Salam Perjuangan

31 Oktober 2012

Puisi: SATU DEMI SATU

Para sahabat tinta pena seni
saparman, aris tahir, mahfar,adam di muar
mas'ud,noh atan,gunawan ,di ppj
dino,t.alias,ashaari,maarof saad
sinonim di persatuan penulis nasional
cikgu maaruf, dr.othman puteh lepasan sitc
telah pun berangkat selepas petang condong itu

Begitu juga sabar bohari,sahmad malaya,nora
aziz hm, zubir harmoni yang telah mendahului kita
satu demi satu mengekori jymy asmara,pungguk
keris mas,masuri sn & tongkat warrant
ke negeri sana bukan untuk berpuisi lagi

Satu demi satu suara guru keramat rakan sejawat
bertolak semenda ke alam pemastautin abadi
tan sri mohd rafie pendokong dan pejuang guru
meninggalkan legasi dan bahtera indah mahligai kini
untuk warga pendidik yang berteriak sekian lama
dan teman-teman yang mengasuh bakal guru di mpi
nawai,hassan,adimat,kudus, puteh,,mustaffa
didoakan dapat mereka bertemu di sana bukan
bicara refleksi praktikum lagi

syed,hashim,liza teman persekolahan di sdad
mariam,fatimah,,sairi,jannes sekuliah di upm
yang antara mereka tidak lagi berhibur di radio klasik
dan satu demi satu mereka telah mengusung suka duka
menuju ke taman sana serba haruman mewangi
meninggalkan kekasih,segala kebesaran pingat
kebesaran pangkat,gelaran darjat,harta yang disayangi
dan kita pun menanti gikiran yang sama
di pelabuhan senja ini ketika taufan sandy melanda!


RAJIEE HADI,
Bukit Mahkota,
31 Oktober 2012.



30 Oktober 2012

PANGLIMA AWANG


MURID  di Malaysia tahu Hang Tuah adalah pahlawan Melaka, Parameswara adalah pengasas Kesultanan Melaka, Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan, tetapi setahu saya tidak ramai yang pernah dengar nama Panglima Awang.

Siapa dia Panglima Awang atau Enrique of Malacca atau Henry The Black? Sebenarnya dia adalah seorang bangsa Melayu dari Melaka yang bekerja sebagai jurumudi dan belayar bersama Kapten Ferdinand Magellan mengelilingi dunia.

Tetapi Kapten Ferdinand meninggal dunia sebelum misi yang disertai lebih daripada 200 orang anak kapal sampai ke destinasi mereka di Lisbon, Portugal yang juga merupakan tempat bermula pelayaran mereka.

Kejayaan Panglima Awang memang mempunyai maksud yang signifikan kepada kita.
Pertama dia berjaya mengelilingi dunia. Panglima Awang dan pasukannya telah membuktikan bahawa dunia bukanlah rata, tapi adalah bulat.

Kedua bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam usaha untuk membuktikan yang bumi adalah bulat, kalau bukan Panglima Awang yang dapat berkomunikasi dengan Raja Humabon di Pulau Cebu semasa pasukan kapal menemui kesusahan selepas Kapten Ferdinand mati, misi mengeliling tidak akan berjaya dan sejarah tidak tercipta.

Misi Panglima Awang telah banyak membantu merapatkan hubungan di antara Timur dan Barat dan juga memajukan teknologi pelayaran dunia.

Misi yang berjaya di bawah pimpinan Panglima Awang juga memperkenalkan tanaman daripada Brazil seperti tomato dan ubi ke Eropah yang kemudian menjadi bahan penting dalam kehidupan moden kita.
Panglima Awang memang orang yang banyak berjasa kepada dunia dan harus dijadikan teladan untuk pemuda-pemudi negara.

Saya amat berharap riwayat Panglima Awang dapat diperkenalkan kepada anak-anak sekolah di tanah air melalui pembelajaran sejarah. (sumber: UM, 30/10/12)

27 Oktober 2012

ZULKIFLI NOORDIN

SENATOR PKR Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya kepadanya bahawa anggota parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran bagi mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada ketua pembangkang itu bertanding.

"Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim ketua umum PKR," kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.

Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".

Menurutnya, Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".

Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut.

Menurut Syed Husin lagi, Anwar memberitahunya, Zulkifli meminta bayaran RM60,000 sebagai balasan untuk mengosongkan kerusi parlimennya.

Perkara yang sama katanya turut dinyatakan Anwar kepada ahli-ahli biro politik PKR.

"Perkara itu bukan sahaja diberitahu pada saya tetapi juga kepada biro politik," katanya.

Justeru, beliau percaya Anwar bercakap benar tentangnya.

Beliau turut percaya kepada Anwar kerana beliau telah mengenali Anwar buat masa yang lama.

"Beliau adalah pelajar saya (di Universiti Malaya), rakan tahanan saya (dalam penjara) dan kemudiannya pemimpin saya.

"Jadi apabila beliau beritahu (perkara itu), saya percayakannya," kata Syed Husin.

Bercakap lanjut, Syed Husin berkata Zulkifli berbohong dalam tulisan blognya yang menjadi tumpuan utama saman itu.

Menurutnya, beliau tidak pernah menemui Zulkifli sebagai wakil Anwar dan menawarkan jawatan dalam anak syarikat Selangor sebagai balasan mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya.

"Apa yang beliau sebutkan adalah bohong sepenuhnya apabila mendakwa saya mewakili Anwar.

"Beliau juga berbohong tentang dakwaan saya memberitahunya saya dijanjikan jawatan senator jika melepaskan jawatan timbalan presiden PKR," kata Syed Husin.

Tambahnya lagi, kesediaan Zulkifli melepaskan kerusinya walaupun belum bersetuju berbuat demikian jika syaratnya tidak dipenuhi memberikan gambaran salah kepada orang ramai.

"Kepada orang ramai, beliau akan kelihatan seperti malaikat apabila menarik diri (daripada kerusinya).

Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya sementara Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusandan Aziz.

Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera itu akan disambung semula pada 5 November depan.(sumber: MK, 27/10/12)

24 Oktober 2012

TB MASUK PAS?

TB tersenyum panjang apabila diajukan soalan teman-teman ;adakah TB kini sudah menjadi ahli PAS; dalam erti lain menganggotai Parti lslam Se-Malaysia (PAS) yang mana sekaligus menjadi aktivis PAS di belakang tabir?

TB tidak nafikan sejak kebelakangan ini sering menulis dalam portal berita Harakahdaily.net sama ada dalam bentuk kreatif mahupun rencana.TB juga tidak nafikan selain menggunakan nama samaran,TB ada juga menggunakan nama sebenar TB dan jawatan TB dalam NGO yang TB pernah sandangi. Bahkan jika ada sesiapa yang pernah menelusuri perkembangan dunia penulisan TB bahawa TB sering menyumbangkan hasil tulisan untuk akhbar Harakah sejak awal tahun-tahun 1990-an dahulu!

Walaupun sebagai penjawat awam ketika itu TB sedari ada pro dan kontranya tetapi kerana nawaitu TB adalah sebuah salam perjuangan yang murni maka kerana ada wadah yang bersesuaian dengan pemikiran TB yang kritis maka TB atas nama untuk keadilan masyarakat maka TB titipkan untuk Harakah sejak zaman wartawan tersohor Subky Latif dan Shukor Harun.

Justeru, tidak ketinggalan kedapatan jua tulisan-tulisan perjuangan TB disiarkan di Berita Harian/Minggu dan Utusan/Mingguan Malaysia; termasuk di portal berita terkenal 'Malaysiakini'. Walaupun jarang sekali tulisan-tulisan TB dibakulsampahkan tetapi TB sentiasa rendah hati jikalau tulisan-tulisan TB tidak disiarkan.TB tahu akhbar juga ada 'selera dan motifnya'.

Jadi ahli PAS? Bagi TB suara perjuangan lslam sejagat tidak semestinya menjadi ahli parti politik. Jika seleberiti dengan anginnya kini dengan platform parti PAS biarkanlah.Buat masa ini, ya buat masa ini biarlah TB tidak menjadi mana-mana ahli atau memperbaharui keahlian mana -mana parti politik. Sungguhpun TB pernah menjadi 'THINK TANK' untuk BN di kawasan Parlimen Kuala Langat pada PRU tahun l990-an membantu calon-calon BN seperti Dato A.Samad Maharuddin (ADUN MORIB), Dato Mohd Shafiee Salleh (MP Kuala Langat) dan sebagainya itu bukan bermakna TB menjadi ahli UMNO atau sekutu BN.

Bahkan pada PRU l990-an TB juga pernah menjadi 'Think Tank' bidan terjun untuk calon Gerakan Parlimen Batu (Dr Tan) dan memberi ceramah di Dewan Orang Ramai di Segambut,Kuala Lumpur. Dan pernah 'ditawarkan secara lisan' oleh orang kuat parti Gerakan Wilayah Persekutuan untuk jawatan bagi kuota orang Melayu. Tetapi TB dengan 'senyum manis' mengundurkan diri daripada mengikuti hari-hari berikutnya. Apapun kerusi di Batu dan Kuala Langat dimenangi BN. Semuanya menjadi kenaangan dan amat nostalgik.

Namun TB hadiri juga bersama anakanda Haziz pada tahun-tahun 1990-an majlis Adilfitri terbuka parti PAS di Taman Melewar,Kuala Lumpur, Dan pernah juga hadir majlis makan malam dan ceramah-ceramah anjuran PAS. Adakah ini sikap penulis yang mahu mengayakan dan mematangkan minda? lnilah yang TB dapat rasai. Bahkan lucunya, TB pernah mahu mencalonkan diri sendiri sebagai calon bebas PRK Parlimen Kuala Kubu Baru beberapa tahun yang lalu.namun saat akhir, TB batalkan hasrat dan tetap percaya 'mata pena lebih tajam daripada mata pedang'.

Apa yang nyatakan TB tetap kekal mahu sebagai seorang penulis yang mana menulis dan terus menulis sebagai wadah perjuangan. Apatah lagi jiwa TB 'tidak boleh memijak dan dipijak'. Esok lusa TB tidak tahu.TB tetap bebas, bebas menyuarakan pandangan,idea dan misi perjuangan selagi bertunjangkan akidah lslamiah dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Bagi TB, SN Dr Shahnon Ahmad tahu mengapa dan kenapa sikap TB begini......wallahualam. (TB)

22 Oktober 2012

MCA MULAI MABUK ATAU GILA?

PRESIDEN MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".(sumber:Koh Jun Lim, MK, 22/10/12)

YASH CHOPRA

PENGARAH  filem veteran Bollywood, Yash Chopra, meninggal dunia semalam, kerana demam denggi.
Chopra yang berusia 80 tahun, sebelum ini dirawat di Hospital Lilawati, Mumbai sejak 13 Oktober .
Menurut pihak hospital, pelakon itu meninggal dunia kerana mengalami komplikasi denggi yang berpanjangan dan juga kegagalan organ dalaman yang tidak berfungsi. -(sumber: UM, 22/10/12)


20 Oktober 2012

CINA MALAYSIA BERSYUKURLAH!


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengatakan, Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

Beliau juga menegaskan, ketika menjadi Menteri Pelajaran, Akta Pendidikan 1996 diwujudkan menggantikan Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran 1961 amat ditakuti kerana memberi kuasa penuh kepada Menteri Pelajaran untuk menukar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kepada sekolah kebangsaan.

Akta Pelajaran 1996, memberikan signifikan amat besar kepada pendidikan Cina. Kerajaan secara langsung mengiktiraf kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina (SPC) sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat kekal.

Sekadar makluman, selepas 1996, lebih banyak sumber kewangan diperuntukan pendidikan Cina. Pada masa itu, terdapat 78 sekolah menengah Cina yang memilih untuk mematuhi silibus dan pengajaran kerajaan dan ia menjadi SMJKC, manakala 60 lagi kekal sebagai SPC. Ini tidak termasuk sejumlah hampir 1,300 SJKC yang diterima masuk sebagai sistem pendidikan kebangsaan. Bilangan SJKC terus bertambah setiap tahun melalui bantuan kerajaan sepenuhnya.

Akta 1996 yang lunak ini membolehkan kerajaan memberi bantuan kewangan, fiskal dan sumber perancangan kepada sistem pendidikan Cina. Namun, sedarkah kita bahawa akta ini juga ditentang oleh NGO Cina seperti Dong Jiao Zong, kerana mereka tidak mahu langsung sekolah Cina diganggu-gugat. Mereka mahu beroperasi dengan penuh kecinaan.

Najib turut menjelaskan kedudukan terkini permohonan pembinaan sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan, Pahang seperti yang dituntut komuniti di kawasan tersebut. Syarat yang dikenakan adalah pelajar-pelajar ini wajib mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jika pelajar mahu mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), itu terpulang kepada mereka.

Kerajaan juga menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membangunkan SJKC di seluruh negara. Selain itu, kerajaan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar terbaik UEC dan menyelesaikan segera isu kekurangan guru di SJKC. Itu pun masih ditentang kerana mereka mahu UEC diiktiraf sepenuhnya tanpa mengambil SPM.

Sebagai timbal balas, Perdana Menteri menaruh harapan melihat masyarakat Cina di negara ini fasih berbahasa Melayu. Persoalannya, bolehkah harapan Najib ini dipenuhi oleh komuniti Cina, terutama kumpulan ultra kiasu, setelah kerajaan memberi begitu banyak kemudahan dan begitu bertoleransi.
Tiada negara di dunia ini yang begitu bermurah hati dan bertoleransi seperti apa yang negara kita lakukan. Persoalannya, kenapa tidak dihargai? Apa jua cadangan kerajaan untuk penambahbaikan sekolah Cina adalah ditentang habis-habisan. Toleransi yang tidak ada tolok bandingnya ini masih lagi diterima.
Apa yang dimahukan oleh orang Cina? Apakah mereka mahu tinggal di pulau sendiri seperti Singapura dan sasaran mereka hari ini adalah Pulau Pinang.

Lebih memeranjatkan lagi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan isu pendidikan dan kesaksamaan ekonomi, yang disebut sebagai road map, adalah daya penarik bagi menarik undi masyarakat Cina yang kebanyakannya kini beralih menyokong pakatan pembangkang. Road map yang dimaksudkan mengiktiraf UEC, seperti kerajaan mengiktiraf sijil dikeluarkan Kolej Tunku Abdul Rahman.

Selain itu, terdapat beberapa tuntutan utama lain yang mesti dipenuhi iaitu mengatasi masalah kekurangan guru di SJKC; menghalau keluar guru-guru bahasa Melayu dan Inggeris yang tidak mempunyai kredit Mandarin dalam SPM, kesukaran permohonan pendaftaran ahli lembaga pengarah pengelola sekolah Cina, mencinakan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, meluluskan penubuhan sekolah Cina persendirian Segamat, tambahan peruntukan pembangunan SJKC dan menyediakan rizab tanah sekolah Cina dan peruntukan yang diperlukan untuk membina sekolah.
Kata Saifuddin lagi, sekiranya isu-isu seperti itu berjaya diselesaikan, komuniti masyarakat Cina berkemungkinan besar akan kembali untuk menyokong kerajaan. Persoalan saya, jika semua tuntutan dipenuhi, identiti apa yang akan tinggal? Kita membina negara atau membina bangsa? Raikan bangsa majoriti atau minoriti?

Saya harap kerajaan buat audit akaun-akaun NGO-NGO ini termasuk PIBG dan sumbangan hartawan Cina kepada mereka. Percayalah, jutaan wang telah ditaburkan. Maka tidak hairan jika kemudahan sekolah Cina jauh lebih baik daripada sekolah kerajaan kerana sikap dermawan hartawan mereka. Perkara yang perlu difikirkan adakah pendidikan dan masa depan boleh dijual beli?
Jika semua tuntutan ini dipenuhi maka berlakulah proses pencinaan 100 peratus. Mereka lebih Cina daripada orang Cina di China. Ini tidak termasuk, proses pencinaan IPTS swasta yang hebat berlaku dan IPTS berasaskan parti politik perkauman.

Proses pencinaan berlaku daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Jika semua ini terus dibiarkan berlaku, tidak ada ertinya nama Malaysia, kerana identiti Malay (Melayu) sudah tidak wujud lagi. Yang ada, hanya menonjol Chinesesia.

Hargai toleransi dan sikap murah hati PM. Ini tidak, mereka terus menerus mendesak kerajaan supaya terus mencinakan pendidikan Cina. Mereka langsung tidak memikirkan tentang bangsa majoriti yang semakin hilang identitinya semata-mata meraikan bangsa lain.

Sudahlah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak terdaulat. Hari ini sistem pendidikan tidak menyokong ke arah mendaulatkan bahasa kebangsaan. Peruntukan tahunan sudah menjadi sama rata. Di manakah maksud adil yang sebenarnya? Adil sudah tidak membawa makna meletakkan sesuatu pada tempatnya, tetapi sudah menjadi 1>1. Adilkah namanya?

Percayalah, jika orang Cina terus mengambil pendekatan tertutup yakni terus mencinakan sekolah Cina, lebih Cina daripada negeri Cina. Suatu hari ini orang Cina juga yang akan rugi dan menyesal. Mereka akan ketinggalan. Kecinaan yang keterlaluan tidak akan membawa keuntungan kepada orang Cina, kerana orang Cina tidak tinggal di lubuk sendiri.

Tidak salah menjadi 'Cina pisang' sedikit, sebab kita berada di tempat orang, bukan tempat asal kita dahulu. Saya tidak langsung membantah, jika orang Cina mahu menjadi secina-cinanya jika mereka berada di negara China.

Tetapi hari ini kita berada di Malaysia. Negara yang majoritinya adalah Melayu dan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa untuk orang Cina berinteraksi dengan orang Melayu adalah bahasa Melayu. Bahasa perpaduan dan integrasi adalah bahasa Melayu.

Mustahil orang Melayu akan berkomunikasi dalam bahasa Cina dengan orang Cina. Itu pun orang Melayu sanggup korbankan lenggok dan gaya bahasa Melayu semata-mata meraikan orang Cina.

Janganlah kerana tidak mahu menjadi Cina pisang, kita turut mahu mencinakan negara ini. Sikap seperti tidak akan membawa kepada pembinaan negara bangsa yang sihat. Tetapi hanya akan menambah luka yang sedia ada. Mungkin ketika itu pemimpin NGO Cina yang ultra kiasu ini, sudah tidak ada lagi. Tetapi yang akan menjadi mangsa adalah generasi yang akan datang.

Saya langsung tidak anti Cina, sebab saya juga adalah Cina. Tidak salah jika kita menjadi Cina pisang atau kita tidak rugi sedikit pun jika kurang sedikit kecinaannya, kerana kita sudah dapat yang sepatutnya.(sumber:Mohd. Ridhuan Tee Abdullah , UM , 20/10/12) 

19 Oktober 2012

Puisi: JALAN BUNGA PEKAN

Aku singgah di rumah makan ini
monggo mampir gado-gado lontong mbak
ngobrol wak yang keras lembut
bagai mini semarang

Ada juga suara seperti di tiruchirappali
di tamil nadu suatu waktu dahulu
jerit ahling yang pernah kudengar
di tianjin beijing pada musim salji
bersatu dalam derap udara kota kecil ini

Maka yang damai disulam gundah
lantaran papan tanda resah
'Awas Peragut' di sana sini
dan di pengadilan jaksa
di hujung sana seberang menanti
debar episod hitam sosilawati
dan rakan yang  malang

Apakah pelaku kejam dihukum saksama
apakah riak kota tenang ini kekal selama
dan bagaikan mimpi hujan tengah hari
di luar menitis basah pipiku
di jalan bunga pekan ini.

RAJIEE HADI,
Kuala Langat, SDE.
18 Oktober 2012.

16 Oktober 2012

Puisi: MORIB, 1965


Pepohon ru yang berbaris
menyambutku, emak dan abah
di pantai Morib ini dengan
memori syahdu 1965 dahulu

Semasa kecilku berombongan girang
bas Pak Ludin North-West Johor Bus Company
dari jauh sebelum subuh tanah Johor
kami bertolak membelah jalan sunyi
aku bergaya dengan sepatu baru

Emak dengan rendang
ketupat dan aneka kuih Melayu
kata abah, kami makan di taman bunga
tasik perdana ibu kota permai tanah airku

Pepohon ru pantai Morib itu
kami bertamu seketika bermakna
abah yang peramah mahu menceritakan
pasir putih dan alam aslinya
pernah menerima hadir tentera asing
zaman perang dunia kedua lalu

Kata abah, perkampungan Melayu yang tradisi
ikan-ikan segar aneka terumbu karang
perahu payang nelayan kerdil
hembus bayu datang pergi ke dini malam

Pantai Morib, aku datang mencarimu
walau dalam debar getar usia
hari ini mengutip butir pasir silam
ada yang kelam,ada yang menghilang!


RAJIEE HADI,
Morib-Banting,
16 0ktober 2012.


15 Oktober 2012

PESTA KONVOKESYEN UNIVERSITI BUKAN JOM HEBOH

ANTARA  hari yang paling bermakna dalam hidup seorang pelajar pengajian tinggi adalah hari mereka memakai jubah dan mortar sambil memegang skrol ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktorat mereka.

Dan selepas menerimanya daripada canselor yang biasanya adalah sultan-sultan Melayu, ini kerana ia menandakan mereka sudah berjaya melepasi satu fasa perjalanan ilmu dan akademik sementara menanti fasa-fasa seterusnya yang lebih mencabar.

Acara gilang-gemilang ini adalah acara terbesar sesebuah universiti kerana ia melambangkan kejayaan para graduan tamat belajar dan melibatkan bukan hanya pelajar, namun keluarga mereka, para pensyarah dan juga universiti itu sendiri. 

Wajah riang, senyuman puas dan bangga adalah hadiah terindah pelajar kepada orang tua, isteri dan anak-anak mereka.

Ketertiban para sarjana ketika mana mengikuti majlis istiadat penganugerahan, satu persatu dengan jubah dan mortar yang seragam dan suasana bening yang sungguh ilmiah dan mendamaikan.

Ia benar-benar suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa pun yang bergelar graduan khususnya mereka yang mendapat ijazah tertinggi di peringkat doktor falsafah.

Kerancuan budaya

Begitu sekali tergambar ketertiban dan keilmuan selama ini berjaya membentuk mereka menjadi manusia beradab selain memiliki jiwa yang besar dan keintelektualan yang ampuh. Semua begitu cantik dan hanya boleh didapati dalam istiadat ini sahaja.

Namun ironinya suasana tersebut amat kontra dengan apa yang berlaku selepas itu atau di luar dewan yang menghimpunkan segala kemuliaan ilmu dan sarjana-sarjananya. 

Biasanya seiring dengan majlis konvokesyen akan berlangsung juga festival-festival sempena dengan konvokesyen yang dikatakan penuh dengan istiadat dan adab keilmuan itu ternyata sangat berbeza.

Entah di mana silapnya, sama ada pihak penganjur dan berkuasa universiti menganggap ia bukan urusan mereka atau bagaimana, kita juga masih mencari jawapan. 

Bagaikan dua dunia yang sangat berbeza, festival di luar sempena dengan majlis konvokesyen tidak lebih daripada pasar malam atau ‘uptown' atau semacam konsert Jom Heboh dan semisal dengannya sahaja.

Lebih teruk lagi di sesetengah universiti ternyata meraikan para ilmuwan mereka dengan konsert jemputan penyanyi popular tanah air yang mereka sendiri tidak pernah belajar di universiti dan semua ini seolah mendapat restu dan kebenaran daripada setiap lapisan pentadbiran universiti khususnya di peringkat yang tertinggi.

Lebih teruk apabila dewan yang mulia sendiri juga dicemari dengan persembahan atas nama kebudayaan namun jelas kerancuan budaya itu sendiri dalam persembahan dan ada kalanya menjolok mata, sedangkan yang sedang menonton adalah para sarjana yang diraikan ilmu mereka dan ibu bapa yang kebanyakannya adalah mereka yang sudah lanjut usia dan berkopiah serta berserban. 

Entah apa lagi yang kita mahu banggakan daripada universiti kita kalau acara yang paling penting ini pun dinodai dengan rakus hedonisme dan para penguasanya tersenyum sakan melayan rentak irama bersama.

'Gangnam style'

Kita merayu kepada mereka yang punya kuasa dan jawatan yang berbasis kepada kesarjanaan dan bijaksana otak mereka, bahawa jangan lagi samakan pesta konvokesyen dengan apa-apa program hiburan dan jualan di luar sana, cukup dengan apa yang sudah ada di luar sana, jangan universiti yang dimuliakan dengan ilmu dan sarjananya juga mahu "digangnamstylekan"!

Akhirnya, saya tertarik untuk kongsikan satu cadangan daripada adik-adik siswa yang ada nurani iman dan ilmu, kritikal terhadap kerancuan di peringkat tertinggi di seluruh universiti ini. 

Mereka mencadangkan. Pesta konvokesyen universiti. Sepatutnya seperti di bawah:
  1. Jualan mega buku-buku akademik atau bacaan ringan.
  2. Pameran hasil penyelidikan staf-staf akademik.
  3. Pameran hasil penyelidikan pelajar universiti.
  4. Menempatkan diskusi figura dalam pelbagai bidang.
  5. Memanggil GLC atau mana-mana syarikat untuk menawarkan pekerjaan atau temuduga terbuka.
  6. Taklimat untuk graduan ke peringkat pengajian pasca siswazah di dalam atau luar negara.
Cukuplah pesta meraikan graduan universiti yang hanya dipenuhi jualan tudung dan makanan/minuman semata-mata. Lagi-lagi, konsert yang entah apa-apa termasuk nasyid yang meraikan cinta, bukan kejayaan di universiti.

Semoga cadangan beliau ini diambil berat dan kami berharap pihak pentadbiran tertinggi universiti cakna akan isu ini dan memaknakan pesta konvokesyen saban tahun dengan suasana ilmu dan iman bukan sebaliknya.

Ini adalah rayuan daripada hati seorang anak didik yang mahu dididik oleh tuan puan semua. (sumber Zahiruddin Zabidi)


BAHASA ROJAK ATAU ROJAK BAHASA?


KALAU tidak biasa kita mungkin keliru dengan ayat seperti ini: ‘xleh g cos sakit gg.’ Ini satu gaya pemberitahuan menerusi khidmat pesanan ringkas @ SMS. Apa yang sebenarnya hendak dikatakan oleh pengirim ialah: “Tidak boleh pergi sebab sakit gigi.”
Ada macam-macam lagi bahasa telefon bimbit @ hp kita. ‘Tq 4 info’ (maknanya, terima kasih atas makluman), ‘c u there’ (jumpa anda di sana), ‘tgh uat pe?’ (sedang buat apa?), ‘nape x rply sms?’ (mengapa tidak membalas sms?), ‘x mkn umah, ot’ (tidak makan di rumah, kerja lebih masa).
Demikianlah hari demi hari bahasa Melayu baku kita telah dicacatkan dengan teruknya oleh ‘bahasa hp’, iaitu spesies baharu bahasa yang dicetuskan oleh gelombang ICT. Konon, masa dan ruang kini amat terhad, jadi semuanya perlu diringkaskan.
Oleh sebab terlalu berbahasa hp, ada yang terbawa-bawa ke dewan peperiksaan dan menjawab soalan subjek Bahasa Melayu menggunakan bahasa cacat ini. Maka, markah yang diperoleh pun menjadi cacat dan mendatangkan mudarat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bimbang kecenderungan menggunakan bahasa cacat ini dalam SMS, Twitter, Facebook dan lain-lain gajet ICT akan menghakis kekuatan bahasa Melayu.
‘tqvm tpm, moh kite tntg b4 worst’. Maksud saya, “terima kasih banyak kepada Timbalan Perdana Menteri, marilah kita sama-sama memerangi gejala ini sebelum keadaan menjadi bertambah teruk.”

*TURUT menggusarkan Muhyiddin ialah semakin berkembangnya penggunaan apa yang disebut sebagai ‘bahasa rojak’, iaitu bahasa Melayu yang dicampur aduk dengan bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Jawa, Minang, dan lain-lain.

“Penggunaan bahasa Melayu yang betul dilihat semakin dipinggirkan dalam mengharungi dunia globalisasi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 di Nilai, Negeri Sembilan, Rabu lalu.

Sebenarnya bahasa rojak telah diterima sebagai bahasa rasmi sekarang. Stesen-stesen penyiaran, termasuk radio dan TV kerajaan sudah mengiktiraf bahasa baharu ini dan menggunakannya setiap hari, terutama dalam program-program hiburan popular.

Para menteri kita, termasuk menteri Melayu, tidak malu-malu – malah, mungkin berasa megah – apabila di dalam TV berbahasa rojak. Mereka cakap Melayu satu atau dua ayat, kemudian cakap bahasa Inggeris campur Melayu.

Para pemimpin dan orang korporat kita lebih suka berbahasa rojak baik dalam TV, radio, mahu pun acara rasmi, sebab mereka menganggap kalau cakap Melayu tidak campur-campur, orang tidak faham.

Kalau pemimpin dan menteri sendiri sukan bercakap bahasa rojak, rakyat biasa pun menganggap bahasa tersebut telah diterima sebagai bahasa rasmi. Sebab itu selepas 55 tahun merdeka, kita masih melancarkan Bulan
Bahasa Kebangsaan. Sepatutnya Bulan Bahasa Kebangsaan tidak wujud lagi.

*SEORANG artis wanita kita mencetuskan kontroversi menerusi penampilannya pada malam Anugerah Blokbuster Sabtu lalu. Dia memakai gaun hitam yang terdedah di bahagian dada, perut dan paha.

Katanya, seperti yang dilaporkan akhbar, dia tidak menyangka penampilannya itu menjadi bualan hangat sekali gus menyinggung perasaan segelintir masyarakat. Ertinya baginya berpakaian seksi seperti itu adalah biasa.

Buka perut, dada dan paha, bukan perkara biasa, sebab artis ini orang Islam. Kalau pun tidak bertudung litup janganlah terlalu mendedahkan. Tidak malukah kita membiarkan perut ditonton orang?

Ada yang menyalahkan pereka fesyen, ada yang menyalahkan penganjur. Memang sesetengah penganjur majlis seperti ini suka buka-buka, konon hendak samakan artis kita dengan artis Hollywood, sebab itu pereka fesyen pun hendak menunjukkan kehebatannya macam di Hollywood. Kita lupa diri, tidak melihat akar kita.

Apa pun, yang paling bersalah adalah si pemakai. Kalau sudah tahu fesyen itu membuka luas perut, dada dan paha, apa yang megah-megah hendak memakainya? Kalau sudah tahu minuman itu beracun mengapa sanggup meneguknya?

*AKHIR kalam berpuluh ribu orang pelabur dalam beberapa syarikat jongkong emas kini tertekan – sesetengahnya sudah separuh sewel – sebab tidak tahu apa akan jadi pada pelaburan mereka yang nilainya berbilion ringgit.

Ini semua patut dijadikan teladan bahawa tidak kira berapa banyak duit kita, fikir dan kajilah betul-betul sebelum melabur. Tersilap labur duit lebur.(sumber:Tuk Perak, SH,15/10/12

14 Oktober 2012

Puisi: DI KEJAUHAN LAUT

Malam dan laut di kejauhan
kerdipan dalam tatapan tanpa suara
cangkerawala pun mula kehilangan
ombak mendesah kian menjauh
persis kehidupan di penghujungan

Jejak kembara di bibir pantai
adalah khilaf alpa dan ketakwaan
berbaur dan bersatu nurani
antara kekesalan dan tasawur
perjalanan meniti tanpa arah

Antara kebatilan dan iman
ada mata hati suci ini
akan memandu dalam kegelapan
dengan titis manik rahsia alam
kulepaskan jauh ke tengah lautan.


RAJIEE HADI,
Port Dickson.
14 Oktober 2012.



11 Oktober 2012

ASTRO

ORANG lain mungkin menganggap perkara remeh, namun saya merasakan perkara ini hak kita untuk mengetahui ke mana hilangnya wang kita. Boleh jadi juga sebuah taktik perniagaan. Saya tidak menuduh tetapi berikut adalah perkongsian saya:

Sepulangnya dari tempat kerja, emak menyerahkan bil ASTRO terkini untuk saya jelaskan bilnya. Saya perasan ada tambahan RM10 pada bil terkini. Kata emak, ada program baru.

Saya melarikan mata sepintas lalu pada butir-butir transaksi. ASTRO Best: The Hunger Games. Bila masa pula emak yang sudah tua dan uzur melanggan program ini. Emak hanya lebih gemarkan program di TV Al-Hijrah dan saluran 119. Bila saya tanyakan pada Emak,  jawapannya: Mana tahu. 'Kan, sudah masuk dalam bil. Jadi perlu dibayar.

Emak terpaksa melanggan ASTRO kerana langsung tiada siaran televisyen jika tidak melanggan servis ASTRO. Saya pula lebih selesa mendapatkan maklumat daripada internet.

Saya tidak berpuas hati lantaran yakin tiada antara kami yang akan melanggan program sedemikian. Lalu saya menelefon pihak ASTRO untuk memaklumkan kesilapan tersebut. (Nota: Pastikan anda miliki kredit yang cukup untuk mendail talian 1-300-82-3838 kerana tempoh masa yang lama diambil sebelum dapat bercakap dengan staf. Pastikan juga tekan butang 3 selepas pilihan bahasa.)

Pihak ASTRO memberitahu, dalam rekod mereka ternyata kami tidak membuat sebarang langganan untuk pakej tersebut. Lega saya. Namun di hujung-hujung perbualan tatkala saya yakin staf terbabit akan memaklumkan tentang kecuaian tersebut pada unit kewangan, wujud pula rekod.

Saya dimaklumkan bahawa langganan telah dibuat pada tarikh 16 September 2012 pada jam 6.21 petang oleh nombor telefon 019-569xxxx. Saya sudah menafikan bahawa kami telah membuat langganan tersebut. Bagaimana pun staf berkenaan membuat andaian bahawa ada budak-budak main.

Mustahil, fikir saya. Saya pasti amat bahawa nombor telefon tersebut sangat asing dan memang tidak tersenarai dalam rekod nombor telefon keluarga dan rakan. Sebelum mengakhiri perbualan yang mengambil masa kurang lebih 12 minit, saya diminta untuk tetap membayar tambahan RM10 tersebut.

Saya cuba menghubungi pemilik nombor tersebut dan ternyata dia hanyalah seorang pelajar sekolah menengah dan menetap di Perlis. Sedangkan kami di Perak.

Yang menimbulkan musykil di fikiran saya, bagaimana ada ‘budak-budak’ boleh melanggan serta menggunakan akaun emak saya pada tarikh tersebut walhal kami sekeluarga sedang menghadiri walimah saudara di luar Perak!

Sudah tiba masanya untuk pihak ASTRO benar-benar meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan pencapaian dan keuntungan mereka. Lebih-lebih lagi dalam isu keselamatan begini. Cukup-cukuplah untuk menerima hamburan marah dan segala bentuk ketidakpuasan hati daripada pelanggan.(sumber:HD, 11/10/12)



ISTERI OH ISTERI

ISTERI yang soleha dan cemerlang merupakan hiasan dalam jiwa dan minda seorang suami.Senyuman, kasih sayang dan keprihatinan seorang isteri memberi semangat juang seorang suami untuk mengharungi gelora bahtera rumahtangganya. Manakala isteri yang ingkar bagaikan duri dalam daging yang menusuk setiap gerak nadi suami bahkan memamah jiwa dan raga serta menularkan bahang keresahan dan penderitaan.

Justeru, aduhai isteri jauhi dan elakkan dua puluh perkara di bawah ini selagi bersandarkan syariat agama demi kasih sayang kehidupan suami isteri mendapat keredaan Allah dari dunia hingga akhirat:

1.Mengabaikan wewenang atau maruah serta martabat suami.
2.Menentang perintah suami.
3.Enggan memenuhi keperluan seksual suami.
4.Tidak mahu menemani suami tidur.
5.Memberatkan beban belanja suami.
6.Tidak mahu bersolek untuk suami.
7.Merosakkan kehidupan agama suami.
8.Mengabaikan kepentingan suami.
9.Keluar rumah tanpa izin suami.
10.Melarikan diri dari rumah suami.
11.Menerima tamu lelaki tanpa izin suami atau yang tidak disukai suami.
12.Tidak menolak disentuh lelaki lain.
13Tidak mahu merawat suami ketika suami sakit.
14.Puasa sunat tanpa izin suami ketika suami di rumah.
15.Menceritakan bentuk fizikal wanita lain kepada suami.
16.Menolak kedatangan suami memenuhi gikirannya.
17.Mentaati perintah orang lain di rumah suaminya.
18.Menyuruh suami menceraikan madunya.
19.Minta cerai tanpa alasan yang sah.
20.Mengambil harta suami tanpa izinnya.

SEMOGA kita semua mendapat rahmat-Nya. (TB)

Puisi: MALAM

Malam ada waktunya gurun sepi
malam ada ketikanya belantara resah
malam ada saatnya kota gundah
malam ada detiknya kaca berdarah
malam adalah serigala liar

Sesungguhnya malam ada berahi pengantin
sesungguhnya malam ada sengketa hati
sesungguhnya malam ada lara kehidupan
sesungguhnya malam  ada percik keinsafan
malam adalah seharum kasturi

Mari kita bangkitkan
malam dengan degup takwa
mari kita bentangkan
malam dengan munajat
dengan anugerah-Nya malam
penuh tafsir dan makna!

RAJIEE HADI,
10-10-12.

10 Oktober 2012

DOKTOR PERUBATAN YANG HAFAZ AL-QURAN

PEGAWAI perubatan wanita yang juga merupakan huffaz al-Quran, Dr. Nurul Ain Samsuddin, 26, memberitahu, amalan menghafal mukjizat umat Islam itu telah menyebabkan hidupnya teratur untuk membahagikan masa antara kerjaya dan mengingati semula ayat-ayat kitab suci itu.
Lulusan Sarjana Muda Perubatan Universiti Sains dan Teknologi (Just) Jordan itu menyatakan, kesibukannya berkhidmat di Hospital Ampang, Selangor tidak menjadi batu penghalang kepadanya untuk mengingati al-Quran malah memberikan kelebihan kepadanya apabila ayat-ayat diingati itu berlaku secara kebetulan ketika bertugas.

"Contohnya pada sebelah pagi saya mengingati dan membaca ayat al-Quran berhubung proses kejadian manusia, tiba-tiba pada sebelah malam saya mengendalikan kes seorang ibu bersalin. Walaupun hanya kebetulan, tetapi saya merasakan ia adalah satu tanda keesaan Allah SWT.
"Oleh itu, tidak menjadi masalah, sama ada doktor, jurutera atau lain-lain bidang untuk menghafal al-Quran. Ia terpulang pada diri masing-masing,'' katanya yang berharap penglibatan lebih ramai hafizah.
Doktor muda itu kemudian menyatakan fenomena hafiz al-Quran profesional di Malaysia kini sudah berlaku memandangkan timbul kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz yang mempunyai sukatan sains.(sumber , UM, 10/10/12)


BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Tahun ini sekali lagi kita menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan. Program ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa memasyarakatkan bahasa kebangsaan di negara ini merupakan usaha yang berterusan. Hal ini berlaku kerana hakikat demografi penduduk Malaysia, serta sejarah pendidikan kebangsaan serta vernakular di negara ini.
Sungguhpun orang Melayu yang bahasanya diangkat menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini berjumlah lebih 60 peratus, tetapi Malaysia bukanlah sebuah negara yang benar-benar homogen. Penduduk lain seperti Cina, India, Kadazandusun dan Iban bukanlah penutur asli bahasa Melayu, walaupun mereka menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan yang melibatkan etnik lain.
Di negara yang benar-benar homogen, di mana terdapat komuniti yang terdiri daripada bangsa yang sama, umpamanya di Jepun, China, Rusia, Perancis, Arab, Itali dan sebagainya, pelaksanaan bahasa kebangsaan tidak menghadapi apa-apa kendala.
Tetapi di negara yang tidak begitu homogen pun, penegasan bahasa kebangsaan boleh dilaksanakan melalui peruntukan perlembagaan serta dasar bahasa kebangsaan yang tidak boleh dipersoalkan. Dua negara contoh yang paling hampir dengan kita ialah Thailand dan Indonesia, di mana penduduk minoriti tertakluk kepada pelaksanaan dasar bahasa Thai atau bahasa Indonesia dalam sistem pendidikan, urusan rasmi dan harian, media dan sebagainya.
Malaysia bukanlah Thailand atau Indonesia. Kita mempunyai sejarah kita sendiri, sementara Thailand dan Indonesia juga mempunyai sejarah masing-masing. Ini memungkinkan kita meneruskan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan setiap tahun.
Bagi penduduk minoriti di Thailand dan Indonesia, bahasa Thai dan bahasa Indonesia itu bukanlah bahasa asal mereka, dan mereka kurang menguasainya pada peringkat awal. Akan tetapi hasil daripada sistem pendidikan kebangsaan yang seragam, segala urusan rasmi menggunakan bahasa kebangsaan yang satu, dan media cetak serta media elektroniknya menggunakan bahasa kebangsaan juga, lama kelamaan minoriti ini - dan lebih-lebih lagi generasi anak cucu mereka - dapat menguasai bahasa Thai atau bahasa Indonesia dengan baik. Bahasa 'baru' ini menjadi semacam bahasa ibunda mereka juga. Mereka boleh bermimpi, membaca, menulis dan berhujah dengan menggunakan bahasa yang 'baharu' itu.
Akan tetapi dalam konteks pendidikan serta dasar bahasa kebangsaan secara keseluruhannya, situasi di Malaysia amat berbeza daripada pengalaman negara-negara homogen, atau negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Di Malaysia, sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu, bersaing dengan sekolah-sekolah vernakular atau jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil, di samping sekolah-sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris. Akibatnya ia bukan sahaja memberi kesan kepada pembentukan jati diri negara bangsa, malah menimbulkan isu-isu perpaduan serta asas integrasi yang selalu dipersoalkan. Dalam hubungan inilah kempen Bulan Bahasa Kebangsaan menjadi sangat berhubungkait.
Kita masih mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Jumlah sekolah aliran kebangsaan, sama ada di peringkat rendah atau menengah, jauh mengatasi jumlah sekolah vernakular. Di sesetengah tempat, sekolah kebangsaan bukan sahaja menjadi pilihan orang Melayu, malah bangsa-bangsa lain. Mereka boleh melanjutkan pelajaran tinggi hingga ke peringkat universiti. Ini kerana bahasa Melayu adalah sebuah bahasa moden dan maju.
Charles A. Ferguson yang pendapatnya dikutip oleh Hassan Ahmad (2011) mentakrifkan 'bahasa maju' berdasarkan tiga ciri atau kriteria berikut:
Pertama: Bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisan atau graphization (sistem aksara/ejaan). Jadi, bahasa yang belum mempunyai sistem tulisan atau ejaan, bahasa itu dianggap 'tidak maju.'
Kedua: Bahasa itu sudah mempunyai suatu ragam atau bentuk 'bahasa tinggi' yang disebut a supradialectal form, maksudnya bentuk yang mengatasi segala dialek bahasa itu, jadi bahasa yang masih berada di peringkat dialek daerah, bahasa itu dianggap 'tidak maju' atau 'belum maju.'
Ketiga: Bahasa itu sudah mampu digunakan sebagai alat untuk mengungkapkan modern form of discourse, maksudnya idea, ilmu dan pemikiran 'moden.' Bahasa itu sudah boleh menterjemahkan isi pemikiran atau 'ilmu moden' dari bahasa yang sudah maju - yakni maju dari segi fungsinya.
Berdasarkan kriteria-kriteria Charles A. Ferguson, nyatalah bahawa bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang telah maju. Bahasa Melayu telah mempunyai sistem tulisan atau graphization yang standard atau baku. Bahasa Melayu juga sudah mempunyai suatu ragam atau bentuk 'bahasa tinggi' yang jauh mengatasi dialek-dialek bahasa Melayu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Di samping itu bahasa Melayu juga sudah mampu digunakan sebagai alat untuk mengungkapkan idea, ilmu dan pemikiran moden - melalui penerbitan dalam pelbagai bidang dan subbidang ilmu, baik yang kreatif mahu pun yang saintifik sifatnya, malah mampu menterjemahkan ilmu-ilmu moden dan saintifik daripada bahasa-bahasa asing ke dalam bahasa Melayu.
Bulan Bahasa Kebangsaan harus dimanfaatkan untuk terus memberi kesedaran bersama, bagi memartabatkan lagi serta memperkasakan lagi bahasa kebangsaan kita ini. Dalam hubungan ini perkara-perkara berikut wajar diberi perhatian:
(a) Penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi kerajaan.
Melaksanakan Pekeliling Bil, 9 Tahun 2011 bertajuk Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam - suatu tindakan proaktif ekoran saranan Timbalan Perdana Menteri. Kementerian serta agensi lain wajar menzahirkan perancangan penerapan bahasa Melayu masing-masing, dan yang lebih penting ialah pemantauan berterusan, agar penggunaan bahasa Melayu terus ditingkatkan dari masa ke masa di sektor awam.
(b) Ucapan oleh Menteri Kabinet dan pegawai awam dalam majlis rasmi.
Ahli politik dan pegawai awam, di dalam majlis rasmi haruslah mengutamakan ucapan dalam bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi apabila khalayaknya ialah orang Malaysia sendiri. Mereka boleh memberi isyarat mendaulatkan bahasa kebangsaan, serta menjadi suri teladan kepada khalayak. Ahli politik dan pegawai awam wajar menjadikan matlamat memperkasakan bahasa Melayu sebagai cita-cita bersama, di samping matlamat lain yang memberi faedah kepada bangsa dan negaranya.
(c) Penggunaan bahasa Melayu di IPTA.
Kita mungkin perlu mengambil langkah 'pembuktian semula.' Bagi membuktikan bahawa bahasa Melayu memang berkemampuan menjadi bahasa ilmu dalam sistem pendidikan kebangsaan kita, maka kita perlukan sebuah universiti yang semua kursusnya disampaikan dalam bahasa Melayu, sebagaimana UKM pada peringkat awalnya dahulu. Untuk tujuan ini, mana-mana universiti awam perlu 'diremajakan' kembali, untuk muncul sebagai institusi contoh tulen yang berkeupayaan menerapkan bahasa Melayu dalam seluruh proses pengajaran dan pembelajarannya.
(d) Pengiktirafan terhadap sumbangan penerbitan dalam bahasa kebangsaan oleh staf akademik IPTA.
Pihak universiti awam wajar terus mengiktiraf sumbangan tenaga pengajar mereka yang menghasilkan penulisan dalam jurnal atau dalam bentuk buku dalam bahasa Melayu, bagi pertimbangan sumbangan ilmiahnya, termasuk kenaikan pangkat - selain sumbangan dalam jurnal antarabangsa.
(e) Penamaan bangunan, jalan dan kawasan baru serta bahasa kebangsaan di tempat-tempat awam.
Citra bahasa kebangsaan pada nama bangunan, jalan, kawasan baru dan di tempat-tempat awam wajar dipertingkatkan dari masa ke masa. Usaha ini jangan diserahkan kepada kapitalis dan pemaju yang tidak mementingkan citra kebangsaan.
(f) Pindaan dan perluasan peruntukan beberapa akta.
Pihak kerajaan boleh memperkemas dan memperkasa citra bahasa Melayu di negara ini dengan meminda serta memperluaskan peruntukan beberapa akta, umpamanya 'Akta Jalan, Parit dan Bangunan', 'Akta Pertubuhan', 'Akta Pendaftaran Perniagaan', 'Akta Syarikat', 'Akta Cap Dagang,' 'Akta Industri Pelancongan', 'Akta Komunikasi dan Penyiaran' dan 'Undang-undang Kecil Pengiklanan'.
Sebagai penutup saya ingin menyentuh tentang sikap orang Melayu sendiri terhadap bahasa kebangsaan. Hal ini penting, kerana sikap orang Melayu akan menjadi teras yang akan menentukan nasib masa depan bahasanya.
Bagaimanakah sikap orang Melayu terhadap bahasa Melayunya sendiri? Jika ditanya kepada setiap orang Melayu, mereka mungkin akan menyatakan kecintaan terhadap bahasanya, tetapi mungkin sedikit benar yang tahu proses untuk menterjemahkan rasa kecintaan itu dalam bentuk program penerbitan, aktiviti dan sebagainya - yang mampu mengetengahkan bahasa Melayu yang betul, indah dan berkesan sebagai sumber utama tamadun bangsa.
Mungkin semakin ramai orang Melayu kurang mengendahkan lagi bahasanya, sama ada kerana sikap tidak peduli, ataupun beralih kepada bahasa Inggeris. Bahasa warisan nenek moyang ini, yang mengandungi nilai budaya dan pembentuk akal budi bangsa, ditinggalkan perlahan-lahan. Dalam jangka panjang, mereka yang melalui proses tersebut akan kehilangan jiwa bangsanya.
Sudah sampai masa, dalam gelegak globalisasi yang mencabar ini, setiap orang Melayu menjaga serta melestarikan bahasa Melayu. Orang Melayu mesti menjaga bahasanya sebagai warisan yang paling berharga, yakni warisan yang telah membentuk akal budi, pandangan dunia serta falsafah Melayu; bahasa yang telah mentakrif keperibadian serta jati diri bangsa selama ini. Bahasa ini mesti dilestarikan melalui penguasaan bahasa yang baik dalam pertuturan, pengucapan dan penulisan; serta terus menjadi bahasa pengucapan seni, falsafah dan keilmuan - yang diterbitkan secara konvensional atau secara elektronik sesuai dengan kemajuan teknologi sezaman.(sumber : DATO' DR. ANWAR RIDHWAN, UM, 10/10/12)


09 Oktober 2012

DONG JIAO ZONG


SAYA  amat tidak faham kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) sanggup menerima memorandum Dong Zong mengenai tuntutan mereka yang amat ultra kiasu mengenai sekolah Cina. Sudahlah begitu, ia menimbulkan ketidakselesaan MCA.
Sama ada benar atau tidak MCA tidak selesa, Tuhan sahaja yang tahu. Apa yang saya tahu, selagi mana ia menguntungkan Cina, itulah MCA, DAP, Gerakan dan NGO ultra kiasu lain, sama sahaja. Tidak hairan jika MCA Kapar mencalonkan menteri itu sebagai Menteri Pelajaran.
Berdasarkan Bajet 2013, kelihatan seolah-olah kedudukan Sekolah Kebangsaan dengan sekolah Cina sama. Jangan dibanding dengan sekolah agama kerana tidak disebut langsung.
Malangnya, masih ada puak tidak bersyukur. Terbaharu, MCA menuntut bantuan RM50 juta diberi kepada Sekolah Menengah Cina (SMJKC), setiap tahun tanpa perlu diminta. Kayalah sekolah mereka. Untuk makluman, jutawan mereka turut menabur duit di sana. Tanyalah Dong Jiao Zong.
Tuntutan kumpulan ultra kiasu bukan perkara baru. Tetapi mereka ini beri betis hendak peha. Mereka sedang memanipulasi keadaan sepenuhnya sebelum PRU13, kerana belum tentu keputusan PRU13 berpihak kepada mereka. Apakah kita masih buta? Berulang kali telah saya katakan, bahawa tidak ada pendidikan sebegini di dunia lain, melainkan negara kita. Toleransi kita selama ini amat tinggi.
Ramai orang dari China yang melawat negara kita dan melihat sistem pendidikan, berasa pelik. Kenapa ada sekolah perkauman dalam sebuah negara yang beridentitikan Melayu. Sudahlah kerajaan membenarkan sekolah Cina, pada masa sama sekolah Cina lebih Cina dari negara China.
Alasannya, untuk kepentingan ekonomi, kerana kuasa China akan bangkit. Apakah sumbangan ekonomi sudah cukup mengatakan bahawa kita sudah patriotik? Nilaian kita terlalu kebendaan.
Banyak negara yang tidak boleh berbahasa Cina tetapi masih berurusan dengan negara China.
Pengunjung blog saya dan ultra kiasu selalu bertanya, kenapa anak saya berada di sekolah Cina sedangkan saya lantang mengkritik? Terus terang, anak saya tidak mempunyai masalah langsung dalam menyahut agenda kebangsaan. Bahasa Melayu mereka tip top. Saya hanya mahu anak saya menguasai bahasa Cina untuk perkembangan dakwah. Titik.
Mereka perlu menguasai bahasa ini bagi tujuan dakwah. Siapa lagi yang akan berdakwah kepada mereka, kalau bukan mereka yang berlatarbelakangkan Cina. Mungkin saya gagal, tetapi orang lain tidak perlu gagal. Lagi pula, anak saya tidak cair dalam arus kecinaan, tetapi penuh dengan jati diri keislaman.
Toleransi kerajaan terhadap sekolah Cina amat tinggi. Kenapa tidak dihargai? Kenapa kita harus melayan mereka atas nama demokrasi. Jika begitu keadaan, banyak lagi memorandum dalam perjalanan termasuk menghalalkan LGBT atas nama demokrasi.
Saya harap pemimpin Umno tersebut sedar apa yang dia cakap. Terbaharu, beliau menawarkan diri untuk hadir dalam mesyuarat NGO ultra kiasu bagi menyelesaikan segala masalah berhubung sekolah Cina. Sepatutnya beliau pergi mendengar rintihan sekolah agama yang begitu daif keadaannya. Jangan bercakap sekadar untuk kepentingan politik.
Inisiatif Kementerian Pelajaran untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025, bagi memastikan subjek tersebut boleh diajar dengan berkesan di sekolah Cina dan menyeragamkan pengajaran subjek ini dengan sekolah kebangsaan pada tahun 2014, menimbulkan kebimbangan kepada ultra kiasu dan terus ditentang ultra kiasu. 
Pada mereka, sebarang penambahbaikan bahasa Melayu akan menjejaskan penguasaan bahasa Cina. Agenda mereka Cina, Cina, Cina. Tidak ada sedikitkah agenda memperkasakan bahasa Melayu? Saya harap kerajaan bertegas. Biar pelat sedikit bahasa Cina tidak mengapa, asalkan jangan jahil bahasa kebangsaan.
Ini tidak termasuk tuntutan lain seperti, masalah kekurangan guru, peruntukan tambahan kepada sekolah Cina, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) dan meluluskan pembinaan sekolah persendirian Cina di merata tempat dan lain-lain lagi.
Jika semua tuntutan ini dipenuhi, apakah bentuk 1Malaysia yang dicitrakan?
Saya cadangkan buatlah kajian mendalam tentang sumbangan sekolah Cina terhadap pembangunan jati diri negara dan semangat patriotisme sebelum bantuan diberikan. Jika hasilnya positif, saya akan sokong apa jua tuntutan mereka. Bertindaklah dengan cerdik.(sumber:Dr. Ridhuan Tee Abdulllah , Sinar Harian, 8/10/12)

TB: Apa yang ditulis oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah yang semermangnya dari kaca mata seorang ahli akademik keturunan Cina Malaysia banyak kebenaran dan banyak rasionalnya. Dalam ajaran lslam, menyatakan kebenaran walaupun ada ketikanya pahit tetapi amat besar pahalanya di sisi Allah SWT. Teruskan Dr Ridhuan. Alangkah baiknya tulisan beliau ini diterjemahkan ke bahasa Mandarin dan disiarkan dalam semua akhbar berbahasa Mandarin di Malaysia. Di situlah kita akan tahu di manakah bumi yang dipijak oleh mereka yang tidak tahu bersyukur dan tidak memahami antara hakikat dan hipokrasi.

05 Oktober 2012

Puisi: Dia Yang Pergi




                  DIA YANG PERGI
( AL FATIHAH SASTERAWAN NORA@HJ. ALI HJ. AHMAD )

Sebagai anak sekampung pascamerdeka
segala nukilan kreatif menjadi pedoman
kebanggaan kehebatan kemashyuran
namamu Nora di tinta pena yang meniti
dari waktu remajaku bersemi alam ini

Sebagai anak sekampung yang menyeka debu
merah jalan becak bendang belukar melalang
menjadi teladan generasimu yang di kota
menyalur berita akhbar ternama di utusan
saban minggu mengasuh hati nurani sastera bangsa

Sebagai anak sekampung yang juga menitip
keluh rasa surat pembaca dan secebis kisah
kau dengan tekun membimbing dan membina
setiap bait klausa dan untaian puitis
menjadi nama besar dalam karya dan sebuah nama

Nora, di penghujung hayatmu di luar rumah utusan
nama Sungai Mati sering kau sulam dalam madah
setiap tazkirah kata hikmat pujangga sabda dan firman
katamu kehidupan di sebalik sana nanti kau impikan
kampung kelahiran  pangkalan menemui tanah sejati

Begitulah kudrat iradat yang tercatat
di mana-mana adalah milik Tuhan
kita hanya merancang dan mahu merasakan
manisnya hari di penghujung usia yang kental ini
ada ketikanya kita rapuh dengan fitrah ini
menemui Kekasih Abadi!


RAJIEE HADI,
Rumah Mahkota Bangi SDE
21/9/2012

03 Oktober 2012

DASAR PENSWASTAAN NEGARA : INILAH AKIBATNYA


MALAYSIA kini menghadapi jurang perbezaan dari segi pendapatan dan keuntungan syarikat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau yang menyertai sesi debat memberitahu Parlimen bahawa cadangan untuk Bajet 2013 yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) tidak cukup untuk mengurangkan perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia.
Ketua pembangkang itu berkata pendapatan isirumah masih lagi rendah dan menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.
“Ini bermakna pertumbuhan ekonomi dan projek yang diumumkan oleh BN tidak memberi manfaat kepada majoriti penduduk,” kata Anwar.
Beliau berkata berdasarkan tinjauan, 44.2 peratus penduduk isirumah di Malaysia mendapat kurang dari RM2,500 sebulan, dan hanya mewakili 14 peratus dari kekayaan ekonomi jika dibandingkan dengan 50 peratus yang dipegang oleh 20 peratus penduduk Malaysia yang terkaya.
“Keghairahan mengejar unjuran ekonomi tanpa melihat polisi untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dapat dilihat dalam ETP yang dicadangkan perdana menteri,” kata Anwar.
“Analisis dan perbandingan dalam nilai ekonomi yang dibuat dalam projek ETP dan gaji yang diberi kepada pekerja, bahawa pada tahun 2020 gaji pekerja akan mendapat kurang dari keuntungan syarikat.
“Sekarang, ratio gaji dan keuntungan ialah sekitar 28 peratus, di bawah ETP ia akan jatuh kepada 21 peratus,” katanya lagi.
Anwar berkata, pelan ekonomi nasional harus berubah dari hanya mahu mencapai pertumbuhan ekonomi dan ekuiti, tetapi harus memastikan pendapatan RM4,000 sebulan kepada seluruh isirumah dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Dia juga berkata pertumbuhan ekonomi harus dijana oleh perniagaan kecil dan sederhana dan bukan “seorang dua bos besar”.
Bercakap di Parlimen, ketua pembangkang juga membentangkan Bajet alternatif PR dengan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan isirumah.(sumber:MI, 3/10/12)

MOHD. ALI RUSTAM JANGAN LARI


PEMIMPIN  Pakatan Rakyat Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis perkahwinan seorang anaknya semalam yang dilaporkan dihadiri lebih 100,000 tetamu.
Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu menjelaskan sekiranya majlis "mega" yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records itu melibatkan tajaan pihak tertentu.

"Saya ramalkan (kos) majlis berkenaan RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta. Itu baru makan dan tidak termasuk perbelanjaan lain.
"Kalau ketua menteri seorang yang ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan kalau ia ditanggung oleh individu tertentu tolong nyatakan siapa yang taja," katanya.
Khoo turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi rakyat kerana perbelanjaan besar itu menurutnya lebih sesuai disalurkan untuk kepentingan rakyat Melaka.
"Jumlah kehadiran tetamu pada majlis berkenaan mengatasi jumlah kehadiran tetamu pada majlis terbuka perdana menteri pada Aidilfitri lalu. Apakah dia lebih berpengaruh daripada perdana menteri?
"Lagi elok, kalau sekiranya segala perbelanjaan dialirkan untuk kepentingan rakyat Melaka bukan untuk anaknya. Ini (seolah-olah menunjukkan) anak lebih utama daripada rakyat," katanya.
ADUN Ayer Keroh itu juga mendakwa, bas yang sepatutnnya digunakan untuk pengangkutan awam juga digunakan untuk membawa tetamu ke majlis berkenaan.
Padahal, bas berkenaan sepatutnya telah ditetapkan jadual perjalanan masing-masing dan bukannya untuk ke majlis berkenaan katanya.
'Tak wasatiyyah'
"Ini menunjukkan sikap ketua menteri itu yang mementingkan diri tanpa memikirkan kepayahan masyarakat lain yang mahu ke lokasi tertentu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, penganjuran majlis tersebut menunjukkan bahawa Mohd Ali tidak mengambarkan semangat wasatiyyah yang selama ini dilaungkan kerajaan.
Menurutnya, pembaziran berlaku di setiap sudut sedangkan wang berkenaan sepatutnya perlu digunakan untuk menjelaskan hutang negeri yang semakin kritikal.
"Saya tidak nampak, dengan mengadakan majlis secara besar-besar seperti ini, ianya satu keperluan selain dari melakukan pembaziran," katanya.
Beliau turut meminta Mohd Ali menjelaskan sekiranya agensi kerajaan digunakan untuk majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu.
Tinjauan di sekitar kawasan itu semalam menunjukkan ramai anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan bertugas mengawal keselamatan dan lalulintas sepanjang majlis itu berlangsung.
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.
Hadirin di majlis itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.(sumber:MK, 3/10/12)

KPT: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

BERDASARKAN pekeliling Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bertarikh 6 0gos 2012 permohonan pemangkuan atau kenaikan pangkat PPPT gred DH 43/44 ke DH 48 di KPT khususnya di politeknik-politeknik KPT adalah berdasarkan 8 kriteria:

1.Telah disahkan dalam perkhidmatan.
2.Mencapai tahap prestasi (markah LNPT) yang telah ditetapkan bagi 3 tahun gred semasa. Penilaian LNPT bagi tahun pertama di gred semasa hendaklah sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan ke atas.
3.Melepasi tahap kecemerlangan perkhidmatan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
4.Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah di politeknik).
5.Bebas daripada sebarang hukuman tatatertib.
6.Lulus tapisan keutuhan SPRM.
7.Telah membuat pengistiharan harta.
8.Telah menandatangani Surat Akuan Pinjaman Pendidikan institusi/tabung pendidikan.

Apabila para pemohon warga KPT yang memenuhi  8 kriteria di atas maka mereka bolehlah memohon secara talian/online dan mengemukakan kepada Ketua Jabatan (Pengarah politeknik/pengarah bahagian) dengan menyertakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan.

ISUnya alangkah malangnya PPPT senior yang 'berasal' dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang pada mulanya 'dijanjikan' peluang kenaikan pangkat yang lebih baik tetapi janji tidak ditepati! Sebagaimana yang kita sedia maklum KPM kini melaksanakan dasar time-based bagi urusan kenaikan pangkat secara automatik iaitu gred 44 setelah 8 tahun berada dalam PPPS gred 41 dan 12 tahun berada dalam PPPS berkhidmat dalam gred 41/44 untuk ke gred 48 dan begitulah seterusnya.Bagaimana pula dengan PPPT di KPT yang memiliki ijazah lanjutan seperti sarjana dan PhD? Justeru apa guna Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi 'melalak' agar pensyarah KPT (termasuk di politeknik) memiliki ijazah lebih tinggi seperti PhD jika tidak dinilai untuk kenaikan pangkat ? Tidakkah ini kelakar maharaja lawak?

Adakah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT hanya 'copy n paste' sistem lama KPM yang telah ketinggalan zaman? Di manakah tranformasi dan globalisasi yang dilaung-laungkan itu?

TB sedih kerana KPT bagaikan mengundur ke belakang dan memalukan. Dan bagaikan tidak sehaluan dengan pemikiran PM Datuk Seri Mohd Najib yang mahukan adanya anjakan pardigma yang inovatif agar tranformasi pendidikan berjalan dengan lancar. KPT oh KPT! (TB)
  

01 Oktober 2012

KHALED NORDIN MAHU PhD DI POLITEKNIK ?


KESEMUA  universiti penyelidikan di negara ini harus melahirkan lebih ramai penuntut pasca siswazah berbanding jumlah sedia ada selari dengan peruntukan sebanyak RM13 bilion dalam Bajet 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM600 juta diberi kepada lima universiti penyelidikan terbabit untuk menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi.
"Dengan peruntukan sebanyak itu, diharap lebih ramai bilangan mahasiswa di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dan ijazah lanjutan melaksanakan penyelidikan. Negara kita kini mempunyai kira-kira 30,000 penyelidik termasuk pembantu penyelidik.

"Kementerian juga mahu memastikan jumlah penerbitan tesis yang lazimnya merangkumi ilmu dan penemuan baharu turut dipertingkatkan. Setiap universiti penyelidikan harus mendaftar lebih banyak harta intelek walaupun hasilnya tidak diperoleh serta-merta dan perlukan masa empat, lima tahun," katanya pada dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Persatuan Pengusaha Lori Bahan Batuan Johor di Taman Johor Jaya, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang turut menyatakan rasa gembira dengan komitmen berterusan kerajaan dalam memberi sejumlah peruntukan membangunkan sektor pendidikan dan penyelidikan.

"Petunjuk dan kriteria menjadi sebuah negara maju ialah harus melabur untuk meneroka, mengembara dan mencari ilmu baharu dan bukan sekadar menggunakan ilmu yang ada dan kemudian diagih-agihkan," katanya.

Mengenai diskaun 10 hingga 20 peratus bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau menyifatkan ia pendekatan yang baik dan tepat pada waktunya. (sumber:UM,1/10/12)