Salam Perjuangan

31 Disember 2014

PBMP UPM 1983-1986

TB ucapkan syabas kepada teman-teman sekuliah lama yang pernah menuntut di UPM 1983 program PBMP yang telah mengadakan 'reunion' atau pertemuan kembali kai ke-2 di Hotel de Palma Shah Alam, Selangor D.E Malaysia pada 29-30 November 2014 lalu.

Jurucakapnya Haji Rafaie Mustaffa, mantan Pengetua Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memberitahu bahawa teman-teman sekuliah yang hadir termasuk dari Sarawak dan Brunei Darussalam.

Rata-ratanya teman kami kini ini sudah lama bersara, baharu bersara dan sesetengahnya masih berkhidmat menghabiskan sisa-sisa usia di penghujung perkhidmatan. Ramai di antaranya telah menjawat jawatan, pengetua, ketua PPD, pengarah dan timbalan jabatan, pensyarah kanan, profesor, profesor madya dan memperoleh gelaran datuk anugerah dan 'datuk biologi'.

Namun sayangnya, majlis yang amat bermakna tidak dapat TB hadiri kerana TB berada di luar kawasan.Kepada para sahabat yang hadir dan tidak dapat hadir, TB sampaikan kirim salam dan mohon maaf zahir batin, halalkan mana-mana yang termakan terminum semasa kita bersahabat sepanjang tempoh lalu.

Dan kepada sahabat yang telah meninggal dunia seperti Allahyarham Nordin Yatim, Mustapha (Bob),Fatimah Sheikh, Saeri, Mohamad Jannes, Haji Juraimi dan lain-lain yang TB tidak ketahui, sama-samalah kita sedekahkan surah al-fatihah kepada mereka.Semoga roh mereka yang telah mendahului kita dihimpunkan dalam kalangan ahli jannah. Amin....

Tiada ulasan: