Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.
![NONE](http://media1-cdn.malaysiakini.com/432/7a644a9b723da0223f001cae7dc58e18.jpg)
"Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya.
Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai "pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang" dan ingin mengetengahkan masalah mereka.
"Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang "tidak berfikir dari sudut dan untuk parti" dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama.
"Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur," katanya lagi.
Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harianbertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya.(sumber: MK, 18/1/12)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan