Salam Perjuangan

23 Januari 2012

KONSERT KUGIRAN 60-AN POP YEH YEH ISTANA BUDAYA MENGESANKAN!

BARISAN artis yang bakal menjayakan Konsert Kugiran 60-an Pop Yeh Yeh pada 20 Januari.
BARISAN artis yang bakal menjayakan Konsert Kugiran 60-an Pop Yeh Yeh pada 20-22 Januari 2012 di lstana Budaya, Kuala Lumpur.

SEBUT saja lagu Tak Mengapa pasti kita terbayangkan wajah serius penyanyi popular era pop yeh yeh, Datuk A Rahman Hassan, menyanyikan lagu malar segar itu sambil menggoyang-goyangkan sedikit bahu dan melenggokkan kepalanya. Gaya persembahan itu memang sinonim dengan dirinya dan diingati peminat sampai sekarang
.
Bukan sekadar gaya nyanyiannya yang menjadi ingatan, malah cara berpakaian penyanyi ini juga menjadi ikutan ramai, terutama remaja dan belia yang sama-sama ‘dewasa’ bersama lagu dendangannya, seperti Perpaduan Hidup, Semoga Berjaya dan Jejaka Idaman. Malah, ada remaja ketika itu sanggup mencuri identiti A Rahman untuk memikat anak dara yang menggilai bakat seni itu, dek penangan lagu berhantunya.
TB bersama Datuk Jefriden Raja Pop Yeh Yeh

Katanya, irama pop yeh yeh pernah mati satu ketika dulu dengan kedatangan lagu era 70-an, yang antara lain melonjakkan nama besar seperti Hail Amir, Uji Rashid dan D J Dave.

“Lagu irama pop yeh yeh pernah mati selama 15 tahun, tetapi dengan berbekalkan semangat yang ada, ia bangkit kembali sehingga diingati sampai kini.

“Saya mahu tekankan di sini bahawa irama yang kami bawa adalah pop yeh yeh dan bukannya irama 60-an. Kedua-duanya berbeza. Irama 60-an dibawa artis seperti Allahyarham Rafeah Buang dan Allahyarham Datuk Ahmad Jais. Ini kerana lagu pop yeh yeh lebih menjurus kepada irama yang didendangkan artis barat seperti The Beatles, Shadow dan Rolling Stones. Ia irama yang sangat rancak dan bertenaga,” katanya sambil memberitahu, irama berkenaan melonjak naik kerana dibantu pihak media serta Radio Televisyen Malaysia (RTM), melalui siaran radio milik mereka
.
Berkongsi rahsia irama itu cepat diterima masyarakat dan segar sepanjang zaman, dia memberitahu, lirik lagu pop yeh yeh terlalu ringkas dan dekat dengan kehidupan manusia.

'Kisah dan Tauladan' A.Halim bersama TB
“Peminat masih mahu irama yang kami perjuangkan selama ini dan saya tidak pernah menyalahkan media ketika pop yeh yeh mengalami zaman kejatuhan. Ini kerana pernah satu ketika media datang membantu kami dengan mengeluarkan cerita satu persatu penyanyi era berkenaan. Saya sangat berterima kasih dan berharap sokongan yang sama dapat terus diberikan,” katanya.

Gembira kerana lagu mereka bukan saja diminati golongan dewasa bahkan remaja, A Rahman berkata, amat mudah untuk mengenali irama mereka kerana melodinya menggabungkan antara tiga gitar, dram dan organ.

“Tiga instrumen itu sangat penting. Jika tiada, maka rosaklah lagu pop yeh yeh. Kadang-kadang ada kugiran yang menggunakan organ atau sekarang dipanggil keyboard,” katanya yang menyanyikan lagu Semoga Berjaya Tak Mengapa dan beberapa lagu hitnya secara medley pada persembahan malam ketiga dan terakhir itu dengan penuh humor dan menggembirakan..




BERCERITA mengenai dirinya yang kekal sihat dan bertenaga, A Rahman berkata, ia adalah anugerah daripada Tuhan. Dia juga tidak terlalu menjaga suara seperti penyanyi yang lain.

“Syukur suara saya masih seperti dulu. Saya tidak amalkan apa-apa dan makan apa saja yang saya diinginkan. Mungkin ia anugerah Tuhan dan saya menghargainya sebaik mungkin,” kata bapa kepada pelakon serba boleh, Khir Rahman ini. Begitu juga suara dan stamina penyanyi A.Halim,J.Sham.L.Ramlee, Zamzam, Fatimah M.Amin, A.Rahman 0nn, Jefridin dan lain-lain lagi amat teruja dan bertenaga.

Menurut A.Rahman Hassan, dia kini menjadi Pengerusi Kelab Kebajikan Artis Pop Yeh Yeh dan setakat ini kelab itu diperkuatkan 30 keahlian, termasuk di Singapura.

“Kami akan menjalankan pelbagai aktiviti bersama, dalam bidang nyanyian dan sebagainya. Menjadi harapan saya agar kami yang terbabit dalam industri ini sentiasa diingati dan lagu kami terus diminati,” katanya bersungguh-sungguh.

Sementara itu, berbicara soal konsert yang selama tiga hari bermula 20-22 Januari baru-baru ini, penyanyi ini berkata tentunya dia amat gembira apabila diundang oleh penganjur dan Istana Budaya untuk mengadakan persembahan bersama rakan lama.Apatah lagi pengacara Abon dan para penari lstana Budaya yang meletakkan Lokman Ghani sebagai Pengarah Pentas berjaya merealisasikan persemabahan kugiran pop yehyeh dengan jaya dan cemerlang.Rata-ratanya audien yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia khususnya yang vateran sanggup datang berduyun-duyun memenuhi setiap penjuru tempat duduk Panggung Sari,lstana Budaya yang berprestij itu. 

TB bersama penyanyi J.Sham
Selain dirinya dan isteri, Datin Azizah Muhamad, bersama Orkes Nirwana, artis dan kumpulan lain yang mewarnai konsert itu ialah The Singlap Five, Datuk Jeffrydin, A Halim & D’ Fiction, J Sham & The Wanderers,Zamzam & The Twilights, A Rahman Onn & The Strangers, A.Rozaini (anak saudara dan pengganti Allahyarham A.Ramlee), Roziah Latiff & The Rythm Sixthty dan Datuk L Ramlie (Orkes Teruna Ria).
“Lagipun, istimewanya konsert ini apabila kami membuat persembahan di Istana Budaya, satu tempat yang berprestij, selain tampil dengan kumpulan kugiran lama seperti Orkes Teruna Ria, Orkes Nirwana serta The Wanderers,” katanya sambil memberitahu lebih 20 lagu telah dinyanyikan mereka pada konsert yang penuh nostalgia .(ubah suai &olahan TB)

TB tetap tidak melupakan mendapat hadiah not duit baru ketika itu (l967) apabila di dalam kelas darjah enam daripada Guru Kelas Cikgu Mohd.Dom Abdul Rahman (Allahyarham) di SKLS3, Muar apabila TB dengan penuh keberanian dan semangat menyanyi lagu 'Cincin Emas' dan 'Peracun Kalbu' (dipopularkan oleh A.Rahman 0nn) di hadapan kawan-kawan sekelas. Kemudian mendapat tempat kedua dalam Teletime Show ketika di Tingkatan 4 menyanyikan lagu 'Hidup Bersama' (dipopularkan oleh A.Ramlee) pada tahun 1970. Sayangnya zaman itu tidak ada karaoke, tidak ada Akademi Fantasia, tidak ada 'You Tube' dan tidak ada pelbagai kemudahan seperti zaman sekarang. Segala-galanya semua kerana motivasi diri sendiri atas keyakinan dan kepercayaan diri sendiri yang kuat walaupun tanpa dorongan sesiapa. 

Teringat pemuda-pemuda super senior TB di kampung seperti lsmail Abon (pesara  pasukan pancaragam ATM), A.Kadir Atan (Ngah Kadir), Sulaiman Salleh (Abang Leman),Mohd.Khalis, ldris Abon (Apah), 0thman Atan (uda Seman) dan lain-lain yang sibuk membuat gitar dan drum sendiri serta berlatih menyanyi dan bermain alat muzik ala kampung. Mereka turut serta merancakkan demam pop yeh yeh ketika. Maklumlah sebagai anak Muar,Johor; zaman pop yeh yeh 1960-an begitu teruja di Singapura dan Johor ketika itu. (TB).

Tiada ulasan: