UNCLE Seekers memang suka mendedahkan berbagai-bagai rahsia tetapi tidak tahu apa yang diperjuangkan. Ada benar juga seperti kata Blogger Jejai adakah pendedahan beliau untuk mengejar trafik blog atau alexa ranking atau nak jadi Blogger paling kontroversi. Hanya Uncle Seekers sahaja yang dapat menjawab.
Kisah terbaru Uncle Seekers mendedahkan berbagai-bagai rahsia Keluarga Di Raja Johor terutamanya kisah Sultan Johor Sultan Ibrahim. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: “Biarlah xxxxx itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya. Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut,” katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.
"Aku" ada terbaca tapi lupa yang mana katanya Uncle Seekers sudah bersedia untuk ditangkap setelah beberapa penduduk Johor membuat aduan polis. Dalam kenyataan tersebut katanya paling lama polis boleh tangkap pun 7 hari selepas itu pasti dibebaskan. Uncle Seekers tidak gentar dan katanya akan terus membongkar rahsia Kerabat Di Raja Johor. Sebagai salah seorang Anak Johor aku tertanya-tanya apa sebenar tujuan dan perjuangan Uncle Seekers. Mungkinkah ada orang di belakang Uncle Seekers yang juga datang dari keluarga Kerabat Di Raja Johor sehingga beliau jadi seberani ini.
Uncle Seekers dan sahabat wanitanya telah ditahan di Tol Senawang, Negeri Sembilan pada 9.45 pm, 4/7/2012. Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas. Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas Uncle Seekers.
Aku selaku Anak Johor memang tidak suka tingkah laku Sultan Johor disebarkan secara bebas sesuka hati untuk tatapan ramai. Kalau nak cerita buruk baik tingkah laku Sultan pasti ada sahaja ceritanya untuk setiap Negeri, 1001 malam tidak habis bercerita sama ada benar atau dogeng hanya mereka sahaja yang tahu. Demokrasi menjadi manusia terasa bebas untuk mengutuk sesiapa sahaja termasuk Sultan dan Pemimpin sendiri, kalau baca komen-komen mereka di FB dan Blog memang super berani seperti tak takut 'Tuhan'.
Inilah kebaikan dan keburukan internet yang sesiapa sahaja boleh membongkar apa sahaja rahsia untuk matlamat perjuangan yang hanya mereka sahaja yang tahu. (sumber:http://denaihati.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan