BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.

23 Jun 2011
22 Jun 2011
DAP MASIH ADA AHLI YANG BODOHKAH?
Dewan Pemuda PAS kesal dengan sikap beberapa ADUN Sarawak dari DAP yang tidak memakai pakaian rasmi untuk majlis perasmian sidang dewan undangan negeri Isnin lalu dengan alasan pemakaian songkok adalah bercirikan Islam.
“Kami merasakan perbuatan tersebut tidak mencerminkan kekitaan yang terdapat di dalam perlembagaan negara yang menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun perkara ini berlaku di Sarawak, kami amat kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah sokongan rakyat terutama bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat selama ini.
“Kami dengan ini mendesak agar majlis tertinggi Pakatan agar memberikan pemahaman terhadap ADUN tersebut agar tindakan ini tidak akan berulang lagi,” kata naib ketua, Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.
Berita Harian pada halaman utamanya hari ini memaparkan gambar ketua pembangkang Sarawak Wong Ho Leng yang mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat kerana mendakwa ia bercirikan Islam.
Dalam penerangan gambar itu, menurut akhbar milik Umno tersebut tindakan DAP dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat Sarawak sedangkan empat lagi ADUN PKR dan Bebas memakainya.
“Kami merasakan perbuatan tersebut tidak mencerminkan kekitaan yang terdapat di dalam perlembagaan negara yang menghormati antara satu sama lain.

“Kami dengan ini mendesak agar majlis tertinggi Pakatan agar memberikan pemahaman terhadap ADUN tersebut agar tindakan ini tidak akan berulang lagi,” kata naib ketua, Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.
Berita Harian pada halaman utamanya hari ini memaparkan gambar ketua pembangkang Sarawak Wong Ho Leng yang mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat kerana mendakwa ia bercirikan Islam.
Dalam penerangan gambar itu, menurut akhbar milik Umno tersebut tindakan DAP dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat Sarawak sedangkan empat lagi ADUN PKR dan Bebas memakainya.
Enggan bazir wang rakyat
Sebelum ini, Wong dalam penjelasannya kepada akhbar bahasa Inggeris New Straits Times berkata rasional beliau dan ADUN DAP memilih memakai sut hitam adalah kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.
Katanya, pakaian rasmi lengkap dengan songkok bagi setiap ADUN berharga antara RM2,000 hingga RM4,000.
"Pada sesi dewan yang lalu, speaker memutuskan bahawa tidak wajib bagi memakai pakaian rasmi, asalkan kami memakai sut hitam, jadi kami memutuskan untuk datang seperti apa yang kami lakukan sebelum ini,” kata Wong (kiri) dipetik akhbar itu.
Bagi Raja Ahmad, PAS melihat kegagalan ADUN berkenaan menyarungkan songkok dan berbaju rasmi persidangan adalah kerana gagalnya Umno dan BN dalam mendidik rakyat bagi memahami budaya adat resam orang Melayu dan agama Islam di negara ini.
“Orang bukan Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsirkan oleh orang bukan Islam.
“Umno sendiri menghalang perlaksanaan hukum Islam dari dilaksanakan dan Umno sendiri tidak 'mesra' terhadap hukum-hakam Islam sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu. Begitu juga isu songkok yang dianggap sebagai elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya (Umno),” katanya.
Menurut Raja Ahmad, beliau berharap semua lapisan masyarakat dapat bersama dalam menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri seluruh negara yang mana ia telah disepakati bersama sejak dahulu.(sumber:MK,22/6/11)

CUEPACS : JPA BERTEMU
JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) sedia berbincang dengan CUEPACS sebelum mengeluarkan surat pekeliling berhubung pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.
Bagaimanapun, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, setakat ini enggan mengulas mengenai lima tuntutan baru yang dikemukakan CUEPACS sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu.
“Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan pada Januari lalu adalah berasaskan peperiksaan, tetapi PROSPEK tidak ada peperiksaan, sebaliknya garis panduan.
“Sehubungan itu, JPA memperkenalkannya kepada kementerian dan agensi kerajaan untuk mereka membentuk suatu penilaian berasaskan PROSPEK bersesuaian dengan keperluan skim perkhidmatan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Akhbar semalam melaporkan CUEPACS yang baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan JPA mengenai PROSPEK bagi menggantikan PTK berkuat kuasa 1 Julai depan, mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu.
Tuntutan utama supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK.
Dua tuntutan lagi adalah penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai CUEPCAS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan juga isu berkaitan, serta memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan. (sumber: Bharian, 22/6/11)
21 Jun 2011
PERKAMA: ANJUR " FIRST PERKAMA INTERNATIONAL COUNSELING CONVENTION '" DI KUALA LUMPUR 22-23 JUN 2011
BERSESUAIAN dengan objektif penubuhan persatuan, PERKAMA dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan 1st PERKAMA International Counseling Convention. Konvensyen tersebut penting kepada kaunselor/helpers/pembimbing rakan sekerja memandangkan cabaran semasa yang dihadapi agak sukar dan mencabar terutamanya dari segi kompentesi profesion.Konvensyen tersebut diadakan seperti berikut:
Tarikh: 22-23 Jun 2011 (Rabu-Khamis)
Masa: 8.30pagi-5.00 ptg
Tempat: Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
TB ucapkan tahniah kepada PERKAMA. Kepada Dr Nordin Kardi, janganlah anak kecil asyik menangis bermain api sahaja. Kita bangunkan semangat anak bangsa dengan apa cara sekalipun ataupun dengan cara kita masing-masing asalkan matlamatnya ke arah yang sama demi kebaikan agama, bangsa dan negara!

GURU : BENARKAH INSENTIF PEMBAKAR SEMANGAT GURU?
SEMPENA Hari Guru ke-40, Perdana Menteri telah mengumumkan insentif untuk para guru namu tidak menyeluruh untuk semua kategori.
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia telah meminta satu kajian semula dibuat oleh Kementerian Pelajaran kerana telah meminggirkan warga pendidik sekolah rendah.
NUTP berhasrat untuk berjumpa PM bagi membincangkan berkenaan insentif dan tuntutan lain yang tidak diluluskan dan dilaksanakan.
Selain kurang insentif untuk warga sekolah rendah, warga pendidik yang memegang sijil Ijazah Tinggi juga tidak diberikan insentif. PM sepatutnya menimbang untuk memberikan satu atau dua kenaikan gaji bagi pemegang ijazah tinggi. Kenaikan ini perlu untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran dan menambahkan ilmu. Bukan semua guru sanggup buat MA ataupun PhD kerana melibatkan masa dan kewangan yang besar.
Insentif untuk mereka adalah sangat sesuai kerana sekolah adalah institusi yang paling hampir dengan universiti yang mempunyai skim khas (DS) yang menggunapakai ijazah lanjutan.
Satu atau dua kenaikan kepada guru yang telah berkorban untuk belajar adalah sangat wajar tambahan lagi golongan ini hanya mewakili sebahagian kecil pendidik.(sumber:Ibnu Thaqif, 21/6/11)

CUEPACS : PROSPEK (PROGRAM BERSEPADU PEMBANGUNAN KOMPETENSI)
TINDAKAN CUEPACS mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi kakitangan awam boleh disifatkan sebagai ugutan, walaupun ada pihak menganggapnya sebagai wajar. Kita percaya, ada di kalangan penjawat awam sendiri yang tidak bersetuju cara Presidennya, Datuk Omar Osman, yang seolah-olah mengambil kesempatan mengemukakan tuntutan pada ketika kerajaan berusaha menjayakan satu kaedah terbaik menggantikan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kakitangan awam, yang dimansuhkan Januari lalu. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pastinya sudah membuat penelitian rapi bagi memastikan PROSPEK dilaksanakan dengan telus, cekap dan berkesan agar tidak ada lagi penjawat awam yang berasa teraniaya dengan penilaian yang dibuat. Menerusi PROSPEK, kaedah penilaian kakitangan awam tidak lagi berasaskan peperiksaan, sebaliknya ditentukan panel penilaian berwibawa dianggotai ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun bagi mengelak elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih. Sebagai tanda persetujuan, CUEPACS yang mewakili 1.2 juta penjawat awam di negara ini dan JPA menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 19 Mei lalu untuk melaksanakan sistem penilaian baru itu. Kita percaya kedua-dua pihak dapat melihat kebaikan yang diperoleh berbanding sistem penilaian sebelum ini. Agak mengejutkan, apabila CUEPACS meletakkan lima tuntutan baru, antaranya menuntut supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK, sebagai prasyarat melaksanakan PROSPEK.
Justeru, kita tidak mahu melihat tuntutan CUEPACS itu sebagai satu ugutan terhadap kerajaan kerana perlunya hubungan baik antara penjawat awam dengan kerajaan. Apa yang kita mahu CUEPACS berbincang dengan JPA bagi memastikan tuntutan yang dikemukakan mereka sememangnya wajar dan dapat memberi manfaat kepada perkhidmatan awam. Kita percaya pada masa sama, JPA tentunya bersedia bertemu mereka untuk berbincang dan meneliti setiap perkara yang dituntut, seperti dinyatakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Kedua-dua pihak perlu melihat tuntutan ini sebagai usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kebajikan penjawat awam. Meskipun CUEPACS gagal dalam tuntutannya, mereka tidak sepatutnya kecewa atau terus mendesak sehingga mengeruhkan hubungan antara penjawat awam dan kerajaan sebagai majikan. Kita percaya JPA pastinya sedia membuat pertimbangan sewajarnya terhadap semua tuntutan itu berdasarkan peraturan sedia ada dan kemampuan kewangan kerajaan. Apa yang kita harapkan akan wujud situasi ‘menang-menang’ bagi kedua-dua pihak. Penjawat awam adalah nadi dalam urus tadbir dan pengurusan kerajaan. Oleh itu harus ada keikhlasan dan kesefahaman yang tinggi antara kakitangan awam dan kerajaan kerana mereka saling memerlukan. Jangan jadikan tuntutan baru Presiden CUEPACS itu sebagai halangan untuk melaksanakan PROSPEK, seperti yang direncanakan mulai 1 Julai ini.

PERHIMPUNAN BERSIH: BIARLAH TELUS
TARIKH 9 Julai 2011 mungkin akan menjadi tarikh keramat. Tarikh di mana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah Perlembagaan.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 julai ini. Tidak ketinggalan UMNO juga mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk ‘memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan turut serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang di katakan akan membawa gelombang berlawanan iaitu ‘anti BERSIH’.
Ada beberapa persoalan yang timbul di sini? Pertama siapa yang ingin memulakan kekecohan? Bagi saya pihak BERSIH sendiri sudah berjanji akan lakukan perhimpunan secara aman. Kenapa ada pihak yang mesti pilih masa yang sama iaitu 9 julai untuk berhimpun bagi memperkukuhkan system demokrasi ataupun anti kepada BERSIH bermakna tidak setuju dengan 6 tuntutan yang di sepakati oleh rakyat. Jika Perkasa benar-benar bencikan himpunan seperti ini atau mengangap ianya tidak wajar, kenapa pula Perkasa tidak lancarkan ‘anti UMNO’, sebab UMNO juga di khabarkan akan turut serta dalam himpunan aman tersebut dan kenapa pula mereka iaitu Perkasa juga ingin berhimpun?
Saya menghormati dan mendukung hak mana-mana pihak yang ingin berarak untuk berhimpun dengan aman, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata. Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.
Hak untuk berhimpun dengan aman adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil. BERSIH 2.0, UMNO mahupun Perkasa, mereka mempunyai hak yang sama rata untuk berhimpun dengan aman. Cuma yang menjadi persoalan kenapa ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan kekecohan. Adakah sengaja ingin mencari sebab untuk menangkap rakyat yang sertai BERSIH 2.0?
Umno mahupun Perkasa yakin bahawa bukan puluhan ribu rakyat akan turun berhimpun, tetapi ratusan ribu akan turun sertai BERSIH 2.0, oleh sebab itu berbagai usaha yang di lakukan untuk menakutkan rakyat dengan ugutan dan sebagainya. Perlu diingat seseorang itu mempunyai hak untuk mendesak permansuhan Akta Dalam Negeri (ISA), menyeru kebebasan badan kehakiman atau membantah ketidakadilan adalam sistem pilihan raya.
Pihak polis sepatutnya memainkan peranan yang sepatutnya. Tidak perlu membazirkan masa dan wang ringgit untuk menghalang perhimpunan yang akan berlaku. Tidak ada gunanya mengenakan sekatan jalan raya, menahan orang yang berbaju warna kuning dan mungkin memudahkan perjalanan orang berbaju merah sebagai contoh. Perta demokrasi tidak wajar dihalang. Peranan polis seharusnya memudahkan demonstrasi yang akan diadakan. Tidak perlu menembak cecair ataupun gas pemedih mata, kerana tindakan itu yang memulakan kekecohan. Tunggu dan lihat, pastikan semuanya aman, itu yang terbaik. Baik sepertimana yang dilakonkan dalam Gerak Khas.
Saya cukup yakin anak muda pasti akan turut bersama dengan rakyat, bagi saya anak muda mahupun rakyat bukan penakut yang hanya sembunyi di dalam rumah kerana bimbang dengan ugutan di tangkap dan sebagainya. Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya “ Najib nak batal BERSIH, boleh. Kalau esok kerajaan ambil keputusan jamin akan adakan pilihan raya bebas dan adil termasuk bersihkan senarai daftar pengundi, saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan”. Saya kira kenyataan ini cukup jelas tiada agenda tersembunyi sepertimana Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiong Lai nyatakan bahawa himpunan aman ini merupakan taktik kotor pihak pembangkang membangkitkan emosi rakyat supaya membenci kerajaan.
Sepatutnya UMNO, MCA dan Perkasa mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan bersumpah tetapi supaya berjanji untuk mengadakan Pilihan Raya Umum yang akan datang secara telus, bersih dan adil. Itu jalan yang terbaik bukannya turun menentang himpunan rakyat yang hanya akan menimbulkan kekecohan.(sumber:Hdaily,21/6/11)

SUAMI : CONTOHILAH SIFAT ROMANTIS RASULULLAH S.A.W
Sunnah Nabi Muhammad pererat hubungan pasangan
RASULULLAH SAW adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang tiada tandingan. Allah membimbing Baginda dengan didikan-Nya yang terbaik.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Surah al-Qalam, ayat 4)
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, baginda dipenuhi nilai kasih sayang dan romantis dengan isteri-isterinya. Namun, sunnah ini seakan dilupakan suami masa kini yang sering menggambarkan diri mereka pemegang kuasa keluarga, perlu sentiasa kelihatan bengis dan egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas rasa tawaduk dan romantisnya Baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Diceritakan, Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan Aisyah berkata: “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.”
Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir menunjukkan ia satu sunnah terutama selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa dibebani tugas, kita masih boleh mengambil sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Contohnya, menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti dilakukan Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehingga Nabi SAW berkata: “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” (Hadis Bukhari dan Muslim)
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan: “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian Baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri Baginda, Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dulu. Apabila waktu cuti hujung minggu atau malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukan sekadar tips dari seorang pakar motivasi tetapi sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya.
Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim: “Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Rasulullah juga membawa Aisyah makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika isterinya Aisyah tidak diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disaran suami menyuap makanan ke mulut isterinya. Seperti dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.”
Malangnya, romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya.
Tetapi jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ia dihalalkan. (sumber:Muhammad Asyraf, Bharian, 21/6/11)
HABUAN BAGI GURU KERJA LEBIH MASA
KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya guru yang terpaksa bekerja lebih masa hingga lewat petang bagi melatih murid antaranya guru sukan, diberi insentif atau bayaran tambahan bagi menaikkan semangat guru seterusnya menghasilkan pelajar lebih cemerlang.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya menyokong penuh sekiranya guru yang membuat kerja tambahan atau menjalankan pelbagai tugas termasuk mengajar lebih satu subjek diberi insentif bersesuaian dengan kerja keras mereka.
Beliau berkata, sekiranya guru mendapat bayaran bagi kerja tambahan yang dilakukan, ia bukan saja lebih adil bagi mereka malah guru akan lebih berkobar-kobar untuk mengajar selain akan memastikan isu paksaan bekerja lebih masa di sekolah tidak lagi timbul.
“Saya mencadangkan supaya insentif ini mendapat pengesahan daripada pengetua atau guru besar masing-masing serta dibayar mengikut jam,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, ada antara guru biarpun terpaksa melatih atau mendidik murid hingga lewat petang, mereka tetap perlu hadir awal pagi ke sekolah keesokannya seperti biasa dan ia tidak adil kepada mereka sekiranya dibayar sama dengan guru yang sering mengelak bekerja lebih masa dengan pelbagai alasan.
Katanya, sekiranya bayaran tambahan itu menjadi kenyataan, kemungkinan besar, guru sendiri akan berjumpa dengan pengetua atau guru besar masing-masing untuk meminta tugasan tambahan.
“Apa salahnya jika guru dibayar bagi kerja tambahan yang dilakukan mereka kerana ini insentif yang sangat baik. Ia bukan saja baik untuk guru tetapi untuk murid-murid juga,” katanya.
Dalam pada itu, NUTP turut berharap Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) yang bakal menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Julai, bakal memberi lebih banyak kebaikan kepada kakitangan awam, termasuk guru di seluruh negara berbanding sebelumnya.
Katanya, NUTP turut berharap semua kakitangan awam termasuk guru akan lebih berpuas hati dan gembira menjalankan tugas dengan ganjaran serta kelebihan yang diterima menerusi Prospek.
“Secara keseluruhannya, kita berharap Prospek dapat memberikan yang terbaik terhadap apa saja cadangan yang dikemukakan Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini,” katanya.
Semalam, akhbar melaporkan Cuepacs baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Prospek bagi menggantikan PTK bermula 1 Julai, dan mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu.(sumber:HM,21/6/11)

BRUNEI DARUSSALAM: KARNIVAL SEJARAH Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan melancarkan Kanival Sejarah 2011. SERIA, 6 Jun - Demi untuk mengukuhkan semangat berbangsa dan bernegara, peristiwa masa lalu negara bangsa perlu disebarluaskan kerana generasi muda perlu mengetahui dan mempunyai penghayatan sejarah kegemilangan bangsa serta liku-liku, jatuh bangun dan maju mundur yang dilalui oleh bangsa dan negara di dalam arus pembangunan sehingga kita mencapai kemerdekaan dan kedaulatan yang dinikmati masa kini. Selain meneroka, mencari, menyelidik dan mendokumentasi usaha menyebarluaskan dan menyerapkan perolehan penyelidikan sejarah Brunei itu perlu berterusan tanpa henti kerana sejarah itu sendiri sentiasa berkembang berdasarkan penemuan-penemuan dalam penyelidikan. Demikian tegas Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair Haji Abdullah ketika berucap selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan Majlis Karnival Sejarah 2011 yang berlangsung di Pusat Penemuan Minyak Dan Gas (OGDC) dekat sini hari ini. Yang Berhormat Pehin seterusnya menyeru supaya Pusat Sejarah akan terus berusaha mencari kaedah-kaedah baru sebagai pendekatan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan masyarakat. Selain itu beliau juga berharap supaya karnival sejarah seumpamanya akan dilakukan secara berterusan dan dilaratkan ke sekolah-sekolah serta ke kampung-kampung di seluruh negara. "Pendekatan yang digunakan untuk mengisi karnival juga perlu dicari supaya bersifat lebih kreatif, inovatif dan proaktif bagi memudahkannya 'menyerapi minda' setiap lapisan masyarakat di negara ini. Kita ingin melihat warga Brunei Darussalam celik sejarah bangsa dan negara, dan matlamat untuk merakyatkan sejarah itu dapat dicapai," katanya. Sehubungan itu, tambahnya lagi KBS dengan kerjasama Pusat Sejarah akan menganjurkan 'Pertandingan Penuturan-Analisa Sejarah' bagi belia dan penuntut sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Dalam peraduan itu nanti para peserta bukan sahaja mengungkap peristiwa sejarah tetapi juga menghuraikan signifikannya kepada pembangunan dan pengukuhan bangsa yang berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja. Karnival Sejarah 2011 yang bertema "Sayang Brunei" diadakan untuk memberigakan sejarah Brunei melalui pameran dan aktiviti antara lain bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan Raja, negara, bangsa dan agama (MIB) melalui pameran dan aktiviti sosiobudaya, ianya juga adalah bagi menanamkan minat orang ramai terhadap sejarah tanah air dalam menempuh arus globalisasi. Ia merupakan projek Pusat Sejarah yang julung-julung kalinya diadakan sebagai langkah membawa sejarah Brunei kepada masyarakat supaya mereka dapat bermesra dengannya. Enam aktiviti disusun sepanjang karnival ber-langsung, antaranya pameran oleh Pusat Sejarah Brunei, Syarikat Minyak Shell Brunei, dan penduduk-penduduk kampung Daerah Belait, seterusnya panggung sejarah, diskusi sejarah, kuiz, permainan tradisi Puak Belait, persembahan budaya Puak Belait, kaedah penyelidikan sejarah, pesta makanan tradisi Puak Belait dan gerai jualan buku-buku dan produk kampung. Ianya dibuka untuk kunjungan orang ramai selama tiga hari bermula hari ini, bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Sesuai dengan musim cuti sekolah penggal kedua orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung sambil membawa anak-anak mereka menyaksikan pelbagai pameran termasuklah panggung sejarah yang menayangkan filem-filem sejarah Brunei, legenda dan juga persembahan-persembahan kebudayaan. Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan melancarkan Kanival Sejarah 2011. SERIA, 6 Jun - Demi untuk mengukuhkan semangat berbangsa dan bernegara, peristiwa masa lalu negara bangsa perlu disebarluaskan kerana generasi muda perlu mengetahui dan mempunyai penghayatan sejarah kegemilangan bangsa serta liku-liku, jatuh bangun dan maju mundur yang dilalui oleh bangsa dan negara di dalam arus pembangunan sehingga kita mencapai kemerdekaan dan kedaulatan yang dinikmati masa kini. Selain meneroka, mencari, menyelidik dan mendokumentasi usaha menyebarluaskan dan menyerapkan perolehan penyelidikan sejarah Brunei itu perlu berterusan tanpa henti kerana sejarah itu sendiri sentiasa berkembang berdasarkan penemuan-penemuan dalam penyelidikan. Demikian tegas Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair Haji Abdullah ketika berucap selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan Majlis Karnival Sejarah 2011 yang berlangsung di Pusat Penemuan Minyak Dan Gas (OGDC) dekat sini hari ini. Yang Berhormat Pehin seterusnya menyeru supaya Pusat Sejarah akan terus berusaha mencari kaedah-kaedah baru sebagai pendekatan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan masyarakat. Selain itu beliau juga berharap supaya karnival sejarah seumpamanya akan dilakukan secara berterusan dan dilaratkan ke sekolah-sekolah serta ke kampung-kampung di seluruh negara. "Pendekatan yang digunakan untuk mengisi karnival juga perlu dicari supaya bersifat lebih kreatif, inovatif dan proaktif bagi memudahkannya 'menyerapi minda' setiap lapisan masyarakat di negara ini. Kita ingin melihat warga Brunei Darussalam celik sejarah bangsa dan negara, dan matlamat untuk merakyatkan sejarah itu dapat dicapai," katanya. Sehubungan itu, tambahnya lagi KBS dengan kerjasama Pusat Sejarah akan menganjurkan 'Pertandingan Penuturan-Analisa Sejarah' bagi belia dan penuntut sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Dalam peraduan itu nanti para peserta bukan sahaja mengungkap peristiwa sejarah tetapi juga menghuraikan signifikannya kepada pembangunan dan pengukuhan bangsa yang berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja. Karnival Sejarah 2011 yang bertema "Sayang Brunei" diadakan untuk memberigakan sejarah Brunei melalui pameran dan aktiviti antara lain bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan Raja, negara, bangsa dan agama (MIB) melalui pameran dan aktiviti sosiobudaya, ianya juga adalah bagi menanamkan minat orang ramai terhadap sejarah tanah air dalam menempuh arus globalisasi. Ia merupakan projek Pusat Sejarah yang julung-julung kalinya diadakan sebagai langkah membawa sejarah Brunei kepada masyarakat supaya mereka dapat bermesra dengannya. Enam aktiviti disusun sepanjang karnival ber-langsung, antaranya pameran oleh Pusat Sejarah Brunei, Syarikat Minyak Shell Brunei, dan penduduk-penduduk kampung Daerah Belait, seterusnya panggung sejarah, diskusi sejarah, kuiz, permainan tradisi Puak Belait, persembahan budaya Puak Belait, kaedah penyelidikan sejarah, pesta makanan tradisi Puak Belait dan gerai jualan buku-buku dan produk kampung. Ianya dibuka untuk kunjungan orang ramai selama tiga hari bermula hari ini, bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Sesuai dengan musim cuti sekolah penggal kedua orang ramai adalah
DEMI untuk mengukuhkan semangat berbangsa dan bernegara, peristiwa masa lalu negara bangsa perlu disebarluaskan kerana generasi muda perlu mengetahui dan mempunyai penghayatan sejarah kegemilangan bangsa serta liku-liku, jatuh bangun dan maju mundur yang dilalui oleh bangsa dan negara di dalam arus pembangunan sehingga kita mencapai kemerdekaan dan kedaulatan yang dinikmati masa kini.Selain meneroka, mencari, menyelidik dan mendokumentasi usaha menyebarluaskan dan menyerapkan perolehan penyelidikan sejarah Brunei itu perlu berterusan tanpa henti kerana sejarah itu sendiri sentiasa berkembang berdasarkan penemuan-penemuan dalam penyelidikan. Demikian tegas Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair Haji Abdullah ketika berucap selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan Majlis Karnival Sejarah 2011 yang berlangsung di Pusat Penemuan Minyak Dan Gas (OGDC) dekat sini hari ini. Yang Berhormat Pehin seterusnya menyeru supaya Pusat Sejarah akan terus berusaha mencari kaedah-kaedah baru sebagai pendekatan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan masyarakat. Selain itu beliau juga berharap supaya karnival sejarah seumpamanya akan dilakukan secara berterusan dan dilaratkan ke sekolah-sekolah serta ke kampung-kampung di seluruh negara. "Pendekatan yang digunakan untuk mengisi karnival juga perlu dicari supaya bersifat lebih kreatif, inovatif dan proaktif bagi memudahkannya 'menyerapi minda' setiap lapisan masyarakat di negara ini. Kita ingin melihat warga Brunei Darussalam celik sejarah bangsa dan negara, dan matlamat untuk merakyatkan sejarah itu dapat dicapai," katanya. Sehubungan itu, tambahnya lagi KBS dengan kerjasama Pusat Sejarah akan menganjurkan 'Pertandingan Penuturan-Analisa Sejarah' bagi belia dan penuntut sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Dalam peraduan itu nanti para peserta bukan sahaja mengungkap peristiwa sejarah tetapi juga menghuraikan signifikannya kepada pembangunan dan pengukuhan bangsa yang berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja. Karnival Sejarah 2011 yang bertema "Sayang Brunei" diadakan untuk memberigakan sejarah Brunei melalui pameran dan aktiviti antara lain bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan Raja, negara, bangsa dan agama (MIB) melalui pameran dan aktiviti sosiobudaya, ianya juga adalah bagi menanamkan minat orang ramai terhadap sejarah tanah air dalam menempuh arus globalisasi. Ia merupakan projek Pusat Sejarah yang julung-julung kalinya diadakan sebagai langkah membawa sejarah Brunei kepada masyarakat supaya mereka dapat bermesra dengannya. Enam aktiviti disusun sepanjang karnival ber-langsung, antaranya pameran oleh Pusat Sejarah Brunei, Syarikat Minyak Shell Brunei, dan penduduk-penduduk kampung Daerah Belait, seterusnya panggung sejarah, diskusi sejarah, kuiz, permainan tradisi Puak Belait, persembahan budaya Puak Belait, kaedah penyelidikan sejarah, pesta makanan tradisi Puak Belait dan gerai jualan buku-buku dan produk kampung. Ianya dibuka untuk kunjungan orang ramai selama tiga hari bermula hari ini, bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Sesuai dengan musim cuti sekolah penggal kedua orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung sambil membawa anak-anak mereka menyaksikan pelbagai pameran termasuklah panggung sejarah yang menayangkan filem-filem sejarah Brunei, legenda dan juga persembahan-persembahan kebudayaan. |
19 Jun 2011
BENARKAH KARTUN UTUSAN MEMPERSENDA ISLAM?

Kartun yang bertajuk 'Kekeliruan kes rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 15 Jun 2011 itu, dianggap banyak pihak sebagai menghina dan mempersenda Islam dan hukum hakamnya.
Namun, jika diamati perkara atau subjek yang dipersenda oleh kartun itu, timbul satu persoalan, benarkah kartun itu menghina Islam?
Subjek yang menjadi bahan persendaan kartun itu ialah 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi semasa membuat aduan bahawa seseorang merogolnya'. Kegagalan berbuat demikian, akan mengakibatkan aduannya tidak diterima walaupun disertakan bukti berbentuk rakaman.
Inilah subjek yang menjadi bahan persendaan kartun itu. Fokuskan pemikiran kepada subjek ini.
Persoalannya, benarkah 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi semasa membuat aduan seseorang merogolnya', adalah hukum Islam yang diturunkan Allah, seperti yang didakwa banyak pihak, sehingga orang yang mempersendakannya dianggap menghina Islam dan hukum hakamnya?
Hadis Nabi SAW berhubung perkara yang dipersenda oleh kartun itu, sangat jelas. Imam Tirmizi telah merekodkan di dalam Sunannya, satu hadis berkenaan satu kes rogol yang pernah berlaku pada zaman Nabi.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wail al-Kindi daripada ayahnya itu, diceritakan kisah seorang wanita dirogol semasa beliau dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat.
Wanita yang dirogol secara bersendirian itu telah bertindak memaklumkan kepada orang ramai yang ditemuinya bahawa seseorang telah merogolnya.
Bertindak di atas perkhabaran wanita malang itu, orang ramai telah berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada Nabi, setelah disahkan oleh mangsa sendiri bahawa suspek itulah orang yang telah merogolnya.
Penulis merupakan lulusan pengajian Islam dari Universiti Mu'tah, Jordan dan ulasan ini adalah pendapat perbadinya dan tidak ada kena mengena dengan Tiub Bocor.
Namun, jika diamati perkara atau subjek yang dipersenda oleh kartun itu, timbul satu persoalan, benarkah kartun itu menghina Islam?
Subjek yang menjadi bahan persendaan kartun itu ialah 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi semasa membuat aduan bahawa seseorang merogolnya'. Kegagalan berbuat demikian, akan mengakibatkan aduannya tidak diterima walaupun disertakan bukti berbentuk rakaman.
Inilah subjek yang menjadi bahan persendaan kartun itu. Fokuskan pemikiran kepada subjek ini.
Persoalannya, benarkah 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi semasa membuat aduan seseorang merogolnya', adalah hukum Islam yang diturunkan Allah, seperti yang didakwa banyak pihak, sehingga orang yang mempersendakannya dianggap menghina Islam dan hukum hakamnya?
Hadis Nabi SAW berhubung perkara yang dipersenda oleh kartun itu, sangat jelas. Imam Tirmizi telah merekodkan di dalam Sunannya, satu hadis berkenaan satu kes rogol yang pernah berlaku pada zaman Nabi.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wail al-Kindi daripada ayahnya itu, diceritakan kisah seorang wanita dirogol semasa beliau dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat.
Wanita yang dirogol secara bersendirian itu telah bertindak memaklumkan kepada orang ramai yang ditemuinya bahawa seseorang telah merogolnya.
Bertindak di atas perkhabaran wanita malang itu, orang ramai telah berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada Nabi, setelah disahkan oleh mangsa sendiri bahawa suspek itulah orang yang telah merogolnya.
Hukuman rejam
Perbicaraan yang dilakukan oleh Nabi akhirnya memutuskan bahawa suspek dikenakan hukuman rejam, kerana telah disabitkan merogol mangsa (akan dinyatakan selepas ini bahawa menurut pandangan yang kuat, beliau tidak direjam).
Namun, sebelum hukuman dilaksanakan, bangun seorang lelaki lain membuat pengakuan bahawa beliaulah sebenarnya yang merogol mangsa, bukannya suspek tadi yang telah disahkan sendiri oleh mangsa.
Hukuman akhirnya dijatuhkan ke atas lelaki yang mengaku merogol mangsa, manakala suspek dan mangsa rogol yang telah tersilap menuduhnya (suspek) merogol, dibebaskan.
Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi melayani dan menerima aduan mangsa, menyiasat kebenarannya dan seterusnya menjatuhkan hukuman, meskipun aduan mangsa yang mendakwa dirinya dirogol seseorang, dilakukan tanpa mengemukakan empat saksi.
Adalah jelas, Nabi tidak terus mensabitkan kesalahan qazaf ke atas wanita itu disebabkan beliau mengadu seseorang merogolnya tanpa mengemukakan empat saksi.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam Sunannya dalam Kitab al-Hudud, bab Ma Ja'a Fi al-Mar'ah Iza Ustukrihat 'Ala al-Zina (Bab berkenaan wanita yang dipaksa berzina), hadis bernombor 1454.
Terjemahan hadis yang diriwayatkan oleh 'Alqamah bin Wa'il al-Kindi daripada ayahnya itu, seperti berikut :
“Sesungguhnya [terdapat] seorang wanita telah keluar [dari rumahnya] pada zaman Nabi s.a.w [kerana] mahu [mengerjakan] solat [di masjid]. Lalu seorang lelaki menemuinya [di tengah jalan] lantas menindih dan merogolnya serta melempiaskan hajat [nafsu] nya.
Lantas wanita tersebut bertempik lalu perogolnya melarikan diri. [Selepas itu] seorang lelaki menemui wanita tersebut, lalu beliau berkata, “sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atas ku [perkara] demikian [yakni merogolnya]”.
Kemudian wanita itu bertemu pula sekumpulan orang-orang Muhajirin lantas berkata,“sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atasku [perkara] demikian [yakni merogolnya].

Memperkosanya
Lalu mereka terus beredar dan menangkap lelaki yang disangka oleh wanita itu bahawa dia yang telah memperkosanya, lantas mereka membawanya kepada wanita itu seraya dia berkata, “ya, dialah orangnya [yang telah merogolku]”.
Mereka terus membawa lelaki tadi kepada Rasulullah s.a.w. Tatkala Baginda s.a.w memerintahkan supaya lelaki itu direjam, bangun seorang lelaki yang [sebenarnya] telah merogol wanita itu sambil berkata, “wahai Rasulullah, akulah orangnya [yang merogol wanita itu].
Lantas Baginda bersabda kepada wanita itu, “Pergilah, sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu”. Baginda [seterusnya] berkata kepada lelaki [yang didakwa oleh wanita itu sebagai orang yang merogolnya] dengan kata-kata yang baik.
Seterusnya Baginda bersabda kepada lelaki yang [mengaku] merogolnya, “rejamlah dia” sambil bersabda, “sesungguhnya dia telah bertaubat [kepada Allah] dengan taubat yang jika seluruh penduduk Madinah bertaubat seperti itu, nescaya diterima [Allah] daripada mereka [taubat itu]”.
Berkenaan kedudukan hadis ini, Imam Tirmizi berkata, “[hadis] ini hasan gharib sahih” (Sunan Tirmizi, jil.6, hlm.35).
Menurut al-Albani, hadis ini adalah hadis sahih dalam kategori hasan (baik) kecuali sabda Baginda s.a.w yang berbunyi, “rejamlah dia”.
Menurut al-Albani, berdasarkan pendapat yang kuat, lelaki yang mengaku merogol itu tidak direjam (Lihat al-Jami' al-Sahih Sunan al-Tirmizi, jil.4, hlm.56).
Ringkasnya, hadis ini adalah hadis yang sahih yang boleh dijadikan hujjah.

Hukum Islam
Hadis ini mengandungi mesej yang jelas dan tegas, bahawa 'fatwa' banyak pihak yang mengatakan, 'mangsa rogol mesti mengemukakan empat saksi ketika membuat aduan dirinya dirogol seseorang', adalah 'fatwa' yang jelas bertentangan dengan hukum Islam.
Dalam erti kata lain, 'fatwa' itu bukan merupakan hukum Islam. Ia sebaliknya tanggapan atau kefahaman salah manusia tentang hukum Islam berkaitan aduan kes rogol oleh mangsa.
Ini point utama tulisan ini.
Mesej yang sama terkandung dalam kenyataan salah seorang ulama zaman silam, iaitu Imam al-Baji, seorang ulama bermazhab Maliki.
Dalam sebuah karyanya, Imam al-Baji mengatakan dengan jelas, mangsa rogol yang melaporkan dirinya dirogol oleh seseorang, tidak dikenakan hukuman qazaf meskipun laporan itu tidak disokong oleh empat saksi. Tapi dengan syarat mangsa membawa bukti-bukti lain yang berwibawa, yang menunjukkan berlakunya kes rogol.
Bukti-bukti yang boleh digunakan itu-seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Baji-tidak sukar untuk diperolehi.
Ia seperti, mangsa datang melapor kes rogol sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis; mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya (tertuduh) secara paksa.
Terjemahan kenyataan Imam al-Baji ini seperti berikut (Lihat al-Ba-ji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa- Syarh Muwatta' Ma-lik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, jld 4, hlm. 21) :
“Jika kedua-dua orang [saksi] tidak melihatnya (iaitu wanita yang mendakwa dirogol) dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan], tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya (iaitu pada tertuduh) dalam keadaan [kemaluan] nya berdarah jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda…maka dalam kitab Ibn al-Mawa-z [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] “dia (iaitu mangsa) tidak dikenakan [hukuman] hudud (iaitu qazaf atau hukuman zina) disebabkan tuduhannya ke atasnya (iaitu tertuduh)”.

Empat saksi
Berdasarkan hadis Imam Tirmizi yang dinyatakan serta kenyataan Imam al-Baji ini, boleh ditegaskan bahawa 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi ketika membuat aduan dirinya rogol seseorang', bukanlah hukum Islam.
Ia sebaliknya tanggapan salah manusia tentang hukum Islam berkaitan aduan kes rogol oleh mangsa.
Justeru, seseorang yang mempersenda sesuatu yang bukan hukum Islam, tidak wajar dituduh menghina Islam atau mempertikai sistem perundangan Islam.
Apatah lagi bila pelukis kartun itu sendiri tidak beranggapan bahawa 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi ketika membuat aduan rogol', adalah merupakan hukum Islam.
Buktinya, perkara itu dipersendakannya di bawah tajuk 'kekeliruan kes rogol'. Maksudnya, pelukis menganggapnya sebagai satu kekeliruan, bukan hukum Islam sebenar.
Kesimpulannya, sebenarnya tiada apa-apa isu berkaitan kartun itu. Ini kerana ia tidak mempersenda hukum Islam. Ia hanya mempersenda tanggapan dan kefahaman manusia-yang telah terbukti salah-tentang hukum Islam.
Bahkan, boleh diterima jika dikatakan bahawa semua pihak wajar 'berterima kasih' kepada pelukis dan penyiar kartun itu kerana telah memberi sumbangan dalam mengikis kefahaman salah masyarakat berhubung hukum Islam.
Justeru, penyiaran kartun itu tidak memerlukan apa-apa tindakan mahupun kecaman dan kutukan daripada mana-mana pihak. Pelukis dan penyiarnya juga tidak perlu memohon maaf di atas kesalahan menghina hukum Islam kerana mereka sebenarnya tidak menghina Islam.

Isu sebenar
Isu sebenar yang lebih besar dan sangat serius ialah isu lain. Iaitu 'mendakwa sesuatu yang bukan hukum Allah, sebagai hukum Allah'. Inilah isu sebenar dan sangat serius!
Dalam reaksi banyak pihak, kartun yang mempersenda 'kemestian membawa empat saksi dalam aduan kes rogol oleh mangsa', disifatkan sebagai menghina hukum Allah. Kartun itu disifatkan demikian, tidak lain dan tidak bukan kerana mereka beranggapan apa yang dipersendakan itu adalah hukum Allah.
Dalam bahasa lebih mudah, mereka mengatakan 'kemestian membawa empat saksi dalam aduan kes rogol oleh mangsa', adalah hukum Islam. Ada yang mengatakan sedemikian secara terang-terangan dan terbuka.
Sedangkan, sebenarnya ia bukanlah hukum Allah, seperti yang difahami daripada hadis yang dinyatakan dan kenyataan Imam al-Baji.
Inilah isu yang sebenarnya, iaitu mendakwa sesuatu yang bukan hukum Allah sebagai hukum Allah.
Bagi orang yang mengetahui dan hatinya takutkan Allah, mereka sedia maklum bahawa dakwaan seperti ini adalah dakwaan yang sangat berat. Dan tentunya mereka tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan setelah menyedari dakwaan mereka itu salah.
Tulisan ini tidaklah bermaksud membela mana-mana pihak. Tapi, bak kata Imam al-Qaradhawi, 'kita adalah tawanan dalil'. Bermaksud, kita menurut dan berpihak kepada 'arahan' dalil dalam semua keadaan, meskipun ketika berhadapan dengan musuh atau pihak yang kita benci. (sumber:MK,18/6/11)

PERKASA: JEMPUTAN GERAK AMAN
SEBUAH kumpulan yang dinamakan GERAK AMAN akan dilancarkan yang mana menghimpunkan semua NGO untuk bersama-sama menghadiri himpunan BERSIH 2 . Sehubungan ini kumpulan Gerak Aman akan dilancarkan seperti berikut:
TARIKH : 19 JUN 2011
MASA : 3 Petang
TEMPAT: BERHAMPIRAN KELAB SULTAN SULAIMAN , KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR
SPEAKERS: YB DATUK IBRAHIM ALI, YB ZULFILI NORDIN, YB DATUK ZAHRAIN DAN WAKIL NGO.
DIPERSILAKAN HADIR MANA-MANA NGO YANG BERMINAT.

18 Jun 2011
BERSIH : ISU YANG BERLARUTAN
Saranan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) agar polis menggunakan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur perhimpunan Gabungan
Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini satu ugutan
keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi, kata Ketua Pemuda PAS
Nasrudin Hassan (bawah, dua dari kanan).
“Mereka
mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya
akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem
demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami
yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak
kerajaan.
“Apa masaalah MUBARAK? Apa masalah kerajaan untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan
itu, Nasrudin juga menasihatkan MUBARAK dan kerajaan BN agar tidak
menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang suatu ketika
dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau
tanpa sebarang bicara sehingga digulingkan rakyat.

“Apa masaalah MUBARAK? Apa masalah kerajaan untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

“Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap,” katanya.
Menurut Nasrudin beliau sendiri akan berada di saff hadapan pada perhimpunan itu nanti dan mengingatkan kerajaan khususnya pemimpin BN supaya tidak menakut-nakutkan rakyat dengan ISA.
“Jangan
fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan
kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah
perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan
kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah
suatu yang dituntut oleh Islam, justeru Islamlah pelopor keadilan,
ketelusan dan kejujuran ini,” katanya.
Menurut Nasrudin, himpunan BERSIH tidak meminta suatu yang merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan.
“Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini,” katanya.
Pemimpin
PAS itu berkata himpunan BERSIH pada 9 Julai ini diadakan setelah
tuntutan pelbagai pihak yang mahu pilihan raya yang adil dan telus di
negara ini tidak dilayan dengan baik oleh kerajaan dan pihak berkuasa.
Beliau juga memberikan jaminan himpunan BERSIH akan diadakan secara aman dan menggesa semua pihak termasuk peniaga supaya tidak perlu bimbang kerana tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku sekiranya mana-mana pihak termasuk polis tidak mencetuskan provokasi.
“Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah Umno dan BN, yang resah ialah Umno dan BN dan yang gundah ialah Umno dan BN.
“Malaysia
bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masalah rakyat dan
tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan
fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan,
silakanlah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa-apa,”
katanya.
Beliau mengakhiri kenyataannya menggesa semua rakyat dari seluruh negara supaya melawat Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Pelancongan pada 9 hb Julai ini adalah bertemakan 'Keadilan dan Ketelusan' di samping menikmati kota raya negara kita sendiri.
“Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua,” katanya.(sumber: MK, 18/6/11)
Menurut Nasrudin beliau sendiri akan berada di saff hadapan pada perhimpunan itu nanti dan mengingatkan kerajaan khususnya pemimpin BN supaya tidak menakut-nakutkan rakyat dengan ISA.

Menurut Nasrudin, himpunan BERSIH tidak meminta suatu yang merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan.
“Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini,” katanya.

Beliau juga memberikan jaminan himpunan BERSIH akan diadakan secara aman dan menggesa semua pihak termasuk peniaga supaya tidak perlu bimbang kerana tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku sekiranya mana-mana pihak termasuk polis tidak mencetuskan provokasi.
“Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah Umno dan BN, yang resah ialah Umno dan BN dan yang gundah ialah Umno dan BN.

Beliau mengakhiri kenyataannya menggesa semua rakyat dari seluruh negara supaya melawat Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Pelancongan pada 9 hb Julai ini adalah bertemakan 'Keadilan dan Ketelusan' di samping menikmati kota raya negara kita sendiri.
“Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua,” katanya.(sumber: MK, 18/6/11)
NAJIB OH NAJIB : TAHNIAH ANAKMU BERTUNANG
PEMIMPIN PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang
membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.
Majlis
tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan
terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari
negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang
lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.
Majlis
itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar
Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan
Nursultan Nazarbayev.
“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.
Beliau
yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri
berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta
'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos
kehidupan'.
“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya.
Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.
Sebaliknya,
Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu
adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang
telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat
negara itu.
Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.(sumber:MK, 18/6/11)
“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.

“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya.
Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.(sumber:MK, 18/6/11)
17 Jun 2011
MAKKAH : PELUANG PEKERJAAN UNTUK ANAK MALAYSIA
PELUANG PEKERJAAN DI MAKKAH, SAUDI ARABIA
Peluang pekerjaan di hotel bertaraf 5* di Makkah
Al-Mukarramah, Saudi Arabia.
Jawatan yang ditawarkan:
Spa Therapist
Fitness Instructor
Spa Attendance
Asst.Restaurant Manager
Restaurant Manager
Bakers
Sous Chef
Chef Departe (CDPs)
Room Service Supervisor
Qualified Housekeeping Supervisor
System Analyst
Nota :-
Elaun perumahan dan kenderaan bagi jawatan eksekutif ke
atas
Kemudahan tempat tinggal dan tanggungan makanan bagi
jawatan junior
Kontrak perkerjaan selama 2 tahun
Tiket penerbangan ke Jeddah disediakan
Kemampuan berbahasa Inggeris
Pemohon menyediakan & menanggung urusan passport,
sijil kesihatan dan keperluan-keperluan dokumentasi oleh pihak berwajib
Temuduga akan diadakan di KUALA LUMPUR & KOTA BHARU
Sila hantar surat permohonan beserta resume/CV melalui POS
atau emel berserta gambar kepada :
Recruitment Director
DP Biz Sdn.Bhd
Suite 1B-3-1, Plaza Sentral, Jalan Sentral 5, 50400 Kuala
Lumpur, MALAYSIA
Tel : 603 2785 1824
Emel : dpbizmsc@gmail.com
catatan: Gambar hiasan di atas ketika TB menunaikan ibadah umrah pada bulan Mei 2011 .-TB tidak ada kaitan; sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan iklan syarikat di atas dan segala risiko kesan pengiklanannya.TB hanya membantu menghebahkan bagi kepentingan amal jariah dan kebaikan ummah. (TB)

16 Jun 2011
SULTAN JOHOR SEGAK BERGAYA
![]() |
Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar beriringan bersama Sultan Perak Sultan Azlan Shah (kiri)
ketika berangkat menghadiri mesyuarat itu di Istana Negara, Kuala
Lumpur, semalam. - bernama
|
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-224 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.
Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang gering.
Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara, Raja Tengku Mustaffa Kamel, dan Kedah oleh Tunku Bendahara, Datuk Seri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Raja-raja Melayu kecuali Kelantan dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.
Sultan Kelantan diiringi wakil Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Abdullah, manakala Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang. .( sumber : UM,16/5/11-BERNAMA).
TB : Salam takzim patik mewakili rakyat Johor.
15 Jun 2011
RM22Ok KE BAWAH RUMAH MAMPU MILIK MAHAL SEPATUTNYA DI BAWAH RM150k
PM meminta kerajaan negeri menyediakan tanah di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk menjayakan Program Rumah Mampu Milik berharga RM220,000 ke bawah yang akan dilancarkan kerajaan bulan depan.Permintaan itu dibangkitkan Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-112 di Bangunan Perdana Putra di sini haru ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Perdana Menteri mahu semua negeri mengenal pasti kawasan sesuai di semua daerah untuk menyegerakan rancangan yang akan membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah."Bagi kerajaan negeri Melaka, kita komited untuk membina rumah yang berharga RM200,000 ke bawah dan sebagai menyahut permintaan Perdana Menteri itu kita sudah kenal pasti beberapa daerah untuk tapak Program Rumah Mampu Milik tersebut.
"Cuma kita perlu berurusan dengan pemilik tanah sebelum diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mesyuarat selama hampir tiga jam bermula pukul 9 pagi itu dihadiri beberapa menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Program Rumah Mampu Milik diperkenalkan selepas kerajaan mengambil kira keluhan orang ramai termasuk di laman-laman sosial bahawa amat sukar untuk mendapatkan rumah di bawah lingkungan RM220,000 terutamanya di Lembah Klang.Program berkenaan yang kemudiannya diperluaskan secara besar-besaran ke seluruh negara itu akan dilaksanakan melalui kerjasama pihak swasta bagi menawarkan harga rumah yang lebih berpatutan kepada golongan berkenaan.(baca penuh dalam UM, 15/6/11)
Jikalau kerajaan BN pimpinan PM Najib Razak betul-betul ikhlas mahu membantu rakyat yang berpendapatan sederhana termasuk para penjawat awam maka penanda aras bagi kategori rumah mampu milik bukan di bawah RM220k tetapi di bawah RM150k. Apakah rasionalnya? Setiap rakyat yang waras boleh menilai sendiri. Apakah Najib mahu membuncitkan lagi perut para kapitalis khususnya para pemaju perumahan; rakyat sendiri boleh menggunakan akal fikiran. Sepatutnya kerajaan wajib mengawal harga rumah yang kian dinaikkan sesuka hati ikut cita nafsu pemaju-pemaju perumahan dan ejen-ejen hartanah. Yang lucunya, bahagian penilaian Kemeneterian Kewangan dan juga termasuk penilaian swasta menilai harga sesebuah rumah berddasarkan harga pasaran semasa kehendak pemberi pinjaman seperti Perbendaharaan dan bank-bank perdagangan dan koperasi tetapi para penjual meletakkan harga sesuka hati tanpa pengetahuan ilmu ekonomi. Walaupun penjual ada hak kerana menjual hartanya sendiri tetapi nasihat TB janganlah menjadi seperti orang gila! Fikirkanlah sendiri.
SASTERAWAN NEGARA HARUS DIRUJUK
TB juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala atas pemahsyuran beliau sebagai Sasterawan Negara ke-11.
Meskipun tiada sambutan atau liputan secara besar-besaran, anugerah tersebut tetap adalah satu penghormatan yang besar dan berprestij khususnya kepada sasterawan yang yang tekal menyumbangkan buah fikir dalam berkarya demi untuk korpus keilmuan dan keintelektualan anak bangsa di kemudian hari.
Entah di mana silapnya, di Malaysia selepas Dasar Pandang ke Timur, Wawasan 2020 dan fokus pembangunan dan pengajian berteraskan teknologi maklumat diapungkan menjadi dasar pelaksanaan dan dasar matlamat waras fikir rakyat, kesusasteraan terus terpinggir bak melukut di tepi gantang.
Hasilnya, kesusasteraan menjadi subjek dan lapangan yang dilihat hanya diminati oleh golongan kuat berkhayal dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mereka yang meminati sastera dilihat sebagai manusia pelik yang suka menyendiri dan bersifat individualistik, tidak bernilai dan tidak punyai nilai komersial dan peluang bagi memakan gaji besar di kemudian hari.
Hakikatnya, sastera adalah satu wadah yang sudah wujud setua wujudnya ilmu matematik, muzik, falsafah, logik dan sebagainya.

Melalui sastera dan persuratan, segala ilmu yang maujud pada hari ini boleh dikesinambungkan sehingga berkembang dan membentuk ilmu-ilmu yang terus bercambah dan mencapah.
Jangan dilupa juga antara tiga kategori anugerah Nobel dunia yang pertama dianugerahkan juga adalah dalam bidang sastera selain daripada ekonomi dan fizik.

Ini adalah kerana, dunia mengiktirafkan peranan dan pengaruh sastera dan persuratan dalam mempengaruhi masyarakat dunia dalam menentukan hala tuju mereka, sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya.
Kalau kita baca, biografi tokoh-tokoh hebat dunia sepanjang zaman sama ada mereka itu Muslim atau bukan Muslim, nescaya kita akan mendapati kesemua mereka memang menjadikan sastera bangsa sebagai teras pengajian malah menyanjung dan menganguminya.

Dalam masa yang sama, mungkin mereka sendiri adalah seorang sasterawan dan juga agamawan, sasterawan dan juga matematikiawan, sasterawan dan ahli logik dan falsafah dan seterusnya.
Justeru, saya menyeru pihak media arus perdana memberikan ruang yang sewajarnya kepada para sasterawan kita. Jadikan mereka sebagai rujukan dan mohon pendapat dan sudut pandang mereka dalam segala genap isu yang berlaku dalam negara.
Malah amat patut diadakan rancangan khusus di televisyen seperti yang dikendalikan untuk mereka melontarkan buah fikir seperti rancangan Bual Bicara dan Respon bersama Sasterawan Negara.

Atau paling kurang berikan mereka satu kolum khusus dalam akhbar perdana bagi mereka berinteraksi dan berkongsi buah fikir dan keintelektualan mereka dengan masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Kita nanti dan lihat pihak manakah yang terlebih dahulu menunjukkan penghargaan mereka kepada permata tanah air yang tidak jenuh melorek tinta mereka di lembaran zaman demi sebuah pemikiran dan rakaman rasa masyarakat demi sebuah kehidupan bermasyarakat yang bermakna.(sumber :MK, 15/6/11)

LAMAN FACEBOOK :RM 1.8 JUTA?
KEMENTERIAN Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.
Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.
“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.
Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.
Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.
“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.
Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.
Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.
Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.
Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.
“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.
Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.
"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya. (sumber: MK, 15/6/11)

14 Jun 2011
BERSIH ATAU PERKASA: PERKASA LAWAN BERSIH? ASALKAN JANGAN MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI
PERHIMPUNAN Bersih yang bakal diadakan oleh sebuah kumpulan yang dikatakan dipelopori oleh pro pakatan pembakang dan parti-parti pembakang pada 9 Julai 2011 dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Seeverasaan. Bagi pendapat peribadi TB jika perhimpunan rakyat diadakan bagi menzahirkan ketidakpuasan hati rakyat tentang beberapa dasar kerajaan yang banyak tidak menitikberatkan kebajikan kesusahan dan keperitan rakyat terbanyak yang rata-ratanya dihimpit kemiskinan termasuk pesara-pesara kerajaan, buruh-buruh, para nelayan, petani,penarik beca dan sebagainya maka TB sokong seratus peratus.
Apatah lagi TB terima aduan majoriti rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barangan, bahan api dan yang ketara harga rumah melambung lantaran tidak terkawal dan naik sewenang-wenangnya mengikut cita rasa para pemaju perumahan, ejen-ejen hartanah dan juak-juak kapitalis.Jika inilah hasrat BERSIH mahu menganjurkan perhimpunan demi rakyat bukan kerana kepentingan politik tidak siapapun akan menentangnya. Cuma mungkin cara pelaksanaan perlu diperkemaskan dan tidak mendatang huru-hara yang akhirnya bagaikan menang jadi abu,kalah jadi arang; menang sorak kampung tergadai.
Yang amat menyedihkan, PM Najib Razak sendiri mencanangkan rumah mampu beli khusus rumah pertama harganya sekitar RM220,000.00. Cuba pembaca fikir, berapakah bayaran bulanan seorang kakitangan kerajaan terpaksa membayarnya bagi pinjaman RM220k dalam tempoh 30 tahun? Berapakah gaji mereka ketika itu jika penjawat awam tersebut berusia di bawah 35 tahun? dan bagaimanakah kemampuan sara hidup untuk menampung kos keperluan lain-lainnya? Sepatutnya Najib Razak mewar-warkan rumah mampun beli adalah sekitar di bawah harga RM150 ribu bagi rumah pertama mampu milik! Siapakah Najib Razak? TB rasa tidak usahlah TB membuka autobiografi beliau. Apa yang TB ingat beliau telah pun menjawat jawatan Timbalan Menteri sewaktu beliau berusia (22 tahun: jika tidak silap TB) setelah kematian ayahnya, Tun Abdul Razak, PM Malaysia kedua.Secara jujur adakah Najib Razak dikatakan pernah dihimpit kemiskinan?
Walau bagaimanapun jika kumpulan PERKASA mahu menongkah arus dan mengadakan perhimpunan bantahan yang dikhuatiri wujud pertembungan, itu adalah hak PERKASA. Mungkin Perkasa ada alasan tersendiri. Mungkin Perkasa tidak mahu bangsa Melayu/Bumiputera yang turut mendukungi perhimpunan Bersih akan ditipu bulat-bulat dan secara halus demi kepentingan politik puak-puak yang bagaikan membaling batu sembunyi tangan. Siapa tahu? Apatah lagi daripada sumber PERKASA yang dihebahkan oleh Datuk lbrahim Ali, Presiden Perkasa; siapakah dia Datuk Ambiga itu?
Dikatakan bahawa Datuk Ambiga Seeverasaan Pengerusi Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 wanita beragama Hindu ini ialah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia yang paling kuat mempertahankan kes Lina Joy sebagai Peguam dan pembela.Beliau juga dikatakan pendokong dan penggerak lFC (lnterfaith Comission) yang kuat mempertahankan kes-kes murtad. Ambiga juga dikatakan menyeru rakyat Sarawak bangkitdan berhimpunan seperti rakyat Mesir di Tahrin Square.Dan beliau dianggap kuat menyokong pakatan pembakang.Dan dengan penglibatan Haji Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Pas sebagai Timbalan Pengerusi Perhimpunan Bersih ini akan terus-terusan menjadi tanya tanya. TB tahu Mohamad Sabu yang kuat memegang prisip keadilan tentu tahu apa objektif dan hala tuju yang mahu dibawanya bersama ahli-ahli Pas kelak.
Kepada pembaca TB sama-sama kita fikirkan dalam suasana yang serba mungkin. Selagi perjuangan itu terus memperjuangan golongan rakyat majoriti yang tertindas dan dihimpit kemiskinan khususnya majoriti bangsa Melayu lslam dan bumiputera maka TB tetap sokong. Perkasa atau kumpulan Bersih, terserahlah!

Langgan:
Catatan (Atom)