Suatu ketika dahulu apabila tamat STP/HSC 1970-an, dengan kelulusan minimum dan persaingan hanya dua buah universiti di Malaysia (UM dan UKM) agar sukar memohon masuk belajar; tidak seperti zaman sekarang yang lebih bersikap terbuka dan banyak ruang dan tempat. TB pun tanpa tunjuk ajar sesiapa 'suka-suka' memohon untuk belajar di Universitas Gajahmada,Jogyakarta dan University of London, UK.. TB tulis surat dan resume ringkas lalu poskan (tidak seperti sekarang banyak kemudahan lCT).
Tanpa diduga, permohonan TB mendapat respons baik dan TB diterima dengan beberapa syarat, TB kena uruskan sendiri (tidak seperti sekarang banyak agensi atau kaunselor yang mengaturkannya). Kerana TB, anak yang tertua, tinggal jauh di pedalaman ketika itu, maka TB terpaksa 'kuburkan' impian itu lantaran pada masa yang sama TB menerima tawaran untuk mengikuti kursus asas perguruan di sebuah maktab perguruan yang ternama di Kuala Lumpur.Peristiwa kemudian dalam kehidupan, sejarah tetap menjadi sejarah.
Apabila adik kandung TB, Mohd.Najib ditawarkan ke Universitas Udayana,Bali pada penghujung 1980-an, banyak tentangan secara senyap TB terima daripada keluarga.Apatah lagi lndonesia dan Bali agak begitu asing lagi bagi penuntut Malaysia. TB hanya merenung jauh demi pada masa hadapan Mohd.Najib. Bawa Mohd.Najib bertemu Mohd.Daud untuk mengetahui beberapa prosedur dan berbagai-bagai urusan di KPM. TB yakinkan Mohd.Najib dalam pelbagai aspek
. Dengan semangat,iltizam dan cita-cita murni Almarhum ayahanda (al-Fatifha) maka lembu ternakan ayahanda pun dijual untuk menampung perbelanjaan awal Moh.Najib. Tentu Mohd.Najib telah menempuh suka duka,perit jerih di peringkat awal sebelum akhirnya TB berjaya mengusahakan tawaran biasiswa KPM pada zaman Tun Abdullah Badawi selaku Menteri Pelajaran ketika itu.
Justeru apabila TB akhirnya dengan izin Allah menjejaki bumi Bali dan kampus Universitas Udayana maka nostalgia pada masa lalu menguruskan kemasukan adinda Mohd Najib ke Universitas Udayana tetap menjadi ingatan dan kenangan. Apapun kejayaan yang telah dilimpahi Allah SWT kepada Mohd Najib, TB tidak lupa memanjat kesyukuran tidak terhingga kepada llahi. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan