TB pulang dan melewati MPI yang kini dikelilingi tembok batu bagaikan sebuah penjara di Pudu yang kini hanya tinggal kenangan. Di MPI dahulu TB pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Penyelidikan.Kebetulan melalui kawasan tersebut lagu, Allahyarham Zubir Ali 'Penantian' berkumandang menerusi corong radio kereta.
Tergenang kelopak mata TB lantaran Zubir Ali dan MPI ada pertalian sebuah cerita dan kehidupan.Jika tidak silap tahun 2001, TB dan MPI telah mengundang Zubir Ali dan Allahyarham penyair T.Alias Taib ke MPI dalam satu majlis aktiviti pelajar. Zubir yang pertama kali datang membuat persembahan di MPI begitu ceria,komited dan positif.
Walaupun ada beberapa insiden yang tidak perlu TB paparkan di sini, namun Zubir tidak berkecil hati.Beliau sanggup menunggu sehingga jam telah melepasi 11 malam untuk slotnya. Sunggupun persembahan sudah menjelang lewat malam, Zubir terus bersemangat mendendangkan lagu evergreen Penantian, Balada Anak Kecil dan beberapa lagu lagi.
Begitulah, Zubir Ali yang telah pergi ke pangkuan llahi,6 Mac 2009 (hari ini 6 Mac 2012)genap pemergiannya tiga tahun namun penantiannya terus mengingatkan kita bahawa kehidupan kita sebenarnya berada di batas-batas penantian jua. Al-Fatihah.
Kumpulan Harmoni (Zubir Ali)
Penantian
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
( korus )
Penantian suatu seksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
( ulang semua )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan