TIRAI tahun baharu 2015 dihujani dengan tragedi kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian sepanjang bulan Januari ini.lni adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Kemalangan jalan raya ini tidaklah termasuk kemalangan jiwa penunggang motosikal dan kemalangan-kemalangan lain yang tidak dilaporkan akhbar. Bayangkanlah,kita saban waktu terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di jalan raya.
Suatu waktu dahulu Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) punya seorang penasihat di KPM yang memberi banyak pandangan, tunjuk ajar dan idea-idea bagaimana mahu mengatasi atau mengurangkan kemalangan jalan raya. Kebetulan TB kenali beliau hampir 30 tahun lalu ketika kami tinggal di Seri Serdang, Selangor. Ketika itu ramai di antara ibu bapa muda seangkatan TB bergiat dalam pertubuhan ABIM dan JIM di daerah tersebut.
Dr lr Radin yang memiliki PhD pengkhususan bidang kajiannya dalam keselamatan jalan raya adalah satu-satunya anak Malaysia yang menjuruskan dalam bidang tersebut.Beliau dilantik menjadi penasihat KPM. Kerjayanya meningkat seterusnya menjawat Profesor, Naib Chanselor UPM dan seterusnya sebagai Ketua Pengarah KPT ketika itu.Kerana kepakarannya, beliau banyak mengkaji aspek-aspek struktur binaan jalan raya, komponen jalan raya dan sebagainya bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Namun baktinya tidak berpanjangan lantaran dalam usia mudanya beliau telah terlebih awal kembali ke rahmatullah kerana menghidapi kanser beberapa tahun yang lalu. Kini TB tidak pasti sama ada masih wujud atau tidak 'penasihat' di KPM sekarang.
Secara kebetulan pula semacam sudah menjadi tradisi apabila Menteri Pengangkutan terdiri daripada seorang anggota daripada parti MCA maka seringkali berlaku kemalangan jalan raya yang membabitkan bas,lori dan kereta.Kita berharap ini bukan 'badi' tetapi secara kebetulan sahaja. Nauhuzubillah.
Apapun kepada para pengguna jalan raya ; baik pemandu,penunggang atau pejalan kaki berhati-hati, bertenang dan banyak-banyak bersabar ketika berada di jalan raya. Tips mudah:
1.Jangan memandu laju. Disiplinkan tidak melebihi 100 kmj. Jika ada keperluan tidak melebihi 120kmj.
2.Pandu ikut lorong yang betul Sentiasa pasangkan lampu kecemasan adalah langkah baik. jika ada kecemasan tidak salah bunyikan hon.
3.Jangan lalai memasang lampu isyarat jika mahu membelok.
4.Jika berhenti sekejap pasangkan lampu kecemasan berfungsi kedua-duanya sekali.
5.Pastikan semua kondisi kereta dalam keadaan baik..brek,lampu,minyak enjin dsb.
6.Jangan memandu bertunda-tunda dalam keadaan berlumba-lumba. Beralahlah.jangan mengekori dan diekori dari jarak dekat.
7.Penunggang motosikal..jangan mahu 'bunuh diri' masuk lorong tengah atau kanan sekali...hari ini anda lepas, esok lusa belum tahu.
8.Ketahuilah..paling laju anda memandu paling cepat pun antara 3-10 minit sahaja daripada orang lain.Adakah nyawa anda bernilai 5-10 minit sahaja?
9.Jangan berhenti di lorong kecemasan jika tidak mendesak. Berhentilah kenderaan anda tempat letak awam seperti di R & R.
10.Banyakkan istgfar,
11. Dan banyak lagi.
TB: Banyaklah bersabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan