TB ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 masehi dari selatan Thailand. Walaupun TB pernah mengunjungi ke sana dengan jalan darat 2 hingga 3 kali di Selatan Thailand termasuk ke Pattani, Yala dan Narathiwat serta Sadao, Danok,Hatyai dan Songkhla sejak tahun 1970-an,1980-an dan 1990-an namun pengalaman pada 1 Januari 2012 TBsendiri melihat sendiri air bah kian naik di beberapa perkampungan selatan Thailand di Danok,Sadao dan sepanjang jalan menuju ke Hatyai cukup menginsafkan.
Hujan yang turun bercurahan sepanjang malam tahun baru hingga ke awal pagi menyebabkan jalan-jalan utama di selatan Thailand telah mencecah hampir ke paras dada. Hanya bas dan treler kelihatan yang berupaya meredah air yang melimpah-ruah di jalanan.
Difahamkan di daerah Narathiwat dan Pattani banjir sebenar telah melanda seminggu lebih awal. Fenemona ini biasanya menular masuk hingga ke Sungai Golok di Thailand dan Rantau Panjang di Kelantan.Difahamkan dan diramal menurut laporan kaji cuaca yang disiarkan di televisyen Thailand air mula 'turun' dari utara menuju ke selatan. Dalam erti kata lain, banjir yang mula melanda di selatan Thailand kerana fenomena air yang 'turun' dari musibah banjir di Bangkok kini mula menuju ke selatan.
Walau apapun ramalan, TB tetap percaya semua kuasa Allah SWT. Begitulah pada menjelang malam tarikh 1 Januari 2012 kebanyakan premis besar dan kecil di bandar raya Hatyai telah 'memasang' kubu-kubu dan benteng pasir bagi menghadang air masuk ke kawasan 'basement' atau pintu masuk pasar raya. Mujur kebimbangan itu tidak terjadi.Namun penduduk Hatyai sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi banjir seperti mana yang pernah terjadi berberapa tahun dahulu.(TB)
(Semua foto dirakamkan pada awal pagi 01.01.2012 oleh TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan