PEMUDA PAS menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) akan membebankan kerajaan.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, kenyataan itu menandakan kerajaan BN tidak prihatin dengan masalah pelajar yang sepatutnya lebih utama.
"Jika beliau menganggap pemansuhan PTPTN akan membebankan kerajaan, apakah kerajaan pula tidak memikirkan bebanan yang ditanggung oleh pelajar dan anak-anak muda kerana tanggungan hutang pelajaran mereka," katanya.
Menurut Riduan lagi, bagi pelajar yang tidak mampu dan tidak layak mendapat biasiswa, PTPTN memang menjadi "penyambung hayat" tetapi dalam masa sama didakwa bersifat menjerut.
Khaled semalam dilaporkan berkata, cadangan pembangkang hendak menghapuskan PTPTN jika berkuasa tidak relevan masa ini kerana ia mengurangkan daya saing, membebankan kerajaan dan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Dalam kenyataannya hari ini, Riduan berkata, pendidikan percuma perkara asas yang mesti disediakan kerajaan tanpa mengira pencapaian pelajar kerana ia pelaburan untuk pembangunan negara.
"Justeru, jika kerajaan masih menganggap pemansuhan PTPTN sebagai tidak relevan, kerajaan sebenarnya gagal menyediakan perkhidmatan dan kebajikan kepada rakyat khususnya kepada anak-anak muda."
Sementara itu, berhubung dakwaan IPTS akan gulung tikar dengan pemansuhan IPTS, Riduan menafikannya kerana banyak langkah lain boleh diambil bagi mengatasi masalah itu. (sumber: MK, 29/03/12)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan