Salam Perjuangan

11 Februari 2011

VALENTINE DAY : SENSASI DAN PUBLISITI

MCA mendesak kumpulan media terbesar Media Prima menghentikan dan mengelakkan penyiaran program berkaitan selebiti televisyen Siti Nor Bahyah Mahamood selagi beliau tidak memohon maaf kepada masyarakat Kristian ekoran kenyataan tentang hari Valentine.

Timbalan pengerusi biro publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, Media Prima patut mengumumkan kumpulan itu tidak terlibat dengan kenyataan Siti Nor Bahyah yang didakwa berkata bahawa “maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian" sebagai tradisi masyarakat Kristian.

"Kedua-dua pihak, Media Prima dan Siti Bahyah patut segera meminta maaf kerana menyinggung sensitiviti masyarakat Kristian," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat dan majlis presiden MCA. 

"Media Prima juga tidak patut membenarkan salurannya menyiarkan rancangan menentang kepercayaan agama lain dan sekiranya perlu, memeriksa kandungan ucapan pembicara berkenaan."

Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini menuntut Siti Nor Bahyah permohonan maaf atas kenyataanya yang "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" dan dibuat tanpa fakta yang dikaji.

Dalam satu kenyataan hari ini, Loh menyarankan, polis juga patut menyiasat kata-kata mencemar Siti Nor Bahyah - yang terkenal cadangan "urutan cakar harimau"- sebagai hasutan.

Katanya, dakwaan yang dibuat selebriti rancangan agama dan motivasi itu langsung tidak berasas, dan berdasarkan pendirian individu yang jahil dan prejudis.

"Patut dimaklumkan bahawa hari Valentine merupakan acara komersial yang tidak berbeza dengan hari ibu, hari bapa dan hari guru. 

"Tidak seperti Good Friday, Easter dan Krismas, hari Valentine bukan acara daripada kalendar Kristian oleh penganutnya.(baca penuh Malaysiakini,11/2/11)

TB terkenang sebuah lagu evergreen Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi ciptaan M.Nasir nyanyian Alleycats yang telah dirakamkan lebih 20 tahun lalu yang masih malar segar ke hari ini. Antara intisari lagu tersebut ialah 'sekuntum mawar merah,sebuah puisi,untuk gadis pilihan,ooooo...di bulan februari...'Lagu yang mengasyikkan itu adalah pernyataan kasih sayang antara uda dan dara yang mana perantaranya ialah sekuntum mawar merah...dan diberikan pada bulan Februari.

Lagu itu sekadar lagu dan hanya sebagai hiburan. Mujur hanya dinyatakan pada bulan Februari tanpa menyebut tarikhnya,14 februari  yang dikatakan adanya perkaitan dengan valentine day. Oleh kerana lagu tersebut hanya disebut pada bulan Februari sahaja maka idea lagu tersebut tidak menjadi sebarang polemik walau sudah bertahun-tahun berkumandang. Dalam erti kata lain, hadiah kuntuman bunga mawar merah itu boleh dihadiahkan pada bila-bila tarikh pada bulan Februari tanpa mengaitkan valentine day.

Sebenarnya konsep kasih sayang dituntut dalam lslam. Namun kasih sayang itu ada batasan-batasan yang tidak melanggar syariat. Kasih sayang antara suami isteri yang juga boleh dianggap sepasang kekasih, anak-anak dan ibu bapa, saudara mara dan ahli dalam keluarga. Atau dalam skop yang lebih luas kasih sayang sesama insan dan kehidupan. Kasih sayang itu sepanjang waktu,sepanjang masa bukan pada hari-hari atau bulan tertentu sahaja. Kasih sayang itu adalah semata-mata kerana dan  ke jalan Allah SWT.

Apa yang kita tidak mahu seperti mana yang dilaporkan dalam tempoh 9 tahun (2001-2010)kira-kira 260 ribu bayi  lslam di negara kita dilahirkan tanpa nikah yang mana puratanya kira-kira 28 ribu setiap tahun. Dalam konteks ini adalah wajib kita mengingatkan  kepada umat lslam khususnya para remaja lslam bahawa agar tidak terpedaya dengan tipu daya iblis laknatullah dan musuh-musuh lslam dengan kehidupan pergaulan bebas, seks rambang, ICT negatif, mengambil kesempatan melakukan maksiat berselindung atas jenama valentine day dan sebagainya.

Justeru, isu valentine day yang menjadi sensasi dan publisiti usahlah difokuskan dengan kepercayaan penganut agama lain. Apa yang penting pada TB suatu penjenamaan semula harus diberikan kepada Hari Kasih Sayang ini seperti mana Hari lbu, Hari Bapa, Hari Wanita dan seumpamanya. Walaupun boleh disambut pada bila-bila masa tapi tidak salah dipilih pada bulan Februari tetapi tidak semestinya pada 14 Februari. lanya boleh ditetapkan pada 18 februari, 21 Februari atau 28 Februari, terserahlah.

Dengan ini kita tidak memfokuskan Hari Kasih Sayang kepada para remaja sahaja tetapi kepada semua insan. Dengan penjenamaan baru ini lama kelamaan elemen-elemen maksiat boleh terhakis daripada minda dan tidak ada kaitan dengan sebarang kepercayaan dan agama.

Apakah menjadi kerisauan kepada para peniaga bunga dan cenderamata kerana akan terjejas perniagaan mereka itu adalah isu sampingan. Apa yang penting semua pihak harus berpijak di bumi nyata. Masalah moral,pembuangan bayi, kejahilan konsep kasih sayang dan gejala-gejala keruntuhan akhlak bukan sahaja menjadi isu utama umat lslam dan remaja Melayu sahaja tetapi merupakan masalah bersama juga bagi penganut-penganut agama lain dan kaum-kaum lain di bumi Malaysia yang tercinta ini.

BUKIT KEPUNG : WIRA PEJUANG YANG DILUPAI

SAYA percaya ramai rakyat Malaysia, terutama mereka yang pernah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengetahui Peristiwa Bukit Kepung setelah menonton filem Bukit Kepung. Sudah pasti filem ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme terhadap negara Malaysia tercinta ini selepas menontonnya.

Untuk mereka yang tidak berkesempatan menonton filem tersebut, secara ringkas, ia menceritakan satu insiden di mana Stesen Polis Bukit Kepung, Johor, telah diserang seramai lebih kurang 180 pengganas komunis pada pukul 0430, 23 Februari 1950. Pengganas komunis telah mengarahkan anggota polis yang berjumlah 22 orang untuk menyerah diri bagi membolehkan mereka menyelamatkan diri. Namun, anggota polis yang diketuai oleh arwah Sjn. Jamil Mohd. Shah dengan lantangnya enggan menyerah diri.

Wira-wira ini dengan penuh semangat telah berjuang sehingga ke titisan darah terakhir yang mengalir di dalam tubuh mereka. Malah para isteri turut memikul senjata berjuang bersama dengan suami mereka. Akhirnya, seramai 22 wira telah terkorban; 18 anggota polis dan empat tanggungan mereka. Salah seorang yang terselamat, arwah Sjn. Yusuf Rano, meninggal dunia pada 15 April 2005 ketika berusia 83 tahun. Dengan pemergian arwah, tiada lagi survivorperistiwa hitam ini.Insiden ini adalah "Alamo" Malaysia.

Saya membangkitkan kisah ini kerana ingin mengetahui apakah pengiktirafan negara terhadap wira-wira Alamo ini? Difahamkan tiada seorang pun daripada mereka yang dianugerahkan dengan Darjah Perkasa seperti Seri Pahlawan (SP) atau Pingat Gagah Berani (PGB), malah Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) pun tiada. Sedangkan insiden Bukit Jenalik/Sauk pada tahun 2000 telah mencatatkan penganugerahan dua SP dan empat PGB kepada mereka yang terbabit. Sekiranya betul mereka (wira Bukit Kepung) tidak dianugerahkan dengan darjah-darjah kebesaran tersebut, mengapa? Adakah pengorbanan mereka tidak memenuhi kriteria anugerah berkenaan?
(sumber UM: 10/2/11 oleh MEJAR NOR IBRAHIM SULAIMAN (TUDM (B)
TB menyokong penuh cadangan agar wira-wira yang berjuang untuk agama,bangsa dan negara pada zaman pramerdeka diberikan pengiktirafan agar generasi kini sedar akan susur galur setiap perjuangan dan mengenali nama-nama pejuang yang telah lama ditelan arus waktu.Bahkan nama para pejuang sebelum peristiwa Bukit Kepung seperti Leftenan Adnan Saidi, Mat Kilau, Datuk Bahaman,Dol Said,Mat Salleh,Rosli Dhobi dan lain-lain lagi diberikan pengiktirafan sekurang-kurangnya dapat menonjolkan waris-waris mereka.Tidak banyak kerugian jika dibanding banyak manfaatnya jika kita generasi kini mengenang kembali tokoh-tokoh pejuang silam yang telah menggadaikan nyawa demi sebuah kemerdekaan kampung halaman,negeri dan tanah air yang tercinta.Dan ada baiknya sempena sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan 31 0gos dapat dikumpulkan warga emas lelaki berusia 80 ke atas yang sihat walafiat menyertai perarakan agar dapat meningkatkan semangat juang dan kecintaan kepada negara.Sama-sama kita fikirkan.

10 Februari 2011

SEMEMANGNYA WUJUD PROFESOR KANGKUNG

Dr Rajiee Hadi
Feb 9, 11
5:45pm

Pada mulanya penulis bersangka baik mengenai istilah Profesor Kangkung yang mula dilabelkan dahulu oleh mantan Naib Canselor, Universiti Malaya, Profesor DiRaja Ungku A Aziz.

Penulis menyangkakan tentulah dalam perebutan pangkat dan gelaran di IPTA tentulah ada 'yang memijak, yang dipijak dan yang terpijak'. Adat dunia, fitrah manusia selagi ada seketul hati hitam dalam diri manusia yang tidak beriman dan penuh nafsu-nafsi maka wujudlah fenomena hasad dengki, iri hati dan tindas menindas.

Walaupun penulis diberitahu seorang teman namun kerana gerak hati penulis maka penulis memperoleh pengalaman sebenar yang disaksikan sendiri.

Kisahnya bermula pada suatu majlis ilmu di sebuah dewan bertaraf balai raya kampung. Kebetulan para pesertanya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik.

Muncul seorang sarjana yang kononnya berasa beliau seorang profesor hebat punya PhD dari luar negara berkhidmat pula di sebuah universiti ternama di Malaysia.
Semasa beliau membentangkan celotehnya (kerana tidak ada kertas kerja rasmi yang sebenarnya bersifat ilmiah) berhubung tentang salah satu cabang seni; cara komunikasi di hadapan audien seolah-olah beliau beranggapan berhadapan dengan para peserta/pendengar yang 'kangkung' juga.

Beliau berlagak seolah-olah beliau serba tahu di hadapan peserta yang tidak pun sampai 35 orang yang berada dalam dewan tersebut.

Bayangkan sebuah IPTA terpaksa membayar segala macam elaun perjalanan, makan minum dan penginapan di luar kawasan selaku seorang penjawat awam dengan wang cukai rakyat semata-mata kepada seseorang yang berstatuskan profesor tetapi hampas belaka dan mengecewakan.

Ada pendengar, penonton merangkap peserta bidan terjun bertanya soalan-soalan spontan bersifat kreatif dan kritis.Tetapi profesor ini cuba mengelak dan memberi beberapa jawapan yang tidak munasabah, tidak akademik, kebudak-budakan dan 'self-fish'.

Beliau asyik mempamerkan biodatanya dengan power point yang kelam-kabut lantaran sudah puas diusungnya ke sana ke mari.

Seperkara yang membosankan ialah sikapnya mempamerkan satu-satunya buku tulisan beliau yang penulis yakin hanya sebuah sahaja yang menyentuh tentang cabang seni itu yang diterbitkan sebuah penerbitan swasta ternama di Kuala Lumpur (yang mungkin hasil kajian ilmiahnya dahulu) yang entah di kedai mana ada dijual kini atau tersimpan di stor lelong kerana telah diterbitkan pada abad yang lalu.

Yang amat memeranjat ialah apabila ada 'peserta' bertanya tetapi dijawabnya:
“Anda dah baca buku saya? Tak payah saya jawab. Awak baca buku saya. Baca!” katanya sambil menempelak dengan berbagai-bagai cemuhan memalukan (tidak perlu penulis sebutkan) peserta yang bertanya.

Justeru, apakah ini sifat seorang cendekiawan dan akhlak seorang profesor? Sepatutnya dijawab dengan penuh santun, beradab dan berbudaya.

Kini barulah penulis percaya sememangnya wujud profesor kangkung yang hanya riak, angkuh dan berlagak tin kosong dengan satu atau dua buah bukunya yang diusung ke hulu ke hilir, mendabik dada tetapi tidak mencerminkan mahaguru yang dihormati.

Kepada mana-mana profesor (termasuk profesor madya yang bakal menjawat profesor) ingatlah itu cuma jawatan anda sahaja sebelum anda bersara wajib di IPT.
Ingatlah tidak semudah itu anda boleh digelar profesor selepas bersara (dengan meraih gelaran Profesor Emiritus atau Prof DiRaja) sekiranya akhlak anda tidak menghormati tradisi dan budaya ilmu.

Usahlah fikir sekiranya anda berada di sisi orang politik yang berkuasa dan punya kabel ampuh maka anda lupa diri, lupa daratan. Hidup umpama roda. Contohi para ilmuan tempatan seperti Prof. Emiritus Dr Awang Had Salleh, Prof. Emiritus Dr Abdullah Hassan, Prof. Emiritus Dr Nik Safiah Karim, Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan lain-lain yang tetap kekal berbudi luhur dan bersantun tutur bicaranya dan kekal kaya sejarah pengalamannya.
(sumber: malaysiakini,09 Ferbruari 2011)

Penulis ialah presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia

09 Februari 2011

BARU MATI, MENUNGGU MATI & BELUM MATI

 GENDANG pilihan raya kecil (PRK) di  DUN  N05 Tenang, Labis Johor baru selesai berlalu. Yang menang dituntut melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat. Cakap-cakap dan omong kosong akan dinilai rakyat dari masa ke masa.Yang tewas, bukan bererti perjuangan telah berkubur.

Kemudian  terbaru  dikebumikan pada Jumaat, 21 Januari 2011 ADUN Merlimau Melaka . Dan kelak bakal juga  menyaksikan  DUN Merlimau menghadapi PRK. Dan  apabila Speaker DUN Selangor pula mengumumkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Selangor kosong  dan  kemungkinan suatu PRK akan diadakan juga. Namun sehingga kini masih menjadi teka-teki politik.

Kekosongan DUN Pelabuhan Klang bukan kerana wakil rakyatnya meninggal dunia tetapi kerana dikatakan tidak hadir ke persidangan DUN beberapa kali. lni menyebabkan dengan kuasa Speaker DUN mengistiharkan kerusi Pelabuhan Klang juga kosong. Dan begitulah senario politik!

Sehubungan ini kita akan menyaksikan beberapa peruntukan dan bajet pembangunan mengejut akan mencurah-curah datang; terutamanya fenomena mahu menambat hati pengundi-pengundi bukan Melayu, pengundi-pengundi atas pagar dan pengundi-pengundi yang pandai bermain silap mata.

Ekoran itu, dum-dum-dam macam-macam janji ditaburkan, macam-macam projek diberikan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Alahai hinggakan dilaporkan ada janji mahu mengistiharkan cuti umum Thaipusam sekiranya BN dapat merampas negeri Kedah semula.  Masya-Allah, besarnya janji yang boleh memudaratkan diri kembali.

Namun adakah janji diberikan untuk kesejahteraan rakyat yang menghadapi beban kenaikan harga barangan? Adakah janji diberikan untuk ribuan  graduan menganggur mengisi peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta? Dan adakah janji diberikan untuk membela nasib anak-anak Melayu/lslam dan bumiputera selaras dengan hak-hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan?

Dalam sibuk-sibuk projek ditaburkan dan tender-tender mula dirangka, pernahkah para pemimpin Melayu /lslam Bumiputera memikirkan sejenak betapa anak-anak pribumi  di menara ganding terpaksa mengikat perut kerana wang pinjaman PTPTN terpaksa ditolak dengan bayaran yuran dan sewa asrama IPT yang mahal sekarang?

Apakah ini kesan dasar penswastaan yang menolak kebajikan rakyat? Ketahuilah bahawa dengan wang pinjaman PTPTN yang berbaki kecil itulah  digunakan oleh para pelajar yang tidak berkemampuan  untuk perbelanjaan makan minum dan buku-buku yang tidak mencukupi.

Apalah salahnya memberi biasiswa kepada semua pelajar  bumiputera IPTA dengan beberapa syarat sebagai dorongan motivasi kerana kejayaan mereka mengangkat maruah agama dan bangsa. Pada mulanya ramai antara kita tidak percaya akan keluhan para pelajar di IPT sekarang dan menuduh mereka tidak mahu berdikari.

Tetapi apabila penulis sendiri  meneliti bayaran-bayaran caj yang dikenakan oleh lPT sekarang barulah penulis  akur akan penderitaan mereka. Harapan mereka  walau tanpa biasiswa pun, paling kurang jika bayaran asrama dihapuskan atau diminimumkan  cajnya sudah memadai. Ketahuilah  anak-anak bumiputera bakal dikelilingi beban hutang dan tekanan hidup pada masa mendatang. Bahkan mereka juga menghadapi pelbagai cabaran kehidupan era ICT ini sama ada yang terpaksa diterima atau ditolak.

lnilah salah satu bahagian episod kehidupan yang tidak pernah pun disentuh dalam PRK! ltu belum lagi masalah-masalah keruntuhan akhlak anak-anak remaja Melayu-lslam .Apakah ini kerana para pemimpin kini  terlalu banyak politiking?

Hubaya hubaya hubaya...pilihan raya kecil seringkali berlaku.Apakah ikhtibar menjadi peringatan kepada kita? Sebenarnya banyak masalah besar lagi di hadapan kehidupan kita!

07 Februari 2011

TAMATNYA SOKONGAN MELAYU KEPADA PEMIMPIN INDIA

Lebih 100 NGO yang bergabung dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM) berikrar tidak akan lagi sesekali memberikan sokongan kepada pemimpin India daripada pelbagai parti dalam mana-mana mana pilihan raya selepas ini.

Ini kerana, gabungan itu berpendapat, pemimpin dan aktivis kaum India telah memutarbelit dan berjaya mempengaruhi kerajaan untuk tunduk kepada ugutan dan tekanan dalam menangani isu novel kontroversi Interlok.

"Langkah kami yang pertama dalam usaha ini ialah menyebarkan gerakan bahawa orang Melayu tidak akan sekali-kali memberikan apa jua sokongan kepada mana-mana pemimpin India, baik dalam BN mahupun pembangkang, bermula dari mana-mana pilihan raya akan datang," demikian ikrar itu, seperti dipetik daripada memorandum mereka kepada Perdana Menteri Najib Razak semalam.

Semalam, MPM dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) menyerahkan dua memorandum berasingan pada tangan Najib sendiri di ibu negara bagi membantah tindakan kerajaan mahu meminda novel Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain selepas didesak berterusan pemimpin MIC dan NGO India.

Antara yang hadir semalam Presiden PENA Mohamad Saleeh Rahamad dan dua ahli jawatankuasa pemandu MPM Datuk Kamaruddin Kachar dan Datuk Seri Helmi Ismail.

Dalam memorandum itu, gabungan 138 NGO - sebilangan besarnya kelompok karyawan, cendekiawan, aktivis, usahawan, pelajar dan pendidik Melayu - itu juga berpendapat, akibat desakan demi desakan, kerajaan kini berjaya dipengaruhi untuk tunduk kepada ugutan dan tekanan yang diberikan.

"Dengan penjelasan ini ia akan menampakkan betapa lemahnya kerajaan yang terlalu berkerompomi dengan mereka ini sehingga sanggup mengenepikan apa jua analisis rasional yang dihasilkan bagi menangkis ugutan dan tuntutan mereka itu," memorandum tujuh halaman itu dipetik.

Bagaimanapun, gabungan itu menegaskan, tindakan mereka bukan bermakna mahu menimbulkan sentimen hasutan untuk membenci kaum india tetapi bagi menyatakan kekesalan terhadap kelemahan kerajaan yang tunduk dengan mudah kepada ugutan dan tekanan.

Malah, tiada sebarang tindakan diambil terhadap kumpulan yang membakar novel Interlok dan gambar poster penulis novel berkenaan - yang dianggap berbaur hasutan - juga dikesalkan, menurut memorandum itu.

Sementara itu, Mohamad Saleeh pula dilporkan berkata, permintaan mereka perlu difahami sebagai "suara Melayu keseluruhannya" dan tidak sama sekali berniat jahat atau menggugat kerajaan. 

“Kami hanya menjaga kepentingan dan maruah Melayu sebagai pemilik ketuanan dan negara dan tanah air kami,” katanya dalam memorandum itu, seperti dilaporkanBerita Harian hari ini .(sumber: Malaysiakini,6/02/11).

TB ucapkan syabas kepada semua NGO yang TB sedia maklum ada yang bergerak di barisan hadapan dan ada yang bertindak dengan strategik di belakang tabir.Apa yang penting kerjasama semua pihak bersatu hati dengan satu matlamat tanpa mementingkan perbezaan pandangan dan fahaman.Tidak kira NGO mana yang mengepalai tetapi sikap bekerjasama dan saling berhubungan antara satu sama lain adalah penting.

Resepi inilah yang menjadi tunjang kejayaan apabila gerakan memansuhkan PPSMI dengan menamakan satu gerakan GMP yang akhirnya menjadi kenyataan dan menggemparkan seluruh negara.Justeru TB berharap semua NGO usahlah berpecah dan janganlah mana-mana NGO atau individu yang cuba mengambil kesempaatan menonjolkan diri untuk kepentingan peribadi sendiri.Bergabung di bawah satu payung atas nama Majlis Perundingan Melayu adalah satu langkah yang baik.Apatah lagi jika MPM bersikap neutral dan berkecuali daripada mana-mana elemen kepartian.

Apa yang penting fokus MPM ialah perjuangan untuk lslam dan Melayu.Semoga mulai hari ini dan pada masa-masa akan datang MPM menjadi badan rujukan dan tindakan antara pihak kerajaan dengan NGO Melayu. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh!

06 Februari 2011

NAJIB: PROGRAM ZIARAH MASJID KAMPUNG BAHARU,KUALA LUMPUR

PERDANA Menteri Dato'Seri Mohd Najib Abd Razak bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik telah memulakan program ziarah masjid ke Masjid Jamek Kampung Baharu pada jam 3.30 petang 5 Februari 2011 yang mana sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Di samping merasmikan pelancaran penubuhan Kelab Belia Satu Masjid Satu Malaysia, beliau juga telah mengumumkan peruntukan RM20juta bagi menaiktarafkan masjid tersebut.

Dalam ucapannya Najib meyakinkan penduduk Kampung Baharu tentang pelan pembangunan ekonomi untuk penduduk kampung tersebut.Kampung Baharu merupakan satu-satunya kampung tradisi Melayu yang berada di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur.

Persoalannya ialah rata-rata penduduk masih kabur rupa bentuk kerjasama dan pelan pembangunan tersebut. Adakah nasib wajah dan penduduk Kampung Baharu seperti penduduk kampung tradisi Melayu di Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pandan, Kampung Datuk Keramat,Kampung Kerinci yang kini penduduknya tinggal di rumah-rumah pangsa pencakar langit atau apartmen.Dan tidak secara langsung menghilangkan wajah  ketradisiannya.Apakah nilai-nilai ini yang kita mahukan?Atau apakah yang kita mahu pada masa akan datang anak cucu mereka akhirnya akan menjual harta pesaka nenek moyang mereka kepada kaum asing kerana kononnya mahu melonjakkan nilai ekonomi kawasan petempatan mereka?

Dan apakah wajah Kampung Melayu Geylang Serai Singapura mahu ditransformasikan di Kampung Baharu Kuala Lumpur? Bagi TB penduduk faham erti pembangunan.Tetapi tidak salah andainya mereka bimbang dan gusar tentang banyak kemungkinan yang akan terjadi. Namun apa kata jika kerajaan menggazetkan tanah di Kampung Baharu sebagai TANAH REZAB MELAYU selama-lamanya bagi menjamin Kampung Baharu Kuala Lumpur hanya milik orang Melayu selama-lamanya juga. Kita tidak mahu nasib Kampung Baharu sama seperti nasib Jalan Melayu Kuala Lumpur yang tidak siapa pun peduli sejarah dan kewujudannya!. (Semua foto liputan  adalah rakaman  TB).

05 Februari 2011

NAJIB: SURAT TERBUKA UNTUK PM

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. 
Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting.  Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. 
Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

(sumber: Muhammad Muizzuddin Bin Zaini, Hdaily)

TB:  Tulisan di atas adalah pandangan dan pendapat penulis.  Segala isi keseluruhan Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

TB:  Tulisan di atas adalah pandangan dan pendapat penulis.  Segala isi penulisan tersebut tidak ada kaitan dengan TB dan blog Tiub Bocor.
 penulisan tersebut tidak ada kaitan dengan TB dan blog Tiub Bocor.

04 Februari 2011

JAWAPAN ANAK MUDA KEPADA TUN DR. M

JAWAPAN ANAK MUDA KEPADA TUN DR. M

Tun Dr M yang dihormati,
Kami adalah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M. Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya. Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kita pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kita tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua.
Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Tok Guru Nik Aziz. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru. Usia kita jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun. Namun  kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti.
Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca , luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman.
Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam. Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan? Ada angin, ada pokoknya.  Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan kesemua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama.
Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ianya tidak lengkap. Kita sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya. Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada 'missing piece of jigsaw puzzle'.
Rupa-rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya. Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'. Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau.
Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini? Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini?  Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara? Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja anak-anak Tun dan San Miguel, apa cerita? Katanya 'nilai-nilai Islam', 'negara Islam', 'Islam Hadari', tapi kami musykil dan keliru kerana bunyinya serba tidak kena.
Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya,  secara tiba-tiba dilantik  dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional? Sewaktu berlakunya Tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu? Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita. Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara? Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun.
Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini. Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Dato' Najib dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan UMNO yang semakin rapuh. Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'. Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia. Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh.
Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara. Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru. Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau. Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang  kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.
Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua. Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.
Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.
Yang benar,
Anak Muda

ernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang  kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.
Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua. Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.
Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.
Yang benar,
Anak Muda

TB: Apa komen pembaca?

MINTA TANAH KUBUR CINA DITAMBAH DI JOHOR

........MASYARAKAT Cina di Johor Baharu dijangka menghadapi kekurangan kawasan jirat dalam tempoh lima tahun lagi berikutan pertambahan penduduk tempatan dan migrasi penduduk dari negeri lain. Katanya, kebanyakan tanah jirat milik persatuan Tiong Hua yang dibuka sejak 1960-an di daerah Johor Baharu sudah hampir habis digunakan.

"Oleh itu kita berharap agar kerajaan negeri dapat memperuntukkan kawasan tanah seluas 40 hektar bagi tanah perkuburan baru masyarakat Tiong Hua di sini," katanya. Lim berkata, antara kawasan yang dilihat sesuai untuk tujuan tersebut ialah di Ulu Tiram ataupun di Kulaijaya. - (sumber UM, 04 Februari 2011)

Sepanjang pengetahuan dan pengalaman TB yang telah mengembara segenap pelosok tanah air dari Sabah hingga ke Perlis, TB seringkali temui tanah-tanah jirat kaum Cina yang gah  di merata-rata tempat termasuk binaan dan kawasan setiap jirat.Situasi ini tidak TB temui apabila TB mengembara  baru-baru ini ke seloroh pelosok Singapura ,Brunei dan lndonesia.Bukan setakat kawasan jirat yang strategik dan bernilai komersial  bahkan ada kawasan jirat yang menjalankan urus niaga yang boleh mendatangkan keuntungan jutaan ringgit seperti di Taman Peringatan Jirat Nilai ,Negeri Sembilan dan Rawang di Selangor.Apa sudah jadi?lnilah kenyataannya...kita tidak memikirkan mereka yang hidup termasuk anak generasi kemudian khususnya bumiputera yang kini daif untuk mendirikan tapak kediaman rumah kerana ketiadaan tanah.Bagi Persatuan Tionghua Johor Bharu yang memohon 40 hektar tanah agak keterlaluan atau tidak, TB serahkan kepada pembaca budiman memikirkannya.Adakah wajar? Setahu TB di negeri Johor di merata-merata setiap daerah kita boleh temui tanah jirat Cina di tepi-tepi jalan raya persekutuan dan negeri.Kawasan jirat yang ada juga didapati luas dan strategik.lni berbeza, dengan tanah-tanah perkuburan lslam yang kita dapati masih statik sejak dahulu.Adakah orang-orang Melayu/lslam di negeri Johor tidak mati-mati?Atau yang paling nyata, adakah kubur-kubur orang lslam/Melayu tidak bernesan atau bertanda? Maka sebab itu ada yang kita temui tanah perkuburan kian mengecil?Kita tidak mahulah isu permohonan tanah jirat ini adalah satu strategi dengan cara mudah memohon tanah kurnia daripada kerajaan.Dan yang amat menyedihkan dalam masa yang sama penduduk negeri berkenaan yang masih hidup, merempat dan terbiar kerana mengharapkan tanah yang sekangkang kera tetapi tidak kunjung tiba!

03 Februari 2011

GONG XI FA CAI- KONG HEE FATT COY!

KEPADA seluruh rakyat Malaysia keturunan tionghua diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai. Kepada sahabat-sahabat lama Loke, Chew di Segamat, Kuan di Muar, Poh dan Chong di Sungai Mati, Muar serta Lim Chong Hai (Ah Tee), Lim Kim Pei (Kimpoi), Ee Hong di Serom 2 Hilir tidak lupa TB ucapkan selamat bergembira. TBC bersama kenangan semasa kecil semasa menyambut tahun baru cina masih terasa.Lagu-lagu sambutan perayaan tersebut yang TB hafal dan nyanyikan semasa zaman kanak-kanak dan awal remaja  tetap menjadi ingatan. Sesungguhnya semangat satu Malaysia telah lama kita bina sejak dahulu. Semoga anda kini yang telah mempunyai keluarga sendiri termasuk anak cucu akan terus bersama-sama memupuk semangat 'di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung'.
KONG HEE FAT COY!!!

02 Februari 2011

USAH PERALATKAN ANAK YATIM

APABILA media massa melaporkan mengenai anak-anak yatim yang diperalatkan untuk mencari dana dengan cara berniaga secara langsung di khalayak ramai, rata-rata masyarakat terkejut.

Kita sering bertemu dengan kanak-kanak yang memberikan ucapan salam di pintu hadapan bank, meja makan di restoran atau gerai atau di mana-mana tempat tumpuan awam. Dengan senyum syukur kita membalas (bagi umat lslam) semula ucapan tersebut dengan senyum dan berlapang dada.

Namun jika saban waktu kanak-kanak yang sama, situasi yang sama, dengan berkopiah atau bersongkok ataupun berkain pelikat ataupun berbaju kurung dengan tabung tertulis derma untuk maahad tahfiz, surau, masjid, sekolah rendah agama atau apa jua yang berunsur agama, bagaimanakah kedudukannya? Ikhlas atau tidak derma kita hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Tidak dinafikan kita seringkali bertemu orang yang sama, atau hanya bertukar orang dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan berganti tahun di hadapan pintu masuk bank, di stesen minyak dan sebagainya. Maka kita mulai curiga ataupun ada invidivu yang menganggap bahawa ini satu profesion yang mudah, senang, ringkas dan lumayan.

Apakah ini tidak disedari oleh mana-mana pegawai yang berkaitan seperti baitulmal, pusat zakat, Jabatan lmigresen, penguat kuasa perbandaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat? Tidakkah mereka cuba membuat intipan atau penyiasatan?
Justeru usaha beberapa jabatan di Negeri Sembilan bergabung tenaga baru-baru ini membuat serbuan dan tangkapan terhadap pihak yang memperalatkan anak-anak yatim ini wajar dipuji.

Adalah wajar dibuat siasatan terperinci kemungkinan ada sindiket yang menjadikan modus operandi ini sebagai taktik meraih keuntungan. Tidak sesiapapun mahu bertanya benar atau palsu. Bayangkan terdapat juga pemungut derma yang sanggup menunggu tabung sepanjang hari yang bagaikan tanpa menghirau makan, minum dan sara dirinya. Dari sumber manakah makan minumnya diperoleh?

Begitu juga modus operandi yang menggunakan kanak-kanak atau remaja lelaki dan perempuan atas nama anak-anak yatim yang berkeliaran di stesen-stesen minyak. Kononnya kita bersimpati dan prihatin tetapi sebenarnya kita telah menggalakkan kegiatan tidak bermoral menjatuhkan maruah umat lslam, penipuan dan eksploitasi!
Situasi ini termasuk juga menggunakan orang-orang kurang upaya (misalnya buta dan cacat anggota) meminta sedekah, menjual tisu. Tetapi tidak siapapun antara kita yang tahu apa yang terjadi di belakang tabir.

Seandainya kita bermurah hati dan ada sedikit lebihan rezeki apa kata kita terus masukkan di mana-mana tabung masjid atau rumah Allah. ltu jalan terbaik bagi mengelakkan pengemis moden kian berkeliaran dan berleluasa.
(Sumber: Utusan Malaysia, 02.02.2011)

FACEBOOK: BAHAGIA DAN BAHAYA

TERIMALAH hakikat bahawa ranking masyarakat kita membuka akaun, melayari dan apa jua istilah laman sosial dalam alam maya seperti Facebook, Twitter, Myspace, Finder dan sebagainya antara yang tertinggi di dunia. Namun isunya apakah yang terjadi dengan teknologi Internet seperti Facebook?

Bukalah laman web Internet dan klik Facebook nama si polan bin/binti si polan dengan mudah kita dapat membelek foto manis, foto tampan, foto samaran atau apa jua kemungkinan yang boleh dieksploitasikan untuk tatapan awam bagai papan tanda di Bursa Saham! Tidak kira isteri orang, jejaka perasan, don juan, kasanova, pemimpin politik yang berkarisma dan apa jua jenis manusia yang mana yang membezakan mereka hanyalah nawaitu masing-masing. lronisnya ada isu fitnah, gosip dan tohmahan pula yang dipaparkan!

Justeru berlakulah seperti laporan konflik politik, pergeseran kaum, pergolakan rumah tangga dek keberanian dan keberahian yang tidak dapat dikawal.

Dan di sebalik tabir menerusi laman sosial seperti ini apabila hubungan dilayani kian bertambah intim dalam kes pasangan suami isteri maka kian parahlah hubungan kekeluargaan.

Si wanita meraih simpati, si lelaki pendengar/pelayan/pelayar yang empati maka hanya tembok malu sebagai benteng terakhir sama ada bertahan atau kecundang jua akhirnya.
Yang mendukacitakan lagi, cuba jengok-jengoklah pejabat kerajaan, baik di Putrajaya atau di mana jua, staf yang senior mahupun yang junior khususnya anak-anak muda begitu tekun dan asyik menghadapi papan monitor; seolah-olah menumpukan tugasan rasmi.

Ketua-ketua jabatan dari peringkat KSN, KSU, KP, TKSU, TKP dan seterusnya ke bawah akar umbi rajin-rajinlah cuba jengok dan pantau.

Jangan anggap bahawa anda generasi lama boleh dikelentong dengan silap mata ICT. Bukanlah mustahil asyik melayani dan chatting menyebabkan sepatutnya surat rasmi yang disiapkan dalam masa satu jam bertukar menjadi satu bulan. Bahkan ada yang ditunda tarikh ke belakang hampir sebulan.

Kepada mereka yang leka gila dengan pembaziran masa cuba hitung masa yang anda bazirkan dalam sehari seminggu atau sebulan semata-mata untuk bersembang-sembang kosong. Lihatlah mereka yang maju seperti anak-anak muda keturunan Cina, mereka terus berniaga dan bekerja gigih secara terus menerus menghargai masa ketika lapang pada usia muda.

Tanyalah diri kita sendiri; berapakah buah buku yang kita berjaya habis baca dalam seminggu atau bulan ini? Sudahkah kita membelai suami/isteri/anak-anak kita dengan bisikan kata-kata romantis pada hari ini; pagi, petang atau malam ini?
Sudahkah kita menyiapkan tugasan rasmi di pejabat? Kunci ada di tangan kita maka kitalah yang sendiri mahu membuka atau mengunci minda kita, terserahlah.

(Sumber:UM, 02 Februari 2011)

01 Februari 2011

NAJIB OH NAJIB

PM Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor kini berada di luar negara,khabarnya di Abu Dhabi dengan misi ekonominya. Biarlah beliau dengan urusan rasminya yang mungkin telah dirancang awal. Apapun yang yang penting apa yang dilakukan memberikan  natijah kebajikan,kesejahteraan dan kesenangan kepada rakyat. Walaupun kebangkitan rakyat telah dan mula berbangkit di Tunisia dan Mesir, mudah-mudahan Najib Razak memperoleh banyak hidayah daripada Allah SWT.

Walaupun kerusi DUN Tenang N05 dimenangi BN bukanlah bermakna sewenang-wenangnya selepas kemenangannya,semalam harga petrol gred 97 dalam senyap-senyap naik 10sen lagi.Walaupun menang, bukanlah banjir yang sedang melanda khususnya di Johor dan Melaka dipandang sebelah mata. Walaupun BN atau PR menang sekalipun  bukanlah bermakna kerana anggapan silap dek undi kaum lndia maka novel lnterlok boleh dicincang sesuka hati.Rakyat kini bukan seperti dahulu.Mereka kini mula celik mata dahagakan kebajikan yang bukan slogan atas nama pembangunan sahaja.

Apapun Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan. Bagi TB, Kuala Lumpur yang TB diami sejak 1975 banyak memberi seribu satu warna dan rona dalam kehidupan ini.
Salam sejahtera!