Salam Perjuangan

05 Mac 2012

PIBG DAN ISU YURAN DI SEKOLAH BANTUAN PENUH DAN BANTUAN MODAL MEMBEBANKAN!

BERHUBUNG isu kadar yuran yang membebankan ibu bapa/penjaga murid; sebenarnya yang menjadi masalah kini ialah kedapatan ramai Pengerusi dan AJK PIBG seluruh negara tidak memahami isi kandungai Surat Pekeiling Kementerian Pelajaran Malaysia : SPI Bil.5/2001 yang antara lain menjelaskan fungsi dan batasan PIBG di sekolah misalnya tidak boleh mencampuri ehwal pentadbiran dan pengurusan di sekolah.

 Kini terdapat PIBG yang cuba "berlagak" mencampuri urusan yang berkaitan prasarana dan pembangunan sesebuah sekolah. Apabila terfikir membuat sesuatu projek pembangunan prasarana di sekolah maka PIBG akan menggunakan wang kepunyaan ibu bapa pelajar. 

Walhal tanggungjawab pembangunan prasarana sekolah adalah bidang tugas jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan. Sebab itu apa guna peruntukan besar dalam Pelan lnduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam Belanjawan 2008 yang dibentang PM tahun 2007 lalu? lronisnya, jika kekurangan wang maka dengan mudah"kabinet" PIBG dalam Mesyuarat Agung Tahunan mempengaruhi  mesyuarat agar menaikkan bayaran PIBG yang biasanya dihadiri tidak sampai 25%!
 Di samping itu, soal pengawalan dan pengauditan wang PIBG perlulah difokuskan. Wang boleh menggelapkan manusia.Adakah penyelewengan,penyalagunaan kuasa dan kronisme dalam PIBG boleh diadukan kepada BPR? 

Baik apa yang dinamakan aktiviti program motivasi, tiusyen dan projek pembangunan prasarana sekolah maka tidak dapat tidak boleh berlaku kongkalikong jikalau tiada sesiapapun yang boleh memantau.

 Sebenarnya majoriti ibu bapa tidak mahu bertelagah sesama sendiri dalam PIBG walau hati mereka membara kerana pengaliran wang dalam PIBG yang kini ribuan ringgit boleh diambil kesempatan oleh  AJK PIBG yang berfikiran urus niaga.lstilah  Yuran PIBG  ataupun Bayaran PIBG atauppun Derma PIBG  boleh juga menimbulkan kekeliruan dari aspek semantik dan psikolinguistik. Justeru, fikir-fikirkanlah.
 Pihak sekolah pula selain mengenakan Yuran Tambahan ada pula mengenakan yuran dengan pelbagai istilah seperti Yuran Kurikulum,Yuran Kokurikulum, Yuran Sukan, Yuran Komputer dan macam-macam lagi.

 Bagaimana pelaksanaannya?Kesannya dengan PERTINDANAN ini maka amaun menjadi ratusan ringgit dan membebankan ibu bapa. Adalah diingatkan kumpulan wang ini dinamakan WANG SUWA amat mudah disalagunakan jikalau tidak dipantau dengan jujur dan telus oleh pihak yang berkenaan.

Tiada ulasan: