Salam Perjuangan

17 Januari 2012

KHOO KAY KIM : HANG TUAH DAN HANG LI PO TIDAK WUJUD?

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimBagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.(sumber:MK,17/1/12)

TB: TB tidak mahu mengulas sama ada wujud atau tidak Hang Li Po itu seperti mana yang diperkatakan oleh P.E.Tan Sri Khoo Kay Kim (Gilbert Khoo).Jika tidak wujud mahukah komuniti Cina Malaysia meruntuhkan dan meratakan sahaja Bukit Cina (bukan China),Melaka yang kini mempunyai nilai hartanah tinggi di kawasan komersial Bandar Raya Melaka?MahukaH penduduk Cina Melaka meruntuhkan sahaja Perigi Hang Li Poh atau Perigi Puteri yang kononnya sebagai peninggalan bukti sejarah.?Apa jadi dengan Makam Tun Teja di Merlimau Melaka?

Apa jadi dengan makam Hang Tuah di Tanjung Keling?Perigi Hang Tuiah? Sungai Duyung? Makam Hang Jebat di Jonker Street? Adakah itu semua legenda,mitos dan tidak berfakta? Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Pagoh Muar? Makam Sultan Mahmud Shah yang lari ke Kampar? Dan segala nama kesultanan Melaka bermula Parameswara(Sultan Muhammad Shah) dan seterusnya?Apa jadi dengan buku 'Sejarah Melayu' yang menjadi sumber rujukan peradaban Melayu?

Apakah Khoo Kay Kim memperlekehkan sumber sastera sejarah sebagai fakta rujukan dalam menyusur galur peradaban Melayu di nusantara?Apakah Khoo tidak memahami apa itu sastera lisan, sastera sejarah,sastera lslam yang mana ada hubung kait dalam memperkatakan sejarah bangsa Melayu di Kepulauan Melayu ini sejak zaman berzaman dahulu? Menagapakah kita terlalu mudah melekatkan label 'mitos dan legenda' apa jua sejarah yang berkaitan dengan tamadujn Melayu? Lihat, tidak siapapun mempertikaikan Maharaja Ming, lstana Larangan, Tembok Besar China dan sebagainya, sebagai legenda atau mitos? Mengapakah  ada double standard dalam hal ini?????? (TB)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebab itu bukan mustahil suatu waktu nanti,orang Melayu pun dipertikaikan bukan penduduk asal Persekutuan Tanah Melayu! Sebab kubur datuk moyangnya pun hilang tidak bernesan jika dibandingkan kubur orang-orang Cina Malaysia yang tersergam di perbukitan di mana-mana....Fikir-fikirlah....

Tanpa Nama berkata...

what are you doing Mr Khoo?

Tanpa Nama berkata...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.