TERKINI, amaran yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan Filipina tidak dipedulikan oleh kumpulan penceroboh yang mencabul kedaulatan negara.
Jacel Kiram, anak sulung kepada Sultan Jamalul Kiram III (ada laporan bekas sultan Sulu) berpendirian tidak akan menyerah diri kerana tindakkan itu tidak akan berlaku. Beliau juga di mengakui arahan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima. Berikut adalah petikan media berkaitan pendirian Jacel;
“Apa yang mereka tahu hanyalah menyerah diri..menyerah diri. Kenapa kita perlu menyerah diri di tanah air sendiri?
“Mereka (pengikut Sultan Sulu di Sabah) tidak berbuat apa-apa yang tidak baik di tanah air mereka,” kata anak sulung Sultan Kiram, Jacel Kiram di Filipina.
Sultan Kiram 111, 74 tahun berpenyakit buah pinggang (kini menjalani dylisis 2kali seminggu) dan tidak bermaya dilihat muncul bersama bintang filem lasak, Robin Padilla (menderma P500,000 kepada Sultan Kiram kerana rawatan perubatan) sebelum beberapa wartawan berkampung di kawasan rumahnya di Taguig City. Beliau menolak dakwaan Setiausaha Kabinet Rene Almendras bahawa Setiausaha Kehakiman Leila de Lima ‘berhubung secara langsung’ dengan keluarganya malam Jumaat.
Menurutnya, seseorang yang menyatakan dia mewakili Setiausaha Kehakiman telah menghubungi mereka, serta mendesak sultan menggesa pengikutnya pulang ke tanah air tanpa sebarang syarat. Katanya utusan yang dihantar sebelum ini cuba mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap mereka.
Jacel turut mempertikaikan dakwaan Almendras bahawa kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan kebuntuan dalam insiden tersebut secara aman. Beliau berkata penceroboh tersebut akan terus berada di sana sehingga ketiga-tiga pihak, iaitu Kesultanan Sulu, kerajaan Filipina dan Malaysia duduk semeja bagi menyelesaikan isu pemilikan ke atas Sabah.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, IGP Polis Diraja Malaysia juga mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.
Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.
Dalam kejadian tembak menembak ini, seorang anggota lagi disahkan terkorban dan beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Sehingga 3 Februari jumlah pasukan PDRM lima terkorban.(sumber: disesuaikan daripada
blogger bebas) .TB berharap jika PDRM bersikap bertahan yang boleh membawa kemudaratan; sudah tiba masanya ATM mengambil alih.Pada asalnya penceroboh, kemudian pengganas; dan tidak mustahil anasir luar. Walau bagaimanapun sebagai sesama umat lslam semoga Puteri Jacel mewakili ayahandanya dapat berunding secara diplomatik yang mana 'askar mereka perlu berundur keluar' dari bumi Malaysia.Kemudian kita di Malaysia wajar juga mendengar ''rintihan' mereka. Usahlah mana-mana parti politik di Malaysia (BN dan PR) menjaja sana sini menjadi bahan politik terkini.Semoga Allah menyelamatkan umat lslam semua. Bukan lslam di Malaysia jangan pula merasakan ini bukan masalah mereka.lni negara kita bersama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan