PLUS Line: 1800880000.....ini adalah nombor telefon tanpa tol yang ada tertera di atas tiket masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Semenanjung Malaysia. Anda sewajarnya menyimpan nombor ini di dalam 'phonebook' telefon bimbit anda. Tahukah anda bahawa isu-isu yang TB paparkan telah berjaya diselesaikan oleh para informan yang menghubungi talian ini. Para petugas yang menjawabnya amat berhemah dan pantas serta cekap membantu:
1. Kereta Ali ditimpa musibah terlibat dalam kemalangan. Dengan menghubungi talian ini (selain 999) bantuan segera dapat diberikan.
2. Muthu kehabisan minyak kereta di pertengahan jalan lebuh raya. Dengan penghubungi talian ini pasukan peronda PLUS sedia membantu. Sayugia dimaklumi bantuan juga diberikan jika berlaku kerosakan kecil dan menunda kereta ke plaza tol yang berhampiran.
3. Rosnah diganggu oleh 'peniaga haram' di R&R. Beliau menghubungi talian ini. PLUS telah menghantar segera Penguatkuasa PLUS ke destinasi yang dinyatakan dengan tepat dan betul.
4.Haji Abu Bakar mengadu ada 'pendatang asing' yang berniaga dan mengemis termasuk kegiatan memungut derma atas nama ;derma amal anak-anak yatim. Beliau menghubungi talian PLUS. Aduan tersebut telah diambil tindakan segera.
5. Mary Tan mengadu ada peniaga yang tidak memberi resit dan harga dikenakan sesuka hati di gerai makanan R&R Plus. Dengan aduannya pihak PLUS telah mengambil tindakan proaktif, Resit bayaran wajib diberikan kepada pelanggan.
Di atas adalah beberapa contoh. Mungkin ada pembaca TB yang memperoleh pengalaman lain. Sila kongsikan pengalaman tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan