SECARA yang tersirat, cinta kasih TB dalam dunia pendidikan khususnya dalam bidang pedagogi telah hampir atau genap 37 tahun apabila berakhirnya Disember 2015 ini.Segala suka duka yang TB alami, alhamdulillah telah TB dapat rakamkan dalam buku yang TB tulis sendiri, mengandungi lebih 150 halaman berjudul, 'TRAVELOG GURU: Seribu Warna, Seibu Makna' yang bakal dilancarkan jika tidak berhalangan sebelum sambutan Hari Guru 16 Mei tahun ini, insya-Allah.
Jangka waktu 1978-2015 bukanlah suatu tempoh yang singkat, dan juga bukanlah suatu tempoh yang panjang. Tidak disangkakan masa telah jauh ditinggalkan pergi. Sehingga kini, jika TB singgah di bandar Bukit Gambir, Muar, di bandar Nilai, Negeri Sembilan, di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan di tempat-tempat lain adakah ada orang atau 'bekas anak murid' yang masih mengenali TB? Wallahualam. Tetapi TB gembira kerana pernah juga ditegur dan disalam cium penuh hormat oleh bekas anak murid (lelaki) yang telah menjadi guru, doktor, jurutera, peniaga ikan dan sebagainya. Ada juga rakan sekerja daripada kumpulan sokongan yang telah bersara baik kerani, PAR, tukang masak dan tukang kebun.
Selain ramai rakan sejawat, TB juga berkawan dengan rakan-rakan penulis dan 'orang sastera dan budaya'. Sepanjang 1978-2015 ramai juga yang telah kembali ke rahmatullah, dan didoakan Allah menghimpunkan roh mereka dalam kalangan orang-orang beriman.
Alfatiha:
RAKAN PENULIS:
1. Mohd.Noh Atan
2.Haji Masud Abdul Rahman
3.Abd.Kadir Bawok
4.Haji Aris Tahir
5.Haji Said Jamhari
6. Matlob
7.Haji Shukur lsmail
8.Jufri Sitam
9.Mahfar Tahir
10.Saparman Bakri
11.Nordin Yatim
12.Othman Puteh
13.Dharmawijaya
14.Arena Wati
dan ramai lagi.
RAKAN SEJAWAT:
1.Abu Bakar Sobor
2.Ghafar Saad
3.Ali Sugiman
4.Mansor SMBG
5.Maadan Hassan
6. Mohd Jannes Lingau
6.Saeri Basri
8.Hj.Solihin Jurimi
9.Fatimah Sheikh lsmail
10.Bob Mustapha
11. dan lain-lagi.
YANG telah pergi didoakan dihimpunkan ke dalam syurga yang kekal, yang berjaya dalam kerjaya tahniah dan yang bersara agar dapat menghimbau kenangan-kenangan yang manis- TB.
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.
29 Januari 2015
PENGARAH JABATAN VETERINA NEGERI SEMBILAN KENA PENJARA
MAHKAMAH Rayuan hari ini memerintahkan bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham dihukum penjara dua tahun atas tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan pangkat dan gred antara 2009 hingga 2011.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian sebulat suara semasa menolak rayuan Noor Soeraya ke atas sabitan terhadap empat pertuduhan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Seremban.
Panel tersebut bagaimanapun membenarkan rayuan berhubung hukuman apabila memerintahkan penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dikurangkan kepada dua tahun bagi setiap pertuduhan.
Hukuman penjara tersebut diperintah berjalan serentak manakala hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan yang telah dibayar dikekalkan.(sumber:29/01/15 Uonline)
TB: selagi kita sebagai penjawat awam ingatlah janganlah mengejar pangkat dan kemewahan dengan cara yang tidak sah kerana banyak akibat buruk yang akan menimpa. Bersyukurlah bagi mereka yang telah bersara yang memperoleh pencen bulanan serta sihat walafiat menjalani kehidupan seharian yang bahagia.
26 Januari 2015
KEMALANGAN JALAN RAYA
TIRAI tahun baharu 2015 dihujani dengan tragedi kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian sepanjang bulan Januari ini.lni adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Kemalangan jalan raya ini tidaklah termasuk kemalangan jiwa penunggang motosikal dan kemalangan-kemalangan lain yang tidak dilaporkan akhbar. Bayangkanlah,kita saban waktu terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di jalan raya.
Suatu waktu dahulu Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) punya seorang penasihat di KPM yang memberi banyak pandangan, tunjuk ajar dan idea-idea bagaimana mahu mengatasi atau mengurangkan kemalangan jalan raya. Kebetulan TB kenali beliau hampir 30 tahun lalu ketika kami tinggal di Seri Serdang, Selangor. Ketika itu ramai di antara ibu bapa muda seangkatan TB bergiat dalam pertubuhan ABIM dan JIM di daerah tersebut.
Dr lr Radin yang memiliki PhD pengkhususan bidang kajiannya dalam keselamatan jalan raya adalah satu-satunya anak Malaysia yang menjuruskan dalam bidang tersebut.Beliau dilantik menjadi penasihat KPM. Kerjayanya meningkat seterusnya menjawat Profesor, Naib Chanselor UPM dan seterusnya sebagai Ketua Pengarah KPT ketika itu.Kerana kepakarannya, beliau banyak mengkaji aspek-aspek struktur binaan jalan raya, komponen jalan raya dan sebagainya bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Namun baktinya tidak berpanjangan lantaran dalam usia mudanya beliau telah terlebih awal kembali ke rahmatullah kerana menghidapi kanser beberapa tahun yang lalu. Kini TB tidak pasti sama ada masih wujud atau tidak 'penasihat' di KPM sekarang.
Secara kebetulan pula semacam sudah menjadi tradisi apabila Menteri Pengangkutan terdiri daripada seorang anggota daripada parti MCA maka seringkali berlaku kemalangan jalan raya yang membabitkan bas,lori dan kereta.Kita berharap ini bukan 'badi' tetapi secara kebetulan sahaja. Nauhuzubillah.
Apapun kepada para pengguna jalan raya ; baik pemandu,penunggang atau pejalan kaki berhati-hati, bertenang dan banyak-banyak bersabar ketika berada di jalan raya. Tips mudah:
1.Jangan memandu laju. Disiplinkan tidak melebihi 100 kmj. Jika ada keperluan tidak melebihi 120kmj.
2.Pandu ikut lorong yang betul Sentiasa pasangkan lampu kecemasan adalah langkah baik. jika ada kecemasan tidak salah bunyikan hon.
3.Jangan lalai memasang lampu isyarat jika mahu membelok.
4.Jika berhenti sekejap pasangkan lampu kecemasan berfungsi kedua-duanya sekali.
5.Pastikan semua kondisi kereta dalam keadaan baik..brek,lampu,minyak enjin dsb.
6.Jangan memandu bertunda-tunda dalam keadaan berlumba-lumba. Beralahlah.jangan mengekori dan diekori dari jarak dekat.
7.Penunggang motosikal..jangan mahu 'bunuh diri' masuk lorong tengah atau kanan sekali...hari ini anda lepas, esok lusa belum tahu.
8.Ketahuilah..paling laju anda memandu paling cepat pun antara 3-10 minit sahaja daripada orang lain.Adakah nyawa anda bernilai 5-10 minit sahaja?
9.Jangan berhenti di lorong kecemasan jika tidak mendesak. Berhentilah kenderaan anda tempat letak awam seperti di R & R.
10.Banyakkan istgfar,
11. Dan banyak lagi.
TB: Banyaklah bersabar.

23 Januari 2015
RINDU DALAM INGATAN
Rindu mendalam
sesekali undur
waktu tenggelam
harmonisnya zaman
masuk darjah satu
kafe tiada
bekalan sendiri
si abu dengan nasi
telur rebus enak
aku hanya berpandangan
Dinding kadbod
bengit bising
cikgu haris bengis
gemar mencubit
ada tangis
dibanjiri jauh
tersimpan di kalbu
di sekolah rendah
kawan-kawan yang
telah menjauh
pergi tiada kembali
Guru muda
kelas peralihan
menjelajahi dunia
dengan geografi
kemahiran komunikasi
bahasa melayu
dedikasiku bersemi
masa terus menganjak
hingga menengah enam
bakti ditaburi
Selaku pensyarah
pendidik guru
telah melahirkan
ribuan kini
guru berbakti
seluruh nusa
hingga manisnya
di luar negeri
negara orang
ada zuriat
guru berbakti
anak-anak didik
kelahiranku kembali!
DR HAJI RAJIEE HADI
Selangor D.E
23 Januari 2015.
sesekali undur
waktu tenggelam
harmonisnya zaman
masuk darjah satu
kafe tiada
bekalan sendiri
si abu dengan nasi
telur rebus enak
aku hanya berpandangan
Dinding kadbod
bengit bising
cikgu haris bengis
gemar mencubit
ada tangis
dibanjiri jauh
tersimpan di kalbu
di sekolah rendah
kawan-kawan yang
telah menjauh
pergi tiada kembali
Guru muda
kelas peralihan
menjelajahi dunia
dengan geografi
kemahiran komunikasi
bahasa melayu
dedikasiku bersemi
masa terus menganjak
hingga menengah enam
bakti ditaburi
Selaku pensyarah
pendidik guru
telah melahirkan
ribuan kini
guru berbakti
seluruh nusa
hingga manisnya
di luar negeri
negara orang
ada zuriat
guru berbakti
anak-anak didik
kelahiranku kembali!
DR HAJI RAJIEE HADI
Selangor D.E
23 Januari 2015.
15 Januari 2015
MANA SIKANA
NAMA Mana Sikana (nama samaran) adalah nama yang tidak asing lagi bagi para peminat drama radio pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an di stesen Radio Singapura mahupun RTM Johor Baharu.Mana Sikana sering mengirimkan naskah skripnya ke stesen radio berkenaan. Para pelakon yang popular drama radio yang sering kedengaran suara mereka ketika itu antaranya S.Sahlan, Osman Zailani, Rubiah Suparman, Rahimah Simin, Jah Lelawati dan lain-lain lagi.
Apakah sebabnya drama radio ketika itu amat digemari para pendengar? Tidak lain tidak bukan kerana mutu skrip yang ditulis penulis seperti Mana Sikana amat berkualiti dan kotemporari. Selain tema dan mesejnya jelas, skrip yang disulami gaya bahasa dan pengolahan watak dan perwatakan begitu hidup dan natural. Para pendengar merasakan watak-watak yang hanya didengarnya melalui corong -corong radio bagaikan hidup dan berlegar-legar melakonkan perwatakan masing-masing dengan hidup dan berkesan sekali.
Teringat TB apabila suatu waktu dahulu ada wartawan bertanyakan kepada Allahyarham seniman Ahmad Mahmud mengenai filem dan drama tempatan ketika itu. Allahyarham spontan menjawabnya, 'Ngantuk..mengantuk...mahu tidurlah!'. Apa yang TB rasakan kini, kenyataan beliau kini banyak betulnya. Apakah sebabnya? Kerana skrip sekarang banyak yang hampas, imaginasi kosong hambar dan membosankan! Filem dan drama Melayu kini tidak ada hala tuju, tidak ada identiti, tidak ada maruah dan roh diri. Bahkan tidak keterlaluan dikatakan drama dan filem Melayu kini tidak ada visi, tidak ada jiwa kalbu!
Justeru apa peranan ASWARA atau pelbagai fakulti perfileman/drama yang bersepah sekarang?Mudah. Kembalilah ke pangkal jalan. Rujuklah filem-filem klasik baik yang dihasilkan oleh P.Ramlee, Huusain Hanif, M.Amil, Jamil Sulung, Omar Rojik dan sebagainya dengan kata bual, muzik dan aneka teknik yang boleh meninggalkan kesan zaman berzaman hingga kini.
Pihak berkaitan wajib mengumpulkan sebanyak mungkin 'bank skrip' sebagaimana penggiat filem lndia,Mandarin/kantonis dan lnggeris. Mesti kekalkan/wujud watak protoganis, antigonis, komedi, dan disulami dengan muzik latar, nyanyian latar, tarian dan pelbagai teknik moden terkini.
Ah, malaslah TB mahu menulis panjang..mengantuklah!

13 Januari 2015
BANJIR BESAR ADA JUGA KEHAIRANAN
APBILA banjir mula melanda penghujung November/Disember 2014 di Cameron Highland,Pahang maka timbullah isu-isu 'haram' yang pelbagai. Lucunya hinggalah seolah-olah pihak yang berkuasa baharu mengetahui betapa ramainya kini pendatang asing (ada permit, tidak ada permit dan pati) termasuk yang menjadi mangsa banjir dan mati akibat banjir dan tanah runtuh. Pendatang asing Nepal,Bangladesh,lndonesia,Myanmar dikatakan ramai yang mendiami tanah tinggi Cameron itu. Apa tindakan kini?
Dipendekkan cerita apabila banjir atau bah besar melanda di negeri-negeri pantai timur termasuk di Perak dan Johor kita sering didedahkan berita banjir, dokumentasi banjir seperti Majalah3 TV3, gambar-gambar TV dan akhbar yang memaparkan foto banjir di pusat-pusat perpindahan banjir; tidak kelihatan sangat mangsanya mangsa-mangsa bukan Melayu (khususnya Cina yang mendiami bandar Kota Baharu,Kuala Kerai,Gua Musang) yang menjadi tanda tanya 'ke manakah mereka pergi'?
Pun begitu yang sedia maklum ramai pendatang asing yang berkerja di seluruh Malaysia.Tetapi apabila banjir melanda ke manakah Pakistan,Bangladesh,Myanmar, lndonesia, lndia, China, Vietnam, Kemboja, Thailand lari? Adakah kerana 'mereka' tidak punya dokumen rasmi maka 'mereka' lebih dahulu cabut lari daripada arus banjir yang datang melanda? lni juga menjadi tanda tanya.
lnilahlah kehairanan yang terus ada di bumi Malaysia ini!

11 Januari 2015
MELAYU SINGAPURA
DALAM satu artikel dalam Berita Harian beberapa bulan yang lalu
seorang anggota Melayu NGO Singapura telah melahirkan rasa amat kecewa mengenai
nasib orang-orang Melayu yang merupakan penduduk/rakyat asal republik itu. Rasa
kecewa, terkilan keluhan dan jeritan kalbu in, bukanlah kali pertama TB dengar
atau terbaca di media-meia massa.
Bangsa Melayu merupakan kira-kira 12-15% berbaki yang kini menjadi
rakyat Singapura. Kata wakil Melayu itu, beliau kecewa kerana nasib dan masa
depan orang Melayu di republik itu kurang terbela. Mereka dianaktirikan dalam
pelbagai aspek termasuk peluang kerjaya, kenaikan pangkat dalam sektor
awam,pendidikan,perniagaan dan sebagainya.Orang Melayu Singapura boleh
kelihatan setakat menjadi pengawal keselamatan, bekerja di restoran makanan
segera, pemandu kenderaan dan buruh kasar.
Kebetulan dalam 10 tahun kebelakangan ini, TB seringkali juga ke
Singapura, minum teh tarik di Geylang Serai sambil makan otak-otak di Gerai Pak
Mustar yang menghidangkan lagu-lagu klasik 1950-an,1960-an yang mengasyikkan.TB
juga penah singgah makan nasi berlaukkan asam pedas di Restoran Labu-Labu yang
sering menayangkan filem-filem P.Ramlee yang nostalgik.Di 'Malay Village'
Geylang Serai ini kerap terjumpa warga emas yang turun naik mendiami rumah pangsa
hingga 15 tingkat.Orang Melayu Singapura (tidak kira asal usul kaum sukuan;
asalkan beragama lslam, berbudaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu)
boleh kita temui di Bedok, Tanjung Katung, Paya Lebar , Woodland dan lain-lain
lagi secara terpisah.
TB tidak perlu katakan secara terperinci apa yang patut kita
simpati. Di mana-mana bumi pun hatta di Tanah Melayu sekalipun nasib orang
Melayu terus merempat lantaran tidak bersatu. Walaupun ajaran lslam mengajar
kesepakatan dan kesatuan ummah tetapi 'roh dan kalbu' orang Melayu masih lagi
bersikap individulistik.Apa silapnya?
Melayu Singapura adalah rakyat asal Singapura..ltu hakikat
sejarah. Melayu Singapura (termasuk orang Seletar, asli nelayan yang tinggal di
sebelah utara Singapura) telah sedia wujud sejak zaman kerajaan Melayu Temasik
(nama lama Singapura). Temasik dan kini Singapura juga menjadi pelabuhan
penghijarahan orang-orang Melayu persekitaran daripada Kepulauan Melayu
Nusantara termasuk pulau-pulau yang pernah TB jelajahi seperti Pulau Bentan,
Bangka, Daik, Pulau Penyengat, Batam dan kepulauan Riau.Mereka berdagang dan
berurus niaga sejak zaman berzaman dahulu. Namun di manakah kehebatan nenek
moyang mereka dahulu yang menjadikan Singapura terkenal sebagai pusat seni dan
budaya dan sebagainya?
Kepada Melayu Singapura jadikanlah penduduk Malaysia keturunan
lndia (kebanyakannya Tamil hindu) yang hanya 7.5% mendiami Malaysia sebagai
renungan dan bandingan tetapi bernaung di bawah tidak kurang 4 buah parti
politik. Walaupun berbeza parti politik tetapi mereka mungkin 'berlakon bising'
tetap menyuarakan satu suara mengatakan 'Kaum lndia miskin perlukan bantuan
kerajaan' . Walaupun kaum lndia telah berjaya menjadi juatawan tersohor di
Malaysia tetapi nada suara mereka tetap isu yang sama sejak 1957 yang lalu.Kaum
lndia di Malaysia yang datang dari sebuah 'benua asing' kini lebih FOKUS
memajukan anak kaum mereka dalam pendidikan khususnya di bidang perundangan dan
guaman, kedoktoran dan kejuruteraan. Apa kata anak-anak Melayu Singapura
tumpukan masa hadapan dengan melahirkan ramai peguam Melayu? TB rasa
peguam-peguam ini kelak ada di antaranya akan 'berani bersuara' mezahirkan
nasib dan soal keadilan kepada bangsa Melayu Singapura.
Justeru, tidak berguna dan cerita lama jikalau orang Melayu
Singapura asyik mengeluh menangisi nasib itik di kepuk mati kelaparan sepanjang
masa dan zaman.Buatlah rangka dan blue print untuk 15-25-50 tahun akan datang.
TB yakin bukan mustahil Melayu Singapura boleh menjadi PM!
02 Januari 2015
PT3 HANCUR LULUHKAN HATI BANYAK PIHAK?
ANTARA sebab mengapa Penilaian Menengah Rendah (PMR) dihapuskan dan diganti dengan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah kerana desakan masyarakat agar pendekatan pendidikan kementerian dikaji semula. PMR dilihat sebagai terlalu berteraskan peperiksaan lantas mengekang percambahan kemahiran berfikir dengan kreatif dan sikap proaktif di kalangan pelajar.
Namun begitu, apabila dilihat bagaimana PBS dan PT3 dilaksanakan di sekolah, saya kira masih ada banyak persoalan yang perlu kita jawab dengan jujur.
Masih lagi sebuah peperiksaan awam
Petikan perenggan ketiga ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Mac menyebut, “PBS adalah sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.”
Namun begitu, saya sedikit kesal apabila visi asal PBS yang wajar dipuji ini seperti sudah lari daripada landasan sebenar. Hakikatnya, PT3 yang merupakan komponen besar dalam PBS, masih lagi berfungsi sebagai peperiksaan awam serta turut memainkan peranan penting dalam mencorak pendekatan kita terhadap pendidikan.
Penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata PT3 akan menggantikan PMR sudah cukup membuktikan bahawa ia masih lagi sebuah peperiksaan awam, hanya dipakejkan dalam bungkusan berbeza.
Keputusan PT3 masih berfungsi untuk permohonan ke sekolah sains dan sekolah berasrama penuh di samping menempatkan pelajar mengikut pengkhususan subjek mereka di tingkatan 4. Ini menyebabkan pelajar akan tetap meletakkan prioriti terhadap PT3.
Apabila prioriti ini ada maka guru juga akan mengkaji format dan bentuk soalan untuk menyediakan pelajar terhadap teknik-teknik menjawab soalan. Perkara ini seterusnya akan membuatkan kita berada dalam pengulangan kitaran seperti PMR iaitu guru mengajar pelajar untuk peperiksaan.
Kecelaruan prioriti subjek
Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berkaitan fokus penilaian terhadap sesuatu subjek. Contohnya subjek Kemahiran Hidup, salah satu subjek teras PT3. Ketika PMR, pelajar dinilai berdasarkan 40% ujian bertulis dan kerja kursus sebanyak 60% markah. Melalui cara ini, pelajar turut dinilai berdasarkan penglibatan dan hasil kerja kursus mereka.
Walaubagaimanapun, dalam PT3, markah diambil seratus peratus daripada ujian bertulis manakala kerja kursus tidak memberikan kesan ke atas markah keseluruhan mereka. Pendekatan ini saya lihat sebagai bertentangan dengan prinsip penilaian berasaskan sekolah itu sendiri.
PBS dan PT3 = beban kerja bertambah
Dalam PBS, guru-guru masih perlu menyimpan data dan menyediakan fail PBS secara offline yang lengkap dengan pencapaian pelajar bagi setiap bab, markah mereka dan evidens. Hal ini hanya menambahkan lebih banyak kerja untuk guru. Apakah kepentingan diadakan fail untuk merekod pencapaian pelajar bagi setiap bab yang diajar?
Pada saya, salah satu sebab adalah untuk memudahkan pihak atasan menilai pengajaran menggunakan data tersebut. Namun dengan jumlah tugasan dan kerja yang sedia ada, penambahan tugasan seperti ini hanya membebankan para guru dan memalingkan masa serta tenaga mereka daripada tugasan sebenar iaitu mengajar.
PT3 adalah langkah pertama
Bagi saya, peperiksaan awam berpusat adalah satu cara yang berkesan untuk menilai pencapaian pelajar kita secara umum. Justeru, pada masa ini ia wajar dikekalkan. Apabila pelajar dihadapkan dengan PMR atau PT3, mereka akan lebih serius terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dari satu segi, kelebihan PT3 berbanding PMR terletak pada jenis soalannya yang menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan standard gred yang lebih tinggi. Namun begitu, usaha awal kementerian untuk berpaling ke arah penilaian berasaskan sekolah sebenarnya tidak begitu berjaya ekoran daripada besarnya pengaruh peperiksaan dalam PT3 itu sendiri.
Demi memenuhi hasrat asal PBS seperti yang disarankan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam petikan ucapannya di atas, saya menyarankan agar pihak kementerian mengambil kira cadangan-cadangan berikut sebagai langkah awal dalam merombak pendekatan pendidikan kita ke arah penilaian yang lebih berasaskan sekolah:-
Pecahkan peratusan markah subjek-subjek PT3. Pembahagian peratusan markah contohnya 60% daripada ujian bertulis dan 40% lagi diberikan hak kepada guru untuk mentaksir sama ada berdasarkan penglibatan pelajar di dalam kelas, kerja kursus, purata markah ujian bulanan, tugasan bulanan, eksperimen, pembentangan atau lain-lain cara yang sesuai. Lembaga Peperiksaan boleh memainkan peranan regulasi bagi memastikan keadilan penilaian guru.
Menghapuskan dokumentasi PBS yang rumit dan leceh. Untuk tujuan data, ujian bulanan boleh digunakan sebagai kayu ukur pencapaian dan buku serta kertas latihan pelajar pula sebagai evidens. Tiada keperluan signifikan untuk ditambah beban kerja guru dengan dokumentasi PBS.
Substance over form. Pelaksanaan projek seperti kerja kursus Sejarah dan Geografi boleh dipermudahkan sekiranya hal-hal seperti format pendokumentasian diberikan kelonggaran. Sebaliknya pelajar wajar diberikan ruang bereksperimentasi dari segi penyampaian isi kandungan. Ini akan turut menggalakkan kreativiti dan sikap proaktif dalam pendidikan.
Skema jawapan yang lebih luas. Salah satu kebaikan soalan jenis KBAT adalah para pelajar perlu berfikir dengan sendiri. Namun begitu, antara kekangan yang dihadapi adalah jawapan pelajar perlu mempunyai kaitan dengan fakta di dalam buku teks. Ini adalah satu hal yang membingungkan dan kurang adil bagi pelajar sekiranya dia dapat menjawab mengikut logik namun jawapannya tidak tersenarai dalam skema.
PT3 sebagai tabir reality
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menempuh PT3. Berbeza dengan PMR pada tahun-tahun yang sudah, gred PT3 kali ini telah membuktikan tahap pencapaian anda yang sebenar. Gred ini juga membuktikan bahawa apabila guru diberikan tanggungjawab menilai pelajar, majoriti akan melaksanakannya dengan adil lantas menerangkan perbezaan pencapaian PMR dan PT3.
Mungkin inilah kejayaan sebenar PT3 yang paling harus dikekalkan. Petanda yang menunjukkan bahawa kita tidak lagi mahu bersembunyi di sebalik manipulasi graf dan sugar-coated reports semata-mata untuk melihat yang indah-indah dalam pendidikan kita.
Warga Malaysia sudah bersedia menghadapi realiti pendidikan. Tahniah! (sumber: Faez,Hdaily02/01/15)
01 Januari 2015
ABDULLAH HUSSAIN: SASTERAWAN NEGARA MENINGGAL DUNIA
SASTERWAN Negara, Datuk Abdullah Hussain, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam tadi.
Berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ialah isteri, Datin Siti Saroja Basri dan lima anak berusia 32 hingga 47 tahun.
Anak lelaki Allahyarham, Ahmad Patria Abdullah, 47, berkata jenazah bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini sebelum solat Zuhur, hari ini.
"Ayahanda menghembuskan nafas dengan tenang dan kami reda dengan pemergiannya," katanya ketika dihubungi.
Abdullah yang dilahirkan pada 25 Mac 1920 menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996.
Penulis kelahiran Kampung Sungai Limau, Sikh, Yan, Kedah itu menghasilkan lebih 25 novel, tiga kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam biografi.
Anugerah lain diterimanya ialah SEA Write Award dari kerajaan Thailand pada tahun 1981 dan hadiah pertama Sayembara Novel Nasional - mengenang Pak Sako.
Interlok adalah novelnya yang paling popular. (disesuaikan daripada sumber: BH, 01.01.15)
TB ucapkan takziah kepada ahli keluarganya. Sebelum ini adik Allahyarham lbrahim Hussein, pelukis negara tersohor yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu dan disusuli Allahyarham Pendeta Prof.Emeritus lsmail Hussein aktivis budaya dan sastera negara yang telah meninggal dunia juga beberapa bulan lalu.
TB terasa amat sedih lantaran apa yang TB masih ingat; suatu masa dahulu TB pernah berhajat mahu membuat penyelidikan ke atas karya-karyanya cereka prosanya (cepen dan novel) di peringkat master dan PhD. Tetapi lantaran masalah ketiadaan penyelia, TB telah beralih ke arah penyelidikan di bidang psikologi sastera yang mengkaji aspek-aspek batini dalam puisi-puisi Melayu/Malaysia.TB kagum dengan novel 'lnterlok' yang telah menyerlahkan gagasan Satu Malaysia sewal tahun-tahun 1970-an lalu.Gaya penceritaannya yang lebih ke arah pendekatan journalisme atau gaya kewartawanan membuat pembaca mahu terus membaca. Tidak banyak penulis muda sekarang yang kaya pengalaman seperti Abdullah Husain.
INTERLOK yang TB baca sewaktu sekolah menengah rendah dahulu, sehingga kini amat terkesan.Banyak fakta yang bersumberkan sejarah dan ilmu dipaparkan.Hanya orang yang tidak berilmu dan rasis sahaja yang mempertikaikan segala sumber ilmu yang benar dan betul. TB harap agar generasi kini dan kemudian akan berani membuat penyelidikan ke atas karya-karya SN Abdullah Hussain (Datuk) yang dikatakan telah melangkaui zaman.
Sesuatu yang TB tidak lupakan suara Bung Dollah yang lembut,lunak dan perlahan tetapi jelas ini dan sering mengemukakan pendapat-pendapat dan hujah (seperti juga Allahyarham SN Arena Wati) dalam seminar-seminar Hari Sastera dan hari Puisi lalu masih terngiang-ngiang di cuping TB. Abdullah sering memberitahu bahawa disiplinnya menulis sehari 10 muka kertas dan sentiasa berpakaian kerja dan kemas walaupun berada di rumah amat memberi makna besar akan erti disiplin dan kerja sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi 'bukit'.Bagi warga Brunei Darussalam yang mana Abdullah pernah bertugas di DBP Brunei pada tahun-tahun 1980-an tentu ada memori indah yang tersimpan.
TB: Salam takziah dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dalam kalangan orang beriman. Kaji dan selidiklah novel IMAM sebagai amanat agama yang mahu disampaikan Abdullah lewat novel tersebut.Al-Fatihah.

PT3 KPM : SUATU KEGAGALAN ATAU MUSIBAH TERSEMBUNYI?
PENILAIAN TAHAP TIGA (PT3) sistem peperiksaan baharu yang mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada para pelajar sekolah menengah tingkatan tiga yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mlai tahun 2014 menjadi teka-teki dan tanda tanya kepada sebilangan besar mereka yang terbabit khususnya dalam kalangan majoriti besar ibu bapa.
TB tidak bercadang mahu menulis panjang atau menganalisis secara ilmiah dalam kolum blog yang bersifat ringkas dan mudah ini untuk pembaca.TB tidak ada sebarang tujuan atau niat politiking. Bagi TB,Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, TPM merangkap Menteri Pendidikan telah melakukan suatu tanggung jawab dan anjakan paradigma yang AMAT TERBAIK DAN AMAT CEMERLANG selaku Menteri Pendidikan yang telah berani dan telus melakukan perubahan drastik dalam hal kebajikan penjawat pendidikan/guru kususnya dalam kenaikan pangkat dan prasarana institusi-institusi pendidikan di seluruh pelosok tanah air.
Namun PT3 adalah suatu kegagalan atau musibah tersembunyi haruslah dijadikan post mortem (bedah siasat) di peringkat KPM, JPN dan PPD seta di peringkat sekolah yang terbabit. TB sejak awal lagi difahamkan (termasuk difahamkan oleh para pelajar oleh guru-guru mereka) mulai tahun 2014 lalu PMR telah digantikan PT3. PT3 dikatakan dinilai oleh pihak sekolah masing-masing bersandarkan pencapaian kurikulum bulanan di peringkat sekolah dan pembabitan kokurikulum sebagai aktiviti luar bilik darjah yang akan dinilai.
Dipendekkan cerita PT3 lalu yang dijalankan di sekolah-sekolah secara serentak di seluruh negara sebagaimana PMR (khabarnya soalan-soalan daripada pusat, TB tidak dapat pastikan) telah mengumumkan keputusan rasmi KPM sebelum hari krismas lalu) telah memeranjatkan seluruh negara! Keputusannya merudum jatuh! Tidak seperti masa lalu (zaman PMR) yang mana keputusan peperiksaan PT3 kurang dilaporkan oleh media elektronik mahupun media cetak. Mengapa dan kenapa?
Dan apa yang memeranjatkan TB, permohonan masuk ke Tingkatan Empat di SBP, MRSM, KVM, SMT masih lagi bersandarkan penilain gred cemerlang di peringkat PT3. TB dimaklumkan ramai pelajar kurang memperoleh gred A atau B dalam peperiksaan PT3 lalu. Fenomena ini menjadi kemusyikilan dalam kalangan masyarakat awam dan ibu bapa.
0leh kerana negara dilanda bencana banjir besar tahun ini dan disulami tragedi akhir tahun AirAsia lndonesia QZ8501 maka isu PT3 senyap dan tidaklah menjadi isu besar negara.
Semoga anak-anak kita semua tidak menjadi 'percubaan' dari semasa ke semasa oleh 'mereka' yang mahu pembaharuan tetapi 'pi mai pi mai tang tu juga'.
TB: Sedih dan sayu kerana 'suara' kesatuan-kesatuan guru sekarang dan PIBG Nasional kian menyepi kini.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2015
TAHUN 2015 membuka tirai pada hari ini. Walaupun tahun demi tahun hanyalah angka-angka yang berubah seperti mana tahun baharu hijrah tetapi selagi kita tidak ada merubah dan mengubah sesuatu dalam kehidupan maka segalanya tidak bermakna.
Digit tahun yang datang hanyalah perubahan angka-angka. Apakah kita sudah menganalisis segala pencapaian dan kegagalan sepanjang tahun-tahun yang telah kita lewati/lalui sepanjang kehidupan kita? Adakah kita telah membuat banding beza, peratusan,unjuran dan sebagainya sama ada dengan cara carta yang kepelbagaian? Seandainya dalam kerjaya kita banyak KPI dan audit telah kita buat namun pernahkah anda melakukan penilaian KPI dan mengaudit diri sendiri?
Apa kata sempena tahun 2015, kita membuat sesuatu perubahan dengan membuat penilaian semula atau penilaian kendiri (muhasabah) secara analitik dan kritis? Di samping itu, buatlah di atas kertas, buku catatan harian atau di papan 'white board' apakah azam kita pada tahun ini sama ada sempena tahun Masehi atau tahun Hijrah ataupun sempena sambutan Maulidul Rasul. Sebagai contoh mudah; katakan pada tahun ini anda berazam mahu:
i.Mengurangkan gula,garam,lemak dan manis dalam makanan dengan tidak lagi makan di kedai/restoran ataupun di restoran mamak.
ii. Cuba sedaya upaya makan di rumah dengan masakan sendiri.
iii.Akan terus menabung sebanyak 10-20 0/0 sebulan daripada pendapatan bulanan ke dalam akaun Tabung Haji, ASB atau Sijil Simpanan Premium ataupun lnsuran.
iv.Bersedia wajib membuat perancangan terlebih dahulu dengan menyenaraikan semua item yang mahu dibeli sekiranya anda mahu pergi ke pasar raya ataupun mahu membeli-belah di mana-mana jua. lni mengelakkan bagi anda tidak melakukan pembaziran masa, wang petrol dan tenaga.
v.Bagi lelaki Muslim, akan sedaya upaya pergi ke masjid sekurang-kurang 3 kali seminggu untuk solat jemaah pada waktu solat fardu sama ada di masjid atau surau.
vi. Masuk tidur malam wajib paling lewat/lambat jam 10 malam.
vii.Patuhi dan berdisiplin dalam semua hal/perkara yang telah dirancang.Anda boleh kenakan denda penalti sekiranya anda sendiri yang gagal mematuhi KPI diri anda.Buatlah jadual perancangan harian,mingguan,bulanan dan tahunan. Saya yakin anda akan rasai perubahan pada tahun ini.Percaya dan yakinlah!
viii. Dan banyak lagi yang boleh kita lakukan keazaman!
TB: Tahun 2015 kian ramai sahabat TB akan bersara wajib!

Langgan:
Catatan (Atom)