1. Ada sesiapa tahu atau masih ingat berapakah jumlah penduduk PERSEKUTUAN TANAH MELAYU sebelum mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 lalu? Dan berapakah jumlah pendatang asing yang datang "mencari makan" di Tanah Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan?
2. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 penduduk Tanah Melayu berjumlah hanya sekitar 11 juta. Pendatang asing yang datang ke Tanah Melayu sebagai buruh ladang getah, pekerja lombong, pekerja kereta api, peniaga kecil-kecilan dan sebagainya telah diberi taraf kewarganegaraan atas prinsip JUS SOLI. Prinsip ini sebagai kesepakatan antara orang Melayu dan bukan Melayu (Cina dan lndia) bagi mencapai kemerdekaan daripada belenggu lnggeris.Manakala bukan Melayu yang lahir selepas hari kemerdekaan secara automatik menjadi warganegara.
3. Selepas 16 September 1963 baharulah Tanah Melayu ditukar nama kepada MALAYSIA dengan gabungan Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei menolak saat-saat akhir. Justeru, sebab itu para pejuang bahasa tidak mahu menerima pakai istilah "Bahasa Malaysia" menggantikan Bahasa Melayu kerana seolah-olah bahasa itu baharu lahir selepas 16 September 1963. Walhal Bahasa Melayu dan budayanya itu telah wujud ketamadunannya sejak beratus-ratus tahun yang lampau.
4. Sebenarnya selepas kemerdekaan penduduk berbangsa Melayu (termasuk Melayu asal atau Melayu asli dan Melayu sukuan Bugis, Jawa, Mandailing, Banjar dan lain-lain dalam rumpun Kepulauan Melayu) berjumlah lebih 90%. Tetapi sekarang (2016) berapa peratuskah jumlah penduduk Melayu/Bumiputera ?
5. Sejarah adalah guru. Sejarah terus berputar dan berputar kembali.Sekarang, 2016 selepas 58 tahun merdeka, pendatang asing atau lebih tepat warganegara asing kian bertambah membanjiri masuk ke Malaysia dengan tujuan "mencari makan". Mereka datang dengan pelbagai tujuan dan cara kini sama ada secara perundangan atau sebaliknya. Bahkan kehadiran mereka kini jika tidak disedari atau dibendung (bagaimana mahu dibendung jika ada "kongkalikong dan urus niaga" kemasukan mereka). Dikhabarkan jumlah mereka telah mencecah atau melebihi 2.5 juta! Mereka datang dari seluruh pelosok dunia termasuk dari China, lndia, lndonesia, Thailand,Filipina, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Cambodia, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Timur Tengah, Afrika (Nigeria) dan lain-lain lagi. Bagaimana mereka ini dikatakan mengancam rakyat tempatan? Fikir dan selidiklah sendiri. Ancaman jangka pendek dan ancaman jangka panjang.
6.Suatu hari TB berada dalam sebuah restoran makanan segera tempatan. Restoran itu dipenuhi petugas/pekerja asing. Dalam restoran itu mereka menjerit berteriak menggunakan bahasa ibunda mereka. Pelanggannya terdiri kesemuanya berbangsa Melayu/lslam. Salah seorang pekerja penghantaran yang seakan-akan "bergaduh" dengan juruwang (kasyier) mengeluarkan kata-kata lucah dalam Bahasa Melayu (mencarut) dengan suara lantang tanpa mempedulikan para pelanggan dalam restoran itu. Oleh kerana kata-kata lucah berbahasa Melayu itu diulang-ulang sebanyak tiga kali maka TB hilang sabar tetapi masih dalam keadaan tenang. TB panggil pekerja tersebut dan bercakap hanya sekali dengan nada lembut perlahan menegurnya,Mujur dia mengangguk perlahan dan berlalu diam tanpa membantah.
7.TB dalam usia begini tidaklah merasakan diri ini gagah jika tiba-tiba terjadi pergaduhan. TB sedar `walaupun semasa puluhan tahun silam apabila TB baharu mencapai gred tali pinggang coklat dalam Karate Budokan dan cekap dalam seni pertahanan diri Silat Cekak dan bila-bila masa sentiasa bersedia berhadapan dengan situasi TETAPI kedaan sekarang berbeza. Isunya, TB sedih kerana masyarakat kita kini sudah tidak peduli lagi dan tidak peka apa yang berlaku di sekitar mereka. Bayangkan kes yang kecil ini jika TB tidak tegur; apa akan jadi apabila mereka berstatus warganegara Malaysia kelak (mudah jika berkahwin dengan rakyat Malaysia) dan mereka "kurang ajar"? Masa itu segalanya tidak berguna, bagaikan nasi sudah menjadi bubur. Ya, sejarah adalah guru yang tidak pernah menipu! (TB: 30/1/2016)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan