Salam Perjuangan

11 Januari 2012

PRU: KAYVEAS TIADA DALAM SENARAI CALON


NAMA Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas tidak terdapat dalam senarai bakal calon parti itu untuk pilihan raya umum ke-13 nanti yang dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Mengesahkan perkara itu kepada Bernama hari ini, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada bertanding atau tidak kepada Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

"PPP memang telah menghantar senarai nama calon yang berpotensi untuk bertanding dalam PRU ke-13 nanti dan nama saya tidak terdapat dalam senarai itu walaupun ahli parti mahukan saya bertanding semula. Biarlah Datuk Seri Najib putuskan sama ada saya bertanding atau tidak. "Saya mengambil pendirian itu kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin yang telah berjasa lama. Mereka telah memberi sumbangan besar kepada parti dan masyarakat. Jadi pemimpin-pemimpin itu perlu diberi peluang. Mereka perlu menang dan menguatkan BN,” katanya. —(sumber:UM, 11/1/12)

Tiada ulasan: