DATUK Seri Anwar lbrahim (DSAI) sememangnya menjadi 'hero' dan idola bagi anak-anak muda seawal era 1970-an dahulu. TB tidak mahu menulis panjang berhubung DSAI ini.Walhal TB pernah bersorak gembira menyambut 'kepulangan wira' dan mendengar ceramah berapi-api beliau di UKM pada tahun 1976. Dan DSAI juga pernah menjadi 'bos tertinggi' TB sewaktu beliau menjawat Menteri Pendidikan dan TB berkhidmat di bawah KPM pada penghujung tahun 1980-an.
Begitulah DSAI yang meniti gelora politik dalam suka gembira leka hingga ke gundah-gulana suram kelam dan anekaloka. TB tidak tahu sangat bahkan TB jujur mengakui bahawa 'dunia belakang tabir' DSAI TB tidak arif dan tidak berapa jelas.Namun bagi TB dalam kehidupan dan kejadian manusia yang tidak sempurna sebagai hamba Yang Maha Berkuasa; tiada yang mustahil semua yang baik boleh diperolehi dan yang buruk boleh berlaku. Allah menguji manusia ini dengan kejayaan dan kemasyhuran. Allah juga menguji juga dengan penderitaan,cemuhan dan kejian.
Justeru TB ambil jalan neutral tanpa memihak. Sekiranya DSAI ada melakukan 'kesilapan' dalam bahtera kehidupan ini lebih baik demi kesejahteraan ummah anak cucu kita, DSAI bersaralah.Tetapi parti dokongan DSAI teruskan perjuangan kerana kehadiran parti-parti alternatif diperlukan bagi mengimbangi perlakuan salah kuasa yang dilakukan mereka yang berkuasa.
Namun jika DSAI sebenar-benarnya 'bersih dan suci' dan dek kerana fitnah jahat TB sarankan teruskan perjuangan. Kebenaran tetap menyerlah menentang kebatilan. Alangkah bertuahnya rakyat Malaysia sekiranya DSAI sebenarnya insan mulia beriman dan berhemah sebagaimana yang pernah TB sendiri mendengar dan melihat dengan mata kepala sendiri ceramah beliau dalam masjid pada tahun 2009 yang lalu. Segala-galanya, wallahualam. TB tetap neutral. (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan