Salam Perjuangan

30 Mei 2013

DONG ZONG ............ DONKEY?

SEJAK beberapa hari lalu banyak blog menyiarkan komen Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mengenai seorang menteri dan seorang timbalan menteri Cina yang dilantik dalam barisan Kabinet terbaharu kerajaan.

Kedua-dua mereka, Senator Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 1, disifatkan Dong Zong tidak mewakili kaum Cina kerana tidak fasih berbahasa Mandarin.

Kain Ching daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) adalah bekas guru dan pernah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan pada 2012.

Seng Kuan pula adalah Presiden Transparency International Malaysia dan juga seorang tokoh korporat terkemuka dengan memegang pelbagai jawatan berprofil tinggi termasuk sebagai Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Menurut Dong Zong seperti yang disiarkan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini, kedua-dua mereka yang hanya menamatkan sekolah Cina separuh jalan tidak mungkin akan dapat mewakili kaum itu secara efektif sekali gus tidak layak digelar 'wakil kaum Cina'.

Kain Ching dalam reaksi segeranya menyifatkan isu beliau tidak fasih berbahasa Mandarin tidak harus timbul kerana kehadirannya dalam Kabinet tidak mewakili kaum Cina tetapi sebagai rakyat Malaysia.
"Saya bekerja di bawah Kementerian Pendidikan sudah lebih enam tahun dan berinteraksi dengan ramai pihak yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Saya tidak melihat diri saya sebagai mewakili kaum Cina tetapi rakyat Malaysia kerana itulah wujud konsep 1Malaysia.

"Sekiranya terdapat isu yang dibangkitkan berhubung sekolah Cina, saya akan tetap menjalankan tugas menanganinya.

"Malah, maklumat berkaitan sistem pendidikan Cina juga terdapat dalam bahasa Melayu dan Inggeris, jadi tidak ada masalah memandangkan saya fasih dalam kedua-dua bahasa itu," katanya.

Mengulas perkara itu, penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, Dong Zong tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana bahasa Mandarin bukanlah bahasa kebangsaan negara ini.
"Sepatutnya syarat yang harus dipatuhi adalah setiap anggota Kabinet harus fasih berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu kerana itulah bahasa yang wajib ditutur dan dikuasai oleh semua kaum di negara ini.

"Kaum Cina juga sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menyuarakan pandangan mereka kepada menteri-menteri berkenaan kerana sebagai rakyat Malaysia mereka mesti fasih berbahasa kebangsaan," katanya.

Beliau berkata, isu tiada wakil kaum Cina yang memenuhi segala ciri-ciri yang ditetapkan kaum itu termasuk fasih berbahasa Mandarin tidak harus timbul kerana kaum itu sendiri telah diberi peluang memilih wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Apabila diberi peluang ini, mereka memutuskan untuk menolak calon-calon yang kemukakan oleh MCA, Gerakan dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

"Mereka sendiri memilih calon DAP yang mereka tahu tidak akan disenaraikan dalam Kabinet yang dibentuk kerajaan Barisan Nasional (BN), jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus dipersalahkan apabila tiada anggota Kabinet yang fasih berbahasa Mandarin," katanya yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Tambah Mohd. Roslan, apa yang dibangkit Dong Zong boleh diibaratkan seperti pepatah 'Rumah siap pahat berbunyi' yang merujuk kepada perasaan tidak puas hati atau rungutan yang ditimbulkan setelah kerja siap dilakukan.

"Bagi saya komen seperti ini tidak harus dilayan oleh kerajaan BN kerana pihak terbabit telah diberi peluang untuk mengundi dan mereka telah mensia-siakan peluang yang diberikan," katanya.

Menurut beliau, tumpuan yang sepatutnya diberikan kerajaan sekarang adalah untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi membangunkan negara demi kesenangan rakyat tanpa mengira kaum.

"Ingatlah, semua anggota Kabinet yang dilantik adalah fasih berbahasa kebangsaan dan ini bermakna mereka layak untuk mewakili rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum.

"Jika Dong Zong masih tidak berpuas hati, tunggulah PRU-14 akan datang dan pilihlah calon yang dirasakan benar-benar memenuhi selera mereka," ujarnya.

Katanya, kerajaan juga tidak harus melayan lain-lain tuntutan Dong Zong termasuk supaya diiktiraf Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC) untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Lulusan UEC tidak berada dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak menghayati usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional," katanya.

Kenapa Dong Zong masih membuat tuntutan sedangkan sudah jelas dan nyata kaum Cina tidak menyokong BN?

Sehubungan itu, kepada Dong Zong hentikanlah daripada membuat sebarang kenyataan dan tuntutan yang bertujuan memenuhi inspirasi satu kaum sahaja.

Kalau masih mahu membuat tuntutan, tunggu lain kalilah!, iaitu setelah masyarakat Cina kembali menyokong BN pada PRU-14.(sumber:Nizam Yatim, tajuk asal Dong Zong Lain kalilah, UM, 29/05/13)

UMNO BERIMAN MELAYU TETAP SOKONG

SAYA  memerhati dengan teliti pelbagai pandangan, analisis dan pendapat yang dilontarkan oleh pelbagai pihak selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diketahui. Saya percaya semua pandangan dan analisis ini perlu diberikan perhatian sewajarnya agar kita bersedia pula untuk menghadapi dan memenangi PRU-14 demi agama, bangsa dan tanah air tercinta ini.

Apapun analisis dan pandangan yang diberikan, hakikatnya PRU-13 adalah pilihan raya yang jujur, telus dan mencerminkan kehendak pengundi yang mewakili rakyat keseluruhannya.

Orang Melayu khasnya yang berada di luar bandar masih yakin dan percaya kepada UMNO. Saya dapat melihat kesungguhan orang UMNO melaksanakan pelbagai program dan usaha bagi memenangkan calon-calon UMNO walaupun ada di antara calon itu tidak mereka kenali secara rapat.

Satu kejutan bagi saya bila melihat anak-anak muda juga begitu bersungguh-sungguh berusaha bagi membantu UMNO walaupun pembangkang asyik mendakwa 'anak muda geng mereka'. Sesuatu yang wajar dikaji ialah apabila anak anak muda ini didapati tidak berada dalam kerangka Pemuda atau Puteri UMNO.
Saya tidak berniat untuk mengulas sikap pengundi Cina. Hakikatnya ialah sebanyak manapun peruntukan diberi, sebanyak manapun tuntutan mereka dipenuhi, mereka tetap berpendirian bahawa sudah sampai masanya mereka mengepalai pemerintahan atau dalam kata lain mereka pula ingin berkuasa di tanah bertuah ini. Inilah yang mereka jangka dapat mereka capai melalui kerjasama 'tempang' dalam pakatan pembangkang.
Setelah melihat dan menerima hakikat keputusan PRU-13, saya ingin menyarankan beberapa langkah yang saya fikir perlu dipertimbangkan atau sekurang-kurangnya difikirkan oleh pemimpin dan ahli parti di semua peringkat.

n Pintu UMNO wajib dibuka seluas luasnya kepada semua umat Melayu yang layak dan mahu memberikan sumbangan. Kita pernah mendengar ada orang bertahun-tahun memohon untuk menjadi ahli tetapi masih gagal diterima. Kemungkinan untuk menjadi ahli secara 'daftar terus' wajar diberi pertimbangan. UMNO selamat semasa PRU-13 kerana ada orang yang bukan ahli mengundi UMNO, bahkan ada yang bekerja kuat untuk memenangkan calon-calon UMNO.

n Kumpulan pemikir di pejabat presiden parti dan pejabat pengerusi perhubungan negeri sewajarnya dianggotai juga oleh orang-orang UMNO di peringkat akar umbi. Mereka yang telah bergelumang puluhan tahun dalam parti barangkali tidak mempunyai kelulusan tinggi tetapi mempunyai pengalaman yang amat luas dan berharga. UMNO ini bukan dihidupkan oleh cerdik pandai dari puncak menara gading, sebaliknya orang kampung yang tulus dan ikhlas. Pemikir yang tidak berakar barangkali tidak tepat buah fikiran mereka.
n Perlu wujud pemisah yang ketara antara fungsi pemimpin UMNO dengan pemimpin kerajaan. Kadangkala pemimpin UMNO terperangkap dengan imej pemimpin kerajaan sehingga pemikiran dan ucapan lebih sebagai pemimpin kerajaan. Orang UMNO sesekali ingin mendengar pemimpin UMNO bercakap soal survival orang Melayu tanpa rasa takut hilang undi orang Cina, misalnya.

n Pemimpin UMNO yang menjadi pemimpin kerajaan hendaklah kelihatan menjadi pelindung kepada orang orang Melayu khasnya orang UMNO. Tentunya orang UMNO berbangga jika pemimpin mereka tegas dan berani menegakkan undang undang walaupun pelbagai tohmahan diberikan.

n Jadikan orang UMNO di kampung-kampung sebagai 'raja'. Dekati dan dengari mereka sebaik baiknya. Barangkali masanya sudah tiba untuk kita mengadakan majlis- majlis makan malam bertaraf hotel di kampung-kampung seperti yang kita lakukan sebelum ini di kampung-kampung baru.

n Wujudkan badan khas bagi mengkaji dan merancang program pembangunan bagi orang Melayu. Kita telah berjaya membangunkan orang Melayu daripada sudut pendidikan tetapi kita gagal membangunkan orang Melayu daripada sudut ekonomi. Bilangan peruncit Melayu wajib ditambah. Siswazah menganggur misalnya boleh dilatih dan dibangunkan untuk menjadi peruncit yang berjaya. Kebergantungan kepada peruncit Cina wajib dihentikan.

n Kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan sewajarnya dikepalai oleh pegawai-pegawai yang jelas 'roh' UMNOnya. Tidak munasabah rasanya apabila kita mengetahui begitu ramai penyokong pembangkang mengetuai jabatan kerajaan. Sudah tentu mereka akan menggunakan kedudukan itu untuk mengukuhkan kedudukan pembangkang.

n UMNO perlu dilihat sebagai parti Melayu. Memalukan sebenarnya apabila perjuangan mengangkat martabat bangsa dan agama dilakukan oleh NGO. Pemimpin UMNO perlu menunjukkan mereka bangga menjadi Melayu dan sanggup berjuang demi kepentingan orang Melayu. Pemimpin UMNO perlu sentiasa bercakap soal pembangunan bangsa ini sehingga ia akhirnya menjadi perbualan seluruh umat Melayu di seluruh ceruk rantau tanah air tercinta ini.

n UMNO wajib memuliakan pemimpin yang kita ketahui mempunyai kebolehan, ikhlas dan jujur dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan hampir segalanya untuk kita. Barangkali beliau tidak sempurna tetapi akuilah kenyataan bahawa beliau yang terbaik setakat ini. Mari kita berikan beliau sokongan penuh dan dalam masa yang sama memberikan teguran jika perlu.

Sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh UMNO khasnya dan orang Melayu amnya akan membolehkan Najib memacu kita ke hadapan dengan lebih yakin dan berani. Percayalah, PRU-13 hanya permulaan sebuah perjuangan yang panjang. InsyaAllah kita akan lebih cemerlang lagi pada PRU-14 demi menjadi bangsa yang kukuh dan utuh walaupun terpaksa bersendirian.(sumber:Hamdan Rukun, UM, 30/0513)



 

29 Mei 2013

puisi: DI MANAKAH MEREKA

Ketika berkunjung ke rumah kenangan
di suatu sudut di bawah rendang petang
seorang lelaki sisa usianya di penghujungan
mengenggam segumpal catatan
katanya,puisi yang tidak siap dipahat
yang mahu diukir dalam kehidupan

Lantas aku dengan izin membuka
membaca lembut ucap batin catatan
dengan basah atas kertas berbekas
satu demi satu kusebut baitnya begini:

"Di manakah alang anakku
yang telah kucatat namanya di giatmara dahulu,
di manakah anakku yang dimalukan ibunya
di sekolah agama  kerana bahasa arabnya
di manakah anakku yang ditakut-takutkan
ibu dan kakaknya  di sekolah datuk baginda
di manakah anak-anakku yang dilemahkan dengan
kata-kata yuran dan bukan motivasi diri
di manakah anak menantuku yang
dijarumkan hati mereka dengan
cerita dendam lara ibunya
di manakah anak-anakku yang lain
anak-anakku yang diasuh malam siang
tanggungjawab hanya di pundak ayahnya
dan di manakah anak-anakku kini
yang dipanah petir amarah nafsu ibunya?"

Sebaik aku membacakan dengan sopan
rumah kenangan itu disimbahi hujan
gempita bersilih ganti, guntur menggamit sayu
lelaki itu telah hilang nafasnya
menanti panjang kerinduan hidupnya!


RAJIEE HADI

Bukit Mahkota,Bangi.
29/5/13

25 Mei 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAGI TB pertukaran nama Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) umpama terbang burung melayang jauh akhirnya kembali ke pangkuan sarangnya. Penggabungan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penjenamaan nama asal Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tepat dan kena pada masanya. Walaupun Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran (kini Pendidikan) menyatakan nama KPM kini adalah hasil muafakat dan keputusan dari pakar-pakar bahasa yang menyuguhkan nama 'pendidikan'  bagi TB ,KPM adalah lebih tepat,betul dan amat sesuai sekali.

Bagi TB  frasa 'pendidikan' lebih merangkumi konsep dan matlamat yang lebih luas. Apatah lagi kita pun sudah mengenali wujudnya 'Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia' (PPPM/Pendidik) yang telah sedia tertera nama 'pendidikan' sejak tertubuhnya pada tahun 1999 lalu.Bagi TB penggabungan ini lebih memberi keadilan kepada staf pengajar atau PPPT/pensyarah di politeknik-politeknik KPT lalu (termasuk kolej komuniti). Nasib mereka semasa di bawah KPT agak terumbang-ambing jika dibandingkan rakan-rakan mereka di sekolah-sekolah ataupun di IPGM.

Justeru dengan penggabungan di bawah KPM diharapkan pensyarah-pensyarah politeknik khususnya yang ada kelayakan akademik master dan PhD diberikan pertimbangan yang setimpal  dan setara dengan rakan-rakan di IPGM.lni juga membabitkan penyelarasan kenaikan pangkat, skim time-based, tempoh had umur biasiswa pasca siswazah , cuti belajar dengan biasiswa penuh dan waktu bertugas agar sama atau selaras dengan rakan-rakan di IPGM. Sebenarnya terlalu banyak mahu diperkatakan tetapi cukuplah setakat ini. Syabas KPM!. (TB)

16 Mei 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN SEROM 3,,,,,,,,,,,,,,,,,,'Selamat Hari Guru 2013'

25 Mei 2012 sejak 1912 kini ke-100 tahun
menjejaki pantai zaman dalam resah damai
dengan santun kau bawa kami ke alam ilmu
sekolah umum sekolah Melayu sekolah kebangsaan
lelaki dan perempuan kini terhimpun dalam perjuangan
demi nafas kota dan nyaman udara desa
anak-anak didikmu terus waspada mengibar amanah
wacana guru tersemat dalam setiap nota kenangan

Kisahku bermula l966 ke bangku lima
bertukar di bangunan megah yang jadi kebanggaan
di bawah tangga aku kesedihan dibuli rakan baru
teringat ibu ayah yang jauh menggalas rezeki
dengan datuk nenek tidak upaya aku mengadu
guru besar haji ali omar, guru kelas yusuf saman
guru darjah enam mohamad dom abdul rahman
cikgu mad nor rashid, cikgu redzuan & cikgu mat nor bahasa inggeris
ada kalanya buatku ketawa lucu & ada waktu sendirian menangis
pulang ke rumah sembunyi gembira bergayut belakang kereta lembu

Di sekolah ini aku belajar mengenali ayat bahasa penjajah
yang tidak pernah kesempatan kupelajari di sekolah terdahulu
hinggakan aku boleh membaca fiksyen romantika & majalah antarabangsa
minat kepada karya hamka,sirah nabi, geografi & peta dunia
membaca setiap penjuru alam sejarah dunia dalam rumi & jawi
walau ada tikanya hatiku membungkam sayu bagai tersisih kasih
tidak terplih ke sekolah khas atau ke maktab Melayu
hanya berbasikal besar pemberian istimewa hadiah bapaku
untuk kusambung belajar kelak  ke tingkatan satu!


DR RAJIEE HADI,
26 Mei 2012.


SELAMAT HARI GURU 2013 : 1 ASPIRASI 1 AGENDA

Pada hari ini (pelancaran perasmian kebangsaan 16 Mei) sambutan prarasmi Hari Guru peringkat kebangsaan telah pun bermula. Pada kali ini sambutan diadakan di Stadium Tertutup Nilai dan Seremban Negeri Sembilan. Pada tahun 2012 lalu pula  di Kuala Kangsar, Bandar DiRaja bagi negeri Perak Darul Ridhuan.Pada kebiasaannya pada hari prapelancaran diadakan pertandingan pidato atau perbahasan Bahasa Melayu dan Bahasa lnggeris antara guru-guru. Di samping itu pameran dan gerai-gerai yang berkaitan telah mula dididirikan. Khabarnya di Kuala Kangsar dahulu   meriah kerana banyak pameran akan diadakan.Diharapkan di Seremban pun begitu jua.

Setiap kali sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tetap menjadi nostalgia. Bukan setakat ketika zaman pelajar era 1970-an TB menyambutnya di sekolah tetapi kenangan manis pada tahun 1976 TB menyambutnya perasmian Hari Guru Kebangsaan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Lagu 'Guru Malaysia' yang berkumandang dan bersemangat pada saat itu  terus membibit azam untuk mendidik anak bangsa terus mengalir ke dalam tubuh TB hingga ke hari ini.

Tahun berganti tahun, selama 17 tahun TB ditugaskan mengajar di sekolah menengah; baik harian mahupun di Sekolah Berasrama Penuh. TB bertugas di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. TB hadapi kerenah para pelajar kelas-kelas peralihan, menengah rendah dan menengah atas iaitu termasuk tingkatan lima dan enam. banyak suka duka kenangan pahit manis yang dilalui; terutama sekolah-sekolah yang terkenal 'brutal' di kota raya Kuala Lumpur.

Selepas 17 tahun, TB diberi peluang mendidik dan melatih bakal-bakal guru di maktab-maktab perguruan di Malaysia (kini IPGM). Semasa di Bahagian Pendidikan Guru KPM kenangan yang tidak dilupakan ialah turut bersama-sama menggubal soalan-soalan M-Test untuk kemasukan bakal guru pelatih Diploma Pendidikan KPLl ambilan 2003. Kerana kepentingan ilmu, masa-masa yang berlalu TB isikan dengan membuat penyelidikan ijazah lanjutan hingga ke peringkat PhD. Alhamdulillah.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan mengingatkan TB yang pernah dilantik menjadi AJK lnduk Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dari tahun 1996 hingga 2004 iaitu ketika Ketua Pengarah Pendidikan (kini 'Pelajaran) Tan Sri Dr Wan Zahid Nordin hingga KPP KPM Tan Sri Dr Abdul Shukor Abdullah. Ketika itu TB bersama-sama teman seperti Siva Subramaniam (Datuk),Alimuddin Mohd Dom (Tan Sri), Haji Muhammad Mustapha,Haji Karim Abdullah,  Chong, Naga dan beberapa nama lagi (maaf, TB terlupa) sering 'memanaskan' mesyuarat Jawatan Kuasa bagi turut membantu AJK Pelaksana dapat melaksanakan program sambutan berjalan licin. Tanpa diduga, mulai 2008  kerana berpindah tugas, TB telah menyambut sambutan Hari Guru di Negara Brunei Darussalam yang disambut pada bulan September. Lain padang, lain belalang. Ah, terlalu banyak mahu diceritakan!

Selamat Hari Guru. Sekali Cikgu Tetap Cikgu Selama-lamanya! (TB)

SELAMAT HARI GURU 2013 DARIPADA 'PENDIDIK'


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan



Diucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru saya (TB) yang pernah mengajar saya dan dikhabarkan masih lagi dilanjutkan usia oleh Allah SWT; di antara 10 namanya adalah seperti berikut:

1. Cikgu Haris bin Abu Samah ( Djh 3)
2. Cikgu Marsidi (Djh 3)
3.Cikgu Absah Hj Samad (Tingkatan 2)
4.Cikgu Sulaiman Mohamad (Tingkatan 3)
5.Cikgu Zaiton Mahzan (Tingkatan 4)
6.Cikgu Sidek Rashid (Tingkatan 5)
7.Cikgu Mohd Rashidi Ramlan (Datuk) (Ting.6)
8.Cikgu Mohd Razi A.Rahim (Tingkatan 6)
9.Cikgu Kim Davis (Tingkatan 6)
10. Cikgu Abdul Rahim Omar (Tingkatan 6)
Dan ramai lagi yang TB masih ingat dan tidak dapat dilupakan selagi hayat dikandung badan. Terima kasih, Cikgu!

15 Mei 2013

KABINET BARU PM MOHD. NAJIB

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib

Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Abdul Wahid Omar 
Tan Sri Joseph Kurup
Puan Hajah Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim 

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim 
P Waythamoorthy
Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri Kewangan II

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan                               

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: 
Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Menteri II: 
Datuk Seri Idris Jusoh 
Timbalan I: 
Datuk Mary Yap
Timbalan II:
 P Kamalanathan                                           
Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein 
Timbalan: Datuk Rahim Bakri
                                                       
Menteri Dalam Negeri: 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar 

Menteri Pengangkutan:Datuk Seri Hishammuddin (pemangku) 
Timbalan: 
Datuk Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Pelancongan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz 

Menteri Luar Negeri:
Datuk Anifah Aman                                               

Timbalan Menteri Luar:
Datuk Hamzah Zainudddin
  
Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadhilah Yusof 
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Menteri Kesihatan: 
Datuk Dr S Subramaniam

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin                                   
Timbalan menteri:
Datuk M Saravanan

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna:Datuk Hassan Malek
Timbalan: 
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad                      

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Ewon Ebin
Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah
                           
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli:
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:Datuk Seri Maximus Ongkili  
Timbalan: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar:
Datuk Shafie Apdal                        

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi:
Datuk Douglas Uggah Embas

Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar:Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan: 
Datuk Halimah Sadique   
Perdagangan Perdagangan Antarabangsa dan Industri:Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Hamim Samuri

Menteri Komunikasi dan multimedia: 

Datuk Seri Ahmad Shabery

Menteri Wilayah Persekutuan: 

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan: Loga Balamohan
Menteri Pembangunan Wanita:
Datuk Rohani Abdul Karim 
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun
 

12 Mei 2013

puisi: MUHAMMAD HILQMAN : PUISI AWAL PAGI

Hilqman putera ayah yang persis bayu
ditiup udara pagi dingin nyaman
menyapu wajah menjelang subuh
fajar segar hari menanti

Hilqman putera ayah bermata redup
ada sepasang impian dalam kalbu
menyambut kuntum doa dalam senyum
mimpikan dunia baru dalam santun

Hilqman dengan  degup zikirnya
mendengar azan suara pagi ayah
dalam rapat mata hatinya berbisik
mencipta kasih sayang ciptaan llahi

Hilqman dengan sopan akhlak namanya
kami ukirkan aksara soleh kehidupan
ayahku, kupimpin tanganmu ke syurga
dan selamat hari ibu!


RAJIEE HADI.
Rumah Mahkota, Bangi.
12/5/2013.


DAP: SERVE FOR DUN NILAI IN SEREMBAN PARLIMENTARY SEAT



Mr DAP...Please take action the voice of DUN NILAI peoples/voters; as below:

1. KERUSI Parlimen Seremban dan DUN Nilai silih berganti sudah sekian lama.Sudah menjadi tradisi, DAP melawan BN (MCA).Kali ini Berjasa dan calon Bebas  turut berentap sama. DAP menang dan sila jalankan kewajipan di DUN NILAI yang pengundi telah memilih kemenangan DAP.

2. Namun pekan lama Nilai dalam DUN Nilai masih dihantui masalah kesesakan di Jalan Besar (Main Road) yang dianggap klasik oleh sebilangan penduduk. Balai Polis Nilai masih bangunan lama,sempit dan tidak sesuai dengan perkembangan Nilai pada tahun 2013 (bukan 1980).Khabarnya suatu tapak Balai Polis Bandar Baru Nilai yang baru dan selesa telah tersedia di kawasan lapang di Taman Desa Anggerik,Putra Nilai.Bilakah mahu dibangunkan?

3. Anehnya, pasar baharu yang dibina di pinggiran Taman Cempaka di jalan menuju KLIA terbiar begitu sahaja bagai sang gajah putih. Apa yang tidak kena?

4. Bandar Baru Nilai ada( ketikanya disebut 'Putra Nilai" sepatutnya 'Nilai Putra') lanskap pembangunannya bagaikan tidak terurus.

5. Di pesisir bukit bulatan Pesiaran Perbandaran berhampiran Majlis Perbandaran Nilai (MPN) terpapar tulisan 'MPK' sepatutnya MPN. Bandar Baru Nilai atau Putra Nilai ini infrastruktur pembangunannya bagaikan tidak seimbang.

6. Banyak bangunan rumah kedai di Nilai Square terbiar sepi,kaku dan jelek Ada baiknya bank-bank utama dipindahkan ke sini..Mujur ada Klinik Kesihatan Nilai (kerajaan) buat sementara di situ akibat kebakaran klinik lama di pekan Nilai lama.

7. Anehnya terlalu banyak batu penghadang dibina sepanjang jalan. Banyak orang beranggapan ini membazirkan. MPN dan PDRM  CawanganTrafik Balai Polis Nilai boleh sama-sama fikirkan laluan alternatif agar tidak menimbulkan sesak dan kemalangan pada waktu puncak.

8. Kawasan pasar raya Tesco dan Giant serta  di deretan jalan menghala ke bank-bank  dan seterusnya harus difikirkan pembinaan jalan-jalan alternatif  pada masa hadapan.

9. Sementara, jalan pilihan ke Masjid Putra yang datang dari USIM,Persiaran llmu ke Persiaran Perbandaran berhampiran MPN sepatutnya dipercepatkan pembinaan lampu trafik di persimpangan Manipal lnternational University menuju ke Masjid Putra.

9. Dan dapat disegerakan juga pembinaan jalan baru dan laluan pintu masuk masjid yang baru. Kedudukan masjid di atas bukit dan dengan adanya laluan dan pintu baru maka ini menandakan masyarakat peka kepada warga emas yang kurang berupaya.

10. Surau-surau yang daif seperti SurauTaman Desa Anggerik di pinggir USIM harus difikirkan pembinaan semula sesuai dengan kedududukan lokasinya berhampiran IPTA yang berorientasikan lslam.Begitu juga masjid pekan Nilai yang telah usang.

11. Stadium Tertutup Nilai adakah untuk kegunaan awam?Jika merugikan wang rakyat ada baiknya stadium ini 'diserahkan; kepada USIM agar boleh dimanfaatkan kepada para pelajar.

12. Begitu juga Kompleks Sukan Nilai yang baru dibina; adakah terbuka untuk penduduk awam Nilai?Adakah kompleks itu telah diswastakan?Kawasan perniagaan popular Nilai 3 wajar dikawal agar tidak dihidu kegiatan jenayah.

13. Begitu juga tasik yang berhampiran Taman Desa Anggerik USIM; alangkah baiknya MPN jadikan tempat riadah atau rekreasi awam.Manakala  Masjid Putra yang menjadi laluan masuk ke KLIA sewajarnya menjadi masjid yang paling banyak diimarahkan oleh para pengunjung atau jemaahnya.

14. Bagaimana pula pelan pembangunan Hospital USIM yang kononnya telah tersedia tapaknya ? Orang ramai ingin tahu juga.Begitu juga pembinaan masjid baru dan klinik kesihatan awam di Nilai lmpian yang telah lama dinantikan.

15. Bersandarkan ini DAP kini wakil di DUN Nilai dan parlimen Seremban boleh berjuang untuk membawa nafas baru bagi para penduduk Bandar Baru Nilai yang kian pesat berkembang dan membangun? Jangan jadikan Bandar Baru Nilai pusat maksiat dan kebanjiran pendatang asing.Kami khuatir akan mengundang jenayah dan kami tidak mahu Bandar Baru Nilai menjadi bandar yang tidak selamat.

16. lnilah harapan baru pengundi parlimen Seremban khususnya di DUN Nilai untuk menanti suatu realiti daripada bakal wakil rakyat yang dipilih kelak.(oleh TB)

07 Mei 2013

PRU 13.....OH ALANGKAH.....

Apabila PRU 13 selesai berlangsung, TB catatkan beberapa catatan, komen, keluhan dan rintihan orang ramai berhubung dengan keputusan yang dipaparkan di skrin muktamad SPR. Semoga pembaca budiman, berfikir, apakah maksud tersurat dan tersirat:

1.Akibat Melayu bersengketa, DAP menang bergaya, BN-UMNO menang bersahaja, PAS menang cukup-cukup sahaja, PKR menang tidak sengaja!

2.Geram DUN Gambir Ledang, BN-MIC menang, Melayu tidak sedar macam Cina di Gelang Patah!

3.Ghani 0thman jadi korban akhiri zaman!

4,Masa ini bukri Cina tetap sokong Cina.MCA janji jika kalah, tak mahu terima apa jua jawatan.Masa inilah UMNO buktikan berani melakukan tranformasi!

5.Betul. Melayu jangan patah semangat, tapi terus bangunkan azam perjuangan baru!

6.Tempat tradisi BN-MCA parlimen Gelang Patah dan parlimen Ledang Johor DUN Tangkak disapu DAP. Bukti hati Cina tidak boleh dipercayai, bermuka-muka.Cuma politik negara berjaya dikuasai.Yang lain-lain telah dikuasainya.

7.lni bukan masalah patah semangat.Kerana pokok persoalan bukan orang Melayu kalah kepada kaum lain.lni masalah ada Melayu byang tak sayang bangsa dan negara.Rela jadi alat kaum lain dan pihak luar.

8.Anwar dijauhkan jadi PM. Najib pun mudah-mudahan tak ada blackmail atau pau di belakangnya,

9. Syukur, Ust Hadi Awang menang di P.Marang.

10.Mujur Melayu juga menang.Tapi bagi kami negerei-negeri yang banyak Cina, Cina tak boleh dipercayai.

11.Kita penulis bersatu bahawa gagasan ini.

12.Betul.Kalau terdesak, PAS dan Bn-UMNO, bumiputera semua perlu bersatu.Cina dan Dap makin mengancam.

13.lnilah akibat kita Melayu takbur dan taksub.' As quick win Umno recovery plan' untuk desak sekolah
start Sejarah' compulsory subjec't dan wajib lulus, 'secondary', matrikulasi,ipta,ipts dan post graduate tahun ini segera bukan tunggu 2015 kerana ramai Melayu kita buta sejarah!! Kita wajibkan sejarah Tanah Melayu di semua peringkat dan bukannya sejarah dunia. Khatam dulu sejarah tanah air dahulu!!!!!

14. Cadangan: Ingat kena kaji urbanisasi dan mobiliti Melayu bandar juga.Bagi Melayu bangun dan kaya di bandar-bandar.Agar Melayu berdaya saing dan mengurangkan jurang dominasi Cina di bandar.lngat Melayu ada kuasa beli.Melayu kampung juga wajib diperkasa.

15. Ya, Penang DAP sapu habis.

16. Yang sedih Melayu BN yang vokal suara dah hilang macam Datuk lbrahim Ali, Dr Puad Zakarshi,Datuk Zul Nordin.Diharap mereka terus berjuang dan fokus kepada NGO!

17. Analisis mudah.Cina tetap undi Cina.Bersandarkan pemerhatian umum PRU 13, jika DAP lawan MCA, DAP menang semua!Jika DAP Melayu lawan MCA kawasan Cina, MCA menang- rujuk Dap Melayu Tanjung Piai Johor.........ini aliran pengundian. rujuk buku dr Redhuan Tee.."Melayu Minoriti Dalam Majoriti'

BERSAMBUNG

SEMUA CINA UNDI DAP?


SEORANG penganalisis politik menggariskan lima sebab mengapa kaum Cina menolak MCA dan GERAKAN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kelmarin.Sebab utama ialah mereka terpengaruh dengan slogan DAP iaitu ‘Wu Yue Wu, Huan Zheng Fu’ (Lima Hari Bulan Lima, Tukar Kerajaan), sekali gus mengakibatkan ‘tsunami kaum Cina’. 


Prof Dr Hoo Ke Ping berkata, faktor kedua ialah PAS yang turut memberi tumpuan kepada pengundi Cina sehingga sesetengah pemimpin kanannya sanggup menggugurkan tuntutan negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan mereka selama ini. 

Kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA dan GERAKAN dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan GERAKAN supaya melawan pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu," Prof Dr Hoo Ke Ping, penganalisis politik.

“Ketiga, kaum Cina mempunyai aspirasi tinggi untuk memegang kuasa dan ia boleh dilihat apabila BN tumbang seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

“Keempat, pemimpin kanan DAP seperti Penasihatnya, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan kaum Cina.

“Kelima, kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA dan GERAKAN dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan GERAKAN supaya melawan pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pada PRU-13 kelmarin, MCA memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya, dan hanya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.
Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.

MCA perlu lakukan pembaharuan


GERAKAN pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen, Simpang Renggam, daripada 11 kerusi diperuntukkan, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis, Johor; Tanjong Papat dan Elopura, Sabah daripada 31 kerusi ditandingi.

Mengenai masa depan MCA, Ke Ping berkata, parti itu perlu melakukan pelbagai pembaharuan, termasuk merombak kepemimpinan untuk terus kekal relevan dalam politik negara ini.

“Bagi GERAKAN, secara peribadi saya berpendapat parti itu sudah tidak boleh hidup lagi kerana dua kali kalah teruk dalam pilihan raya umum, selain tidak mempunyai hala tuju dan kepemimpinan yang agresif,” katanya.(Sumber : BH 6/5/2013)

Cadangan TB:

1.Dr Chua Presiden MCA dan MCA wajib bertegas, MENOLAK semua jawatan dalam kerajaan persekutuan dan negeri yang dibuat secara lantikan.Walaupun menteri MCA baik dalam menjalankan tugas tapi kekuatan parti perlu.lni memberi pengajaran sebenar kepada kaum Cina.Jika 'kongkalikong' mereka menjangkakan jika tidak pangkah calon Cina BN pun kerajaan akan lantik seperti melantik Presiden Gerakan PRU 12 lalu.Parti-parti berasaskan kaum Cina seperti Gerakan,SUPP,LDP inilah senada menolak.Jika tidak, keadaan akan berulang lagi.

2. MCA dan parti berasaskan kaum Cina janganlah mengikut rentak perkauman bersama pertubuhan seperti Guang Zong yang hanya memperkatakan isu SJK Cina, sekolah persendirian Cina, tarian singa, tarian naga dan lain-lain yang berwajah kecinaan,lni memualkan seluruh rakyat Malaysia.

3.Parti berasaskan kaum Cina seperti MCA dll hendaklah SERIUS dan BERSUNGGUH-SUNGGUH memerangi habis-habisan DAP dengan cuba menelanjangkan semua imej perkauman DAP bagi menunjukkan MCA dll tidak chauvivistik. MCA kena buktikan. Jentera MCA dll wajib bekerjasama kuat bekerjasama dengan komponen BN. Ada kedapatan jentera MCA seperti 'hangat-hangat tahi ayam' apabila calon bukan MCA bertanding tidak banyak membantu untuk komponen lain.Di manakah setia kawan MCA dan Gerakan?

4.Jika MCA,Gerakan merasakan tidak relevan maka BUBARKAN sahaja parti-parti ini atau MCA bergabung dengan Gerakan. Biarlah orang Cina menentukan hala tujunya bersama DAP.lni akan memberi pengajaran yang baik kepada kaum ini.Buat apa bermuka-muka atau bersikap oportunis,hipokrit,munafik dan bermuka-muka.Buat apa jika bagai gunting dalam lipatan,menikam dari belakang.Lebih baik MCA,Gerakan dll menjadi kalah yang bermaruah daripada hina dalam kecelakaan.

5.Segala-galanya demi masa depan parti-parti kaum Cina di Malaysia.Bagi UMNO yang sudah lama berimej dan berwajah 'keMalaysiaan' (kerana polisi tolak ansur) dan PAS berimejkan dan berwajah 'kelslaman' (lslam adalah ;'addin' agama untuk sejagat') tidak menjadi masalah bagi menyesuaikan dengan pelbagai keturunan masyarakat Malaysia walaupun Melayu dan lslam adalah majoriti rakyat Malaysia. Fikir-fikirkan dan terserahlah. (oleh TB)

06 Mei 2013

MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU DR. ABD RANI PAS ?



PKR masih lagi belum memutuskan sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai menteri besar, kata pemimpin parti itu hari ini.
Faekah Husin, yang merupakan setiausaha politik Abdul Khalid berkata kepada The Malaysian Insider parti akan membuat keputusan berhubung perkara itu selepas perbincangan dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).
“Tan Sri telah berkata kita akan bermesyuarat dahulu. Ia hanya akan ditentukan dalam masa satu dua minggu lagi,” katanya.
Sebagai pengerusi PR Selangor, Abdul Khalid memimpin gabungan itu untuk mengekalkan Selangor dalam Pilihan Raya pada 5 Mei dengan 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), lebih lapan daripada Pilihan Raya 2008.
PKR, bagaimanapun hanya memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS, kedua-duanya memenangi 15 kerusi walaupun pemerhati berpendapat kemenangan itu sebagai refleksi kepada sokongan terhadap menteri besar sepenggal itu. ( Sumber : Yahoo 6/5/2013)

PUISI: GHANI OTHMAN KALAH SORAK KAMPUNG TERGADAI


ABDUL GHANI OTHMAN: NOKHTAH SEBUAH IMPIAN


telah kukatakan sejak permulaan itu
kau bagaikan mahu menggantung hayatmu
di hujung usia meninggalkan tanahmu,sungai mati
warga emas serom yang setia menanti kepulanganmu
hampa, hari demi hari menghitung neraca waktu
apakah kau melupai kesetiaan orang di sini
beriktikaf di masjid melihat pusara muhasabah diri
kerana asyik melihat tanah emas di hujung negeri
yang kau mahu bangunkan atas nama kemajuan santeri

masih terngiang-ngiang getar suara cikgu othman kechik
berbisik padaku pada tahun 1980-an dahulu
ketikaku seorang guru muda tidak dikenali
agar aku turut membantu menyokongmu
menyebarluaskan dirimu mencanang ke serata kampung
agar bintangmu terus mengerdip di langit zaman


kini setiap tiga aidilfitri mendatang
pekan sungai mati terus berwajah kusam
tiada lagi perantau yang menanti baryani lebaran
deretan mobil sepanjang jalan akan lengang
sana sini tiada melayu cina india datang berlenggang
pulau penarik akan sepi tidak dikenali di peta hati
kerana segala-galanya yang hidup di sini telah mati

hari ini sahabatku chong hai tidak kehilangan apa
begitu juga letchumi ketua jabatan tempat isteriku bekerja
terus menanti laba pangkat tanpa perih derita
ganalinggam terus menulis dengan dana yang berselera
sementara aku terus menanti honorarium yang tidak seberapa
kadangkala hilang dalam tipu daya sengsara
kerana gelangku patah dalam musnah belantara!


RAJIEE HADI
Bandar Baru Nilai,
5 Mei 2013,


05 Mei 2013

Puisi: SELAMAT MENGUNDI PRU 13 HARI INI

Selamat mengundi PRU 13 hari ini
bukan saya arahkan mengundi pakatan rakyat
tidak pula saya menyuruh mengundi barisan nasional
menggesa menyelamatkan umno yang kian hilang
tidak pula mencintai pas yang mendatang
apatah lagi mca,mic,gerakan,ppp dan seterusnya
bukan minta menyokong dap,pkr dan yang bersekongkol
tidak mula mohon simpati kepada berjasa atau kita
tidak pula minta beralih ke timur malaysia raya

Selamat mengundi PRU 13 hari ini
saya menyeru kita menjunjung fisabilillah
mencari yang amanah tahu menjaga maruah
bukan harta pangkat darjat bersalut wajah
bukan bertopeng munafik individulistik oportunis
tetapi berjiwa penyayang seorang ummi & ayah
bertanggungjawab seorang bapa & ibu
berhati luhur seorang walid & mama
dalam rumah  bahagia baiti & rahmah!


RAJIEE HADI,
Rumah Mahkota,
Bandar Bukit Mahkota,SDE.
5 Mei 2013



04 Mei 2013

DUN SEROM PARLIMEN LEDANG WAJAR KENANG GOLONGAN PENULIS


PENULIS (kiri) ketika bertemu Pak Nora di rumahnya di Rawang, Selangor baru-baru ini.



Perjalanan hidupnya panjang dan berliku. Beliau tersisih dari kehidupan dan rakan-rakan. Selepas zaman kemuncaknya dalam dunia sastera beliau kini menjalani kehidupan hari tua yang sepi. Kudrat untuk berkarya semakin susut ditambah pula ingatannya semakin berkurangan.

Demikianlah kenyataan hidup seorang sasterawan Haji Ali Haji Ahmad atau Nora yang pernah mencatatkan nama di persada dunia sastera negara ini.

Pertemuan saya dengan Pak Nora kali ini amat berbeza dengan pertemuan dulu terutama ketika beliau masih bertugas di Utusan Melayu. Kini Pak Nora  menetap di Taman Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Pak Nora kini berusia 80 tahun, uzur dan menghidapi alzheimer, perlahan-lahan hilang daya ingatannya. Namun kudrat kemahuannya masih ceria dan bersemangat bercerita tentang sastera , dunia penulisan dan kewartawanan.

Pak Nora lahir di Kampung Sungai Mati, Muar, Johor pada 25 Jun 1927. Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau pernah berkhidmat dalam pasukan polis (1951-1959) tetapi kerana minat mendalam dalam bidang penulisan, beliau diberhentikan.

Kemudian berpindah ke Kuala Lumpur menceburkan diri dalam bidang kewartawanan di Utusan Melayu pada 1969 hingga 1982. Di samping menulis cerpen, beliau aktif menghasilkan drama (pentas, radio dan tv), novel dan esei. Antara novelnya ialah Puntung Hanyut (1965), Gelodak (1968), Gelandangan (1975) dan Kemarau di Hujung Daun (1977),lktikaf (1994) dan banyak lagi.

Pada tahun 1976, beliau memenangi hadiah ketiga mengarang novel anjuran GAPENA dengan judul Seribu Musim Kering. Cerpen-cerpennya terkumpul dalam kumpulan cerpen perseorangan, Di Kelopak Senja (1973) dan lain-lain lagi. Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil dan Hadiah Karyawan Sastera Johor.

Hari ini Pak Nora meneruskan kehidupan yang yang di penghujung. Sejak enam tahun lalu isterinya, Maznah juga terlantar akibat angin ahmar. Dahulu isterinyalah yang membuat kuih-muih tradisional untuk Pak Nora menghantarnya ke gerai-gerai sekitar Ampang Jaya, Selangor. Kini keadaan sudah banyak merubah hidupnya. Kedua-dua mereka terlantar tidak berdaya dan mengharapkan bantuan orang untuk menguruskan hidup.

Apakah dalam mengejar kebendaan masyarakat kita kini, tiada pihak yang menyanjungi insan yang menghasilkan banyak khazanah bangsanya? Saya berharap kita tidak hanya mengenangkan seniman kreatif setelah ketiadaannya. Semoga karya-karya beliau dapat dihayati oleh generasi muda dengan beberapa inisiatif yang boleh difikirkan bersama untuk dihadirkan kembali kepada khalayak.

Saya sebenarnya telah lama berhajat berkunjung ziarah ke rumah Pak Nora. Saya pernah ke rumah beliau di Ampang Jaya dan bermalam di situ pada tahun 1976 dahulu sewaktu melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur.

Malah saya pernah berkunjung ke meja penyunting ruangan Sastera Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia/Utusan Zaman ketika Pak Nora bertugas di sana. Pak Nora pada ketika itu berkhidmat sebagai wartawan dan penyunting akhbar Utusan Malaysia/Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur.

Semarak obor semangat dalam bidang penulisan ketika itu dibajai hasil kunjungan ke pejabat Utusan Melayu sekaligus mendekati Pak Nora yang menjadi kebanggaan kampung halaman kelahiran saya di Johor
Kesan kunjungan itu karya-karya saya yang menggunakan pelbagai nama pena yang memaparkan pelbagai kisah kasih sayang dan masyarakat mendapat tempat di akhbarUtusan Malaysia dalam kolum Secebis Kisah yang dikelolakan Pak Nora.

BersaraWalaupun seribu musim datang dan pergi namun kenangan saya kepada Pak Nora tetap segar dalam ingatan. Kami saling berhubung sehinggalah beliau bersara daripada Utusan Melayu pada tahun 1982. Kemudian Pak Nora bergerak cergas dalam pertubuhan Al-Arqam dan mengasuh beberapa penerbitan Al-Arqam dan beberapa penerbitan lain yang bercorak keagamaan dan dakwah.

Kali terakhir saya menemui Pak Nora pada tahun 1987 di majlis baca puisi di UPM Serdang, Selangor. Selepas itu kami berpisah dan tidak kesempatan bertemu. Tetapi baru-baru ini saya berkesempatan berkunjung ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah autobiografi kisah hidup Pak Nora yang disusun oleh Zakaria Sungip daripada Penerbitan Galeri llmu.

Pak Nora selepas bersara daripada Utusan Melayu lebih dikenali sebagai "Sasterawan Agama" yang terus menerus mengalirkan tintanya untuk dakwah dan tarbiah. Khalayak bukan hanya membaca fakta, cerita dan kenangannya tetapi turut juga merasakan detak dan nilai rasa, limpahan sungai pengalaman kehidupannya dan sama-sama merasai bahang keyakinan menerusi himpunan tulisan Pak Nora yang sarat dengan nilai dakwah dan tarbiah di media-media dakwah tanah air.

Saya berjaya menghubungi Zakaria Sungip di Galeri llmu dan daripada beliau akhirnya penulis dapat berhubung dengan anak Pak Nora dan menjelaskan keadaan beliau.(sumber: "Pak Nora Tabah Meredah Sengsara : oleh Dr Rajiee Hadi :Mingguan Malaysia,27/1/11)

Catatan: Sasterawan Nora kembali ke rahmatullah pada 7 April 2012 lalu pada usia 82 tahun. Sebagai anak jati Sungai Mati; adakah masyarakat setempat menyedarinya? Adalah wajar pihak yang berkaitan mengenangkan buat sesuatu kepada anak bangsa ini misalnya pihak berkuasa tempatan boleh menamakan sebatang jalan di Sungai Mati atau dalam daerah Tangkak dengan nama pena atau nama penuh beliau.
Penulis dan Sasterawan bukanlah mudah dilahirkan.Mereka adalah anugerah alam dengan bakat batini dan deria rasa kurnia Allah SWT.
Kini saya, Dr Rajiee Hadi anak jati Serom 2 Hilir akan meneruskan legasi dan akan memupuksuburkan sastera bangsa selagi hayat dikandung badan.

03 Mei 2013

SPR , THINK TANK & PENCERAMAH KEMPEN PRU

NAMA Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh luput dalam ingatan TB. Walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan setiap lima tahun sekali namun ada juga beberapa kes PRU lalu parlimen telah dibubarkan lebih awal walau kerajaan yang memerintah baru memegang mandat antara 3-4 tahun.

Justeru TB tidak berapa ingat sama ada tahun 1990 atau 1991, TB telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai SPR di peti pos Bandar Tun Razak yang bertempat di pusat mengundi Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Tenteram (nama jalan ketika itu) Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.Kawasan parlimen Bandar Tun Razak ketika itu kawasan yang agak panas; apatah lagi  mengemukakan calon BN/MCA dan DAP.

Sebagai penjawat awam yang masih muda baru berusia awal 30-an, TB tentulah mahu membuktikan ciri-ciri kepemimpinan dengan jati diri TB sendiri. Bukan perkara muda apabila petugas-petugas di pos TB itu terdiri daripada rakan-rakan kumpulan sokongan daripada sekolah tempat TB bertugas.Selain itu ada juga petugas-petugas yang lebih senior yang mana datang dari luar dan TB tidak kenali. TB seringkali memikirkan bagaimanakah secara psikologi agar usia TB yang masih muda ini dihormati.

Kebetulan sebelum itu TB telah menempah 'bush jaket' pakaian lengkap/suit ala korporat pada waktu itu. TB berazam akan menunjukkan teladan yang baik, sikap dan peribadi yang berdisiplin dan tegas serta berkomunikasi yang bijak berhemah. Dan sebelum menjelang hari pengundian TB telah membaca dan memahami secara terperinci segala surat dan tatacara serta prosedur yang telah dibekalkan oleh SPR. Sebelum itu TB yang di bawah kelolaan SPR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut menghadiri kursus dan taklimat daripada pihak SPR. TB juga telah meninjau secara rawak kawasan lokasi para pengundi dan tempat pengiraan akhir peti undi di Dewan Serbaguna Cheras berhampiran Sekolah Menengah Jalan Cheras, KL.

TB sampai  sewalam jam 4.00 pagi pada hari pengundian itu  di Dewan Serbaguna Cheras bagi mengambil segala keperluan yang telah dibekalkan oleh SPR untuk di bawa ke pos mengundi SMSS.Seingat TB hari itu. jatuh pada hari Ahad. lni bermakna TB telah bekerja pada hari Ahad iaitu hari cuti awam. lsu inilah membuatkan kekeliruan pihak lain; apabila TB bercuti gantian pada hari lsnin keesokkannya tetapi majikan TB telah mengubahkan Cuti Tanpa rekod (CTR )kepada Cuti Tanpa Gaji (CTG). TB kecil hati apabila pihak SPR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika itu berdolak-dalik apabila TB meminta surat rasmi pernyataan CTR. (Bersambung)

Seterusnya peranan TB sebagai 'think tank' (pemikir dan peneraju operasi kempen calon) kepada calon BN/UMNO Dr Mohd.Shafie Salleh (Datuk) melawan calon Semangat 46 bagi kerusi parlimen Kuala Langat dan pengalaman 'berkampung' di hotel 'pijat' di pekan Banting selama seminggu tetap jadi kenangan.Sebelum itu pada hari pertama penamaan calon Goh Hin San daripada parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) telah mempelawa TB sebagai 'think tank' dan penceramah calon BN/Gerakan Dr Tan untuk kerusi parlimen Segambut. TB telah memberi ceramah di Balai Raya Segambut kepada para hadirin yang memenuhi dewan dengan penuh semangat.Kebetulan di situ ramai pengundi Melayu. Selepas itu apa yang terjadi? Mengapa TB pada hari ketiga mengikut Ghafar lbrahim dari UKM untuk bersama-sama berkempen di Kuala Langat?
(oleh TB- BERSAMBUNG)


01 Mei 2013

POLITIK TESCO & GIANT?

Saudara-saudariku,

Andalah penentu segalanya.

Ramai yang sudahpun memutuskan undi mereka akan kepada siapa. Hanya segelintir lagi yang masih belum berbuat demikian, dan di tangan andalah terletak masa depan kita semua.

Dalam mempertimbangkan pilihan kita, izinkan saya bandingkan situasi yang kita hadapi dengan menggunakan perumpamaan pasaraya Tesco dan Giant.

Apabila hanya ada Tesco di kawasan kita, adakah Tesco mempunyai motivasi untuk rendahkan harga mereka atau memberi perkhidmatan yang baik?

Sekiranya kita tiada pilihan dan selalu terpaksa pergi ke Tesco, pemilik Tesco boleh bertindak sesuka hati, dari segi penentuan harga barang dan cara pelanggan dilayan.

Pelanggan yang tiada pilihan adalah pelanggan yang tiada kuasa.

Semakin lama Tesco sahaja yang dibenarkan menjual barang di kawasan kita, semakin buruklah layanan mereka terhadap kita, para pelanggan. Akan tetapi, sekiranya Giant membuka pintu di kawasan yang sama, situasi akan jauh berbeza.

Pada peringkat awal, mungkin pelanggan segan untuk mencuba benda yang baru. Tetapi, sekiranya semakin ramai pelanggan pergi ke Giant, Tesco pasti akan terasa.

Sekarang, Tesco tidak boleh lagi bertindak sesuka hati, kerana pelanggan yang tidak puas hati dengan senangnya boleh sahaja pergi ke Giant untuk mendapatkan barang keperluan mereka.

Selagi ada lebih daripada satu pilihan, kedua-dua Tesco dan Giant akan selalu bersaing antara sendiri untuk merendahkan harga, melayan pelanggan dengan lebih baik, memberi tawaran serta ganjaran yang lebih menarik, dan sebagainya.

Mana-mana pihak yang gagal berbuat sedemikian sudah tentu akan kehilangan semua pelanggan mereka.

Dalam sejarah Malaysia, kita hanya pernah ada "Tesco". Walaupun mungkin baik pada awalnya, jiwanya sudah semakin tercemar akibat terlalu lama menikmati monopoli kuasa.

Pada saat bersejarah ini, bakal muncullah pesaing yang baru.

Sekiranya Tesco dipilih dan kita menolak permohonan Giant untuk membuka kedai mereka, apa yang akan Tesco faham adalah: kita boleh buat sesuka hati, rakyat akan tetap pilih kita.

Sekiranya Giant dipilih, apa yang Giant akan faham adalah: rakyat telah beri satu peluang pertama ini kepada kami. Jika kami gagal, sudah pasti mereka tidak akan pilih kami lagi.

Rakyat yang tiada pilihan adalah rakyat yang tiada kuasa.

Giant ini bukanlah sempurna, dan pemimpinnya bukanlah semua alim dan berintegriti.

Walaubagaimanapun, mereka telah membuktikan diri dalam pengurusan beberapa negeri yang telah mula nampak ada pembaharuan dan pembaikan. Semakin banyak diberi balik kepada rakyat untuk memenangi hati dan minda, dan persaingan antara Tesco dan Giant semakin sengit. Hasilnya, rakyat yang untung.

Siapa pun yang kita pilih, kita mesti selalu mengingatkan Giant mahupun Tesco: “Kuasa di tangan rakyat - siapa yang kami angkat, kami boleh turunkan kembali, sepertimana yang kami turunkan kali ini. Sempurnakanlah amanah dan peluang yang diberikan, atau sediakanlah diri untuk dipecat lagi.”

Demi anak cucu kita, kita mesti sedia dan berani mengambil kesempatan ini untuk mematangkan demokrasi Malaysia, dan mengembalikan negara kita ke tangan rakyat. (Sumber :Harakahdaily 1/5/2013).

MEMOIR AWAN LARA (Cerita Seorang Pendidik)....sedutan buku (2)


Pada bulan Mac 1995 ,saya memulakan era baru dalam bidang pendidikan daripada seorang guru di bilik darjah yang mengendalikan secara terus pengajaran-pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah harian dan berasrama penuh (SBP) hampir 17 tahun di bawah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran/Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pendidik guru atau pensyarah di maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM.

Berbekalkan pengalaman sebagai guru hampir 17 tahun dalam perkhidmatan dan berpengalaman mengajar pelajar-pelajar kelas peralihan (Remove Classes), tingkatan 1,2,3,4,5,6 Rendah dan 6 Atas adalah amat membantu yang mana rata-rata berpendapat kesahan dan kebolehpercayaan itu  tidak boleh dipertikaikan.Walhal untuk menjadi pensyarah maktab perguruan pengalaman minimum lima tahun mengajar di sekolah,sudah dikira memadai.

Sebenarnya maktab perguruan KPM ini bukan sekadar institusi untuk menimba ilmu pendidikan dan pedagogi sahaja.Bahkan apa yang paling utama ialah institusi  ini adalah  ‘sekolah latihan ‘yang membina sahsiah dan  insaniah guru. Di sinilah dahulu kami belajar mendisiplinkan diri, etika berambut rapi dan berpakaian kemas, berinteraksi dan berganding bahu dengan mengikut batasan agama dan budaya setempat serta belajar berketrampilan ketika berkomunikasi dua hala.

Pada mulanya saya tidak pernah mengimpikan mahu berkhidmat di MPI. Walaupun nama MPI pernah hadir dalam kehidupan saya .Saya menyimpan hasrat  sudah sekian lama mahu berkhidmat dan berbakti di MPB. Lagu MPB masih menjadi hafalan dan siulan saya sehingga hari ini: (Nota: Versi 2006: Judul 'Maktab Perguruan Bahasa' ditukarkan kepada 'lnstitut Bahasa' dengan sedikit pengubahsuain)

LAGU IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
Institut Bahasa yang berjasa
Institut mulia berharga
Tempat kami bersama-sama
Menjunjung bahasa ibunda
Kami pelajar seluruhnya
memegang tujuan yang satu
Institut Bahasa yang berjasa
Lambang bangsa yang berpadu
Bahasa akan kami perkaya
Budaya kami bela
Tetap mempertinggi mutu bangsa
Untuk selama-lamanya
Institut Bahasa yang berjasa
Institut mulia berharga
Tempat kami bersama-sama
Menjunjung bahasa ibunda
Pencipta: Mustafa Kamil Yassin (Kala Dewata)
Gubahan: A Murad Hamid

 Bukan sekadar lagu MPB bahkan pentas dewan MPB (kini dinamakan Dewan Za’ba) dan sekitar Lembah Pantai masih menjadi nostalgia yang tidak luput daripada memori saya. Di pentas itu saya menyanyi dengan penuh perasaan lagu ‘Selamat Tinggal Bungaku’ dengan iringan band MPB secara bidan terjun.Maklumlah malam itu merupakan minggu terakhir kami di MPB, sebelum kami akan menerima surat posting (penempatan) seawal bulan Januari nanti.

Persembahan saya yang mengejut dan mendapat tepukan sorakan yang memberangsangkan.Selepas menyanyi, pada keesokan harinya Datin Kwok  pensyarah muzik saya begitu bersemangat memuji dan memberi galakan kepada saya.

“Tidak sangka, kamu boleh menyanyi.Kamu bagus menyanyi.Bagus…bagus..bagus”, ujar Datin Kwok berulang-kali. Saya hanya tersipu-sipu.Lagu tersebut begitu tersemat jauh di jiwa saya:

SELAMAT TINGGAL BUNGAKU
Selamat tinggal bungaku 
Aku bermohon pergi dahulu 
Terima kasih seruanku 
Jasamu untuk diriku 

Ke timur atau ke utara 
Tak tentu di mana nak tujukan 
Setitik air mata 
Dititiskan dibuang jangan 

Sekiranya aku masih 
Berada nun jauh di balik awan 
Salam yang bahagia 
Khabar yang gembira kukirimkan 

Inikah akhir bertemu 
Bila nian kan berjumpa lagi 
Ingatlah pesananku 
Jaga baik dirimu sendiri 

( Lagu : Johar Bahar / Ahmad Wan Yet - Lirik : Johar Bahar )


Di pentas dewan MPB itu juga gelanggang saya bersama teater ‘Hari Jadi Nona’ (1976) yang mana saya turut bersama terbabit dalam persembahan sketsa kuda kepang Johor bersama Khairuddin Wahab, Ali Mustari, Selamat 0mar dan lain-lain lagi.Pada tahun 1977 saya bersama Mahali (jika tidak silap) mempersembahan teater ‘Bayang-Bayang'. Saya yang memegang watak ‘wali’ terpaksa meminjam telekung guru pelatih wanita MPI yang tinggal berjiran dengan saya untuk menjayakan teater tersebut.

Justeru MPB tentulah tidak dapat luput daripada kenangan hidup saya.Kisah bunga hutan yang saya bawa dari Cameron Highland ketika hujan turun di tangga bukit MPB terkulai lesu layu dan jatuh bertebaran di tengah gelita malam; adalah sebuah kisah lucu yang tidak kesampaian.

Kisah pensyarah yang menguruskan penempatan Encik Dawam Kahat (yang turut memberi kuliah Kesusasteraan Melayu) yang mencari saya kerana belum menyerahkan borang penempatan tetap menjadi ingatan saya. “Kenapa kamu belum serahkan borang?” Tanya Encik Dawam di hadapan kelas PMIA 2.

Saya diam seketika lalu bertanya, “Boleh saya minta posting ke Sabah Cikgu?”. Mendengarkan permintaan saya,kawan-kawan sekuliah saya semuanya tergelak tanpa mengetahui hujung pangkalnya.Saya tahu mereka yang digelar ‘Sabah Ranger’ dan ‘Sarawak Ranger’ telah mula menampakkan  kemurungan  di raut wajah masing-masing.

Ada yang terpaksa meninggalkan buat sementara tunangan dan kekasih hati. Ada yang berangan-angan mahu memperisterikan gadis Kadazan di pinggir lembah Kundasang,di lereng Kinabalu yang terkenal berkulit putih mulus. Omar Mamat, Kamaruzzaman Abdullah dan  Hassan Topit adalah antara sahabat semaktab saya yang akan dihantar ke Malaysia Timur.

“Mengapa? Kamu tahu, semua kawan kamu nak ke Semenanjung..kamu pula yang nak ke Sabah. Kenapa…?” tanya Encik Dawam lagi.

“Aghh…saya tak ada buah hati pun di sini..” jawapan saya yang bersahaja membuat seisi kelas  ketawa mengilai ;termasuk Encik Dawam pun turut merasakan kelucuan itu.Dipendekkan cerita,peristiwa itu biarlah setakat itu sahaja.Apa yang berlaku kemudian adalah sejarah yang menjadi sejarah.

Saya telah katakan sejak awal bahawa MPB tetap terpahat di wadi kalbu saya.Sebab itu sejak penghujung tahun 1980-an saya telah ‘mengintai dan merisik’ di BPG bertanyakan mengenai peluang kekosongan jawatan pensyarah di MPB. Tetapi ditakdirkan ketika itu; jawapannya belum ada kekosongan. (oleh Dr Rajiee Hadi)- BERSAMBUNG.