Salam Perjuangan

16 Mac 2013

BAHA ZAIN SASTERAWAN NEGARA KE-12


SASTERAWAN  ulung tanah air, Datuk Baharuddin Zainal dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN) ke-12, selepas SN ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala, menerimanya dua tahun lalu. 

Penghargaan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Perdana Putra di sini, sebentar tadi. 


"Anugerah ini diberikan kepada sasterawan yang memberikan sumbangan cemerlang dan berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya. 


Menerusi anugerah yang dikurniakan oleh kerajaan persekutuan itu, Baharuddin yang popular dengan gelaran Baha Zain menerima wang tunai sebanyak RM60,000, penerbitan 50,000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah RM500,000 untuk diedarkan ke sekolah, jabatan dan agensi kerajaan, kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan dan berapa kemudahan lain dalam mencipta karya sastera. 

Muhyiddin berkata, Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-12 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. (SUMBER :BH 15/3/2013).

Tiada ulasan: