BERDASARKAN pekeliling Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bertarikh 6 0gos 2012 permohonan pemangkuan atau kenaikan pangkat PPPT gred DH 43/44 ke DH 48 di KPT khususnya di politeknik-politeknik KPT adalah berdasarkan 8 kriteria:
1.Telah disahkan dalam perkhidmatan.
2.Mencapai tahap prestasi (markah LNPT) yang telah ditetapkan bagi 3 tahun gred semasa. Penilaian LNPT bagi tahun pertama di gred semasa hendaklah sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan ke atas.
3.Melepasi tahap kecemerlangan perkhidmatan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
4.Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah di politeknik).
5.Bebas daripada sebarang hukuman tatatertib.
6.Lulus tapisan keutuhan SPRM.
7.Telah membuat pengistiharan harta.
8.Telah menandatangani Surat Akuan Pinjaman Pendidikan institusi/tabung pendidikan.
Apabila para pemohon warga KPT yang memenuhi 8 kriteria di atas maka mereka bolehlah memohon secara talian/online dan mengemukakan kepada Ketua Jabatan (Pengarah politeknik/pengarah bahagian) dengan menyertakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan.
ISUnya alangkah malangnya PPPT senior yang 'berasal' dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang pada mulanya 'dijanjikan' peluang kenaikan pangkat yang lebih baik tetapi janji tidak ditepati! Sebagaimana yang kita sedia maklum KPM kini melaksanakan dasar time-based bagi urusan kenaikan pangkat secara automatik iaitu gred 44 setelah 8 tahun berada dalam PPPS gred 41 dan 12 tahun berada dalam PPPS berkhidmat dalam gred 41/44 untuk ke gred 48 dan begitulah seterusnya.Bagaimana pula dengan PPPT di KPT yang memiliki ijazah lanjutan seperti sarjana dan PhD? Justeru apa guna Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi 'melalak' agar pensyarah KPT (termasuk di politeknik) memiliki ijazah lebih tinggi seperti PhD jika tidak dinilai untuk kenaikan pangkat ? Tidakkah ini kelakar maharaja lawak?
Adakah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT hanya 'copy n paste' sistem lama KPM yang telah ketinggalan zaman? Di manakah tranformasi dan globalisasi yang dilaung-laungkan itu?
TB sedih kerana KPT bagaikan mengundur ke belakang dan memalukan. Dan bagaikan tidak sehaluan dengan pemikiran PM Datuk Seri Mohd Najib yang mahukan adanya anjakan pardigma yang inovatif agar tranformasi pendidikan berjalan dengan lancar. KPT oh KPT! (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan