Salam Perjuangan

11 Januari 2015

MELAYU SINGAPURA

DALAM satu artikel dalam Berita Harian beberapa bulan yang lalu seorang anggota Melayu NGO Singapura telah melahirkan rasa amat kecewa mengenai nasib orang-orang Melayu yang merupakan penduduk/rakyat asal republik itu. Rasa kecewa, terkilan keluhan dan jeritan kalbu in, bukanlah kali pertama TB dengar atau terbaca di media-meia massa.

Bangsa Melayu merupakan kira-kira 12-15% berbaki yang kini menjadi rakyat Singapura. Kata wakil Melayu itu, beliau kecewa kerana nasib dan masa depan orang Melayu di republik itu kurang terbela. Mereka dianaktirikan dalam pelbagai aspek termasuk peluang kerjaya, kenaikan pangkat dalam sektor awam,pendidikan,perniagaan dan sebagainya.Orang Melayu Singapura boleh kelihatan setakat menjadi pengawal keselamatan, bekerja di restoran makanan segera, pemandu kenderaan dan buruh kasar.

Kebetulan dalam 10 tahun kebelakangan ini, TB seringkali juga ke Singapura, minum teh tarik di Geylang Serai sambil makan otak-otak di Gerai Pak Mustar yang menghidangkan lagu-lagu klasik 1950-an,1960-an yang mengasyikkan.TB juga penah singgah makan nasi berlaukkan asam pedas di Restoran Labu-Labu yang sering menayangkan filem-filem P.Ramlee yang nostalgik.Di 'Malay Village' Geylang Serai ini kerap terjumpa warga emas yang turun naik mendiami rumah pangsa hingga 15 tingkat.Orang Melayu Singapura (tidak kira asal usul kaum sukuan; asalkan beragama lslam, berbudaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu) boleh kita temui di Bedok, Tanjung Katung, Paya Lebar , Woodland dan lain-lain lagi secara terpisah.

TB tidak perlu katakan secara terperinci apa yang patut kita simpati. Di mana-mana bumi pun hatta di Tanah Melayu sekalipun nasib orang Melayu terus merempat lantaran tidak bersatu. Walaupun ajaran lslam mengajar kesepakatan dan kesatuan ummah tetapi 'roh dan kalbu' orang Melayu masih lagi bersikap individulistik.Apa silapnya?

Melayu Singapura adalah rakyat asal Singapura..ltu hakikat sejarah. Melayu Singapura (termasuk orang Seletar, asli nelayan yang tinggal di sebelah utara Singapura) telah sedia wujud sejak zaman kerajaan Melayu Temasik (nama lama Singapura). Temasik dan kini Singapura juga menjadi pelabuhan penghijarahan orang-orang Melayu persekitaran daripada Kepulauan Melayu Nusantara termasuk pulau-pulau yang pernah TB jelajahi seperti Pulau Bentan, Bangka, Daik, Pulau Penyengat, Batam dan kepulauan Riau.Mereka berdagang dan berurus niaga sejak zaman berzaman dahulu. Namun di manakah kehebatan nenek moyang mereka dahulu yang menjadikan Singapura terkenal sebagai pusat seni dan budaya dan sebagainya?


Kepada Melayu Singapura jadikanlah penduduk Malaysia keturunan lndia (kebanyakannya Tamil hindu) yang hanya 7.5% mendiami Malaysia sebagai renungan dan bandingan tetapi bernaung di bawah tidak kurang 4 buah parti politik. Walaupun berbeza parti politik tetapi mereka mungkin 'berlakon bising' tetap menyuarakan satu suara mengatakan 'Kaum lndia miskin perlukan bantuan kerajaan' . Walaupun kaum lndia telah berjaya menjadi juatawan tersohor di Malaysia tetapi nada suara mereka tetap isu yang sama sejak 1957 yang lalu.Kaum lndia di Malaysia yang datang dari sebuah 'benua asing' kini lebih FOKUS memajukan anak kaum mereka dalam pendidikan khususnya di bidang perundangan dan guaman, kedoktoran dan kejuruteraan. Apa kata anak-anak Melayu Singapura tumpukan masa hadapan dengan melahirkan ramai peguam Melayu? TB rasa peguam-peguam ini kelak ada di antaranya akan 'berani bersuara' mezahirkan nasib dan soal keadilan kepada bangsa Melayu Singapura.

Justeru, tidak berguna dan cerita lama jikalau orang Melayu Singapura asyik mengeluh menangisi nasib itik di kepuk mati kelaparan sepanjang masa dan zaman.Buatlah rangka dan blue print untuk 15-25-50 tahun akan datang. TB yakin bukan mustahil Melayu Singapura boleh menjadi PM!


Tiada ulasan: