Salam Perjuangan

29 Januari 2015

1978 - 2015

SECARA yang tersirat, cinta kasih TB dalam dunia pendidikan khususnya dalam bidang pedagogi telah hampir atau genap 37 tahun apabila berakhirnya Disember 2015 ini.Segala suka duka yang TB alami, alhamdulillah telah TB dapat rakamkan dalam buku yang TB tulis sendiri, mengandungi lebih 150 halaman berjudul, 'TRAVELOG GURU: Seribu Warna, Seibu Makna' yang bakal dilancarkan jika tidak berhalangan sebelum sambutan Hari Guru 16 Mei tahun ini, insya-Allah.

Jangka waktu 1978-2015 bukanlah suatu tempoh yang singkat, dan juga bukanlah suatu tempoh yang panjang. Tidak disangkakan masa telah jauh ditinggalkan pergi. Sehingga kini, jika TB singgah di bandar Bukit Gambir, Muar, di bandar Nilai, Negeri Sembilan, di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan di tempat-tempat lain adakah ada orang atau 'bekas anak murid' yang masih mengenali TB? Wallahualam. Tetapi TB gembira kerana pernah juga ditegur dan disalam cium penuh hormat oleh bekas anak murid (lelaki) yang telah menjadi guru, doktor, jurutera, peniaga ikan dan sebagainya. Ada juga rakan sekerja daripada kumpulan sokongan yang telah bersara baik kerani, PAR, tukang masak dan tukang kebun.

Selain ramai rakan sejawat, TB juga berkawan dengan rakan-rakan penulis dan 'orang sastera dan budaya'. Sepanjang 1978-2015 ramai juga yang telah kembali ke rahmatullah, dan didoakan Allah menghimpunkan roh  mereka dalam kalangan orang-orang beriman.

Alfatiha:
RAKAN PENULIS:
1. Mohd.Noh Atan
2.Haji Masud Abdul Rahman
3.Abd.Kadir Bawok
4.Haji Aris Tahir
5.Haji Said Jamhari
6. Matlob
7.Haji Shukur lsmail
8.Jufri Sitam
9.Mahfar Tahir
10.Saparman Bakri
11.Nordin Yatim
12.Othman Puteh
13.Dharmawijaya
14.Arena Wati
dan ramai lagi.
RAKAN SEJAWAT:

1.Abu Bakar Sobor
2.Ghafar Saad
3.Ali Sugiman
4.Mansor SMBG
5.Maadan Hassan
6. Mohd Jannes Lingau
6.Saeri Basri
8.Hj.Solihin Jurimi
9.Fatimah Sheikh lsmail
10.Bob Mustapha
11. dan lain-lagi.

YANG telah pergi didoakan dihimpunkan ke dalam syurga yang kekal, yang berjaya dalam kerjaya tahniah dan yang bersara agar dapat menghimbau kenangan-kenangan yang manis- TB.

Tiada ulasan: