TB sukacitanya memaklumkan (pernah membuat aduan ke pejabat JAWI Kuala Lumpur) bahawa Bahagian Pendidikan JAWI (wang Baitul Mal?) belum melunaskan lagi bayaran 'upah peluh dan penat lelah' TB yang pernah mengajar guru-guru JAWI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada sekitar awal tahun 2000 di Maktab Perguruan lslam (kini IPG Kampus Pendidikan lslam), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Jumlah amuannya TB tidak pasti sama RM2500/ (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus) ATAU RM2800/ (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lapan Ratus).
Ketika itu Penyelia/Pengelola kursus yang diamanahkan bagi pihak MPI ialah USTAZAH FAUZIAH BINTI RAMLI (kini telah bersara). Manakala pegawai JAWI Bahagian Pendidikan yang dipertanggungjawabkan ialah USTAZ ABDUL RAHMAN yang ketika itu sebagai Ketua Penolong Pengarah (sudah bersara).
Borang tuntutan (dokumen) yang telah siap sempurna TB (saya) telah serahkan kepada Ustazah Fauziah Ramli. Beliau kemudiannya telah menyerahkan ke Bahagian Pendidikan JAWI (menurut katanya, wallahualam). TB menunggu dari setahun ke setahun tetapi menyepi tanpa berita. Dan sebelum tahun 2005 TB ada ke pejabat Ustaz `Abdul Rahman di Bahagian Pendidikan JAWI dan bertemu dengannya. Setelah disemak, diperiksa dan dicari didapati dokumen/ borang lengkap tuntutan TB tidak sampai ke pejabatnya (tidak pasti sama ada tidak sampai, hilang atau sebaliknya) Dalam lsu ini: Apakah sebenarnya yang terjadi?
lnilah soal amanah dan integreti. Yang memalukan isu ini membabitkan mereka yang faham mengenai hukum-hakam agama. Adakah isu seperti ini juga mahu menyalahkan Perdana Menteri?
TB bukan mahu mempersoalkan'tidak seberapa banyak mana pun amaun itu'. TB bukan persoalkan isu bersedekah dan halalkan sahaja,. Tetapi TB mahukan kepastian.
Bagaimanakah nanti ketika mahu meniti siratulmustaqim dan mahu dihisab; tiba-tiba tergendala kerana AMANAH yang tidak dilaksanakan dengan sempurna oleh mereka?
Sayangnya TB tidak menyimpan lagi salinan dokumen tuntutan tersebut. Jika ada, boleh juga TB dedahkan atau ajukan ke pihak berkenaan. Allah jua yang Maha Mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan