Salam Perjuangan

28 Januari 2012

DI SEBALIK DANSAO

Dansao di hulu Sungai Mekong
terbentang keruh air di tiga pertemuan
dagang muatan China, Myanmar, Thailand
segi tiga yang menyatukan
berabad-abad silam
candu dan peperangan
persahabatan dan permuafakatan

Dansao di hulu Sungai Mekong
ada cerita kekayaan yang digali
tersembunyi melimpah-ruah
kapal dagang saratan hilir-mudik
ada anak-anak kelaparan
jutawan yang memancing wang














Dansao di hulu Sungai Mekong
tenang dalam sejarah panjang
bersatu tanpa visa dan sempadan
bahasa dan bangsa bukan halangan
untuk berkongsi derita  perjalanan
menuju ke muara menemui mentari bulan
ke kualamu, Sungai Mekong!


RAJIEE HADI,
Dansao, Laos.
Jun 2011.










































26 Januari 2012

GAMIS : TAWAR DIRI JADI PENGAJUR DEBAT NAJIB-ANWAR


Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) hari ini menyatakan kesediaan menjadi penganjur debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Majlis Politik Nasional gabungan itu, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor berkata, debat antara kedua-dua pemimpin itu sangat dinanti oleh rakyat apatah lagi golongan mahasiswa.

"Golongan mahasiswa sangat ternanti-nanti pendirian Datuk Seri Najib berkenaan kesediaan beliau untuk menyertai debat tersebut, Datuk Seri Anwar sudah lama menyatakan hasrat beliau.

"Mahasiswa bersedia untuk menjadi penganjur debat ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kajian yang dikendalikan Merdeka Center terhadap Profesional Melayu yang mahu debat antara kedua pemimpin politik tanah air itu direalisasikan.

Menurut Hafizuddin, selain kaedah terbaik meraikan perbezaan, debat juga ujarnya boleh menjadi medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara kelak.

Melalui beberapa perbincangan dan 'survey' di peringkat kepimpinan mahasiswa yang dijalankan mereka, pengesyoran debat disambut baik di peringkat kampus masing-masing.

Dalam pada itu beliau berharap debat tersebut jika berjaya diadakan, hanya fokus kepada isu-isu kenegaraan yang melibatkan rakyat dan kebajikan rakyat, dan bukan perdebatan berkenaan isu peribadi.

"Justeru, pihak Gamis mengesyorkan agar mahasiswa dapat bersinergi dalam menjayakan budaya ilmiah ini andai kedua-dua pemimpin besar parti (Najib dan Anwar) bersedia untuk berhadapan antara satu sama lain dalam debat politik.

"Kami juga menolak mana-mana idea yang menyatakan idea debat adalah tidak diguna pakai di Malaysia," katanya.(sumber:HD, 26/1/12)

TB: Mantan PM Tun Dr Mahathir dalam reaksinya berhubung cadangan debat Najib-Anwar menyatakan debat tersebut adalah sia-sia .lni memandangkan antara dua personaliti ; khususnya Anwar tidak akan menerima apa jua dalil atau hujah daripada PM Najib walaupun ada kebenaran walaupun bersandarkan kepada prinsip lslam atas nama permuafakatan dan perpaduan. Namun  begitu TB tabik kepada GAMIS yang maju ke hadapan kerana berani dan bersedia menjadi penganjurnya. TB mahu bertanya, "Adakah GAMIS ini pertubuhan berdaftar yang sah atau sudah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan? GAMIS sila jawab berilah penjelasan.

23 Januari 2012

GONG XI FATT CAI 2012

TB dan team TBD mengucapkan Kong Hee Fatt Choy, Selamat Tahun Baru Cina, Happy Chninese New Year, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina Naga Air kepada semua warga Malaysia keturunan Cina terutama kepada kawan-kawan sejawat  TB sepanjang perkhidmatan lalu seperti Cikgu Loke di Segamat, Poh Lee Kon dan Chong di Sungai Mati, Kuan dan lain-lain di Muar, Chew dan teman-teman sezaman menuntut di kolej dahulu, Kim Poi, Ah Tee, Eng Hong dan rakan-rakan lain semasa zaman kanak-kanak dan remaja dahulu.
Gong Xi Fa Cai - Selamat Menjamu Selera

Sesungguhnya kenangan bersama anda semua tidak dapat dilupakan. Bahkan kita semua dahulu telah lama mendokong gagasan satu Malaysia dalam kehidupan semasa remaja dahulu. Persaingan dalam 'bisnes kampung' dan akademik tetap menjadi pendorong untuk kita semua maju ke hadapan. Kepada rakan Cina  yang telah berjaya menjadi ahli perniagaan yang bergelar jutawan , tahniah dan syabas daripada TB. Semoga sambutan Tahun Baru terus anda berbakti kepada negara dalam semangat muhibah.GONG XI FA CAI!

KONSERT KUGIRAN 60-AN POP YEH YEH ISTANA BUDAYA MENGESANKAN!

BARISAN artis yang bakal menjayakan Konsert Kugiran 60-an Pop Yeh Yeh pada 20 Januari.
BARISAN artis yang bakal menjayakan Konsert Kugiran 60-an Pop Yeh Yeh pada 20-22 Januari 2012 di lstana Budaya, Kuala Lumpur.

SEBUT saja lagu Tak Mengapa pasti kita terbayangkan wajah serius penyanyi popular era pop yeh yeh, Datuk A Rahman Hassan, menyanyikan lagu malar segar itu sambil menggoyang-goyangkan sedikit bahu dan melenggokkan kepalanya. Gaya persembahan itu memang sinonim dengan dirinya dan diingati peminat sampai sekarang
.
Bukan sekadar gaya nyanyiannya yang menjadi ingatan, malah cara berpakaian penyanyi ini juga menjadi ikutan ramai, terutama remaja dan belia yang sama-sama ‘dewasa’ bersama lagu dendangannya, seperti Perpaduan Hidup, Semoga Berjaya dan Jejaka Idaman. Malah, ada remaja ketika itu sanggup mencuri identiti A Rahman untuk memikat anak dara yang menggilai bakat seni itu, dek penangan lagu berhantunya.
TB bersama Datuk Jefriden Raja Pop Yeh Yeh

Katanya, irama pop yeh yeh pernah mati satu ketika dulu dengan kedatangan lagu era 70-an, yang antara lain melonjakkan nama besar seperti Hail Amir, Uji Rashid dan D J Dave.

“Lagu irama pop yeh yeh pernah mati selama 15 tahun, tetapi dengan berbekalkan semangat yang ada, ia bangkit kembali sehingga diingati sampai kini.

“Saya mahu tekankan di sini bahawa irama yang kami bawa adalah pop yeh yeh dan bukannya irama 60-an. Kedua-duanya berbeza. Irama 60-an dibawa artis seperti Allahyarham Rafeah Buang dan Allahyarham Datuk Ahmad Jais. Ini kerana lagu pop yeh yeh lebih menjurus kepada irama yang didendangkan artis barat seperti The Beatles, Shadow dan Rolling Stones. Ia irama yang sangat rancak dan bertenaga,” katanya sambil memberitahu, irama berkenaan melonjak naik kerana dibantu pihak media serta Radio Televisyen Malaysia (RTM), melalui siaran radio milik mereka
.
Berkongsi rahsia irama itu cepat diterima masyarakat dan segar sepanjang zaman, dia memberitahu, lirik lagu pop yeh yeh terlalu ringkas dan dekat dengan kehidupan manusia.

'Kisah dan Tauladan' A.Halim bersama TB
“Peminat masih mahu irama yang kami perjuangkan selama ini dan saya tidak pernah menyalahkan media ketika pop yeh yeh mengalami zaman kejatuhan. Ini kerana pernah satu ketika media datang membantu kami dengan mengeluarkan cerita satu persatu penyanyi era berkenaan. Saya sangat berterima kasih dan berharap sokongan yang sama dapat terus diberikan,” katanya.

Gembira kerana lagu mereka bukan saja diminati golongan dewasa bahkan remaja, A Rahman berkata, amat mudah untuk mengenali irama mereka kerana melodinya menggabungkan antara tiga gitar, dram dan organ.

“Tiga instrumen itu sangat penting. Jika tiada, maka rosaklah lagu pop yeh yeh. Kadang-kadang ada kugiran yang menggunakan organ atau sekarang dipanggil keyboard,” katanya yang menyanyikan lagu Semoga Berjaya Tak Mengapa dan beberapa lagu hitnya secara medley pada persembahan malam ketiga dan terakhir itu dengan penuh humor dan menggembirakan..




BERCERITA mengenai dirinya yang kekal sihat dan bertenaga, A Rahman berkata, ia adalah anugerah daripada Tuhan. Dia juga tidak terlalu menjaga suara seperti penyanyi yang lain.

“Syukur suara saya masih seperti dulu. Saya tidak amalkan apa-apa dan makan apa saja yang saya diinginkan. Mungkin ia anugerah Tuhan dan saya menghargainya sebaik mungkin,” kata bapa kepada pelakon serba boleh, Khir Rahman ini. Begitu juga suara dan stamina penyanyi A.Halim,J.Sham.L.Ramlee, Zamzam, Fatimah M.Amin, A.Rahman 0nn, Jefridin dan lain-lain lagi amat teruja dan bertenaga.

Menurut A.Rahman Hassan, dia kini menjadi Pengerusi Kelab Kebajikan Artis Pop Yeh Yeh dan setakat ini kelab itu diperkuatkan 30 keahlian, termasuk di Singapura.

“Kami akan menjalankan pelbagai aktiviti bersama, dalam bidang nyanyian dan sebagainya. Menjadi harapan saya agar kami yang terbabit dalam industri ini sentiasa diingati dan lagu kami terus diminati,” katanya bersungguh-sungguh.

Sementara itu, berbicara soal konsert yang selama tiga hari bermula 20-22 Januari baru-baru ini, penyanyi ini berkata tentunya dia amat gembira apabila diundang oleh penganjur dan Istana Budaya untuk mengadakan persembahan bersama rakan lama.Apatah lagi pengacara Abon dan para penari lstana Budaya yang meletakkan Lokman Ghani sebagai Pengarah Pentas berjaya merealisasikan persemabahan kugiran pop yehyeh dengan jaya dan cemerlang.Rata-ratanya audien yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia khususnya yang vateran sanggup datang berduyun-duyun memenuhi setiap penjuru tempat duduk Panggung Sari,lstana Budaya yang berprestij itu. 

TB bersama penyanyi J.Sham
Selain dirinya dan isteri, Datin Azizah Muhamad, bersama Orkes Nirwana, artis dan kumpulan lain yang mewarnai konsert itu ialah The Singlap Five, Datuk Jeffrydin, A Halim & D’ Fiction, J Sham & The Wanderers,Zamzam & The Twilights, A Rahman Onn & The Strangers, A.Rozaini (anak saudara dan pengganti Allahyarham A.Ramlee), Roziah Latiff & The Rythm Sixthty dan Datuk L Ramlie (Orkes Teruna Ria).
“Lagipun, istimewanya konsert ini apabila kami membuat persembahan di Istana Budaya, satu tempat yang berprestij, selain tampil dengan kumpulan kugiran lama seperti Orkes Teruna Ria, Orkes Nirwana serta The Wanderers,” katanya sambil memberitahu lebih 20 lagu telah dinyanyikan mereka pada konsert yang penuh nostalgia .(ubah suai &olahan TB)

TB tetap tidak melupakan mendapat hadiah not duit baru ketika itu (l967) apabila di dalam kelas darjah enam daripada Guru Kelas Cikgu Mohd.Dom Abdul Rahman (Allahyarham) di SKLS3, Muar apabila TB dengan penuh keberanian dan semangat menyanyi lagu 'Cincin Emas' dan 'Peracun Kalbu' (dipopularkan oleh A.Rahman 0nn) di hadapan kawan-kawan sekelas. Kemudian mendapat tempat kedua dalam Teletime Show ketika di Tingkatan 4 menyanyikan lagu 'Hidup Bersama' (dipopularkan oleh A.Ramlee) pada tahun 1970. Sayangnya zaman itu tidak ada karaoke, tidak ada Akademi Fantasia, tidak ada 'You Tube' dan tidak ada pelbagai kemudahan seperti zaman sekarang. Segala-galanya semua kerana motivasi diri sendiri atas keyakinan dan kepercayaan diri sendiri yang kuat walaupun tanpa dorongan sesiapa. 

Teringat pemuda-pemuda super senior TB di kampung seperti lsmail Abon (pesara  pasukan pancaragam ATM), A.Kadir Atan (Ngah Kadir), Sulaiman Salleh (Abang Leman),Mohd.Khalis, ldris Abon (Apah), 0thman Atan (uda Seman) dan lain-lain yang sibuk membuat gitar dan drum sendiri serta berlatih menyanyi dan bermain alat muzik ala kampung. Mereka turut serta merancakkan demam pop yeh yeh ketika. Maklumlah sebagai anak Muar,Johor; zaman pop yeh yeh 1960-an begitu teruja di Singapura dan Johor ketika itu. (TB).

18 Januari 2012

MELAYU PULAU PINANG : SALAH SIAPAKAH?

Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu.

Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.

NONE"Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis.

"Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya.

Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai "pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang" dan ingin mengetengahkan masalah mereka.

"Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang "tidak berfikir dari sudut dan untuk parti" dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama.

"Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur," katanya lagi.

Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harianbertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya.(sumber: MK, 18/1/12)

17 Januari 2012

KHOO KAY KIM : HANG TUAH DAN HANG LI PO TIDAK WUJUD?

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimBagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.(sumber:MK,17/1/12)

TB: TB tidak mahu mengulas sama ada wujud atau tidak Hang Li Po itu seperti mana yang diperkatakan oleh P.E.Tan Sri Khoo Kay Kim (Gilbert Khoo).Jika tidak wujud mahukah komuniti Cina Malaysia meruntuhkan dan meratakan sahaja Bukit Cina (bukan China),Melaka yang kini mempunyai nilai hartanah tinggi di kawasan komersial Bandar Raya Melaka?MahukaH penduduk Cina Melaka meruntuhkan sahaja Perigi Hang Li Poh atau Perigi Puteri yang kononnya sebagai peninggalan bukti sejarah.?Apa jadi dengan Makam Tun Teja di Merlimau Melaka?

Apa jadi dengan makam Hang Tuah di Tanjung Keling?Perigi Hang Tuiah? Sungai Duyung? Makam Hang Jebat di Jonker Street? Adakah itu semua legenda,mitos dan tidak berfakta? Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Pagoh Muar? Makam Sultan Mahmud Shah yang lari ke Kampar? Dan segala nama kesultanan Melaka bermula Parameswara(Sultan Muhammad Shah) dan seterusnya?Apa jadi dengan buku 'Sejarah Melayu' yang menjadi sumber rujukan peradaban Melayu?

Apakah Khoo Kay Kim memperlekehkan sumber sastera sejarah sebagai fakta rujukan dalam menyusur galur peradaban Melayu di nusantara?Apakah Khoo tidak memahami apa itu sastera lisan, sastera sejarah,sastera lslam yang mana ada hubung kait dalam memperkatakan sejarah bangsa Melayu di Kepulauan Melayu ini sejak zaman berzaman dahulu? Menagapakah kita terlalu mudah melekatkan label 'mitos dan legenda' apa jua sejarah yang berkaitan dengan tamadujn Melayu? Lihat, tidak siapapun mempertikaikan Maharaja Ming, lstana Larangan, Tembok Besar China dan sebagainya, sebagai legenda atau mitos? Mengapakah  ada double standard dalam hal ini?????? (TB)

DR. RANI BAKAL GANTI DATUK HASAN ALI?

ANGGOTA  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru merupakan calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Hasan Ali, yang hilang kelayakan selepas dipecat daripada parti baru-baru ini.

Pemilihan Dr Rani Osman (kanan) difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC).

NONEPeluang doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Shafie Abu Bakar.

Yunus sekarang merupakan pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Hasan.

Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.

Jika dilantik, beliau juga dijangka hadir kali pertama dalam mesyuarat exco esok, seterusnya tampil dalam sidang media bersama Khalid bagi mengumumkan pelantikan itu.

Dr Rani pada 10 Januari lalu dilaporkan berharap tidak dicalonkan menggantikan Hasan kerana khuatir tidak mampu memikul tanggungjawab itu.

Beliau bagaimanapun berkata, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi parti dan PAS negeri hanya menerima sebarang keputusan.(sumber :MK , 17/1/12)

16 Januari 2012

UGUT MAHU LETUPKAN HELIKOPTER BOLEH MAIN-MAIN?

MAHASISWA yang ditahan polis semalam kerana didakwa membuat kenyataan berunsur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi laman Facebook telah dibebaskan dengan ikat jamin polis untuk membolehkan dirinya menduduki peperiksaan.

NONEKetua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaacob berkata beliau mahu memberi peluang kepada pelajar kejuruteraan awam Univeriti Sains Malaysia di Nibong Tebal untuk menduduki peperiksaan kerana beliau masih muda.

Pelajar berkenaan, Janartana Chandra, 24, dibebaskan malam semalam dengan jaminan polis tetapi dikehendaki untuk melaporkan diri semula dalam tempoh sebulan.
Polis juga boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

"Saya bercakap dengannyasecara peribadi  dari jam 9.00 hingga 11.30 malam tadi. Beliau sedar dan mengakui kesilapannya. Beliau berkata beliau tidak bermaksud dengan apa yang ditulis dalam Facebook itu.

"Dia adalah seorang pelajar tahun keempat dalam bidang kejuruteraan, bukan pelajar darjah enam atau tingkatan satu. (Oleh sebab itu) sudah tentu, kita mengambil perhatian serius," kata Ayub pada sidang media di Georgetown hari ini.

NONEJanartana Chandra dalam Facebook semalam menulis: "Najib akan datang ke kampus kami ... mari kita bom helikopternya itu ..."

Berikutan itu, polis menahannya pada kira-kira jam 1:30 tengah hari semalam untuk disoal siasat berhubung ugutannya itu.
Ayub berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

"Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.
"Perkara seperti ini satu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia membabitkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga," katanya.

NONEAyub berkata, polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan anasir subversif.

Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat -pihak yang membantah tindakan pelajar itu.

Mahasiswa itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah Patani Road dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.(sumber: MK, 16/1/12)

TB tidak setuju jika UGUTAN MAHU LETUPKAN HELIKOPTER yang dizahirkan melalui tulisan dalam Facebook dengan penuh kesedaran oleh seseorang yang telah dianggap dewasa dan tidak cacat mentalnya(24 tahun bukan kanak-kanak lagi)dianggap suatu bahan senda gurauan. Jikalau begitu, apakah tindakan tidak juga dilakukan andainya dilakukan oleh pemuda-pemuda lain yang sebaya umurnya lantaran menganggap itu suatu gurauan? Apakah ada tindakan dan pendakwaan terpilih atau pilih kasih? Kita tidak mahu, isu ketidakadilan ini akan berlaku pada masa akan datang jika dilakukan oleh anak-anak orang lain. Sewajarnya sebagai seorang mahasiswa yang telah berada di puncak umur awal dewasa matang; tidak berfikiran kebudak-budakan. Jika anda berani buat maka hendaklah anda berani tanggung.(TB)

SUARA DARI DINDING KAMAR



Andai kubisa berteriak seperti dahulu
takkan kubiarkan kau sepi di penjuru waktu
andai kubisa berbisik di kejauhan dini malam
takkan kubiarkan sepimu sendiri
menjemput laraku tatkala ini

Andai kubisa berteriak seperti dahulu
akan kuhabiskan bicara  dengan perjuangan
setelah kian lama senduku mecari keadilan
aku merindui seruling nyiur di kampung halaman

Andai kubisa berteriak seperti dahulu
takkan kubiarkan luka dan parut
terpalit di tubuh tanpa relamu
kerana sekian lama
aku merindui keindahan
tanpa isyarat waktu berlalu pergi
meninggalkanku sepi dan sendiri!



RAJIEE HADI,
Bandar Bukit Mahkota.
14-9-2011.





























13 Januari 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA: BAYAR 15 JANUARI

PEMBAYARAN Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Husni berkata majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.
"Ini bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan," katanya.
Ahmad Husni berkata, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. 

"Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan," katanya. 

Pemohon juga, katanya, boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini. 

Talian ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja. 
Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan itu. 

Baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara. 

Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April tahun ini.(sumber: BH, 13/1/12)

SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA

SKIM  Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur SARA 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.
Permohonan untuk SARA 1Malaysia akan dibuka mulai 30 Januari dan layak untuk pemohon dengan pendapatan kasar antara RM500 hingga RM3,000 sebulan.

Skim berkenaan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Hamad Kama Piah memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa melalui SARA 1Malaysia, rakyat yang berkelayakan akan berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat. 
Melalui skim ini, insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS 1Malaysia dan pelabur hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama lima tahun.

SARA 1Malaysia ini akan dikendalikan oleh PNB.

Ia unik kerana SPV mendapat pinjaman dengan kadar yang kompetitif daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB, RHB Bank, Bank Simpanan Nasional.

Daripada RM500 juta itu, sebanyak RM100 juta akan diberikan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi kepada SPV untuk membayar kadar faedah kepada institusi kewangan yang terbabit.

Hamad Kama Piah berkata, manfaat SARA 1Malaysia ialah SPV mendapat "pulangan" daripada kerajaan dan dividen apabila melabur dalam AS 1Malaysia.

Katanya, faedah yang merangkumi skim ini membolehkan SPV mendapat pendapatan dan menjamin pulangan menarik kepada pelabur.

Malaysian Development Holdings Sdn Bhd akan dipengerusikan oleh Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Malaysia.(sumber:BH, 13/1/12)

11 Januari 2012

PRU: KAYVEAS TIADA DALAM SENARAI CALON


NAMA Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas tidak terdapat dalam senarai bakal calon parti itu untuk pilihan raya umum ke-13 nanti yang dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Mengesahkan perkara itu kepada Bernama hari ini, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada bertanding atau tidak kepada Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

"PPP memang telah menghantar senarai nama calon yang berpotensi untuk bertanding dalam PRU ke-13 nanti dan nama saya tidak terdapat dalam senarai itu walaupun ahli parti mahukan saya bertanding semula. Biarlah Datuk Seri Najib putuskan sama ada saya bertanding atau tidak. "Saya mengambil pendirian itu kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin yang telah berjasa lama. Mereka telah memberi sumbangan besar kepada parti dan masyarakat. Jadi pemimpin-pemimpin itu perlu diberi peluang. Mereka perlu menang dan menguatkan BN,” katanya. —(sumber:UM, 11/1/12)

09 Januari 2012

DATUK HASAN ALI DIPECAT


Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini membuat keputusan memecat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awangr) berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mempertimbangkan semua pandangan daripada ahli jawatankuasa pada mesyuarat parti berkenaan .
“Setelah berbincang, kami sebulat suara membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat Hasan sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan tersebut dibuat berdasarkan tindakan-tindakan beliau yang menyalahi dan merugikan kepentingan Pas seperti yang terkandung dalam perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila beliau bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Ekoran tindakan tersebut, Hasan menerima kecaman daripada pihak-pihak tertentu, khususnya pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor sekali lagi menjadi tumpuan apabila mempertikaikan perubahan perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Sejak itu, beliau sering menjadi sasaran pemimpin tertinggi parti yang menuduh bahawa Hasan diperalatkan UMNO.
Beliau bagaimanapun tidak keseorangan dalam isu tersebut apabila disokong oleh bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggapnya sebagai ‘duri dalam daging’ kepada pakatan pembangkang.

Terbaru, Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 esok dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.(sumber:UM,07/01/12)

06 Januari 2012

TANJUNG HARAPAN


TB di Tanjung Harapan, Pelabuhan Kelang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia pada 5 Januari 2012.


TANJUNG HARAPAN


Di sini ada kapal yang hilir-mudik
di sini ada perjalanan yang menanti
di sini ada titik temu peluit yang bersahutan
di sini ada harapan yang tidak kesampaian


Di sini walau ada kelam yang melatari
resam kehidupan yang merencam sukma
ada batas-batas waktu yang menunjuk arah
ada cerah yang boleh kita susur galurkan


Di sini ada perbatasan di hujung tanjung
di sini ada nama yang terukir sanjung
di sini ada sepi yang tidak berkunjung
di sini ada nama yang tidak dijunjung


Di sini kita mengenali diri
di sini kita arif mengerti akal budi
di sini kita mula menunggu arah deru
di sini kita dibawa dalam hala tuju azali!




RAJIEE HADI
Pelabuhan Kelang,
5 Januari 2012.

05 Januari 2012

JANDA BAIK




JANDA BAIK




Menyusuri janda baik
ada susur masuk dan keluar
ada bening awan dan halilintar
ada pucuk pakis dan tumbuhan liar
ada denai lurah dan seruling air
kali dan perbukitan saling bercumbu 


Menyusuri janda baik
ada bab coretan tidak selesai
ada silam waktu yang terguris
ada kanvas figura asli yang abstrak
ada dedaun flora yang berselerak


Menyusuri janda baik
adalah petanda waktu yang ramah
di kejauhan perjalanan yang lesu
kita mula bersatu dengan alam
mendengar siulan burung dan deruan gerimis
dan merindui malam yang damai!




RAJIEE HADI,
Janda Baik, Bentong.
25 Disember 2011.












Foto rakaman TB di Janda Baik, sebuah perkampungan dalam  daerah Bentong Pahang yang masih hijau kaya  dengan alam floranya

04 Januari 2012

MELAYU SESAMA MELAYU JANGANLAH BERGADUH

Sekalipun sokongan orang Cina kepada pakatan pembangkang sekarang ini begitu tinggi tetapi pastinya tidak ramai di antara mereka yang akan menyertai tunjuk perasaan yang dijangka akan diadakan pada 9 Januari depan untuk kempen pembebasan Anwar Ibrahim.
Sebaliknya kita dapat jangkakan seperti demonstrasi yang diadakan sebelum ini, termasuk Bersih, hanya segelintir bukan Melayu berada di barisan depan. Orang Melayulah yang akan lebih banyak menyertainya sedangkan bukan Melayu menjadi penonton.

Orang Cina pada keseluruhannya akan mengelakkan diri daripada terlibat dengan sesuatu tindakan yang boleh mencetuskan sengketa perkauman. Mereka lebih suka kepada pengekalan keadaan aman dan tenteram untuk membolehkan mereka meneruskan penghidupan seharian sebagai peniaga kecil atau besar dan lain-lain kerja sendiri.

Orang Melayu mudah membuang masa untuk tunjuk perasaan kerana kebanyakan mereka makan gaji, sama ada sebagai kakitangan kerajaan, swasta, penganggur, bergantung kepada ibu bapa atau hidup atas biasiswa kerajaan. Meninggalkan kerja atau ponteng tidak menjejaskan pencarian hidup.
Hal ini berlainan dibandingkan dengan tunjuk perasaan anjuran Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Ikatan Setiakawasan Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya) pada awal 60-an kerana menentang kapitalisme dan imperialisme. Di barisan depan pada keseluruhnya adalah anak anak muda Cina yang percaya dan komited kepada ideologi komunis dan sosialis.

Tunjuk perasaan ini kerap kali berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran Jalan Chow Kit. Tetapi pada ketika itu kebanyakan orang Cina secara diam menentang tunjuk perasaan ini kerana berada dalam iklim ekonomi yang baik hasil dari dasar terbuka kerajaan Perikatan.
Maka itu timbul pertanyaan mengapakah tidak ramai orang Cina yang menyertai tunjuk perasaan sedangkan ramai di antara mereka sekarang berpendirian anti kerajaan dan mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13?

Mereka menjadi semakin nekad kerana telah dapat merasakan betapa kuasa yang sedikitpun sangat berkesan ekoran Tsunami 2008. Mereka telah berupaya menyebabkan kerajaan BN banyak bertolak ansur malah tidak berani bertegas dalam soal-soal dasar yang melibatkan Dasar Pelajaran, Agama dan lain lain perkara sensitif.

Mereka melihat Anwar sebagai wira. Bagi mereka soal moral bukan suatu soal yang penting dan besar berbanding dengan masyarakat Cina Singapura yang telah terbentuk dengan nilai moral yang baik di bawah kepimpinan yang berani dan tegas.

Apakah faedah yang akan didapati oleh orang Cina dengan mereka berkecuali daripada tunjuk perasaan anti-kerajaan?

Apa yang diharapkan oleh mereka ialah pergaduhan antara sesama orang Melayu di dalam sesuatu tunjuk perasaan yang diadakan, iaitu antara Melayu yang pro-Anwar Ibrahim dan yang anti Anwar. Atau antara yang prokerajaan dan anti kerajaan.

Jika ini berlaku maka tentunya imej demokrasi Malaysia akan tercemar. Dengan secara spontan akan timbul anggapan dunia tentang wujudnya ketidakadilan sosial, ekonomi dan politik di Malaysia seperti yang telah pun diuar-uarkan sekian lama oleh Anwar Ibrahim di luar negara.

Dunia luar yang tidak banyak mengetahui keadaan Malaysia yang sebenarnya akan sekali gus menyamakan kekacauan yang timbul kelak sama dengan kebangkitan rakyat di Mesir, Libya, Syria dan lain-lainnya. Dunia lebih yakin kerana orang Melayu atau peribumi sendiri yang telah berperang sesama sendiri. Ini bukan lagi soal ketidakadilan kepada bukan Melayu tetapi juga peribumi sendiri.

Maka itu, adalah lebih bijak bagi masyarakat Melayu yang setia dan yakin kepada kerajaan agar tidak memberikan reaksi terhadap provokasi yang cuba dilakukan oleh pihak pakatan pembangkang yang didalangi Anwar Ibrahim. Tindak balas inilah yang diharapkan oleh mereka.

Kita sewajarnya menyerahkan kepada kebijaksanaan polis bagi menangani tunjuk perasaan yang bakal diadakan secara tegas dan berani berasaskan kepada undang-undang. Janganlah pula rakyat yang setia merancang tunjuk perasaan sebagai tindakan balas.


Tindakan NGO dan juga orang awam yang banyak membuat laporan polis membantah tunjuk perasaan 901 itu adalah suatu langkah terhormat, bijak dan dan sewajarnya disokong oleh semua pihak yang mahukan negara ini terus menjunjung undang-undang dan bukannya menjadikan isu salah laku seseorang sebagai isu negara. Sebarang tunjuk perasaan lain pada hari yang sama untuk menyokong kerajaan akan menyulitkan lagi kerja polis. Api tidak mesti dilawan dengan api.

Apa yang harus dilakukan oleh seluruh rakyat yang setia dan sayangkan negara ini ialah memberikan kepercayaan dan sokongan terus menerus kepada pihak keselamatan dalam menjalankan tugas mereka dan juga akibat yang akan dihadapi daripada tindakan mereka, seperti fitnah, pembohongan, saman dan sebagainya.

Harus diingat, Anwar amat memerlukan kejayaan besar bagi kempen menyokongnya kali ini kerana sepanjang perbicaraannya dijalankan, terutama sekali selepas penyebaran video lucah yang dikatakan melibatkan dirinya, maka sokongan kepadanya telah terhakis berbanding dengan kehadiran penyokong ketika perbicaraannya mula diadakan. Jika tidak ramai yang hadir memberikan simpati pada hari penentuan hukuman terhadapnya maka pasti akan memalukannya dan dia akan terpaksa membilang hari-hari terakhirnya.

Pihak keselamatan mudah menghadapi pengganas komunis pada masa darurat dahulu kerana kebanyakan mereka terdiri daripada orang Cina dan hanya segelintir orang Melayu serta mengasingkan diri di hutan rimba. Tetapi dalam menghadapi masalah peribadi Anwar, pihak keselamatan menghadapi pengganas yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu dan lebih menyukarkan mereka tidak terpisah ke dalam hutan tetapi berada di dalam bandar. Mereka menjadi pengganas bandar (urban terrorist).
Maka itu adalah lebih bijak bagi orang Melayu yang terpelajar dan berperadaban menjauhkan diri daripada demonstrasi jalanan walaupun atas maksud yang baik. Sebarang tindak balas akan menyekutukan diri dengan keganasan.

Biarlah hanya suatu pihak sahaja yang terlihat ganas. Asingkan mereka dengan mengecualikan diri kita supaya pihak polis mudah mengenali Melayu pengganas dan yang bukan pengganas. -ZAINUDDIN MAIDIN

03 Januari 2012

DATUK SALLEH MAJID: al-FATIHAH


TOKOH ekonomi tersohor negara yang juga bekas Presiden Bursa Malaysia, Datuk Salleh Majid, 62, meninggal dunia hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit kanser usus dan sakit buah pinggang.

Allahyarham yang dimasukkan ke HKL sejak empat hari lalu meninggal dunia pada pukul 10.20 pagi hari ini dan difahamkan kesihatan beliau terjejas teruk sejak April tahun lalu.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumah ibu beliau, Halijah Mohd Jamil di Kampung Pasir, Hulu Klang untuk dimandikan sebelum dikebumikan pada pukul 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridhuan di Jalan Hulu Kelang, Ampang.

Menurut adik Allahyarham, Ibrahim Abdul Majid, 60, Allahyarham menghidap sakit buah pinggang sejak 1990-an lagi dan pada awal tahun lalu beliau didapati menghidap kanser usus.
"Oleh kerana tekanan darahnya yang tidak stabil, penyakit Allahyarham tidak dapat diubati dan dia meninggal dunia pada pukul 10.20 pagi ini.

"Semasa menghembuskan nafas terakhir, kesemua ahli keluarga serta anak-anaknya turut berada di sisinya di hospital," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, Allahyarham meninggalkan tiga orang balu dan enam orang anak yang berusia antara sembilan hingga 36 tahun.

Katanya, Allahyarham sememangnya seorang yang cukup mengambil berat mengenai hal keluarga dan mudah menolong orang serta berjaya membuktikan kejayaan anak Melayu dalam bidang ekonomi.
Allahyarham yang merupakan graduan perintis daripada Institut Teknologi MARA pernah menyandang jawatan Presiden Bursa Malaysia dari 1984 hingga 2003 dan beliau juga adalah pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak.
Allahyarham yang aktif dalam bidang penulisan ekonomi mempunyai ruangan tetap dalam akhbar Utusan Malaysia dikenali Saranan Salleh.
Tulisan terakhir Allahyarham bertajuk Dilema Mengimbangi Kewangan Awam disiarkan pada 10 Disember lalu.
Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa
(Perkasa), Datuk Ibrahim Ali; Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar dan bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Azman Ujang.(sumber:UM,03/01/12)

02 Januari 2012

SELATAN THAILAND BANJIR 15 TERKORBAN


BANJIR  teruk yang melanda selatan Thai mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan menyebabkan beratus-ratus pelancong terkandas.

Foto oleh TB

Mangsa kebanyakannya hanyut dibawa arus deras berikutan air banjir naik mendadak atau tertimbus dalam air berlumpur akibat hujan lebat yang turun.

Perkhidmatan kereta api di beberapa wilayah di selatan negara ini terpaksa dihentikan dan beberapa lapangan terbang ditutup. Kapal terbang hanya dibenarkan mendarat di Koh Samui, namun kelewatan berlaku disebabkan kesesakan di lapangan terbang di situ.

Kira-kira 1,200 pelancong yang terperangkap di Koh Samui dan Koh Tao dipindahkan oleh tentera Thai menggunakan pesawat pengangkut tentera.

"Hampir sejuta penduduk terjejas akibat banjir di beberapa wilayah di selatan Thai. Mulanya, kami menjangkakan banjir akan surut selepas sehari atau dua, namun kini ia berlarutan sehingga seminggu," kata Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban.

Wilayah yang terjejas terjejas teruk adalah Chumphon, Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Trang, Krabi dan Phatthalung. Peningkatan paras air menghalang usaha menyelamat yang dilakukan.

01 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012 DARI SELATAN THAILAND

TB ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 masehi dari selatan Thailand. Walaupun TB pernah mengunjungi ke sana dengan jalan darat 2 hingga 3 kali di Selatan Thailand termasuk ke Pattani, Yala dan Narathiwat serta Sadao, Danok,Hatyai dan Songkhla sejak tahun 1970-an,1980-an dan 1990-an namun pengalaman pada 1 Januari 2012 TBsendiri melihat sendiri air bah kian naik di beberapa perkampungan selatan Thailand di Danok,Sadao dan sepanjang jalan menuju ke Hatyai cukup menginsafkan.

Hujan yang turun bercurahan sepanjang malam tahun baru hingga ke awal pagi menyebabkan jalan-jalan utama di selatan Thailand telah mencecah hampir ke paras dada. Hanya bas dan treler kelihatan yang berupaya meredah air yang melimpah-ruah di jalanan.

Difahamkan di daerah Narathiwat dan Pattani banjir sebenar telah melanda seminggu lebih awal. Fenemona ini biasanya menular masuk hingga ke Sungai Golok di Thailand dan Rantau Panjang di Kelantan.Difahamkan dan diramal menurut laporan kaji cuaca yang disiarkan di televisyen Thailand air mula 'turun' dari utara menuju ke selatan. Dalam erti kata lain, banjir yang mula melanda di selatan Thailand kerana fenomena air yang 'turun' dari musibah banjir di  Bangkok kini mula  menuju ke selatan.

Walau apapun ramalan, TB tetap percaya semua kuasa Allah SWT. Begitulah pada menjelang malam tarikh 1 Januari 2012 kebanyakan premis besar dan kecil di bandar raya Hatyai telah 'memasang' kubu-kubu dan benteng pasir bagi menghadang air masuk ke kawasan 'basement' atau pintu masuk pasar raya. Mujur kebimbangan itu tidak terjadi.Namun penduduk Hatyai sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi banjir seperti mana yang pernah terjadi berberapa tahun dahulu.(TB)


                                   (Semua foto dirakamkan pada awal pagi 01.01.2012 oleh TB)