Salam Perjuangan

02 Januari 2012

SELATAN THAILAND BANJIR 15 TERKORBAN


BANJIR  teruk yang melanda selatan Thai mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan menyebabkan beratus-ratus pelancong terkandas.

Foto oleh TB

Mangsa kebanyakannya hanyut dibawa arus deras berikutan air banjir naik mendadak atau tertimbus dalam air berlumpur akibat hujan lebat yang turun.

Perkhidmatan kereta api di beberapa wilayah di selatan negara ini terpaksa dihentikan dan beberapa lapangan terbang ditutup. Kapal terbang hanya dibenarkan mendarat di Koh Samui, namun kelewatan berlaku disebabkan kesesakan di lapangan terbang di situ.

Kira-kira 1,200 pelancong yang terperangkap di Koh Samui dan Koh Tao dipindahkan oleh tentera Thai menggunakan pesawat pengangkut tentera.

"Hampir sejuta penduduk terjejas akibat banjir di beberapa wilayah di selatan Thai. Mulanya, kami menjangkakan banjir akan surut selepas sehari atau dua, namun kini ia berlarutan sehingga seminggu," kata Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban.

Wilayah yang terjejas terjejas teruk adalah Chumphon, Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Trang, Krabi dan Phatthalung. Peningkatan paras air menghalang usaha menyelamat yang dilakukan.

Tiada ulasan: