TAHUN 2015 membuka tirai pada hari ini. Walaupun tahun demi tahun hanyalah angka-angka yang berubah seperti mana tahun baharu hijrah tetapi selagi kita tidak ada merubah dan mengubah sesuatu dalam kehidupan maka segalanya tidak bermakna.
Digit tahun yang datang hanyalah perubahan angka-angka. Apakah kita sudah menganalisis segala pencapaian dan kegagalan sepanjang tahun-tahun yang telah kita lewati/lalui sepanjang kehidupan kita? Adakah kita telah membuat banding beza, peratusan,unjuran dan sebagainya sama ada dengan cara carta yang kepelbagaian? Seandainya dalam kerjaya kita banyak KPI dan audit telah kita buat namun pernahkah anda melakukan penilaian KPI dan mengaudit diri sendiri?
Apa kata sempena tahun 2015, kita membuat sesuatu perubahan dengan membuat penilaian semula atau penilaian kendiri (muhasabah) secara analitik dan kritis? Di samping itu, buatlah di atas kertas, buku catatan harian atau di papan 'white board' apakah azam kita pada tahun ini sama ada sempena tahun Masehi atau tahun Hijrah ataupun sempena sambutan Maulidul Rasul. Sebagai contoh mudah; katakan pada tahun ini anda berazam mahu:
i.Mengurangkan gula,garam,lemak dan manis dalam makanan dengan tidak lagi makan di kedai/restoran ataupun di restoran mamak.
ii. Cuba sedaya upaya makan di rumah dengan masakan sendiri.
iii.Akan terus menabung sebanyak 10-20 0/0 sebulan daripada pendapatan bulanan ke dalam akaun Tabung Haji, ASB atau Sijil Simpanan Premium ataupun lnsuran.
iv.Bersedia wajib membuat perancangan terlebih dahulu dengan menyenaraikan semua item yang mahu dibeli sekiranya anda mahu pergi ke pasar raya ataupun mahu membeli-belah di mana-mana jua. lni mengelakkan bagi anda tidak melakukan pembaziran masa, wang petrol dan tenaga.
v.Bagi lelaki Muslim, akan sedaya upaya pergi ke masjid sekurang-kurang 3 kali seminggu untuk solat jemaah pada waktu solat fardu sama ada di masjid atau surau.
vi. Masuk tidur malam wajib paling lewat/lambat jam 10 malam.
vii.Patuhi dan berdisiplin dalam semua hal/perkara yang telah dirancang.Anda boleh kenakan denda penalti sekiranya anda sendiri yang gagal mematuhi KPI diri anda.Buatlah jadual perancangan harian,mingguan,bulanan dan tahunan. Saya yakin anda akan rasai perubahan pada tahun ini.Percaya dan yakinlah!
viii. Dan banyak lagi yang boleh kita lakukan keazaman!
TB: Tahun 2015 kian ramai sahabat TB akan bersara wajib!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan