Salam Perjuangan

31 Mac 2012

YALA THAILAND


LAPAN orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 70 lagi cedera dalam siri serangan bom di selatan Thailand, hari ini.
Tiga letupan bom selang beberapa minit menggegarkan pusat bandar Yala sekitar tengah hari ini, ketika orang ramai keluar untuk makan dan membeli-belah.

“Lapan orang disahkan maut, lebih 70 lagi cedera dalam letupan-letupan bom di Yala,” kata jurucakap bagi tentera wilayah selatan, Kolonel Pramote Promin.

Ketiga-tiga letupan berlaku dalam lingkungan 100 meter, yang pertama berpunca daripada bom kereta manakala bom kedua dan ketiga disembunyikan di dalam motosikal, katanya.

Gabenor wilayah Yala, Dethrat Simsiri memberitahu televisyen Thailand, bom-bom tersebut dipercayai diledakkan dengan isyarat telefon mudah alih dan kebanyakan mangsa cedera dalam letupan bom kereta. -(sumber: REUTERS)

30 Mac 2012

RAJA ASHMAN SHAH PERAK MANGKAT : AL-FATIHAH


Almarhum Raja Ashman Shah

TB turut rasa bersedih kerana pemergian ke rahmatullah Raja Ashman Shah yang seangkatan dengan TB. TB mengucapkan takziah kepada keluarga Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah kerana kemangkatan puteranya Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah seawal 1.30 pagi hari ini.


Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah,  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah  melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah , dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Kami memohon kepada Allah SWT agar memberikan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Tuanku Sultan Perak, semoga Allah SWT menempatkan Al Marhum  Yang Mulia Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah bersama auliya’ dan solihin, Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.Amin.


SEMINAR ANCAMAN KRISTIANISASI 31 MAC 2012 Dl JOHOR AMAT ELOK!

Jabatan Pelajaran Johor menegaskan seminar berkaitan "ancaman Kristianisasi" yang bakal berlangsung Sabtu ini hanyalah untuk tujuan pendidikan dan pemantapan akidah Islam umatnya, bukan ancaman kepada penganut agama lain termasuk penganut Kristian.

Pengarahnya, Mohd Nor A Ghani yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, seminar berkenaan dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran dan Jabatan Mufti Johor untuk memantapkan akidah guru dan juga pelajar.
"Akidah umat Islam mungkin tergugat kerana gejala Pluralisme dan Liberalisme, malah turut berlaku gejala Kristianisasi dalam kalangan umat Islam.

"Program seminar ini adalah untuk memantapkan akidah Islam dalam kalangan guru-guru dan pelajar, bukannya ancaman kepada agama lain termasuk Kristian," jelasnya.

Tegasnya, tiada kompromi untuk perkara berkaitan akidah, dan setiap individu yang dilahirkan sebagai Muslim, perlu kekal sebagai Muslim sehingga akhir hayatnya.

"Tiada kompromi. Jika dia Islam, maka sampai meninggal dunia dia perlu kekal sebagai umat Islam," katanya menjelaskan tajuk seminar itu sendiri merujuk ancaman kepada umat Islam, dan bukannya ancaman kepada agama lain.

Guru-guru agama di sekolah kebangsaan seluruh negeri Johor akan menghadiri satu seminar Sabtu ini berkaitan “ancaman Kristianisasi”, dan perkara itu telah menimbulkan perasaan kurang senang komuniti Kristian di negara ini.

Seminar anjuran Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor itu bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” menetapkan kehadiran dua guru agama daripada 55 sekolah kebangsaan di Johor.

Moderator Belia Majlis Gereja Malaysia (CCM), Chrisanne Chin, sebelum ini berkata penganjuran seminar itu akan turut membuatkan masyarakat percaya terdapatnya ancaman terhadap Islam dan akan menimbulkan perasaan curiga dalam komuniti, dan bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dilaungkan kerajaan.
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) bagaimanapun membidas kenyataan Chin agar tidak mengaitkan 1 Malaysia dengan akidah dan kesucian Islam.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali turut mempersoalkan tindakan Chin yang cemas terhadap seminar berkenaan, kerana menurutnya, hanya pihak yang bertanggungjawab memurtadkan umat Islam akan merasa cemas dengan pelaksanaan seminar berkenaan, malah Perkasa jelasnya menyokong penuh usaha sedemikian.

Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir turut menyuarakan pendapat sama dan menjelaskan Jabatan Agama Johor tidak seharusnya mengemukakan permohonan maaf berikutan penganjuran seminar berkenaan kerana itu merupakan tugas pihak berkuasa agama.
Beliau turut menjelaskan “kewujudan” mubaligh Kristian secara “agresif” sejak sekian lama telah cuba untuk memurtadkan umat Islam melalui kaedah secara langsung mahupun tidak langsung dan pihak jabatan agama hanya menjalankan “tugas” mereka dengan penganjuran seminar berkenaan.

29 Mac 2012

PTPTN DIMANSUHKAN?

PEMUDA  PAS  menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) akan membebankan kerajaan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, kenyataan itu menandakan kerajaan BN tidak prihatin dengan masalah pelajar yang sepatutnya lebih utama.

riduan mohd nor"Jika beliau menganggap pemansuhan PTPTN akan membebankan kerajaan, apakah kerajaan pula tidak memikirkan bebanan yang ditanggung oleh pelajar dan anak-anak muda kerana tanggungan hutang pelajaran mereka," katanya.

Menurut Riduan lagi, bagi pelajar yang tidak mampu dan tidak layak mendapat biasiswa, PTPTN memang menjadi "penyambung hayat" tetapi dalam masa sama didakwa bersifat menjerut.

Khaled semalam dilaporkan berkata, cadangan pembangkang hendak menghapuskan PTPTN jika berkuasa tidak relevan masa ini kerana ia mengurangkan daya saing, membebankan kerajaan dan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan berkata, pendidikan percuma perkara asas yang mesti disediakan kerajaan tanpa mengira pencapaian pelajar kerana ia pelaburan untuk pembangunan negara.

"Justeru, jika kerajaan masih menganggap pemansuhan PTPTN sebagai tidak relevan, kerajaan sebenarnya gagal menyediakan perkhidmatan dan kebajikan kepada rakyat khususnya kepada anak-anak muda."

Sementara itu, berhubung dakwaan IPTS akan gulung tikar dengan pemansuhan IPTS, Riduan menafikannya kerana banyak langkah lain boleh diambil bagi mengatasi masalah itu. (sumber: MK, 29/03/12)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA WAJIB TOLAK PUAK PELAMPAU

TERIMA kasih Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah kerana meluahkan (rujuk: Utusan Malaysia 28 Mac 2012), apa yang terbuku di kalbu sebilangan besar rakyat Malaysia yang cintakan negara rahmat Allah ini.
Kita berdoa kerajaan mempunyai kekuatan dan iltizam untuk tidak tunduk serta tidak merasa tergugat dan menolak terus tuntutan melampau kumpulan cauvinis, khususnya bersabit dengan desakan supaya disama taraf sekolah vernakular dengan sekolah kebangsaan, pengiktirafan sijil sekolah Cina (UEC) dan penambahan sekolah menengah jenis kebangsaan Cina (SMJKC) dan sekolah persendirian Cina.

Sekiranya tuntutan puak pelampau ini diteruskan juga, kita harap rakyat yang cintakan negara akan bangkit menentangnya ala penentangan terhadap Malayan Union oleh datuk nenek kita dahulu.
Pihak yang menyokong tuntutan cauvinis dan anti kebangsaan ini, termasuk segelintir pemimpin politik yang berkepentingan dan ketagih sokongan tanpa mempedulikan akibat jangka panjang, adalah pengkhianat kepada aspirasi negara dan rakyat terbanyak. (sumber : UM, 29/03/12)

SINGAPURA : MELAYU BERSATU DALAM SENI BUDAYA

TB berbual mesra bersama penyayi klasik A.R Ismail di Singapura

Pentas Seni Budaya Melayu, Tarian Zapin di Taman Warisan Melayu

Persembahan Silat Melayu Lambang Perpaduan Sejati




Tarian Kuda Kepang Di  Malay Village, Geylang Serai, Singapura.




27 Mac 2012

TANJUNG PAGAR SINGAPURA DALAM KENANGAN


Di Luar Bangunan KTM Tanjung Pagar Singapura

Hanya Tinggal Sejarah

Di hadapan pintu keluar stesen KTM Tanjung Pagar

Pintu Utama Stesen KTM Tanjung Pagar Kini Tinggal Nostalgia

25 Mac 2012

PILIHAN RAYA UMUM KE-13

“KEYAKINAN rakyat semakin bertambah. Sudah rasa-rasa bunyi (Pilihan Raya Umum) sudah dekat,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir berikutan keyakinan rakyat yang semakin meningkat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurut Najib, calon boleh menang akan menjadi asas bagi memastikan kejayaan BN kali ini dengan menggunakan pengalaman ketika pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, di sini.

 “Kedua-dua pilihan raya kecil itu boleh dianggap sebagai titik peralihan kepada kejayaan BN selepas PRU-12 pada 2008,” katanya pada majlis penyerahan rumah mampu milik berkualiti di Taman Intan Duyung, di sini, semalam. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G Palanivel dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad. Pada majlis itu, Perdana Menteri secara simbolik menyerahkan 70 unit rumah mampu milik berharga RM42,000 yang lebih murah berbanding harga asal sebanyak RM52,000.

 Najib turut menempelak pembangkang yang berjanji jika berkuasa bukan hanya akan menghapuskan bayaran tol lebuh raya, malah bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), selain menurunkan harga minyak. “Bagaimanapun, pembangkang hanya bercakap mengenai cara untuk berbelanja, tapi soal hasil langsung tidak disebut,” katanya. Menurut beliau, rakyat perlu melihat keadaan yang menyelubungi pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila ramai orang yang sebelum ini bersamanya meninggalkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

 “Mereka termasuk bekas pengasas PKR, Dr Chandra Muzaffar yang pernah menyatakan jika Anwar menjadi Perdana Menteri, ia adalah malapetaka dahsyat. “Orang lain pula termasuk bekas setiausaha politik, Ezam Mohd Noor; peguam Datuk Zulkifli Nordin dan rakannya, Datuk S Nallakaruppan,” katanya. Semalam, Najib turut menghadiri majlis jamuan makan tengah hari di Dataran Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson dan majlis mesra rakyat serta pelancaran Kempen Kesedaran Sayangi Warga Emas di padang awam Taman Desa Rhu, Seremban pada sebelah petang.(sumber:MA, 26/03/12)

TB: Janganlah ketara  'tabur wang' di sana sini...Walaupun UMNO tidak banyak hilang kerusi pada PRU 12 lalu, janganlah abaikan perasaan dan hati nurani orang Melayu..nampaknya MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti BN bukan Melayu amat beruntung. Walaupun kalah 'menunggeng' namun masih beruntung dapat 'makan kiri kanan'. Janganlah ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Sudah banyak kali lagu ini diulang tayang. TB dan ramai yang di luar itu pun sudah menyampah seribu kali menyampah!

PDRM: SELAMAT ULANG TAHUN DAN SAMBUTAN HARI POLIS KE-205 (2012)

TANGGUNGJAWAB dan peranan yang dipikul oleh lebih 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tonggak utama kepada pembangunan negara bangsa yang berjaya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berbekalkan semangat esprit de coupe yang diterapkan, warga PDRM harus berikrar untuk memikul dan mempertahankan tanggungjawab itu. “Marilah kita berikrar setinggi-tinggi dan berjanji untuk terus memperkukuhkan tekad kita sebagai tiang seri pembangunan sebuah negara bangsa. “Permulaan ini juga harus dijadikan fasa untuk kita berada lebih dekat di hati rakyat dan menjaga keamanan sejagat,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Polis Ke-205 .(sumber :MM, 26/3/12)

TB juga daripada keluarga polis mengucapkan syabas dan selamat menyambut sambutan Hari Polis ke-205.Banyak nostalgia kehidupan keluarga polis bersama dalam kehidupan TB. Ada syahdu ada sendu!

24 Mac 2012

TOKOH WARTAWAN : MAZLAN NORDIN (AL-FATIHAH)

MAZLAN menerima pingat Johan Setia Mahkota daripada Yang di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada 1975. Peribadi, komitmen abdikan diri dalam dunia kewartawanan tidak pernah terhenti PERGINYA seorang tokoh wartawan tulen yang sukar dicari ganti. Peribadi dan komitmen Tan Sri Mazlan Nordin dalam mengabdikan diri sebagai wartawan tidak dapat dibuat perbandingan. Jika mahu dicari seorang pejuang yang menggunakan penanya sebagai senjata, selayaknya beliau diangkat sebagai tonggaknya. Semalam, dalam usia 86 tahun, Mazlan pergi menyahut panggilan Ilahi, meninggalkan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu. Meninggalkan juga sejarah hebatnya selama membabitkan diri dalam dunia kewartawanan. Tokoh wartawan yang dilahirkan pada 14 Oktober 1925 di Tanjung Malim, Perak itu menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tepat jam 4.15 petang selepas dimasukkan ke situ akibat terjatuh di bilik air di rumahnya. Pembabitan Mazlan dalam dunia kewartawanan adalah sebahagian sejarah kewartawanan tanah air. Jika dihitung pengalaman dan sumbangannya dalam arena ini, sukar untuk sesiapa bermimpi untuk menjadi seperti beliau. Dalam keadaan kesihatan yang sudah kurang sempurna, beliau masih berupaya hadir setiap hari ke Balai Berita NSTP, di Jalan Riong, bagi menyiapkan tugasan meskipun ia tidak dapat disiapkan kerana Allah lebih menyayanginya. Di penghujung usianya, beliau masih menjalankan tanggungjawab menulis mengenai seorang lagi tokoh wartawan yang dianggap sebagai ‘sifunya’, Tan Sri A Samad Ismail (Pak Samad). Saban hari, kakitangan di tingkat empat, Balai Berita berselisih dengan insan cekal ini yang masih mengerah tenaganya menyumbang kepada dunia penulisan. Masih terbayang-bayang bagaimana beliau dengan terompahnya berjalan perlahan ke pintu kaca biliknya untuk menunaikan solat apabila tiba waktunya di tingkat empat dan tidak pula pernah lekang dengan senyuman. Sesiapa saja yang berselisih dengannya akan berasa begitu selesa kerana beliau tidak langsung menonjolkan darjat seperti seorang penulis hebat. Lagaknya merendah diri dan penuh berhemah. Itulah peribadi Mazlan. Justeru, pemergiannya nyata satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan kerana masih terasa seperti baru semalam membaca penulisannya. Masih terasa yang penanya begitu ligat lagi menari mencoret cerita. Tidak langsung terasa yang menulis itu seorang insan yang sudah terlalu lanjut usia kerana Mazlan tidak pernah kelihatan seusia itu dalam penulisannya. Isinya sentiasa sarat dengan pengetahuan terkini dan semasa. Menyorot latar belakang hidupnya, Mazlan memulakan kerjaya sebagai pembantu di Kedai Buku Yahaya Ariff & Sons di Kuala Kangsar. Dari sini minat beliau dalam bidang kewartawanan mulai tumbuh, lalu beliau menulis surat kepada Utusan Melayu di Singapura. Beliau diterima bekerja sebagai penterjemah di Utusan Melayu pada Jun 1950. Pada ketika itu, Ketua Pengarang Utusan Melayu ialah Tan Sri A Samad Ismail, orang yang bertanggungjawab membuka selok-belok menulis berita dengan betul. Tidak lama selepas beliau bekerja, berlaku peristiwa Natrah, wanita keturunan Belanda yang dibela oleh keluarga Islam dan dituntut semula oleh keluarga kandungnya. Beliau telah diberi tanggungjawab untuk mewawancara Natrah yang pada ketika itu telah dibawa ke gereja dan dikatakan kembali kepada Kristian. Berita ini menjadi berita utama muka depan Utusan Melayu ketika itu. Selain bekerja di Utusan Melayu, Mazlan memanfaatkan kemahiran dwibahasanya iaitu bahasa Melayu dan Inggeris dengan menjadi pemberita sambilan, iaitu menulis semula berita ke dalam bahasa Inggeris untuk Singapore Free Press (kemudian dikenali sebagai Malay Mail). Namun, beliau hanya sempat bekerja selama empat bulan di Utusan Melayu kerana mendapat tawaran sebagai wartawan penyiaran di Voice of American di New York. Pada 1953, beliau kembali ke tanah air dan menyertai semula Utusan Melayu, sebelum bekerja pula dengan Berita Harian sebagai pengarang lima tahun kemudian. Kandungan Berita Harian yang pada ketika itu hanya terjemahan daripada New Straits Times mula berubah. Beliau yang menjadi penterjemah dan pemberita sekali lagi bergandingan dengan Pak Samad. Pada Februari 1973 hingga 1982, beliau menyertai kembali Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Urusan pada 1983 hingga 1987. Beliau menjadi Perunding Jabatan Pengarang di New Straits Times Press (M) Bhd pada 2000 hingga September 2001. Beliau juga menulis dalam ruangan tetap di beberapa buah akhbar seperti Mingguan Malaysia, The Sun, New Straits Times dan majalah Asiaweek dan pernah menjadi Penulis Tamu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, beliau juga terbabit aktif dalam pelbagai pertubuhan dan kelab. Antaranya beliau pernah menjadi Pengerusi Malaysian Press Institute (1989-2003), Ahli Lembaga World Enterprise Institute (2000), Pengerusi Press Foundation of Asia (1999), Pengerusi Afro-Asian People’s Solidarity Organisation Malaysia dan sebagainya. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, pelbagai anugerah dan pingat telah dikurniakan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, antaranya pingat Ahli Mangku Negara (1966), Johan Setia Mahkota (1975), Johan Mangku Negara (1980), Setia Diraja Kedah (1982), Setia Mahkota Pahang (1982), Dato’ Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato’ (1993) dan Panglima Setia Mahkota (2005). Selain itu, Mazlan turut dianugerahkan ASEAN Award (1987), Anugerah Wartawan Cemerlang Negara oleh Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (1996), Tokoh Wartawan Negara oleh Malaysian Press Institute (2001) dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (2005). Di penghujung usianya, Mazlan diberi peranan menyiapkan sebuah autobiografi mengenai Pak Samad berdasarkan pengalamannya yang begitu rapat dengan Allahyarham sepanjang pembabitan dalam bidang kewartawanan. Kredibilitinya untuk menulis mengenai Samad adalah kerana tidak ada lagi wartawan sezamannya yang masih hidup dan mahu terus menulis. Malah, kesungguhannya untuk menunjukkan betapa beliau bukan sekadar menulis berdasarkan pengalaman peribadi wajar dijadikan contoh kerana beliau sentiasa berhubung dengan rakan wartawan veteran untuk mendapatkan bahan serta fakta sahih mengenai ‘sifunya’ itu. Nyata, pemergian Mazlan begitu meninggalkan kesan. Sehingga artikel ini ditulis, kelihatan seorang demi seorang berhenti dan memandang sayu ke bilik kaca yang selama hampir setahun ini menjadi ruang tarian penanya. Meskipun tidak begitu lama, bunyi terompahnya ketika mahu mengerjakan solat pasti akan terus dirindui. – Al Fatihah BIODATA: Allahyarham Tan Sri Mazlan Nordin • Tarikh / Tempat Lahir: 14 Oktober 1925 di Tanjung Malim, Perak • Anak: Lima orang. Empat lelaki dan seorang perempuan • Memulakan kerjaya sebagai pembantu di Kedai Buku Yahaya Ariff & Sons di Kuala Kangsar. • Diterima bekerja sebagai penterjemah di Utusan Melayu pada Jun 1950. • Pemberita sambilan, untuk Singapore Free Press • Wartawan penyiaran di Voice of American di New York. Menyertai semula Utusan Melayu pada 1953. • Pada 1958 bertugas dengan Berita Harian sebagai pengarang • Ketua Pengarang Utusan Melayu pada Februari 1973 hingga 1982 dan dilantik Pengarah Urusan pada 1983 hingga 1987. • Perunding Jabatan Pengarang NSTP 2000 hingga September 2001. (sumber:BH, 23/03/12)

22 Mac 2012

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN: ISU LAMA YANG BASI?

Kekosongan jawatan guru di 1,294 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seluruh negara perlu diisi dengan guru-guru interim serta merta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.
  
NONEBeliau berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas bagi menangani isu kekurangan guru di SJKC setelah mengadakan tiga mesyuarat dan dua perbincangan meja bulat bersama pihak berkepentingan termasuk Jiaozong Huazong, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Kesatuan Guru Besar SJKC Malaysia.
  
Katanya sehingga Januari lepas, kementerian telah menempatkan seramai 1,482 guru interim di beberapa SJKC bagi menampung kekurangan 1,874 guru di sekolah jenis itu di seluruh negara.
  
"Penambahan 392 guru lagi sedang diusahakan dengan kadar segera. Kuasa akan diturunkan kepada guru besar SJKC untuk melantik guru interim mengikut keperluan dengan penyelarasan Jabatan Pelajaran Negeri," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, hari ini.
  
Wee berkata perkhidmatan guru interim di SJKC sedia ada akan terus dikekalkan sehingga guru terlatih ditempatkan di sekolah-sekolah tersebut kelak.

azlanBeliau berkata bagi mengatasi masalah kira-kira 100 guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa, mereka akan dipindahkan serta-merta dari SJKC dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan.

"Ini kerana murid-murid yang mengikuti program pemulihan LINUS (Saringan Literasi dan Numerasi) di SJKC sudah tersedia lemah dan merasa sukar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran oleh guru yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina," katanya.
  
Kekosongan guru pemulihan yang dipindah keluar itu perlu diganti dengan guru berpengalaman dan berkelulusan dwibahasa dari sekolah yang sama, dan guru besar perlu mengambil guru interim dengan segera mengisi kekosongan tersebut.

Wee berkata kementerian menetapkan pengajaran subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi tahap satu diajar oleh guru berkelayakan dwibahasa, manakala bagi tahap dua diajar oleh guru opsyen kedua-dua bahasa.

chinese school inconvenience 190104 school children"Semua guru tahap satu dan tahap dua SJKC dalam kategori sekolah kurang murid perlu berkelayakan dwibahasa kerana perlu melaksanakan pengajaran pelbagai gred," katanya.
  
Selain itu, katanya, guru-guru bukan opsyen BM dan BI yang telah mengajar subjek itu lebih daripada lima tahun di SJKC akan ditawarkan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) bagi memperkukuhkan penguasaan mereka dalam kedua-dua bahasa itu.(sumber: MK, 22/03/12)

TB: SEMASA  TB menduduki kerusi Ahli Majlis Permuafakatan Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia suatu ketika dahulu; baik  wakil-wakil SJK Cina mahupun Tamil seringkali menyuarakan isu 'kedaifan SJK' dan kekurangan guru bahasa Mandarin mahupun Tamil. TB 'kurang mendengar' wakil-wakil mereka melahirkan rasa syukur dan berpuas hati jika dibandingkan nasib 'anak-anak bangsa Melayu' yang menduduki tanah air mereka di selatan Thailand yang berjumlah lebih 2 juta tetapi terpaksa dan bersedia menerima proses assimilasi.TB juga sedih kerana tidak ramai wakil-wakil dari guru SJK Cina atau Tamil sama-sama mahu berusaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan (yang bersedia menggugurkan nama 'Melayu') bagi merealisasikan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan 'Satu Malaysia' sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh PM Datuk Seri Mohd.Najib


Suatu ketika dahulu TB masih ingat lantaran kekurangan guru di SJK(C) memohon menceburi profesyen keguruan( kerana TB tahu kaum mereka tidak berminat kerana tangga gaji yang rendah) maka dinyatakan alasan kerana kononnya dikatakan ketidakupayaan kaum mereka disebabkan tidak memiliki kredit atau kepujian dalam subjek Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM. Justeru dengan pelbagai tekanan dan cadangan kepada KPM dan JPA maka dilonggarkan syarat sekadar 'Lulus BM SPM' boleh memohon ke maktab perguruan (tetapi diwajibkan mengambil subjek tambahan BM /SPM dan memperoleh kepujian  kemudian bagi pengesahan jawatan kelak). Tetapi TB tidak pasti kini, adakah situasi kini subjek BM/SPM kepujian tidak dipedulikan lagi? Alangkah malangnya apabila setiap dasar negara alah dengan permainan politik! TB 'malas' mahu memanjangkan komen ini walaupun terlalu banyak mahu diperkatakan. Cukup.Cukuplah!

15 Mac 2012

NURUL NADIRAH @DIRANG- AL-FATIHAH

PEMBUNUHAN kejam adik Nurul Nadirah Abdullah atau nama manjanya, Dirang berusia lima tahun dengan membakarnya hidup-hidup sehingga rentung di kawasan ladang kelapa sawit di Masai, Johor, sungguh menyayat hati.

Kejadian ini benar-benar menyentuhkan perasaan sesiapa juga kerana kita dapat membayangkan betapa kejamnya si pembunuh kerana tergamak membakar kanak-kanak yang belum mengenal erti kehidupan dunia sebenarnya.

Sebelum ini ada kanak-kanak yang hilang dibunuh dengan kejam, dirogol dan didera. Ada juga yang teraniaya menjadi peminta sedekah jalanan oleh sindiket yang tidak berperikemanusiaan, lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yatim piatu.

Ada pula cerita kanak-kanak diculik dan dicacatkan anggotanya supaya mudah mendapat simpati untuk dijadikan peminta sedekah.

14 Mac 2012

SUNGAI MEKONG

APA khabar Malaysia? Salam.  T.B kini yang sedang memudiki Sg. Mekong di Delta Mekong Vietnam-Cambodia.

08 Mac 2012

DAULAT TUAN PATIK......

MARIAM Aziz yang merupakan bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei mendakwa seorang bekas pengawal peribadinya mencuri dan menjual barangan kemas bernilai £12 juta (RM57.2 juta), lapor akhbar MailOnline semalam.

Mariam, 55, turut mendakwa pengawal peribadinya itu, Fatimah Kumin Lim telah menggantikan berlian yang dicuri dengan replika tidak berharga.

Menurutnya, Fatimah, 34, mencuri seutas gelang berlian bernilai £3.5 juta (RM16.6 juta) dan dua bentuk cincin berlian bernilai £8.7 juta (RM41.5 juta) pada 2008 dan 2009.

Wanita berkenaan didakwa mencuri barang kemas tersebut bagi membayar hutang judinya.
Peguam Mariam, Max Mallin memberitahu Mahkamah Tinggi Britain bahawa Fatimah mengaku mengambil semua berlian itu ketika ia disimpan di kediaman majikannya yang berharga £1.7 juta (RM8.1 juta) di Kesington.

Mallin berkata, Fatimah membuat pengakuan itu apabila dia disoal siasat polis di Brunei.
Namun, Mallin berkata, Fatimah kini mendakwa pengakuan tersebut diperoleh secara paksaan.
Jelasnya, dia telah diarahkan oleh Mariam supaya menjual berlian-berlian itu bagi membayar hutang judi Mariam.

Fatimah berkata, bekas keluarga diraja itu menggunakan namanya untuk berjudi.
Mahkamah tinggi berkenaan turut diberitahu bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya supaya meminjamkan sebentuk cincin berlian biru dan sebentuk cincin berlian kuning yang kemudian tidak pernah dipulangkan.

Menurutnya, Fatimah meminta untuk meminjam kedua-dua cincin itu dua kali iaitu pada November dan Disember 2009.

Fatimah yang tidak menghadiri perbicaraan tersebut, turut didakwa mengambil seutas gelang tangan berlian daripada majikannya pada 2008 dan menjual barang kemas itu.

Mariam menuntut ganti rugi nilai keseluruhan gelang tangan tersebut dan membuat satu lagi tuntutan mahkamah supaya cincin berlian biru dan kuning itu dipulangkan kepadanya.

Kedua-dua cincin tersebut kini berada dalam tangan seorang peniaga yang dipercayai membeli barang kemas berkenaan di Geneva, Switzerland.

Mariam bercerai dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 2003.(sumber: Agensi, KOS, 08/03/12)

07 Mac 2012

ZUBIR ALI HARMONI: 6 Mac 2012 TIGA TAHUN PEMERGIANNYA DAN TERKENANG-KENANG (6)

SUATU sore yang syahdu TB sedang memandu melintasi beberapa IPTA termasuk MPI (kini dikenali IPGM kampus Pendidikan lslam)di sebatang jalan sibuk di kawasan elit Bandar Baru Bangi,SDE. Sejak TB berjauhan nun berada di luar negara, kawasan ini kian sibuk dan pembangunan kian rancak walaupun parti pembangkang,Pas berjaya menguasai kerusi DUN.


TB pulang dan melewati MPI yang kini dikelilingi tembok batu bagaikan sebuah penjara di Pudu yang kini hanya tinggal kenangan. Di MPI dahulu TB pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Penyelidikan.Kebetulan melalui kawasan tersebut lagu, Allahyarham Zubir Ali 'Penantian' berkumandang menerusi corong radio kereta.


Tergenang kelopak mata TB lantaran Zubir Ali dan MPI ada pertalian sebuah cerita dan kehidupan.Jika tidak silap tahun 2001, TB dan MPI telah mengundang Zubir Ali dan Allahyarham penyair T.Alias Taib ke MPI dalam satu majlis aktiviti pelajar. Zubir yang pertama kali datang membuat persembahan di MPI begitu ceria,komited dan positif. 


Walaupun ada beberapa insiden yang tidak perlu TB paparkan di sini, namun Zubir tidak berkecil hati.Beliau sanggup menunggu sehingga jam telah melepasi 11 malam untuk slotnya. Sunggupun persembahan sudah menjelang lewat malam, Zubir terus bersemangat mendendangkan lagu evergreen Penantian, Balada Anak Kecil dan beberapa lagu lagi.


 Begitulah, Zubir Ali yang telah pergi ke pangkuan llahi,6 Mac 2009 (hari ini 6 Mac 2012)genap pemergiannya tiga tahun namun penantiannya terus mengingatkan kita bahawa kehidupan kita sebenarnya berada di batas-batas penantian jua. Al-Fatihah.








Kumpulan Harmoni (Zubir Ali)

Penantian

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

( korus )
Penantian suatu seksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

( ulang semua )








05 Mac 2012

PIBG DAN ISU YURAN DI SEKOLAH BANTUAN PENUH DAN BANTUAN MODAL MEMBEBANKAN!

BERHUBUNG isu kadar yuran yang membebankan ibu bapa/penjaga murid; sebenarnya yang menjadi masalah kini ialah kedapatan ramai Pengerusi dan AJK PIBG seluruh negara tidak memahami isi kandungai Surat Pekeiling Kementerian Pelajaran Malaysia : SPI Bil.5/2001 yang antara lain menjelaskan fungsi dan batasan PIBG di sekolah misalnya tidak boleh mencampuri ehwal pentadbiran dan pengurusan di sekolah.

 Kini terdapat PIBG yang cuba "berlagak" mencampuri urusan yang berkaitan prasarana dan pembangunan sesebuah sekolah. Apabila terfikir membuat sesuatu projek pembangunan prasarana di sekolah maka PIBG akan menggunakan wang kepunyaan ibu bapa pelajar. 

Walhal tanggungjawab pembangunan prasarana sekolah adalah bidang tugas jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan. Sebab itu apa guna peruntukan besar dalam Pelan lnduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam Belanjawan 2008 yang dibentang PM tahun 2007 lalu? lronisnya, jika kekurangan wang maka dengan mudah"kabinet" PIBG dalam Mesyuarat Agung Tahunan mempengaruhi  mesyuarat agar menaikkan bayaran PIBG yang biasanya dihadiri tidak sampai 25%!
 Di samping itu, soal pengawalan dan pengauditan wang PIBG perlulah difokuskan. Wang boleh menggelapkan manusia.Adakah penyelewengan,penyalagunaan kuasa dan kronisme dalam PIBG boleh diadukan kepada BPR? 

Baik apa yang dinamakan aktiviti program motivasi, tiusyen dan projek pembangunan prasarana sekolah maka tidak dapat tidak boleh berlaku kongkalikong jikalau tiada sesiapapun yang boleh memantau.

 Sebenarnya majoriti ibu bapa tidak mahu bertelagah sesama sendiri dalam PIBG walau hati mereka membara kerana pengaliran wang dalam PIBG yang kini ribuan ringgit boleh diambil kesempatan oleh  AJK PIBG yang berfikiran urus niaga.lstilah  Yuran PIBG  ataupun Bayaran PIBG atauppun Derma PIBG  boleh juga menimbulkan kekeliruan dari aspek semantik dan psikolinguistik. Justeru, fikir-fikirkanlah.
 Pihak sekolah pula selain mengenakan Yuran Tambahan ada pula mengenakan yuran dengan pelbagai istilah seperti Yuran Kurikulum,Yuran Kokurikulum, Yuran Sukan, Yuran Komputer dan macam-macam lagi.

 Bagaimana pelaksanaannya?Kesannya dengan PERTINDANAN ini maka amaun menjadi ratusan ringgit dan membebankan ibu bapa. Adalah diingatkan kumpulan wang ini dinamakan WANG SUWA amat mudah disalagunakan jikalau tidak dipantau dengan jujur dan telus oleh pihak yang berkenaan.

03 Mac 2012

TUKAR TIUB

TB Sekadar Memberitahu:

HIMPUNAN RAKYAT SABTU 10 MAC















HIMPUNAN RAKYAT 10 MAC

Sempena Ulang Tahun ke- 3 'Rakyat Bantah PPSMI'
Tarikh : 10 Mac 2012 (Sabtu)

Tempat : Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, KL
Masa : 2:00 petang

-----------------------------------------------



Mari Bersama Meraikan Perasmian 'Madrasah Seni'
dan Merayakan Ulang Tahun Ke- 3 'Rakyat Bantah PPSMI'

Acara Seni Budaya
Tarikh : 10 Mac 2012 (Sabtu)
Tempat : Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, KL
Masa : 8:00 malam - 11:00 malam

Semua dijemput hadir

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA


PENUBUHAN Universiti Islam Malaysia yang mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu pada 2010 dijangka dapat direalisasikan tidak lama lagi.

“Penubuhan universiti itu untuk mengaktifkan semula Kolej Islam Malaya (KIM) yang kini sudah tidak beroperasi selepas usaha menaik taraf kolej itu kepada universiti tergendala sejak 1970,” kata Pengerusi Majlis universiti itu, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Beliau berkata, majlis universiti itu yang dilantik dan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu sudah berbincang dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk tujuan itu.
“Saya yakin kerajaan akan menyokong penubuhan universiti ini kerana ini membabitkan keputusan Raja-Raja Melayu,” katanya pada sidang akhbar mengenai penubuhan universiti itu di sini, semalam.

Dr Mohd Yusof berkata, usaha menaik taraf KIM yang ditubuhkan pada 1955 tertangguh pada 1970 kerana timbul desakan lebih kuat pada waktu itu untuk mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memartabatkan bahasa Melayu.

“Keupayaan kerajaan pada masa itu hanya untuk tubuhkan sebuah universiti sahaja...tetapi tertangguh tidak bermakna tutup kerana wang sudah sedia ada dan mesti diteruskan misinya terutama ia adalah satu amanah daripada pihak Raja-Raja Melayu,” katanya.
Dr Mohd Yusof yang juga bekas pelajar KIM menganggap penubuhan universiti yang menjadi kesinambungan KIM itu sesuatu yang unik dan akan menjadi satu-satunya institusi ditaja Majlis Raja-Raja Melayu di dalam negara.

Beliau berkata, pihaknya sedang dalam proses bagi mendapatkan tanah seluas kira-kira 40.5 hektar di Cyberjaya sebagai kampus utama universiti itu bagi menempatkan kira-kira 1,000 orang pelajar.
“Pembinaannya akan mengambil masa, buat sementara kita akan menggunakan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan beberapa tempat lain sebagai kampus,” katanya.

Dr Mohd Yusof berkata, universiti itu nanti akan menawarkan pengajian di peringkat lepasan ijazah dan doktor falsafah yang terbuka kepada semua bangsa dan warga negara.

“Universiti itu akan mengutamakan calon yang lebih berpengalaman dan ia akan menjadi universiti antarabangsa sebenar.

“Antara keunikannya ialah pelajar boleh menulis tesis dalam apa juga bahasa pilihan mereka dan hanya sinopsisnya saja perlu ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya. -(sumber: Bernama, 03/03/12)

BADRULAMIN OH BADRULAMIN


JABATAN  Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan menyaman Dr. Badrulamin Bahron yang menuduh jabatan agama itu terlibat dalam perancangan memerangkap dan mengaibkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam isu khalwat yang kini sedang dihadapinya.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menyaman Badrulamin.

"Tuduhan bahawa JAIP dan saya terlibat mengaibkannya dalam kes khalwatnya itu adalah antara dia (Badrulamin) dengan Allah. Saya tidak akan saman dia.

"Saya hanya menjalankan tugas untuk menyiasat dan tidak pernah menuduh beliau berkhalwat. Kami (JAIP) siasat selepas menerima laporan, bukan bertindak sendirian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.(sumber: UM,3/3/12)
...

02 Mac 2012

SBPA : KUMPULAN SOKONGAN MASIH KELABU?


Saya ingin menyentuh mengenai memorandum mengenai Saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Kongres Kesatuan Pekerja -Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada Perdana Menteri. Adakah memorandum berkaitan kenaikan gaji kakitangan awam ini benar-benar ikhlas ataupun sebaliknya?

Ini kerana saya dapati kenaikan yang dicadangkan oleh CUEPACS iaitu untuk gred 27-40 sebanyak RM1,500 agak lumayan.

Jumlah ini melibatkan perbezaan sebanyak RM500 berbanding dengan kumpulan gred 17-26 misalnya. Perbezaan ini jika dicampur dengan perbezaan gaji sedia ada pada skim Sistem Saraan Malaysia (SSM), maka jurangnya pasti lebih besar.
Atas pertimbangan apakah gred 27-40 diberi kenaikan agak lumayan iaitu RM1,500 jika dibandingkan dengan kenaikan gred 17-26 yang cuma pada kadar RM1,000? (sumber: Insan Suci , Shah Alam, 2/3/12)