Salam Perjuangan

26 Mac 2013

DR MUHAMMAD UTHMAN EL_MUHAMMADY: ALFATIHAH


NEGARA  kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang semalam.

Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.

Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UIA, Gombak. AlFatihah.(sumber: Mynewsshub.my)

24 Mac 2013

LUAHAN HATI ISTERI P.P.H VAT69



SEJAK tersiar berita tentang kematian wira-wira negara kita, saya tidak pernah lepas mengikuti berita di TV.Saya menangis sedih melihat perwira-perwira kita mati di medan perjuangan perang. Rasa sedih ini lahir ibarat kata orang cubit paha kiri, paha kanan terasa, kerana saya juga adalah dari keluarga pasukan keselamatan.

Apa yang keluarga mereka rasa hanyalah orang seperti kami keluarga anggota yang tahu perasaan sesama kami. Menjadi isteri kepada anggota pasukan keselamatan secara tak langsung bukan saja suami berkorban kepada negara malah isteri dan anak-anak pun berkorban untuk negara.
Isteri menghadapi tekanan perasaan menghadapi kerenah anak- anak sakit demam, persekolahan dan segala masalah yang lain sendirian kerana suami selalu tiada.

Terpanggil rasa ingin meluahkan perasaan ini apabila membaca luahan hati isteri polis di Utusan Malaysia (polis Mega) bertarikh 12.3.2013. Apa yang diluahkan isteri polis berkenaan sama seperti isteri anggota lain rasakan.
Dulu VAT69 orang tidak mengenalinya sangat. Setelah peristiwa berdarah di Lahad Datu barulah orang tahu VAT69 itu adalah anggota komando polis dan yang terbunuh itu adalah antara sahabat kami semasa di Hulu Kinta dulu.

Suami saya berkhidmat di dalam VAT69 selama 20 tahu lebih dan sekarang setelah usia menghampiri pencen suami bertugas sebagai polis biasa.
Pada awal tahun 80-an, semasa saya baru berkahwin pasukan VAT69 ini sering masuk hutan kerana komunis begitu banyak di negara kita.

Setiap kali nak menyambut perayaan sama ada Krismas, Tahun Baru Cina atau Raya Aidilfitri, suami-suami kami pasti ditugaskan masuk hutan (Pasukan Polis Hutan/PPH) kerana masa ini pihak komunis difahamkan bergerak aktif  pada musim perayaan.

Jadi untuk keselamatan rakyat dan negara anggota keselamatan seperti VAT69 pasti bertugas masuk hutan.

Bayangkanlah ketika orang lain bergembira nak menyambut Hari Raya, kami isteri dan anak-anak muram kerana tak bersama dengan orang yang kami sayang, malah hati sentiasa cemas dan berdebar takut mendapat berita tak baik. Disaat orang lain menimang cahaya mata bersama suami tercinta, kami ada kalanya menahan kesakitan dan kepayahan tanpa suami di sisi demi tugas untuk negara.
Tidakkah ini satu pengorbanan juga namanya bagi kami pihak isteri dan anak-anak? Dulu semasa suami saya bertugas di VAT69 amatlah susah dan perit.

Gaji tidak setimpal dengan tugas yang dipikul. Elaun komando pada masa itu baru RM150.
Bayangkanlah suami bertugas sebagai anggota Wireless (WT) bukan seperti sekarang segala alat hubungan serba canggih seperti internet dan sebagainya.

Suami saya pikul alat komunikasi (wireless) dengan berat rasa-rasanya lebih 5 kg di belakang, peluru dan bom di keliling pinggang. Pada masa itu saya amat sedih bila suami menyuruh saya memasak sambal ikan bilis buat bekalan di dalam hutan untuk sekian hari yang dijangkakan.

Kalau orang lain boleh bawa ration untuk bekalan seperti makanan dalam tin tetapi suami saya tidak kerana alat wireless pun sudah hampir satu beg pack belakang. Untuk jimatkan ruang dan keberatan, suami terpaksa bekalkan sambal ikan bilis selama di dalam hutan. Itulah lauk yang dimakan setiap hari sampai pulang. Sedih memang sedih.

Di dalam hutan pukul 6 petang sudah gelap gelita, pernah suami bercerita dia dan kawan (sudah arwah) memasuki hutan ''bamboo'' iaitu hutan berpaya, tidur berbantalkan ular sawa yang disangkakan akar kayu kerana terlalu gelap.
Ketika terlelap tiba-tiba terasa benda bergerak dan suami memberi syarat pada kawannya senyap dan angkat kepala dan barulah mereka sedar itu adalah ular sawa yang sangat besar.

Pernah juga suami nyaris maut ketika mengambil air di sungai, bila mendongak ke atas bukit ada dua orang komunis sedang memandang serta menghunus senjata nak menembak tetapi dengan kuasa Allah, pengganas itu tidak jadi menembak mungkin berfikir anggota keselamatan lebih ramai atau lebih baik melarikan diri saja. Berbagai lagi pengalaman ngeri yang tak dapat dituliskan di sini.

Apabila Tian Chua menyatakan ini sandiwara, saya berasa sangat marah kerana kami isteri-isteri anggota keselamatan saja yang tahu betapa susah dan berat tugas suami kami, jika diikutkan hati, rasa tak lalu nak makan duit gaji dari mereka sedih dengan tugas yang bergadai nyawa tambahan pula gaji pada masa itu tidak seberapa.

Tapi apakan daya kami keluarga juga terpaksa berkorban. Sekarang apabila suami bertugas sebagai polis biasa, suami menyatakan Tan Chua ini memang biadab orangnya, suka hasut bagi polis marah.
Untuk pengetahuan, semua kami isteri-isteri VAT69 sangat rapat dan akrab antara satu sama lain sebab pada tahun awal 80-an tiada alat hubungan komunikasi canggih seperti hari ini.

Apabila suami kami bertugas di dalam hutan, kami isteri-isteri bersepakat menjaga kebajikan keluarga kami iaitu susah senang bersama.Sebagai contoh, jika ada antara kami yang sakit, jiranlah yang menjaga anak kami sementara kami berada di hospital. Atau kalau ada yang nak ke pasar, kami akan bertanya pada jiran apa-apa keperluan dikirim kerana sesama kami faham masing-masing ada anak kecil dan bersekolah, susah untuk bergerak ke mana-mana kerana suami bertugas.

Begitulah sedikit contoh betapa akrabnya kami sebagaimana akrabnya suami-suami kami di dalam hutan di mana pikul kawan kalau ada yang sakit atau tercedera, sampailah sekarang hubungan kami seperti saudara tidak putus.
Apabila terpandang di TV anggota VAT69 terkorban, saya dan suami berasa sedih dan sangat marah dengan Tian Chua yang menyatakan ini sandiwara.

Saya yakin Tian Chua tiada saudara maranya yang bertugas sebagai pasukan keselamatan sebab itu dia tergamak berkata demikian. Hanya kami keluarga anggota keselamatan yang tahu perasaan sesama kami kerana kami isteri dan anak-anak yang merasakan segala kesukaran, kesedihan, risau, berdebar tatkala suami kami bertugas.Memang benar setiap kali ada yang beruniform polis mengetuk pintu rumah, jiwa lagi kuat berdebar, takut mendapat berita tidak baik.

Begitulah perasaan kami selalu bila suami pergi menjalankan tugas di perbatasan.
Wahai Tian Chua kamu tidak rasa apa yang kami rasai. Tian Chua dan Anwar Ibrahim adalah iblis yang bertopengkan manusia. Saya rasa tidak sabar menunggu untuk mengundi pada pilihan raya kali ini.(sumber: lsteri Polis,UM)


23 Mac 2013

HASMAHEERA SYAFIQA

WALAUPUN diramalkan akan lahir pada 13.3.13 tetapi dengan kuasa dan kehendak Allah SWT maka lahirlah Hasmaheera Syafiqa binti Rajiee anak TB yang ke-10: 3.56 kg pada 14.3.2013 jam 11 malam di Hospital Pakar Serdang, Selangor darul Ehsan,Malaysia.Alhamdulillah pada ketika usia TB yang sebegini dan kadang-kala kesihatan TB yang tidak menentu siapa dapat menduga segala-galanya adalah kudrat Yang Maha Berkuasa.

Hasmaheera Syafiqa adalah anak TB yang lahir pada abad ke-21. Yang menariknya salah seorang kekandanya Hazira Syafiqa lahir pada abad ke-20. Justeru menerima cahaya mata pada dua abad yang berbeza dan banyak perubahan pesat dunia khususnya kemajuan teknologi perubatan banyak membuahkan kesedaran dan keinsafan pada diri TB. Walaupun canggihnya dunia perubatan kini  tetapi kita sebagai umat lslam,hamba-Nya termasuk para pengamal perubatan tetap kembali dan merujuk kepada kekuasaan Yang Maha Esa dalam apa jua penentuan getir.

Kenangan debar dan indah tetap terpalit dalam nostalgia kehidupan ini. Maka sudah tentu cabaran dan pendekatan dalam menangani kasih sayang memerlukan kemahiran yang tersendiri. Apa jua pendidikan, cara lslami tetap subur dan sentiasa inovatif untuk diaplikasikan sepanjang zaman kehidupan.(TB)

16 Mac 2013

BAHA ZAIN SASTERAWAN NEGARA KE-12


SASTERAWAN  ulung tanah air, Datuk Baharuddin Zainal dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN) ke-12, selepas SN ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala, menerimanya dua tahun lalu. 

Penghargaan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Perdana Putra di sini, sebentar tadi. 


"Anugerah ini diberikan kepada sasterawan yang memberikan sumbangan cemerlang dan berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya. 


Menerusi anugerah yang dikurniakan oleh kerajaan persekutuan itu, Baharuddin yang popular dengan gelaran Baha Zain menerima wang tunai sebanyak RM60,000, penerbitan 50,000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah RM500,000 untuk diedarkan ke sekolah, jabatan dan agensi kerajaan, kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan dan berapa kemudahan lain dalam mencipta karya sastera. 

Muhyiddin berkata, Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-12 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. (SUMBER :BH 15/3/2013).

14 Mac 2013

PUISI :MENGELILINGI KAMPUS

Mengelilingi kampus bagai bayan
bebas pilihan sendiri
dapat menafsirkan masa silam
dapat mengkritik hari ini
dengan sinis masa hadapan

Umpama mengikut putaran roscany
melihat siswa siswi kaku
tanpa buku di hentian menanti
lalu-lalang bengit bersembunyi
menggilap skuter di kediaman sepi

Sana sini tumbuh baru
fakulti,pusat dan aneka nama
dengan aspirasi masa kini
mahasiswa senyap bertempur
dalam tandas atau almari

Waktu pun berdiri sendiri
syarahan perdana seminar diskusi
bukan ilmuwan syok sendiri
tatkala cendekiawan berkunci pintu
hilang tanpa lenyap biru awan

Selamat tinggal kampusku
tidak pasti buku baru dibeli
walau di sini dahulu medan tempurku
kini Lahad Datu perbalahan  peperangan
kampus damai bukan untuk bersantai lagi!


RAJIEE HADI
UKM,Bangi,Malaysia.
11 Mac 2013

10 Mac 2013

DOAKAN TB SIHAT WALAFIAT

SEBENARNYA sudah 3 minggu TB mengalami sakit.Dua kali TB dimasukkan ke wad pemerhatian di sebuah hospital kerajaan.TB juga mendapat rawatan daripada doktor swasta dan rawatan alternatif; perubatan lslam. Begitulah TB sentiasa diingatkan bahawa penyakit  yang menimpa adalah adalah ujian kehidupan daripada Allah SWT. Ya, sebagai tanda Allah sentiasa kasihkan kita dan sebagai penghapus setiap dosa yang lampau.

Alhamdulillah TB sentiasa bermunajat dan mendekati diri dengan Yang Maha Pengampun lagi yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah ya Rabbul Jalil sentiasa mengasihi hamba-Nya yang beriltizam dan memohon keampunan dan keredaan-Nya.TB juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada sekalian pembaca budiman yang TB ingati mana-mana ada kata-kata yang tersinggung dan sama-sama mendo0akan untuk kesejahteraan kesihatan TB. TB berazam bahawa usia dan kesihatan yang diberikan ini untuk TB terus berjuang di arena penulisan demi kemanusiaan sejagat dan ke jalan Allah SWT.

Amin ya rabbal-amin.Salam perjuangan.

07 Mac 2013

IMEJ GAMBAR PUTERI JACEL KIRAM


Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram
Princess Jacel Kiram anak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram




USTAZ AZHAR IDRUS


KUMPULAN  Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.
"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

Ustaz Azhar Idrus
Dalam pada itu, Shahrul berkata, filem pertama mereka itu adalah projek istimewa bersama MIG dan tidak berhasrat untuk menyertai syarikat produksi itu untuk menguruskan kerjaya lakonan mereka.
Jelas Shahrul, Shiro selesa dengan pengurusan Astro Entertainment yang menguruskan kerjaya seni mereka sejak menjuarai program Raja Lawak musim keenam.
Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, kumpulan Shiro juga akan tampil dengan sebuah single khas buat peminat dan yakin kehadiran mereka sebagai penyanyi dapat diterima ramai.
Kata Shahrul, Ajak akan bertindak sebagai vokalis utama dan dia akan lebih kepada rap dalam lagu itu nanti.
Dalam pada itu selain sedang berada di lokasi penggambaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Shiro juga akan mengendalikan sebuah program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti,Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.(sumber:MStar,07/03/13)

JAMALUL KIRAM III AKAN DITANGKAP ?


JAMALUL Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.
Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatatdalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).
Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.
"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.
Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhanpersekutuan Malaysia.
Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. -(sumber :  BERNAMA, 06/03/13)

06 Mac 2013

INSPEKTOR ZULKIFLI MAMAT :SAAT-SAAT TERAKHIR


"KALAU  nok mati, jaga pun mati,(dalam loghat Terengganu)" itulah kata-kata terakhir Allahyarham Inspektor (kini ASP)Zulkifli Mamat kepada ibunya, Khatijah Ismail menjelang keberangkatannya ke Lahad Datu.

Si ibu yang merelakan pemergian anak berjuang demi negara itu terdiam.

"Dua hari saya duduk senyap," cerita ibunya ketika ditemui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Ustaz Riduan Mohamad Nor di rumahnya dekat sini selepas kematian Inspektor Zulkifli.

(ustaz Riduan [kiri sekali] bertemu dengan keluarga Inspektor Zulkifli di rumahnya dekat sini)

Turut serta dalam pertemuan itu adalah Ustaz Wan Azhar, Yang Dipertua PAS Kawasan Besut.

Inspektor Zulkifli dari pasukan elit VAT 69 polis adalah antara wira-wira negara awal yang terkorban selepas diserang penceroboh di Lahad Datu.

Beliau meninggal bersama rakannya, Koperal Sabaruddin bin Daud selepas diserang. Tiga rakannya turut cedera dalam serangan yang mencetuskan serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia ke atas penceroboh itu.

Zulkifli adalah seorang pelajar cemerlang di pusat latihan polis Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak.

Kerana kecemerlangannya itulah beliau terpilih menyertai Pasukan elit VAT 69.

Zulkifli meninggalkan isterinya yang sedang mengandung Nor Aziah Noor, 28 serta dua anak.

Beliau berasal dari Besut, Terengganu.

Sebelum berlepas ke Lahad Datu, Allahyarham Zulkifli memberitahu ibunya di Besut, dia akan ke Sabah menyertai satu operasi di sana.

Ibunya berkata, "Jauhnya nak pergi."

"Takpa lah mak, pergi sekejap je, balik nanti, saya marilah rumah mak," kata si anak.

"Tanggungjawab besar ini mak. Seperti kata mak sebelum inilah, saya memegang amanah," tambah Inspektor Zulkifli kepada ibunya.

Lalu ibunya memberikan pesan agar beliau menjaga diri baik-baik kerana dia akan pergi ke tempat yang dia belum pernah pergi.

"Tak apalah mak, kalau nak mati, jaga pun mati," itulah kata-kata terakhir Zulkifli kepada ibunya sebelum berangkat ke Lahad Datu.

"Selepas dia takda ni, saya tak tahulah..makan dok, apa pun dok," cerita ibunya sambil mengesat air matanya.

Menurut abangnya, Zulkifli memang bercita-cita mahu mati syahid,

"Dia bercita-cita doh nak syahid...dia dah bersedialah," tambah abang kepada Allahyarham dalam pertemuan itu.(sumber:HD, 06/03/13). TB: Alfatihah kepada Allahyarham dan semua yang terkorban.

05 Mac 2013

SULU MNLF ADA AGENDA?



PAPARAN muka Facebook Asree Sug yang mendedahkan tentang Perhimpunan Nur Misuari dan MNLF pada entrinya 24 Januari 2013.


SATU  akaun Facebook atas nama Asree Sug telah mendedahkan tentang agenda Perhimpunan Nur Misuari dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Pulau Jolo, Sulu pada 3 Januari lalu.

Dalam entri bertarikh 24 Januari itu, pemilik akaun media sosial tersebut mendakwa agenda perhimpunan itu seperti berikut:

1. Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi pemerintahan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro)-Filipina yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

2. Mendapatkan sokongan dan saranan Tausug bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan semula Borneo Utara, cara tuntutan dibuat dan siapa yang akan ditabal sebagai Sultan Sulu.

3. Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baharu sedangkan perjanjian lama belum dilaksanankan.

Dalam Facebook itu, Asree juga mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang yang katanya: "MNLF dan Nur Misuari sedang memerhatikan keadaan politik di Malaysia... kemungkinan, Nur Misuari sedang mendoakan kemenangan buat sahabat karibnya DS Anwar Ibrahim untuk mendapat kemenangan pada PRU-13". - ( sumber  UTUSAN ONLINE  5/3/2013)

 

03 Mac 2013

JACEL KIRAM MAHU BERDAMAI?



TERKINI, amaran yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan Filipina tidak dipedulikan oleh kumpulan penceroboh yang mencabul kedaulatan negara.
Jacel Kiram, anak sulung kepada Sultan Jamalul Kiram III (ada laporan bekas sultan Sulu) berpendirian tidak akan menyerah diri kerana tindakkan itu tidak akan berlaku. Beliau juga di mengakui arahan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima. Berikut adalah petikan media berkaitan pendirian Jacel;
“Apa yang mereka tahu hanyalah menyerah diri..menyerah diri. Kenapa kita perlu menyerah diri di tanah air sendiri?
“Mereka (pengikut Sultan Sulu di Sabah) tidak berbuat apa-apa yang tidak baik di tanah air mereka,” kata anak sulung Sultan Kiram, Jacel Kiram di Filipina.
jckramSultan Kiram 111, 74 tahun berpenyakit buah pinggang (kini menjalani dylisis 2kali seminggu) dan tidak bermaya dilihat muncul bersama bintang filem lasak, Robin Padilla (menderma P500,000 kepada Sultan Kiram kerana rawatan perubatan) sebelum beberapa wartawan berkampung di kawasan rumahnya di Taguig City. Beliau menolak dakwaan Setiausaha Kabinet Rene Almendras bahawa Setiausaha Kehakiman Leila de Lima ‘berhubung secara langsung’ dengan keluarganya malam Jumaat.
Menurutnya, seseorang yang menyatakan dia mewakili Setiausaha Kehakiman telah menghubungi mereka, serta mendesak sultan menggesa pengikutnya pulang ke tanah air tanpa sebarang syarat. Katanya utusan yang dihantar sebelum ini cuba mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap mereka.
Jacel turut mempertikaikan dakwaan Almendras bahawa kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan kebuntuan dalam insiden tersebut secara aman. Beliau berkata penceroboh tersebut akan terus berada di sana sehingga ketiga-tiga pihak, iaitu Kesultanan Sulu, kerajaan Filipina dan Malaysia duduk semeja bagi menyelesaikan isu pemilikan ke atas Sabah.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, IGP Polis Diraja Malaysia juga mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.
Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.
Dalam kejadian tembak menembak ini, seorang anggota lagi disahkan terkorban dan beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Sehingga 3 Februari jumlah pasukan PDRM lima terkorban.(sumber: disesuaikan daripada
blogger bebas) .TB berharap jika PDRM bersikap bertahan yang boleh membawa kemudaratan; sudah tiba masanya ATM mengambil alih.Pada asalnya penceroboh, kemudian pengganas; dan tidak mustahil anasir luar. Walau bagaimanapun sebagai sesama umat lslam semoga Puteri Jacel mewakili ayahandanya dapat berunding secara diplomatik yang mana 'askar mereka perlu berundur keluar' dari bumi Malaysia.Kemudian kita di Malaysia wajar juga mendengar ''rintihan' mereka. Usahlah mana-mana parti politik di Malaysia (BN dan PR)  menjaja sana sini menjadi bahan politik terkini.Semoga Allah menyelamatkan umat lslam semua. Bukan lslam di Malaysia jangan pula merasakan ini bukan masalah mereka.lni negara kita bersama.

PRINCESS JACEL KIRAM said.....




Princess Jacel Kiram (left) daughter of Jamalul D. Kiram III Sultanate of Sulu and North Borneo and Spokesman Abraham Edjirani (right) give an update on the casualties in the Sabah standoff during a press conference held at Kiram’s  residence in Taguig City on Saturday.   MANNY PALMERO
Princess Jacel Kiram (left) daughter of Jamalul D. Kiram III Sultanate of Sulu and North Borneo and Spokesman Abraham Edjirani (right) give an update on the casualties in the Sabah standoff during a press conference held at Kiram’s residence in Taguig City on Saturday. MANNY PALMERO
THE clan of Sulu Sultan Jamalul Kiram III defied on Saturday calls by the Philippine and Malaysian government to surrender without conditions and insisted that they will stay in Sabah because “honor is above life.”
“They will not come back because honor is above life,” the sultan’s daughter Jacel Kiram said in an interview with the radio station dzBB. “We are trying our best to understand why the government is treating us this way.”
Jacel made the remark at the Kiram home in Maharlika Village in Taguig City moments after presidential spokesman Edwin Lacierda read a statement from President Aquino calling the Kiram clan to surrender without conditions to avoid further bloodshed.
“If you have grievances, the path you chose was wrong. The just, and indeed, the only correct thing for you to do is to surrender,” Lacierda read Aquino’s statement at a press briefing in Malacañang.
“Because of the path you have taken, what we have been trying to avoid has come to pass,” Lacierda read from the statement. “Surrender now, without conditions.”
Twelve Filipinos and two Malaysian police commandos died in a clash on Friday between Malaysian authorities and about 200 members of the Kiram clan and their supporters.
The group was led by the sultan’s brother Agbimuddin Kiram and landed in the remote village of Kampung Tanduo, 130 kms from the town of Lahad Datu in northeastern Sabah, last February 9 and engaged Malaysian authorities in a territorial standoff for almost three weeks.
But Malaysian authorities attacked the group on Friday, resulting in the death of the 12 clansmen and two cops.
Malaysia’s The Star reported that Malaysian Prime Minister Najib Razak talked with President Aquino Friday night and Lacierda confirmed that the Malaysian government had said the Kiram group had to “surrender or face the repercussions at the hands of security forces.”
“The Sulu rebels have to surrender or they will face the action of our security forces,” Najib was quoted as saying after paying his respects to the two slain commandos. The window for negotiations has already because of the hostile stand of the Kiram clan, Najib added.
Lacierda said a Philippine Navy ship was awaiting permission from Malaysia to dock so it could provide food and medical aid to the Kiram group.
National Security Adviser Cesar Garcia Jr. and presidential political adviser Ronald Llamas have also been tasked to talk with the Kirams, he added.
At the same time, Malaysian Police Inspector General Ismail Omar said the remaining members of the armed Sulu group at Kampung Tanduo are now trapped and face no choice but to surrender.
“After what happened yesterday, the situation remains under control. The intruders have been cordoned off in Kampung Tanduo by the security forces. We are in control of the situation,” Ismail was quoted by the Malaysian government news service Bernama.
“The group is trapped in Kampung Tanduo. Given this situation, I warn them to give up. We have given them much time. Their action gives us no other option,” he said. “I do not have any other option but to arrest them. I again ask them to lay down arms and surrender. Otherwise, I will have to resort to drastic and necessary measures to end the situation.”
Meanwhile, US Ambassador Harry Thomas Jr. on Saturday said the US hoped the Philippine and Malaysian government would be able to resolve the Sabah incident without further violence, but stressed that the US government will not get involved in the matter.
“We’re not involved in that,” Thomas said in Tacloban City. “That is something between Malaysia and Philippine government. I hope they can have a peaceful solution to this.” (res.:Ronald Reyes)

SULU : SUATU TRAGEDI KEHIDUPAN


PERNAH  suatu zaman Kesultanan Sulu gah di persada dunia, sejarahnya persis era PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. Ramai pendakwah dari keturunan Rasulullah S.A.W juga WALI SONGO tanah JAWA telah sampai ke kepulauan SULU dan mengislamkan rakyatnya...

....Bahkan mereka  ditanam dengan ketauhidan yang sangat kuat dalam hati. Mereka hidup aman damai dengan kasih sayang dan keberkatan melata di bumi SULU yang subur dan pernah menjadi saksi tertegaknya kerajaan ISLAM suatu masa dahulu dengan nama SULU DARUL ISLAM

Kini masyarakat di Kepulauan Sulu hidup dalam keadaan yang amat daif, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tanpa bekalan elektrik, rumah yang usang beratapkan rumbia berlantaikan buluh, tiada pendidikan yang sempurna, jauh daripada pembangunan dan kecanggihan teknologi, tanpa kewarganegaraan, tersisih dan berserakan di mana-mana. 

Kehidupan kanak-kanak Sulu yang memerlukan pembelaan, pendidikan, dan usaha mengembalikan zaman kanak-kanak
yang gembira.
Kawasan perairan Sulu belum tercemar, dan menjadi tempat pembiakan ikan, di jetinya sahaja
banyak ikan sebesar tapak tangan berenang-renang.

Kehidupan yang sentiasa kelaparan serta susah akibat kemiskinan yang menghimpit dek kesan peperangan yang panjang; era penjajahan Sepanyol, Amerika,Jepun dan kembali berperang dengan Amerika. Di pulau Luzon identiti Kemelayuan dan keislaman telah pudar dan hilang akibat kristianiti dan percampuran perkahwinan penduduk tempatan dengan keturunan Cina,Jepun dan imperialis Amerika.

Bersandar serbak harum mewangi suara kemanuasiaan sejagat membawa mesej cinta dan kasih sayang untuk semua warga rumpun Nusantara ini . Mengongsi rasa ummat Nabi saw demi sebuah rahsia cinta. Kita memfokuskan dengan menyeru semua pihak yang mahu bersama agar dapat membantu dan meringankan kesusahan rakyat umat Islam di Sulu supaya mereka dapat menikmati makanan dan keperluan asas yang mampu meringankan kesusahan mereka. Sudah sampai masanya kita hulurkan kasih sayang yang lama tidak dinikmati umat Islam di SULU.

Kepulauan Sulu 100% adalah Islam. Sulu pernah didatangi pendakwah Arab yang dikatakan daripada keturunan Rasulullah S.A.W. Mereka inilah yang telah mengislamkan keseluruhan masyarakat di Sulu dan berkahwin dengan masyarakat setempat dan menetap sehingga kini. Masyarakat Sulu sangat menghormati golongan ulama . Mudah-mudahan ada saudara seagama yang bangkit membantu atas dasar kasih sayang, kedamaian dan persaudaraan dalam Islam.

Dengan semangat dan DASAR KASIH SAYANG pada umat baginda Nabi S.A.W sebuah badan NGO 'Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HARUM) tampil mengambil inisiatif merintis MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG dengan sumbangan berupa pakaian dan wang kepada rakyat SULU TERTINDAS. Beberapa siri Misi Kemanusiaan ini akan dihantar lagi untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung rakyat Islam di sana. Alhamdulillah segala perjalanan selamat cuma memenatkan dan mereka  melihat sendiri kedamaian SULU dan kemelaratan rakyatnya yang menagih seteguk rasa kasih.
Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air untuk kegunaan harian ; redup mataknya mneceritakan 1001 kisah duka masyarakat Sulu yang hidup tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian lama. 

Namun tragedi pencerobohan apa yang dinamakan 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' (tidak mewakili keseluruhan rakyat Sulu) ke Lahad Datu,Sabah,Malaysia yang mana kemuncaknya berlaku tembak menembak pada 1 Mac 2013 yang mengakibatkan dua komando VT69 PDRM terbunuh dan beberapa cedera serta terbunuhnya beberapa orang di pihak lawan sungguh menyayat hati. 

TB mengucapkan takziah yang mendalam kepada kepada semua mangsa saudara se-lslam khususnya kepada keluarga anggota pasukan keselamatan Malaysia yang dipertanggunjwabkan menjaga kedaulatan negara.Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka. Begitulah bermulanya era penjajah Sepanyol sejak abad ke-16 memecahbelahkan kita umat lslam lantaran permusuhan dan dendamnya selepas zaman perang salib.Kita umat lslam dan bangsa rumpun Melayu di wilayah lain; beringat-ingatlah bahawa musuh lslam sentiasa wujud tidak kira mengira waktu dan zaman.


Beratapkan rumbia, berlantaikan buluh; kedaifan ini melata ke seluruh Kepulauan Sulu.



Pemandangan pekan di Kepulauan Sulu, aktiviti perniagaan di sini juga sekadarnya sahaja. Yang banyak dijual adalah makanan ringan --itu sahaja kemampuan mereka di sini. Selebihnya ubi,kelapa dan sumber alam menjadi sandaran mereka untuk hidup.


Pemandangan laut lepas dan aktiviti laut masyarakat Sulu.


Keadaan sebenar kedai di Kepulauan Sulu ..perhatikan deretan kedai yang usang dan jalan tanah


Rumah di kawasan pantai juga ibarat perkampungan setinggan yang berasak-asak serta laluan yang sempit bertitikan buluh.


Si ibu menangis kerinduan setia menanti kepulangan anak perempuannya yang telah berhijrah dan berkahwin di Malaysia tetapi tidak berani kembali ke Kepulauan Sulu. Air mata kerinduan bergenang di kelopak mata si ibu menceritakan rasa kerinduan kepada anak tercinta, mengenangkan kudrat semakin lemah, beliau berdoa berharap agar dapat menatap wajah dan melepaskan kerinduan kepada anak yang disayangi . Kesan peperangan yang panjang menyebabkan ramai ahli keluarga terpisah dan berpisah.


Keadaan sekolah dari pintu masuk hadapan, ibarat hidup segan mati tidak mahu.Bandingkan SJK Cina dan SJK Tamil di Malaysia.


Keadaan atap sekolah di Sulu yang sangat daif dan berlubang-lubang dan kayu yang mula mereput.


Sekolah saudara se-Islam di Filipina yang tidak mendapat perhatian, namun masih digunakan kerana masih ada yang sanggup mengajar walaupun tidaklah mendapat gaji yang setimpal.


Dua gambar di atas ini menunjukkan bagaimana daifnya sekolah umat ISLAM di SULU, Berbaju pink adalah pengetua sekolah berkenaan . Menurut beliau bantuan untuk sekolah telah lama dihentikan. Namun dengan penuh dedikasi beliau tetap meneruskan usaha mendidik anak-anak muda.


Anak kecil yang tidak bersalah; mereka menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan manusia. Kebanyakan rumah masyarakat di SULU hanya berdindingkan buluh, beratapkan jerami, dikatakan hanya sebuah sahaja rumah batu sempurna di pulau ini


Masjid ini mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan dan menanti lebih sumbangan untuk menampung kos pembinaannya bagi kegunaan umat Islam di sana. Perhatikan lumut-lumut yang terbentuk pada dinding masjid ini.Betapa sukar sekalipun kerana cintakan ISLAM mereka terus berusaha dan yakin dengan bantuan ALLAH ; itulah semangat rakyat Kepulauan Sulau yang kuat tauhidnya kepada ALLAH SWT.


Keadaan dalam masjid yang masih menanti sumbangan untuk disiapkan bagi kegunaan umat Islam di Sulu


Kepulauan SULU mempunyai pantai dan pemandangan yang indah memukau. Tahukan anda kepulauan SULU di iktiraf dunia sebagai mempunyai pantai tercantik di dunia namun--belum diterokai. Rumah ini dihuni keturunan pendakwah Islam (Syarif) yang pernah datang dan mengislamkan rakyat di sini.


Ahli keluarga Pak Harun yang menjadi tempat singgah kami menyelami kesusahan kehidupan mereka yang digambarkan dengan imej negatif oleh media antarabangsa. Garis-garis kedut di mukanya serta wajah sayu anak-anaknya menggamit isi hati kami.


Keadaan lantai rumah beralaskan kepingan buluh yang yang berlubang -lubang menggambarkan kesusahan kehidupan 8 sekeluarga


Dalam kesusahan mereka sangat meraikan tetamu, kehadiran delegasi MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG mewakili rakyat Malaysia diraikan dengan penuh rasa ikatan persaudraan seolah-olah telah lama berkenalan dan mereka sangat mengharap agar kita bantu membela nasib mereka


Beginilah keadaan dalam rumah umat ISLAM SULU, tiada bilik..inilah tempat tidur satu keluarga. Sesetengah anak lelaki dewasa perlu tidur di luar beralaskan lapik sekadarnya . Perhatikan anyaman buluh yang mulai mereput. Tiada elektrik, sumber air terhad dan tiada apa-apa. Kembali ke zaman Tanah Melayu era 1940-an


Seorang anak muda SULU terpaksa menanti air untuk kegunaan keluarganya. Bekalan air untuk minum dan kegunaan harian terpaksa dicatu di sana.


Biarkan gambar ini menceritakan kesusahan RAKYAT SULU yang tertindas


Gambar anak ini berjaya kami rakam; hibanya hati melihat kemelaratan mereka terpaksa ditanggung anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.


Pengangkutan utama di SULU...dalam kesesakan lori ini seorang ibu terpaksa menyusukan anak kecilnya yang menangis kelaparan. Menitis air mata seorang ahli misi mengenangkan kesengsaraan yang dihadapai rakyat SULU.


Kehidupan masyarakat yang dinafikan hak dan kewarganegaraan...wajah ini perlu digembirakan . Masyarakat Sulu mempunyai wajah orang Melayu Semenanjung Malaysia.Maklumlah mereka adalah rumpun Melayu  Nusantara. Mereka kuat berpegang pada intipati ajaran Islam-Ketauhidan Kepada Allah.


Persis stor dan tidak layak lagi dihuni...pemandangan ini biasa di SULU namun mereka tetap yakin kepada ALLAH dan kalimah syukur sentiasa meniti dibibir mereka. Begitu berbekas kesan dakwah ISLAM pada jiwa UMAT ISLAM SULU.


Pemandangan indah Kepulauan Sulu yang sangat mendamaikan jiwa ....masih banyak kawasan yang kami tidak sempat pergi ini hanya secebis dari beratus-ratus gugusan pulau di Kepulauan Sulu


Kepulauan Sulu mempunyai "crystal clear water" ....kemasinannya kurang berbanding laut di Malaysia. Sangat berlainan suasana udara pantainya

Begitulah serba sedikti perkongsian foto dan gambaran kehidupan masyarakat Islam di SULU. TB ucapkan syabas dan berterima kasih kepada pasukan misi HARUM. Semoga ada NGO lain baik di Malaysia mahupun di Brunei dan lndonesia bersedia berlapang dada menghulurkan bantuan kepada mereka. Terfikir di benak TB; " Alangkah bertuahnya rakyat Malaysia yang membuka pintu pula kepada pendatang luar dari China dan lndia pada zaman silam hingga ke saat ini,Sekiranya kepulauan Sulu dahulu itu 'dimasukkan' ke dalam gagasan Malaysia pada suatu waktu dahulu alangkah beruntungnya nasib mereka yang walang...Begitulah induknya Filipina yang bagaikan 'menyisihkan tidak berlaku adil' kepada wilayahnya Sulu termasuk Mindanao'. Nasib Sabah dan Sarawak amat gemilang setelah bersatu dalam Malaysia.Fikir-fikirkanlah! (TB)

(sumber disesuaikan daripada: http://www.harum2012.blogspot.com

01 Mac 2013

ANWAR PUNCA SEGALA?

DATUK Seri Anwar lbrahim (DSAI) sememangnya menjadi 'hero' dan idola bagi anak-anak muda seawal era 1970-an dahulu. TB tidak mahu menulis panjang berhubung DSAI ini.Walhal TB pernah bersorak gembira menyambut 'kepulangan wira' dan mendengar ceramah berapi-api beliau di UKM pada tahun 1976. Dan DSAI juga pernah menjadi 'bos tertinggi' TB sewaktu beliau menjawat Menteri Pendidikan dan TB berkhidmat di bawah KPM pada penghujung tahun 1980-an.

Begitulah DSAI yang meniti gelora politik dalam suka gembira leka hingga ke gundah-gulana suram kelam dan anekaloka. TB tidak tahu sangat bahkan TB jujur mengakui bahawa 'dunia belakang tabir' DSAI TB tidak arif dan tidak berapa jelas.Namun bagi TB dalam kehidupan dan kejadian manusia yang tidak sempurna sebagai hamba Yang Maha Berkuasa; tiada yang mustahil semua yang baik boleh diperolehi dan yang buruk boleh berlaku. Allah menguji manusia ini dengan kejayaan dan kemasyhuran. Allah juga menguji juga dengan penderitaan,cemuhan dan kejian.

Justeru TB ambil jalan neutral tanpa memihak. Sekiranya DSAI ada melakukan 'kesilapan' dalam bahtera kehidupan ini lebih baik demi kesejahteraan ummah anak cucu kita, DSAI bersaralah.Tetapi parti dokongan DSAI teruskan perjuangan kerana kehadiran parti-parti alternatif diperlukan bagi mengimbangi perlakuan salah kuasa yang dilakukan mereka yang berkuasa.

Namun jika DSAI sebenar-benarnya 'bersih dan suci' dan dek kerana fitnah jahat TB sarankan teruskan perjuangan. Kebenaran tetap menyerlah menentang kebatilan. Alangkah bertuahnya rakyat Malaysia sekiranya DSAI sebenarnya insan mulia beriman dan berhemah sebagaimana yang pernah TB sendiri mendengar dan melihat dengan mata kepala sendiri ceramah beliau dalam masjid pada tahun 2009 yang lalu. Segala-galanya, wallahualam. TB tetap neutral. (TB)

HARGA MINYAK TURUN ?


JANGAN  anda terkejut seandainya BN mengumumkan penurunan harga minyak menjelang pembubaran parlimen ini.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man setelah kerajaan pimpinan Barisan Nasional baru-baru ini mengisytiharkan penurunan cukai kereta import dari Jepun dan Australia.

Semalam pula, katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Ismail Sabri pula mengisytiharkan satu Malaysia satu harga, mirip penghapusan sistem kobotaj, bagi menghapuskan sistem dua harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“PAS yakin akan ada lagi beberapa peniruan idea manifesto Pakatan Rakyat akan ditiru oleh BN, memandang mereka telah kehabisan idea baru terutama yang melibatkan kepentingan rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai kritikan selepas pembentangan manifesto PR, kata Tuan Ibrahim, PAS yakin mereka akan meniru tanpa segan silu kerana tawaran PR telah terbukti mendapat sokongan rakyat.

Hujah Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, pengalaman PAS di Kelantan yang telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain akhirnya ditiru oleh kerajaan BN, walaupun di peringkat awal mereka mengecam PAS dengan pelbagai tuduhan.

“Bertolak kepada pengalaman tersebut, tidak mustahil mereka sanggup menurunkan harga minyak demi mendapatkan sokongan rakyat. Kita tetap dengan tawaran kita, berapa mereka turun sekalipun PR tetap akan menurunkan di bawah harga semasa apabila kita memenangi PRU akan datang,” tegas beliau.(sumber: HD, 01/03/13)