Salam Perjuangan

22 Mac 2012

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN: ISU LAMA YANG BASI?

Kekosongan jawatan guru di 1,294 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seluruh negara perlu diisi dengan guru-guru interim serta merta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.
  
NONEBeliau berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas bagi menangani isu kekurangan guru di SJKC setelah mengadakan tiga mesyuarat dan dua perbincangan meja bulat bersama pihak berkepentingan termasuk Jiaozong Huazong, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Kesatuan Guru Besar SJKC Malaysia.
  
Katanya sehingga Januari lepas, kementerian telah menempatkan seramai 1,482 guru interim di beberapa SJKC bagi menampung kekurangan 1,874 guru di sekolah jenis itu di seluruh negara.
  
"Penambahan 392 guru lagi sedang diusahakan dengan kadar segera. Kuasa akan diturunkan kepada guru besar SJKC untuk melantik guru interim mengikut keperluan dengan penyelarasan Jabatan Pelajaran Negeri," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, hari ini.
  
Wee berkata perkhidmatan guru interim di SJKC sedia ada akan terus dikekalkan sehingga guru terlatih ditempatkan di sekolah-sekolah tersebut kelak.

azlanBeliau berkata bagi mengatasi masalah kira-kira 100 guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa, mereka akan dipindahkan serta-merta dari SJKC dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan.

"Ini kerana murid-murid yang mengikuti program pemulihan LINUS (Saringan Literasi dan Numerasi) di SJKC sudah tersedia lemah dan merasa sukar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran oleh guru yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina," katanya.
  
Kekosongan guru pemulihan yang dipindah keluar itu perlu diganti dengan guru berpengalaman dan berkelulusan dwibahasa dari sekolah yang sama, dan guru besar perlu mengambil guru interim dengan segera mengisi kekosongan tersebut.

Wee berkata kementerian menetapkan pengajaran subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi tahap satu diajar oleh guru berkelayakan dwibahasa, manakala bagi tahap dua diajar oleh guru opsyen kedua-dua bahasa.

chinese school inconvenience 190104 school children"Semua guru tahap satu dan tahap dua SJKC dalam kategori sekolah kurang murid perlu berkelayakan dwibahasa kerana perlu melaksanakan pengajaran pelbagai gred," katanya.
  
Selain itu, katanya, guru-guru bukan opsyen BM dan BI yang telah mengajar subjek itu lebih daripada lima tahun di SJKC akan ditawarkan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) bagi memperkukuhkan penguasaan mereka dalam kedua-dua bahasa itu.(sumber: MK, 22/03/12)

TB: SEMASA  TB menduduki kerusi Ahli Majlis Permuafakatan Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia suatu ketika dahulu; baik  wakil-wakil SJK Cina mahupun Tamil seringkali menyuarakan isu 'kedaifan SJK' dan kekurangan guru bahasa Mandarin mahupun Tamil. TB 'kurang mendengar' wakil-wakil mereka melahirkan rasa syukur dan berpuas hati jika dibandingkan nasib 'anak-anak bangsa Melayu' yang menduduki tanah air mereka di selatan Thailand yang berjumlah lebih 2 juta tetapi terpaksa dan bersedia menerima proses assimilasi.TB juga sedih kerana tidak ramai wakil-wakil dari guru SJK Cina atau Tamil sama-sama mahu berusaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan (yang bersedia menggugurkan nama 'Melayu') bagi merealisasikan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan 'Satu Malaysia' sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh PM Datuk Seri Mohd.Najib


Suatu ketika dahulu TB masih ingat lantaran kekurangan guru di SJK(C) memohon menceburi profesyen keguruan( kerana TB tahu kaum mereka tidak berminat kerana tangga gaji yang rendah) maka dinyatakan alasan kerana kononnya dikatakan ketidakupayaan kaum mereka disebabkan tidak memiliki kredit atau kepujian dalam subjek Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM. Justeru dengan pelbagai tekanan dan cadangan kepada KPM dan JPA maka dilonggarkan syarat sekadar 'Lulus BM SPM' boleh memohon ke maktab perguruan (tetapi diwajibkan mengambil subjek tambahan BM /SPM dan memperoleh kepujian  kemudian bagi pengesahan jawatan kelak). Tetapi TB tidak pasti kini, adakah situasi kini subjek BM/SPM kepujian tidak dipedulikan lagi? Alangkah malangnya apabila setiap dasar negara alah dengan permainan politik! TB 'malas' mahu memanjangkan komen ini walaupun terlalu banyak mahu diperkatakan. Cukup.Cukuplah!

Tiada ulasan: