SEBENARNYA sudah 3 minggu TB mengalami sakit.Dua kali TB dimasukkan ke wad pemerhatian di sebuah hospital kerajaan.TB juga mendapat rawatan daripada doktor swasta dan rawatan alternatif; perubatan lslam. Begitulah TB sentiasa diingatkan bahawa penyakit yang menimpa adalah adalah ujian kehidupan daripada Allah SWT. Ya, sebagai tanda Allah sentiasa kasihkan kita dan sebagai penghapus setiap dosa yang lampau.
Alhamdulillah TB sentiasa bermunajat dan mendekati diri dengan Yang Maha Pengampun lagi yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah ya Rabbul Jalil sentiasa mengasihi hamba-Nya yang beriltizam dan memohon keampunan dan keredaan-Nya.TB juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada sekalian pembaca budiman yang TB ingati mana-mana ada kata-kata yang tersinggung dan sama-sama mendo0akan untuk kesejahteraan kesihatan TB. TB berazam bahawa usia dan kesihatan yang diberikan ini untuk TB terus berjuang di arena penulisan demi kemanusiaan sejagat dan ke jalan Allah SWT.
Amin ya rabbal-amin.Salam perjuangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan