan ijazah di IPTS bagai warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.
Isunya; adakah Bahagian Penguatkuasaan IPTS yang kini di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ada memantau, memeriksa atau apa jua tindakan bagi memastikan tidak ada perlanggaran akta itu? Sebabnya; orang awam ada "terdengar" sikap mengabaikan akta itu sedang berlaku kini di IPTS. Sesiapa yang mengeahuinya sila adu segera kepada bahagian tersebut.Kita tidak mahu ada pegawai yang "tidur" yang mana menjadi sia-sialah akta tersebut.
Dan kita juga mahu mengetahui adakah tidak adanya mata Bahasa Melayu diajar di Politeknik-Politeknik KPT sekarang telah menidakkan akan kepentingan Bahasa kebangsaan sebagi bahasa ilmu negara Malaysia yang berdaulat? Apatah lagi ada laporan diterima pengajaran-pembelajaran dwibahasa begitu 'galak' kini dijalankan di politeknik-politeknik di KPT. Orang awam juga mahukan kepastian ini! (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan