Salam Perjuangan

31 Disember 2012

SAJAK AKHIR TAHUN

                                                                 perjalanan semusim
bermukim dan bermusim
di celahan mendung 
dan hujan berterusan
ada kesakitan 
yang tidak diundang
namun ada keriangan 
yang terus mendatang

akhir tahun pun
 kian menghampiri
terhitungkah jejak-jejak
 yang telah pergi
walau ada sekelumit 
ragu di bilah-bilah hari
siapakah antara kita 
yang mahu menggigit jemari diri

secantik manakah 
aturan angka hari
dapatkah mengubah dan mengatur takdir llahi
andainya tiada persiapan 
segala bekalan amalan
untuk teman sejati 
di alam sana nanti.


RAJIEE HADI,
Seri Pajam,
11.11.11.

30 Disember 2012

SHAH ALAM MULA TERCEMAR?




STATUS  Shah Alam yang selama ini dikenali sebagai bandar raya bebas daripada aktiviti hiburan bagi membendung gejala sosial, tercemar apabila Voyage, sebuah kelab malam dipercayai pertama seumpamanya beroperasi di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima, Setia Alam di sini sejak 12 Disember lalu.

Lebih mengecewakan, kewujudan kelab bertemakan live music dance itu dipromosikan secara terbuka melalui pemidang di sepanjang jalan ke lokasi tersebut selain menyediakan laman Facebook sendiri, Voyage Setia Alam.Kewujudannya ternyata mencemarkan wasiat Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang tidak membenarkan pusat hiburan dibuka di bandar raya yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam ini.

Dalam laporan yang dipetik dari sebuah akhbar mingguan, Siasah baru-baru ini, Voyage dikatakan mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat setempat sekitar Klang, Meru dan sebahagian pengunjung dari ibu kota untuk menyaksikan persembahan kumpulan pop tempatan yang menampilkan gadis jelita, Stephanie Tan sebagai daya tarikan utama.(sumber: Hakimi lsmail)

29 Disember 2012

REMAJA MASA KINI: 'BIAR PAPA ASAL BERGAYA'


RENUNGKAN sejenak sebenarnya rakyat asing yang bekerja di negara ini mendapat pendapatan di antara RM80 dan RM200 sehari hanya bekerja sebagai buruh kontrak.

Jika mereka diminta membaiki rumah persendirian, upahnya mungkin mencecah kepada RM300 sehari.

Kerajinan dan kepakaran yang ada mudah bagi mereka meminta upah yang tinggi dan itulah yang menjadikan mereka ini cepat menjadi kaya atau sekurang-kurangnya selesa berada di negara ini.

Pukul rata pendapatan warga asing kini mencecah RM3,000 sebulan. Walaupun duduk di rumah kontrak yang disediakan tetapi itu tidak menjadi masalah kepada mereka yang sudah biasa dengan keadaan sedemikian di negara mereka sendiri.

Berbalik kepada rakyat tempatan terutama sekali remaja kita, mereka lebih suka bekerja makan gaji yang bergaji kadang kala di bawah paras RM1,000 dan kalau pun bergaji hingga RM3,000 sekali pun masih merasa tidak mencukupi kerana hutang keliling pinggang yang tiada kesudahannya.

Di sebabkan masalah hutang, ada yang diheret ke mahkamah kerana masalah jatuh muflis.

Remaja kita lebih rela menjadi penganggur terhormat daripada berusaha atau sehingga mendapat pekerjaan setimpal dengan kelulusan mereka.

Tiada inisiatif untuk memperbaiki diri sendiri dan mudah berputus asa lalu berlakulah apa yang dikatakan masalah sosial di kalangan remaja itu sendiri.

Kita mesti mengubah persepsi yang terlalu negatif seperti itu dan mesti diperbetulkan minda anak-anak muda kita supaya jangan bergantung hidup dengan majikan atau mendapat pekerjaan dengan agensi kerajaan sahaja dan jangan terlalu selesa atau cuba memanjakan diri sendiri sehingga tidak mempedulikan nasib masa depan mereka sendiri.

Mulai dari sekarang diharap remaja kita bersedialah untuk menghadapi cabaran demi masa depan mereka dengan mengambil inisiatif belajar selok-belok berbagai kemahiran tambahan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan.

Bagi remaja kita pepatah Melayu ada mengatakan 'biar papa asalkan bergaya' masih tertanam dalam setiap benak remaja kita.

Mereka masih lagi mahu bekerja di dalam bilik berhawa dingin dan memakai tali leher sahaja walaupun mendapat pendapatan jauh lebih rendah daripada pekerja kontrak warga asing.(sumber:UM, 29/12/12)




SHAMSIDAR : HIMPUNAN 12.01.13?


AHLI  Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan akti-viti biseksual.

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

“Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.
Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.
12
“Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya.(sumber: UM, 29/12/12)

 

24 Disember 2012

PHUKET: ADA SERIBU MACAM CERITA

Pemandangan di salah sebuah pantai Phuket
Thailand,  dahulunya dikenali selain Siam sebagai Thalang (Tha-Laang) . Dalam sumber Barat, Junk Ceylon (ia juga mengandungi wialayah Melayu iaitu Tanjung Salang, iaitu "Cape Salang") yang mana salah satu daripada wilayah-wilayah selatan (changwat) Thailand. Jiran wilayah (dari utara mengikut arah jam) Phang Nga dan Krabi termasuk Phuket  sebuah pulau ia tidak mempunyai sempadan tanah.

Justeru atas dasar ingin tahu yang kuat mengenai 'dunia Melayu' TB telah menjejaki Pulau Phuket pada 16 Disember 2012 sebelum perjalanan pulang ke Malaysia. Sungguhpun Phuket adalah jiran terhampir dengan negara kita (Langkawi) tetapi TB sengaja melambatkan ke destinasi ini.Alhamdulillah, TB sampai jua ke Phuket yang menyebabkan TB banyak berfikir dan berfikir sebagai penganut lslam, anak Melayu,pendidik dan penulis.

Beberapa pemandangan di Patong Beach,Phuket, TB berkesempatan berada di situ tempat berlakunya tsunami pada 21 Disember 2005 .(foto-foto TB)
    Phuket, yang kira-kira saiz Singapura, adalah pulau terbesar di Thailand. Pulau ini disambungkan ke tanah
    besar Thailand oleh dua jambatan. Ia terletak di luar pantai barat Thailand di Laut Andaman. Phuket
   dahulunya berasal kekayaan daripada getah dan timah namun menikmati sejarah yang kaya dan berwarna-
    warni pemandangan alam yang indah dan cantik..

   
    Pulau itu pada salah satu laluan perdagangan utama antara India dan China, dan sering disebut dalam log
   kapal asing peniaga Portugis, Perancis, Belanda dan Inggeris. Rantau ini kini mendapat banyak pendapatan
 
   daripada pelancongan.(TB)

20 Disember 2012

Patong Oh Patong


Patong kian lupa
hitam sejarah 21 disember
tsunami pernah menimpa
malam siang tanpa sapa
bergerak kian alpa

Segala nafsi beraksi
seluruh dunia di sini
membeli-belah bersantai
mungkar pun bercanda
penyair pelukis menanggapi
perakam kejujuran alami

Patong oh Patong
kian lupa episod itu
tragedi ribuan mati
amukan dari Andaman
leka asyik pesona
memahami makna durjana

Patong kian alpa
walau berlalu pergi
zon merah terserlah
azan kian jauh
Melayuku hilang di mana
lslam entah ke mana!

RAJIEE HADI
The Sixth Place,
Patong Beach,Phuket,Thailand.
20-12-12



19 Disember 2012

Puisi: JOGYAKARTA, SEMALAM



Aku mula mengutip
butir-butir pengalaman
yang datang kini
lebih dua puluh tahun silam
kehidupan yang deras
kelahiran yang pantas
kematian yang pasti
langit menyerkup bumi

Aku mula mengutip
butiran beza tafsir
lesehan malam bertukar wajah
toko-toko pascarevolusi
demokrasi nafas baru
restoran amerika menyusup
italian coffee menggoda
senyum gadis peribumi
manis seperti dahulu
hambar menjadi sejarah.

RAJIEE HADI,
Sosrowijayan,Jogyakarta.
12-12-12.

14 Disember 2012

IBRAHIM ALI BUKAN RASIS!


 PRESIDEN Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menafikan dirinya dan pertubuhan tersebut sebagai rasis  mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


Ahli parlimen Pasir Mas itu turut menambah, label rasis itu timbul oleh kerana Perkasa memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera walaupun ianya termaktub dalam perundangan tertinggi negara semenjak Malaysia mula merdeka pada tahun 1957.

“Saya perjuangkan agenda Melayu dan agenda Bumiputera, mengikut Perlembagaan, saya mempertahankan asas Perlembagaan dan Perkara 153 hak keistimewaan orang Melayu, ada pihak menuntut pada sesuatu perkara yang pada pandangan saya secara tidak langsung bertentangan dengan Perlembagaan, atau tuntutan yang bertentangan dengan dasar-dasar nasional,” kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online.

Tambah Ibrahim, jika benar beliau adalah seorang rasis, mengapa sepanjang beliau menjadi pemimpin semenjak 1986 sehingga menjawat jawatan timbalan menteri, beliau tidak pernah dituduh rasis.
“Sepanjang saya memimpin Perkasa, orang tuduh rasis dan macam-macam lagi, saya tidak pernah menerima laporan polis terhadap saya, orang lain yang tidak kata rasis, mereka menerima banyak laporan polis, saya tak ada,” katanya.Ibrahim turut mempersoalkan mengapa orang tidak mengatakan apa-apa kepada pertubuhan Dong Zong dan Hindraf sedangkan menurutnya pertubuhan-pertubuhan tersebut lebih rasis kerana membuat tuntutan bertentangan dengan perlembagaan.

“Sebagai contoh bila Dong Zong tuntut macam-macam hal pendidikan, kita hanya tekankan kerajaan kena tegas, sebab ada tuntutan-tuntutan itu bertentangan dengan perlembagaan, begitu juga Hindraf sebelum ini mereka buat memorandum, mereka tuntut macam-macam, mereka burukkan nama negara, jadi kita kritik Hindraf mengapa mereka patut buat demikian, kenapa mereka perlu ke luar negara dan burukkan nama negara, jadi ini akhirnya mereka kata kita (Perkasa) rasis.

“Tidak pernah dalam sejarah sejak saya tubuhkan Perkasa, pernahkah saya mengeluarkan kenyataan yang menyuruh jangan bantu orang India, jangan bantu orang Cina?,” tambah beliau. 
Menurut Ibrahim, dalam mempertahankan Perlembagaan negara, mereka bukan sahaja mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, kedaulatan Raja Melayu, hak Melayu termasuk juga hak kerakyatan semua warganegara. 

“Siapa saja persoalkan hak kerakyatan kita tentang mereka, pasal kita inklusif, kita mempertahankan kontrak sosial dalam Perkara 153 termasuk kerakyatan, malah sekarang pun kalau orang India layak dapat kerakyatan, sebab ramai orang India bising kerana soal kerakyatan, kita tidak tentang, kalau kita rasis, kita akan tentang, cuma kalau kita nak tegur kerajaan, lakukan dengan betul, maknanya, orang yang layak saja boleh terima kerakyatan, kalau dia baru datang Malaysia satu atau dua tahun, mereka tak boleh dapat kerakyatan, tetapi kita tidak menentang supaya tidak beri kerakyatan ini, di mana yang dikatakan saya atau Perkasa rasis?,” tambah beliau lagi.

Menurut Ibrahim, Perkasa dituduh rasis kerana dilabel oleh surat khabar Cina, termasuk terus memutar belitkan isu pemberian angpau bersampul putih walaupun dibuat dengan ikhlas tapi isu ini dibesarkan oleh portal berita Malaysiakini.

Ahli parlimen Pasir Mas itu menambah, mereka lakukan itu kerana sebab politik sebab mereka tengok pendirian Perkasa sebagai NGO tidak menyokong pembangkang. Pada pilihan raya 2008, Ibrahim Ali memenangi kerusi parlimen Pasir Mas dibawah tiket PAS.

Walaubagaimanapun tidak beberapa lama selepas itu, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas dan menubuhkan NGO yang digelar Perkasa.
Perkasa aktif dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan seringkali mengkritik Pakatan Rakyat (PR) – gabungan PKR, PAS dan DAP yang dikatakan menggugat kepentingan  Melayu dan bumiputera sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.

Kehadiran Perkasa tidak disenangi oleh sesetengah pihak terutamanya dari PR yang menggangap pertubuhan tersebut sebagai perkauman dan tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.(sumber:TMI.15/12/12)

TB: Apa yang dinyatakan oleh Datuk lbrahim Ali itu betul dan benar. Beliau dan Perkasa berjuang bersandarkan PerlembagaanNegara. Usahlah gundah gulana...tuduhan 'rasis' kepada orang Melayu sudah wujud sejak zaman Mat Kilau dahulu. Sebelum merdeka...kenang semula Tok Janggut, Dol Said, Dato Bahaman, lbrahim Yaakob; semuanya dianggap rasis. Yang diam tidak bersuara kerana mereka pendatang asing sebelum 1957 ialah orang-orang Tamil/lndia di estet-estet dan orang-orang Cina di lombong-lombong bijih timah dan kawasan-kawasan pekan. Mereka tidak ambil  'part' kerana mereka mahu cari makan. Cuma konco-konco yang datang bersama Sun Yat Sen dari China dan Chandra Boses (jika tidak silap) dari lndia yang membawa nasionalisme untuk kemerdekaan negara masing-masing...bukan untuk Tanah Melayu.

Justeru semua orang Melayu dipersilakan hadir pada Sabtu 15/12/12 di hadapan astaka Stadium Titiwangsa,Kampung Baharu,Kuala Lumpur pada pagi jam 8.45 pagi. kita berhimpun dan mahu menyatakan sesuatu.Datanglah beramai-ramai wahai Melayuku!

11 Disember 2012

Yogyakarta: Kunjungan Kali Ke-3 TB.






Kota Yogyakarta, juga dikenali sebagai Jogja, Yogya, Yogyakarta, dan Jogjakarta, adalah sebuah kota raya yang besar di Indonesia.TB tiba ke kota ini buat kali ketiga pada tanggal 8 Disember 2012,sabtu,Kali pertama TB sampai ke Yogya pada tahun 1991 kerana menghadiri seminar bahasa-bahasa Nusantara di Universitas Gadjah Mada (UGM) di sini. Kota ini pernah menjadi ibu negara Indonesia pada masa pemberontakan. Selain itu, bandar raya ini adalah ibu kota Daerah Istimewa Yogyakarta yang dipimpin oleh Sri Sultan Hamengkubuwono X dan Pangeran Pakualam. Makanan khas bandar raya ini ialah gudeg.
Tugu Monumen

Yogyakarta juga dikenali sebagai kota pelajar kerana hampir 20% daripada penduduknya adalah pelajar, dengan 137 buah institusi pendidikan tinggi terletak di sini. Pelajar-pelajarnya berasal dari berbagai-bagai daerah di Indonesia. Institusi-institusi pendidikan tinggi yang dimiliki oleh kerajaan ialah Universiti Negeri Yogyakarta, Institut Seni Indonesia Yogyakarta, serta Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga.
Yogyakarta pernah menjadi pusat Kerajaan Mataram antara tahun-tahun 1575-1640. Sehingga sekarang, Kraton (Istana) masih berfungsi dalam erti yang sesungguhnya. Yogyakarta juga mempunyai banyak candi yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi Borobudur yang dibangun pada abad ke-9 oleh Dinasti Sailendra.
The Jogyakarta Sultanate Palace Main Pavillion
Penulis di hadapan pasar di Jalan Ahmad Yani
Selain warisan budaya, Yogyakarta memiliki panorama alam yang indah. Hamparan sawah yang hijau menyelimuti daerah pinggiran dengan Gunung Merapi tampak sebagai latar belakangnya. Pantai-pantai mudah ditemukan di sebelah selatan Yogyakarta. Masyarakat di sini hidup dengan damai dan memiliki keramahan yang khas. Susasana seni begitu terasa di Yogyakarta. Malioboro yang merupakan urat nadi Yogyakarta dibanjiri dengan barang-barang perindustrian dari segenap penjuru. Ahli-ahli muzik tepi jalan selalu siap menghibur para pengunjung warung-warung lesehan.
Sebuah universiti kerajaan yang terkenal di sini ialah 
Universitas Gadjah Madah yang terletak di Bulasumur
dalam lingkungan Kota Yogyakarta.

07 Disember 2012

DR.ZAKIR NAIK


Dr Zakir Abdul Karim Naik (lahir 18 Oktober 1965 di Mumbai ) merupakan ulama, pendakwah dan penceramah bebas dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari University of Mumbai .Pada tahun 1991 berhenti daripada kerjaya doktor perubatan dan beralih kepada bidang dakwah  


Zakir Naik adalah pengasas dan presiden Yayasan Penyelidikan Islam (PRF) yang memiliki channel TV Keamanan di Mumbai,India. Beliau mendapat inspirasi dari Ahmed Deedat - rakyat Afrika Selatan keturunan India . Tujuannya untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan remaja Islam yang meragui agamanya sendiri dan merasakan Islam agama kuno.

Larangan ke Britain

Pada 18 Jun 2010, Zakir Naik dilarang memasuki Britain dan memberi ceramah di Sheffield utara England kerana pendirian kerasnya. Beliau dituduh menggalakkan keganasan dan menentang idea George W Bush tentang peristiwa 9/11.

Kontroversi dan Kritikan
  • Sekiranya Osama bin Laden menentang musuh Islam, maka umat Islam hendak menyokongnya. Jikalah Osama penganas berjuang menentang pengganas, maka setiap umat Islam hendaklah menjadi penganas.
  • Jika mendokong kebebasan bersuara, maka jurucakap muslim hendaklah dibenarkan berucap. Sebelum ini ulama Qatar Yusuf al-Qaradawi dan Abu Ameenah Bilal Philips muslim dari Jamaica dilarang berceramah di Sheffield Arena, London's Wembley Arena dan LG Arena di Birmingham NEC.
  • Walaupun kempen anti Islam meningkat, tetapi 34,000 rakyat Amerika Syarikat memeluk agama Islam dari September 2001- Julai 2002. Edward Said menulis dalam majalah Time bahawa 60.000 buku-buku tentang Islam dan Timur telah ditulis antara tahun 1800 dan 1950 sahaja.
  • Ketika kuliah di Universiti Melbourne , Zakir Naik menyatakan bahawa hanya Islam memberi perempuan keadilan sebenar. Pakaian Barat mendedahkan kepada perogolan. Oleh itu wanita hendaklah menutup kepala.
  • Pada 21 Januari 2006 , Zakir Naik berdialog dengan Sri Ravi Shankar tentang konsep Tuhan dalam Islam dan Hindu. Acara ini diadakan di Bangalore , India , 50.000 hadir di Istana Grounds
  • Setelah kuliah dengan Paus Benedict XVI pada bulan September 2006, beliau menjemput berdebat tetapi tiada jawapan.
  • Pada 31 Julai 2008 di Peace TV , Zakir Naik menyatakan peristiwa 9/11 dirancang oleh George W Bush sendiri.
  • Zakir Naik menyatakan Evolusi manusia hanyalah teori, bukan fakta. Saintis menyokong teori itu kerana teori itu bertentangan dengan Bible dan bukan kerana kebenaran. Ramai saintis menentang teori Darwin dan mereka memenagi Hadiah Noble.
  • Beliau memimpin 'Persidangan Damai' 10 hari di Somaiya Ground, Sion, Mumbai dengan cendekiawan lainnya, termasuk politikus Malaysia, Anwar Ibrahim pada 2008.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Zakir_Naik

06 Disember 2012

KATRINA KAIF


Katrina KaifKATRINA KAIF is a Indian Actress born in 16 July 1984 in Hong Kong.

Katrina was born in Hong Kong to a Indian Kashmiri Father, Mohammed Kaif and English mother, Suzanne Turquotte. Her parents got divorced when she was very young. She is having seven siblings. From Hong Kong, they moved to China and then Japan. Then from Japan to France when she was 8 and then moved to Switzerland, Kraków, Berlin, Belgium and many other East European Countries where she and her family were there for a few months each. Then they moved to Hawaii then to her mothers home country, England. She only lived in London for three years before finally moving to Mumbai.

She also appeared in Telugu and Malayalam films. She was voted the sexiest Asian women in the world by Eastern Eye in year 2008, 2009 and 2010. Being a British citizen, she works in India on an employment visa.

Career

Kaif began her modeling career at the age of fourteen. She did her first job for a Jewelry campaign. Shen then continued modeling in London under a contract with Models 1 Agency and did campaigns for houses such as La Senza and Arcadius, and even walked on the London Fashion Week.

Her first film was Boom in year 2003. She moved to Mumbai and was offered a number of modeling assignments. Initially all filmmakers were hesitating because she could not speak Hindi.

She then came in film Sarkar in 2005 with Abhishek Bachchan, which was a moderate success. Then she came in film Meine Pyaar Kyun Kiya opposite to Salman Khan.

In year 2007 Katrina came in her first major hit movie, Namastey London. Then she gave some hit films like Apne, Partner and Welcome.

In year 2008 she acted in a negative role in film Race which was a hit action thriller. Then she came in movie Shing is Kinng pairing Akshay Kumar. The film was a big success at box office. Then later that year she starred in film Yuvvraaj which was a flop.

In year 2009 she starred film New York with John Abrahm which was again a hit. Then she played a small role as a biker chick in film Blue, which went average on box office. Later that year she came in film Ajab Prem ki Ghazab Kahani and De Dana Dan which were a hit.

In year 2010 she came in film Raajneeti. It went well and was a blockbuster on box office. Then Tees Maar Khan which didnt made well on box office.

SHAH RUKH KHAN

Shahrukh KhanSHAH RUKH KHAN, is a highly-acclaimed award-winnng Indian film actor who works in Bollywood films, as well as a film producer and television host.

Khan began his career appearing in several television serials in the late 1980s. He made his film debut with the commercially successful Deewana (1992). Since then, he has been part of numerous commercial successes and has delivered a variety of critically acclaimed performances. During his years in the Indian film industry, he has won thirteen Filmfare Awards, seven of which are in the Best Actor category.

While some of Khan's best-known films: Dilwale Dulhaniya Le Jayenge (1995), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Chak De India (2007) and Om Shanti Om (2007), remain some of Bollywood's biggest hits, films like Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001), Kal Ho Naa Ho (2003), Veer-Zaara (2004) and Kabhi Alvida Naa Kehna (2006) have been top-grossing productions in the overseas market, making Khan one of the most successful actors of Hindi cinema. Since 2000, Khan branched out into film production and television presenting as well. He is the founder-owner of two production companies, Dreamz Unlimited and Red Chillies Entertainment. In 2008, Newsweek named him one of the 50 most powerful people in the world.
Shahrukh Khan
Khan was born in 1965 to Muslim parents of Pathan descent in New Delhi, India. His father, Taj Mohammed Khan, was an Indian freedom fighter from Peshawar, British India. His mother, Lateef Fatima, was the adopted daughter of Major General Shah Nawaz Khan of the Janjua Rajput clan. He served as a General in the Indian National Army of Subash Chandra Bose. Khan's father came to New Delhi from Qissa Khawani Bazaar in Peshawar before the partition of India, while his mother's family came from Rawalpindi, British India. Khan has an elder sister named Shehnaz.

In a recent interview with Ariana Afghan Television, Shahrukh Khan has claimed that his grandfather is from Afghanistan and he himself been to Afghanistan and speaks some Farsi as well.

Khan attended St. Columba's School where he was accomplished in sports, drama, and academics. He won the Sword of Honour, an annual award given to the student who best represents the spirit of the school. Khan later attended the Hansraj College (1985-1988) and earned his Economics (honors). Though he pursued a Masters Degree in Mass Communications at Jamia Millia Islamia, he later opted out to make his career in Bollywood.

After the death of his parents, Khan moved to Mumbai in 1991. In that same year, before any of his films were released, he married Gauri Khan (who is a Hindu) in a traditional Hindu wedding ceremony on 25 October 1991. They have two children, son Aryan Khan (b. 1997) and daughter Suhana (b. 2000). According to Khan, while he strongly believes in Allah, he also values his wife's religion. At home, his children follow both religions, with the Qur'an being situated next to the Hindu gods.
Shahrukh Khan
Khan has been awarded a number of honours. In April 2007, a life-size wax statue of Khan was installed at the Madame Tussauds Wax Museum, London. During the same year, he was accorded the Ordre des Arts et des Lettres (Order of the Arts and Literature) award by the French government for his “exceptional career”.

In October 2008, Khan was conferred the Darjah Mulia Seri Melaka which carries the honorific Datuk (in similar fashion to "Sir" in British knighthood), by the Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob, the head of state of Malacca in Malaysia. Khan was honored for "promoting tourism in Malacca" by filming One Two Ka Four there in 2001. Some were critical of this decision.

Background
Khan studied acting under celebrated Theatre Director Barry John at Delhi's Theatre Action Group (TAG). In 2007, John commented thus on his former pupil that, "The credit for the phenomenally successful development and management of Shahrukh's career goes to the superstar himself." Khan made his acting debut in 1988 when he appeared in the television series, Fauji, playing the role of Commando Abhimanyu Rai. He went on to appear in several other television serials, most notably in the 1989 serial, Aziz Mirza's Circus, which depicted the life of circus performers. The same year, Khan also had a minor role in the made-for-television English-language film, In Which Annie Gives it Those Ones, which was based on life at Delhi University and was written by Arundhati Roy.

1990s
Upon moving from New Delhi to Mumbai in 1991, Khan made his Bollywood movie debut in Deewana (1992). The movie became a box office hit, and launched his career in Bollywood. His performance won him a Filmfare Best Male Debut Award. His second movie, Maya Memsaab, generated some controversy because of his appearance in an "explicit" sex scene in the movie. In 1993, he won his first Filmfare Best Actor Award for his performance in Baazigar. Later, in 1995, Khan starred in Aditya Chopra's directorial debut Dilwale Dulhania Le Jayenge, a critical and commercial success, for which he won his second Filmfare Best Actor Award and which entered its twelfth year in 2007 in Mumbai theaters. By then the movie had grossed over 12 billion rupees, making it as one of the biggest movie blockbusters. 1996 was a disappointing year, however, as the movies he released that year failed to do well at the box office.

He later starred in a number of successful films including Yash Chopra's Dil to Pagal Hai (which became that year's second highest grossing movie and for which won his third Filmfare Best Actor Award),  Subhash Ghai's Pardes (one of the biggest hits of the year), and Karan Johar's 1998 debut, Kuch Kuch Hota Hai (another box office "hit"). He also won acclaim for his performance in Mani Ratnam's Dil Se which did not do well in the Indian box office, but was a commercial success overseas. Khan's only release in 1999, Baadshah, was an average grosser.

2000s
Shahrukh KhanKhan's success continued with Aditya Chopra's 2000 film, Mohabbatein, co-starring Amitabh Bachchan. It did well at the box office, and Khan's performance won him his second Critics Award for Best Performance. He also starred in Mansoor Khan's Josh, which was also a box office success. In that same year, Khan set up his own production house, Dreamz Unlimited with Juhi Chawla. Both Khan and Chawla starred in the first movie of their production house, Phir Bhi Dil Hai Hindustani. His work with Karan Johar continued as he collaborated on Kabhi Khushi Kabhie Gham which was the second biggest hit of the year. He also received favorable reviews for his performance as Emperor Asoka in the historical epic, Asoka. Khan also starred in the 2002 remake of Sharat Chandra Chattopadhyay's well-known novel Devdas, which was one of the biggest hits of that year. Additional box office hits included Hum Tumhare Hain Sanam, which did well at the box office, and Yash Chopra's Veer-Zaara, which was the biggest hit of 2004 in both India and overseas. Khan's performance in the film won him awards at several award ceremonies. In that same year, he received critical praise for his performance in Ashutosh Gowariker's Swades, which won him the Filmfare Best Actor Award for the sixth time, although the movie was a box office failure. He was nominated for the Filmfare Best Actor Award for all three of his releases in 2004, winning it for Swades. Khan's collaborative work with Karan Johar continued with Kabhi Alvida Na Kehna which did well in India and much more so in the overseas market. He also starred in the 2006 remake of the 1978 hit Don which was a box-office success.

Khan's success continued with a few more highly popular films. One of his most successful works was the multiple award-winning 2007 film, Chak De India, about the Indian women's national hockey team. Earning over Rs 639 million, Chak De India became the third highest grossing movie of 2007 in India and won yet another Filmfare Best Actor Award for Khan. and was critically acclaimed. In the same year Khan also starred in Farah Khan's 2007 film, Om Shanti Om. The film emerged as the year's highest grossing film in India and the overseas market, as well as earned him another nomination for Best Actor at the Filmfare ceremony. Khan's more recent films include the 2008 release, Rab Ne Bana Di Jodi and Billu Barber which is soon to be released.

Current work
Khan is currently in Los Angeles filming My Name is Khan, due for a November release. Along with his wife Gauri and director Karan Johar, he took a break from filming to attend the 66th Golden Globe Awards also held in Los Angeles on 11 January 2009. Khan introduced Slumdog Millionaire along with a star from the film, Freida Pinto.

Producer
Khan turned producer when he set up a production company called Dreamz Unlimited with Juhi Chawla and director Aziz Mirza in 1999. The first two of the films he produced and starred in: Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000) and Asoka (2001) were box office failures. However, his third film, as a producer and star, Chalte Chalte (2003), was the first box office hit from his production house.

In 2004, he set up another production company called Red Chillies Entertainment and produced and starred in Main Hoon Na which was another hit at the box office. In 2005 he produced and starred in the fantasy film Paheli, which was a box office failure. It was India's official entry to the Oscars for a nomination for Best Foreign Film, but it did not pass the final selection. That same year he also co-produced the supernatural horror film Kaal with Karan Johar and performed an item number for the film with Malaika Arora Khan. Kaal was moderately successful at the box office. The latest film Om Shanti Om, which he produced as well as starred in, has done very well at the box office. In 2008, The Red Chillies Entertainment became the owner of Kolkata Knight Riders in the BCCI backed IPL cricket league.

Television host
In 2007, Khan replaced Amitabh Bachchan as the host of the third series of the popular game show Kaun Banega Crorepati, the Indian version of Who Wants to Be a Millionaire?. The previous had hosted the show for five years from 2000-05. On 22 January 2007, Kaun Banega Crorepati aired with Khan as the new host and later ended on 19 April 2007.

On 25 April 2008, Khan began hosting the game show Kya Aap Paanchvi Pass Se Tez Hain?, the Indian version of Are You Smarter Than a 5th Grader?, whose last episode was telecasted on 27 July 2008, with Lalu Prasad Yadav as the special guest.

04 Disember 2012

HIDUP UMNO, HIDUPKAH MELAYU LAGI?

Bukan main hiba wakil Kelab Umno Luar Negara sewaktu Perhimpunan Agung Umno tempoh hari sewaktu menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api". Bercucuranlah air mata perwakilan kononnya jika Umno tewas dalam Pilihan raya Umum ke- 13 nanti maka, hilanglah Melayu, merempatlah Melayu di bumi bertuah ini.

"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang"

Inilah  silap mata dan silat lidah terhebat abad ini. Terus menerus berlagak angkuh seolah-olah bangsa Melayu ini dungu semuanya. Saya dengan sukacitanya memperingatkan kepada graduan Luar Negara tersebut dan seluruh anak muda Malaysia mengenai beberapa jasa teragung Umno sepanjang memerintah tanah air ini.

1. Tahun 1957, sewaktu British memberikan kemerdekaan, mereka telah meninggalkan 3 billion hektar Tanah Rezab Melayu. Tahun 1995, di bawah kepimpinan Umno yang memperjuangkan bangsa Melayu, Tanah Rezab Melayu telah susut sehingga tinggal lebih kurang 1.7 juta hektar sahaja. Hidup Melayu!!!

2. Tahun 1993 menyaksikan maruah Raja-Raja Melayu direntap Pemerintah dibawah kepimpinan Umno apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah. Banyak lagi jasa Umno dalam melondehkan maruah dan kredibiliti institusi kesultanan Melayu. Daulat Tuanku!!!

3. Dasar Ekonomi Baru, sebuah dasar yang baik untuk memacu perkembangan ekonomi Melayu dipergunakan oleh Umno bagi melahirkan beberapa kerat konglomerat Umno putera yang rapat dengan koridor kuasa sahaja. Di mana taraf ekonomi Melayu ketika ini? Siapa yang mengkhianati Melayu d isebalik Dasar Ekonomi Baru? Realitinya, objektif DEB tersasar jauh. Demi Ketuanan Melayu!!!

4. Kedapatan ramai ramai anak muda Malaysia tiada peluang pekerjaan ketika ini di bawah pemerintahan hebat Najib Razak dan Umno? Ramai pula yang sekadar bersanda. Ramai anak muda ditawarkan jawatan kontrak sahaja. Mengapa Umno sebagai pemerintah pilihan Tuhan dan mendahulukan rakyat tidak melaksanakan satu pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini termasuklah menetap tempoh masa maksimum pergantungan tenaga kerja asing untuk sesuatu industri itu? Syabas PM!!!

5. Di kota raya, tahap kemiskinan kota terus memuncak walaupun cuba dinafi oleh statistik pemerintah. Ramai rakyat yang tidak mampu membeli rumah tetapi ada pemimpin-pemimpin Umno mampu beli hartanah di United Kingdom atau negara luar. Anak muda yang baru membina keluarga dan tinggal di kotaraya terpaksa menghuni rumah pangsa yang tinggi dan sesak. Hidup Umno!!!

6. Rakyat terus bergelut mengatasi masalah kenaikan harga barang keperluan. Keluar pagi, balik lewat malam mencari rezeki untuk keluarga. Institusi keluarga menjadi longgar ekoran dari ibu bapa yang terpaksa bekerja keras terutama di kotaraya. Impaknya, membiak keruntuhan moral di kalangan muda mudi negara. Nama Rihanna mengalir deras di mulut anak muda berbanding Nabi Muhammad S.A.W. Muda mudi lebih mengingati lirik lagu Justin Bieber dari lagu Negaraku. Oh Gemilangnya Umno!!!

7. Umno terus bersedia untuk menyedut kantung rakyat melalui pengenalan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Rang undang-undang GST tidak pernah ditarik balik tetapi menunggu untuk dibentangkan dan diluluskan sebaik PRU 13 selesai. Segala gula-gula Bajet 2013 akan direnggut dari nurani rakyat. Syukur Umno!!!

8. Umno telah mengheret kadar hutang negara melepasi 50% dari kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Warisan pentadbiran Najib Razak buat pewaris masa depan Negara nanti. Terima kasih PM dan Umno!!!

9. Umno telah mengheret kredibiliti dan integriti pelbagai agensi perlaksanaan Kerajaan merudum teruk dengan pelbagai skandal korupsi yang melingkari setiap agensi Kerajaan. Duit kopi bukanlah satu fenomena asing. Satu lagi kejayaan Umno!!!

10. Apakah yang Umno telah lakukan dalam pengisian dan penghayatan maksud sebenar Islam dalam kehidupan setiap warga Muslim? Umno terus mendiamkan diri tatkala MCA terus menerus memfitnah Islam. Tidak kedengaran langsung suara-suara lantang dalam Perhimpunan Agung Umno menegur MCA yang sudah tidak menghormati Muslim. Apakah ini kepimpinan yang kita ingin letakkan impian dan harapan untuk terus memayungi Islam dan Melayu? Syabas Umno!!!

Ini baru sedikit daripada jutaan jasa Umno dalam memundurkan pemikiran dan kehidupan Melayu. Pemikiran Melayu terus dicabar dengan idea-idea sempit yang sekadar membuncitkan perut sekelompok pemimpin Umno baik di peringkat nasional mahupun di peringkat kampung-kampung. Melayu terus diciptakan wajahnya oleh Umno sebagai sebuah bangsa yang memerlukan tongkat subsidi. Hilang jatidiri sebagai bangsa bermaruah hingga terpaksa melukut di tangga Pejabat Kebajikan Masyarakat dan program BERSAMAMU.  

Sudah sampai masanya, bangsa Melayu harus bangkit menolak hegemoni Umno yang tidak pernah memerdekakakan minda. Umno wajar direhatkan dari terus memegang tampuk pemerintahan negara sekiranya bangsa Melayu ingin mendapatkan kembali kegemilangan maruah Melayu sepertimana zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Cukuplah segala bentuk pengkhianatan, korupsi, salah guna kuasa dan rompakan kekayaan negara yang telah dilakukan Umno dengan bersembunyi di sebalik slogan Hidup Melayu. Umno yang ada hari ini telah jauh tersasar dari Umno tahun 1946.  Umno yang ada hari ni adalah Umno "lintah darat" yang menghisap kantung rakyat pada waktu siang dan malam. Bangkitlah Melayu.

Siapa sebenarnya yang menyebabkan Melayu terhina di bumi bertuah ini? Jawapannya adalah Umno yang bertanggungjawab mengheret Melayu menjadi begitu lemah ketika ini. TERIMA KASIH Umno. Jasamu memang banyak dan tidak terbalas. Kerana itu, kami tidak akan mengundi kamu lagi. (sumber: Ahmad Anwar Asyraf, Penyelaras SAMM Johor)


TB: Tulisan di atas tidak ada kaitan dengan dasar blog TB dan TB. Tujuan TB agar pembaca dapat menilai dan membuat rumusan sendiri berdasarkan fakta bukan emosi.TB cuma terkesan dengan sikap syarikat konsesi air Selangor (SYABAS) yang bagaikan 'buruk siku' . Walaupun ada memberi potongan rebat kepada penduduk Selangor tetapi dalam masa yang sama mengenakan bayaran caj sambung pemotongan RM50/ dengan tunggakan sekitar RM100/ sudah diarahkan pemotongan.lni TB rasa tidak wajar dan bersifat zalim. Itu belum lagi dibongkarkan gaji bulanan/tahunan CEOnya.

DR. HASAN : KISAH DAN TELADAN

KETUA  Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  
Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
  
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.(sumber:MK, 04/12/12)

TB: Semalam Bahagian Tatatertib SPA mengenakan hukuman tindakan tatatertib kepada pasangan ini dengan menurunkan gred pangkat Dr Hasan dan menurunkan tiga pergerakan gaji pasangannya.Mujur ini bukan kes kesalahan mahkamah sivil. Walaupun tindakan ini tidak menyebabkan mereka kehilangan semua, tetapi sebagai individu yang bermaruah; bagi TB adalah lebih baik Dr Hasan bersara. Tambahan pula usia persaraan telah tiba pada usianya. Jika beliau mahu juga melanjutkan kariernya TB rasa beliau boleh menyumbangkan kepakarannya di sektor swasta.Apapun terpulanglah kepada Dr Hasan. Sayugia harus diingat; kita tidak boleh mengejar semua perkara dalam satu masa! Beringat-ingatlah. Dunia ini hanya kehidupan sementara! Terserahlah...

DR. MAHATHIR : PERBEZAAN POLITIK JANGAN SAMPAI BERBUNUHAN!

BEKAS  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun terdapat perbezaan politik di Malaysia, ia tidak menjejas kestabilan dan pembangunan negara.
Malah keadaan ini membenarkan kerajaan yang dipilih membangunkan negara ini dalam tempoh 55 tahun sehingga lebih baik dan mencapai kemajuan ekonomi menakjubkan berbanding negara yang mencapai kemerdekaan sama dengan Malaysia, katanya.

"Walaupun kita (kerajaan) marah kepada parti lawan (pembangkang) dan parti lawan marah kepada kita, tapi ia tidak sampai tahap nak tembak bunuh. Itu bukan budaya kita.

"Oleh itu, kita harus kekalkan. Kalau ada masalah, kita berbincang dan berdebat dalam Parlimen," katanya pada majlis makan malam merai tiga anggota Dewan Negara yang tamat tempoh lantikan di Bangunan Parlimen malam ini.

Mereka ialah Dr Ramakrishnan Suppiah (DAP), Dr Syed Husin Ali (PKR) dan Datuk Maijol Mahap, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang mengumumkan keluar parti itu dan BN pada Ogos lepas bagi menyertai pembangkang.

Mereka dilantik selama sepenggal, iaitu sejak 2009.

Dr Mahathir juga berkata ini berbeza dengan beberapa negara lain yang menyaksikan pergaduhan serta pembunuhan berlaku dalam Parlimen hanya kerana perbezaan pendapat politik.

"Atas faktor itu, rakyat Malaysia harus bersyukur dengan keamanan yang dikecapi dan perlu mengekalkan momentum kedamaian itu," katanya.

Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.(sumber: BERNAMA, 04/12/12)

27 November 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

BAIK Muktamar PAS, mahupun Persidangan Agung UMNO 2012 kali ini TB tidak dapat turut serta membuat liputan dan analisis langsung. TB sedar bahawa perhimpunan kali ini penting sebelum menjelang PRU ke-13 kali ini.

Tidaklah dapat dipastikan apakah perhimpunan kali ini akan menjadi sejarah dan momen pahit manis antara kedua-dua parti yang mewakili dominasi bangsa Melayu/lslam malaysia.

TB yang berada di luar negara, mendoakan agar bangsa`Melayu walau berada di mana-mana payung pun tetap matang dan bersatu apabila membabitkan hal perpaduan dan kesatuan agama, bangsa,pendidikan, kebudayaan dan adat resam.

Doa TB agar kita semua bersatu menuju kematangan dalam kehidupan, (TB)

Vang Vieng : Destinasi Pergunungan Laos



HARI ini TB bertolak dari Vientiane menuju Vang Vieng di sebelah utara menggunakan perjalanan darat hampir 4 jam.
 
Vang Vieng (Lao: ວັງ ວຽງ) adalah sebuah bandar yang berorientasikan pelancongan di Laos, yang terletak di Vientiane Province kira-kira empat jam menaiki bas salah satu jalan darat utama.. Bandar ini terletak di pinggir Sungai Nam Song. Ciri yang paling ketara di kawasan ini adalah landskap bukit batu kapur yang mengelilingi di sekitar bandarnya.

Vang Vieng mula wujud di sekitar 1353 sebagai lokasi perantaraan antara Luang Prabang dan Vientiane. Asalnya dinamakan Mouang Song selepas mayati Raja Phra Nha Phao Phai Naam dilihat terapung menyusuri sungai, bandar telah ditukar nama Vang Vieng semasa pemerintahan kolonial Perancis dalam tahun 1890-an.  Pembangunan ketara bandar ini dari aspek infrastruktur berlaku sekitar 1964-73 ketika Perang Vietnam apabila AS membangunkan pangkalan Tentera Udara dan landasan yang telah digunakan oleh tentera udaranya. Landasan kapal terbang itu kemudian dipanggil 'Lima tapak 6'. Pada masa sekarang  bandar ini berkembang lebih pesat  disebabkan oleh kehadiran ramai pengembara, pelancong dan pengunjung yang tertarik dengan produk  pelancongan yang bersifat  pengembaraan lasak seperti aktiviti berkayak di Sungai Nam Song, jungle tracking, mengembara ke dalam gua batu kapur dan banyak lagi. 
  Vang Vieng telah menjadi sebuah bandar pengembara yang dikelilingi pergunungan dan tanah tinggi yang menghijau dan masih asli dengan perkampungan yang masih tadisi.  Jalan-jalan  utama di sini tersedia rumah tamu, hotel-hotel bajet dan sederhana mewah yang harganya semurah 20ribu kips (sekitar Rm8) hingga 150 ribu kips (RM 50)  pasar mini, bar, restoran termasuk restoran halal (Restoran Nazim,lndian Food), kafe internet, agensi-agensi pelancongan dan bas-bas pelancongan yang membawa ke destinasi domestik dan luar negara iaitu ke Chiengmai, Ho Chi Mint,Bangkok dan sebagainya.

Gua terdapat banyak di sini  seperti Tham Phu Kham  dan Tham Jang gua berhampiran Vang Vieng.   Bandar ini terletak di lebuh raya utama utara-selatan, Route 13 dari Luang Prabang ke modal, Vientiane. Ia adalah kira-kira lapan jam dengan bas ke Luang Prabang dan empat jam ke Vientiane (152 km).

Vang Vieng telah menjadi sebuah bandar yang berorientasikan kembara dengan jalan utama memaparkan rumah tetamu, bar, restoran, kafe internet, agensi-agensi pelancongan dan pelancong barat tertarik dengan berkayak di Nam Song River
.

Dengan hanya berjalan kaki yang singkat dari bandar ini nTB   boleh temui banyak etnik Lao, Kmou, dan kampung-kampung  di sekitarnya. TB juga melihat Vang Vieng Organic Farm yang  terletak sekitar 4 km ke utara bandar dalam kampung Phoudindaeng. (TB)