NAMA Mana Sikana (nama samaran) adalah nama yang tidak asing lagi bagi para peminat drama radio pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an di stesen Radio Singapura mahupun RTM Johor Baharu.Mana Sikana sering mengirimkan naskah skripnya ke stesen radio berkenaan. Para pelakon yang popular drama radio yang sering kedengaran suara mereka ketika itu antaranya S.Sahlan, Osman Zailani, Rubiah Suparman, Rahimah Simin, Jah Lelawati dan lain-lain lagi.
Apakah sebabnya drama radio ketika itu amat digemari para pendengar? Tidak lain tidak bukan kerana mutu skrip yang ditulis penulis seperti Mana Sikana amat berkualiti dan kotemporari. Selain tema dan mesejnya jelas, skrip yang disulami gaya bahasa dan pengolahan watak dan perwatakan begitu hidup dan natural. Para pendengar merasakan watak-watak yang hanya didengarnya melalui corong -corong radio bagaikan hidup dan berlegar-legar melakonkan perwatakan masing-masing dengan hidup dan berkesan sekali.
Teringat TB apabila suatu waktu dahulu ada wartawan bertanyakan kepada Allahyarham seniman Ahmad Mahmud mengenai filem dan drama tempatan ketika itu. Allahyarham spontan menjawabnya, 'Ngantuk..mengantuk...mahu tidurlah!'. Apa yang TB rasakan kini, kenyataan beliau kini banyak betulnya. Apakah sebabnya? Kerana skrip sekarang banyak yang hampas, imaginasi kosong hambar dan membosankan! Filem dan drama Melayu kini tidak ada hala tuju, tidak ada identiti, tidak ada maruah dan roh diri. Bahkan tidak keterlaluan dikatakan drama dan filem Melayu kini tidak ada visi, tidak ada jiwa kalbu!
Justeru apa peranan ASWARA atau pelbagai fakulti perfileman/drama yang bersepah sekarang?Mudah. Kembalilah ke pangkal jalan. Rujuklah filem-filem klasik baik yang dihasilkan oleh P.Ramlee, Huusain Hanif, M.Amil, Jamil Sulung, Omar Rojik dan sebagainya dengan kata bual, muzik dan aneka teknik yang boleh meninggalkan kesan zaman berzaman hingga kini.
Pihak berkaitan wajib mengumpulkan sebanyak mungkin 'bank skrip' sebagaimana penggiat filem lndia,Mandarin/kantonis dan lnggeris. Mesti kekalkan/wujud watak protoganis, antigonis, komedi, dan disulami dengan muzik latar, nyanyian latar, tarian dan pelbagai teknik moden terkini.
Ah, malaslah TB mahu menulis panjang..mengantuklah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan