PENILAIAN TAHAP TIGA (PT3) sistem peperiksaan baharu yang mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada para pelajar sekolah menengah tingkatan tiga yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mlai tahun 2014 menjadi teka-teki dan tanda tanya kepada sebilangan besar mereka yang terbabit khususnya dalam kalangan majoriti besar ibu bapa.
TB tidak bercadang mahu menulis panjang atau menganalisis secara ilmiah dalam kolum blog yang bersifat ringkas dan mudah ini untuk pembaca.TB tidak ada sebarang tujuan atau niat politiking. Bagi TB,Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, TPM merangkap Menteri Pendidikan telah melakukan suatu tanggung jawab dan anjakan paradigma yang AMAT TERBAIK DAN AMAT CEMERLANG selaku Menteri Pendidikan yang telah berani dan telus melakukan perubahan drastik dalam hal kebajikan penjawat pendidikan/guru kususnya dalam kenaikan pangkat dan prasarana institusi-institusi pendidikan di seluruh pelosok tanah air.
Namun PT3 adalah suatu kegagalan atau musibah tersembunyi haruslah dijadikan post mortem (bedah siasat) di peringkat KPM, JPN dan PPD seta di peringkat sekolah yang terbabit. TB sejak awal lagi difahamkan (termasuk difahamkan oleh para pelajar oleh guru-guru mereka) mulai tahun 2014 lalu PMR telah digantikan PT3. PT3 dikatakan dinilai oleh pihak sekolah masing-masing bersandarkan pencapaian kurikulum bulanan di peringkat sekolah dan pembabitan kokurikulum sebagai aktiviti luar bilik darjah yang akan dinilai.
Dipendekkan cerita PT3 lalu yang dijalankan di sekolah-sekolah secara serentak di seluruh negara sebagaimana PMR (khabarnya soalan-soalan daripada pusat, TB tidak dapat pastikan) telah mengumumkan keputusan rasmi KPM sebelum hari krismas lalu) telah memeranjatkan seluruh negara! Keputusannya merudum jatuh! Tidak seperti masa lalu (zaman PMR) yang mana keputusan peperiksaan PT3 kurang dilaporkan oleh media elektronik mahupun media cetak. Mengapa dan kenapa?
Dan apa yang memeranjatkan TB, permohonan masuk ke Tingkatan Empat di SBP, MRSM, KVM, SMT masih lagi bersandarkan penilain gred cemerlang di peringkat PT3. TB dimaklumkan ramai pelajar kurang memperoleh gred A atau B dalam peperiksaan PT3 lalu. Fenomena ini menjadi kemusyikilan dalam kalangan masyarakat awam dan ibu bapa.
0leh kerana negara dilanda bencana banjir besar tahun ini dan disulami tragedi akhir tahun AirAsia lndonesia QZ8501 maka isu PT3 senyap dan tidaklah menjadi isu besar negara.
Semoga anak-anak kita semua tidak menjadi 'percubaan' dari semasa ke semasa oleh 'mereka' yang mahu pembaharuan tetapi 'pi mai pi mai tang tu juga'.
TB: Sedih dan sayu kerana 'suara' kesatuan-kesatuan guru sekarang dan PIBG Nasional kian menyepi kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan